Thursday, April 18, 2013

TEPUK DAHI!!! Markas UMNO bertukar jadi Markas PAS


(Sukarelawan yang kini menyokong PAS sedang membina wau bulan)

TASEK GELUGOR:  Umno Bahagian Tasek Gelugor terpaksa 'tepuk dahi' lagi apabila markaz Umno bertukar menjadi markaz PAS di Kampung Permatang Tok Bidan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua dua malam lalu.

Ketika tinjauan Harakahdaily ke kampung berkenaan semalam kelihatan para pemuda yang dulunya penyokong tegar Umno sedang membina wau bulan dan meriam mengisi aktiviti malam mereka selain ada yang mengikat bendera PAS untuk digantung.

Ketua PAS Cawangan Permatang Tok Jaya, Omar Abdullah berkata,  Permatang Tok Bidan yang berada dalam Unit Peti Undi (UPU) Permatang Tok Jaya kini bukan lagi kubu kuat Umno sebagaimana dulu.


Dulu katanya, jika poster PAS di pasang tidak sampai lima minit ianya ditanggalkan manakala ahli PAS yang ada di kampung tersebut hanya berdiam diri tidak berani menonjolkan diri.

Tetapi kini, jelas Omar, situasi berubah setelah berlaku peristiwa penganiayaan terhadap empat orang yang pergi ke Ibu Pejabat Polis Kepala Polis untuk menjadi saksi kemalangan jalanraya  ditahan di lokap polis.

"Mereka bukan buat salah tetapi dilokapkan.  Mungkin itu satu hikmah untuk meningkatkan prestasi PAS dan membuka peluang PAS mendekati ahli Umno di situ," tegasnya.

Seorang ahli Umno cawangan kampung terbabit, Wahi Ahmad 60 (gambar kanan atas) berkata, semangatnya  bekerja untuk Umno sudah luntur kerana kejadian hari itu. Tambahan lagi permintaan mendapatkan pertolongan daripada Wakil Rakyat tidak diperdulikan.

Beliau berasa apa yang dikorbankan selama ini walaupun tidak berjawatan langsung tidak dihargai.

"Saya memang tidak suka jawatan tapi sering menjadi orang belakang tabir perjuangan. Bila jadi macam ni rasa kecewa yang teramat sangat.  Ketika di dalam lokap polis saya telah berjanji bila keluar nanti saya akan runtuhkan markaz Umno depan rumah untuk beri laluan pada PAS, " ujar beliau,

Seorang anak muda kampung tersebut, Suhaidi Mohd Zakir (gambar kiri) pula menyifatkan, sokongan anak muda terhadap PAS makin kuat.

Beliau sendiri kini bangga dengan PAS berbanding sebelum ini kerana tidak berani istihar dirinya PAS walaupun sudah lama menyertainya.

1 comment:

LAGI GAMBAR BERITA said...

BANYAK LAGI GAMBAR DISINI