Infografik Parlimen
Infografik Parlimen
Infografik Dun
Infografik Dun
 
KUALA LUMPUR - Gerakan akan bertanding di 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, kata Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
  
Ini bermakna kerusi parlimen yang ditandingi Gerakan kali ini kurang satu berbanding pada 2008.
  
"Daripada 42 calon, 22 orang atau 52.4 peratus adalah muka baru yang tidak pernah bertanding, lima orang atau 12 peratus calon wanita dan tiga orang atau tujuh peratus calon berketurunan India, manakala baki daripada kaum Cina.

  
"Calon termuda berusia 31 tahun," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
  
Terdahulu hari ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan Watikah Pencalonan dan Aku janji BN kepada semua presiden parti komponen dan pengerusi BN negeri, di sini.

Gerakan akan bertanding di dua kerusi DUN di Sabah iaitu Elopura dan Tanjong Papat selepas penyandangnya Aw Kam Wah dan Raymond Tan Shu Kiah daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menyertai Gerakan pada 2009 setelah SAPP keluar daripada BN.

  
Koh berkata di Pahang, Gerakan bertukar kerusi dengan MCA membabitkan DUN Ketari dan Tanah Rata, sementara kerusi Parlimen Kepong di Kuala Lumpur dan DUN Kota Alam Shah di Selangor dipinjamkan kepada Parti Progresif Penduduk (PPP).
  
Gerakan juga meminjamkan kerusi DUN Skudai di Johor kepada MCA.   

Semua kerusi terbabit dipinjamkan hanya untuk pilihan raya umum kali ini, katanya.

  
Berikut ialah senarai calon Gerakan bagi kerusi parlimen dan DUN:
  
    Kerusi Parlimen
    ---------------
    1. Batu Kawan - N. Gobalakrishnan  (muka baharu)
    2. Bukit Bendera - Teh Leong Meng (muka baharu)
    3. Tanjong - Ng Song Kheng (muka baharu)
    4. Jelutong - Ng Fook On
    5. Taiping - Tan Lian Hoe
    6. Beruas - Chang Ko Youn
    7. Telok Intan - Mah Siew Keong
    8. Puchong - A. Kohilan Pillay (muka baharu)
    9. Batu - Dr Dominic Lau Hoe Chai (muka baharu)
    10. Segambut - B. Jayanthi Devi (muka baharu)
    11. Simpang Renggam - Liang Teck Meng
  
    Kerusi DUN
    ----------
  
    PULAU PINANG:
    ------------
    1. Machang Bubuk - Tan Loke Heah (muka baharu)
    2. Bukit Tengah - Teng Chang Yeow
    3. Bukit Tambun - Lai Chew Hock
    4. Tanjung Bunga -  Chia Kwang Chye
    5. Kebun Bunga - H'ng Chee Wey (muka baharu)
    6. Pulau Tikus - Rowena Yam (muka baharu)
    7. Padang Kota - Oh Tong Keong (muka baharu)
    8. Datuk Keramat - Ong Thean Lye
    9. Sungai Pinang - Dr Thor Teong Gee
    10. Batu Lanchang - Lee Boon Ten
    11. Air Itam - Loo Jieh Sheng (muka baharu)
    12. Batu Uban - Goh Kheng Sneah
    13. Pantai Jerejak - Wong Mun Hoe
  
    KEDAH:
    -----
    1. Derga - Dr Cheah Soon Hai
    2. Sidam - Bee Sieong Heng (muka baharu)
  
    PERAK:
    -----
    1. Kuala Sepetang - Loh Swee Eng (muka baharu)
    2. Aulong - Soo Key Ping (muka baharu)
    3. Jalong - Liew Yew Aw (muka baharu)
    4. Canning - Ceylyn Tay Wei Lung (muka baharu)
  
    PAHANG:
    ------
    1. Tanah Rata - Ho Yip Kap
    2. Triang - Tan Tin Loon
  
    SELANGOR:
    ---------
    1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (muka baharu)
    2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (muka baharu)
    3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (muka baharu)
  
    NEGERI SEMBILAN:
    ---------------
    1. Bukit Kepayang - Wong Oi Foon (muka baharu)
    2. Senawang - Choong Vee Hing (muka baharu)
    MELAKA:
    ------
    1. Bachang - Chua Lian Chye (muka baharu)
    JOHOR:
    ------
    1. Pemanis - Lau Chin Hoon
    2. Bukit Batu - Cheong Chin Liang
  
    SABAH:
    -----
    1. Elopura - Au Kam Wah
    2. Tanjong Papat - Raymond Tan Shu Kiah
  
- Bernama