Friday, April 19, 2013

UMNO/BN BACUL & TIDAK BERMARUAH!!! DAP terpaksa guna simbol PAS , orang Cina semakin benci BN dekat dengan PAS


Hati mana tak remuk, jiwa mana tidak sedih dan sayu apabila setelah berpuluh tahun berjuang dalam politik dan setiap kali bertanding dalam PRU lambang roket diguna pakai oleh dirinya dan parti DAP.


Kesedihan Lim Kit Siang selaku Penasihat DAP dirakamkan ketika beliau memberikan kata-kata di sidang media jam 1 ptg tadi.


Diberitakan beberapa penyokongnya cuba menteramkan jiwanya.


Jangan ingat ROS haramkan penggunaan lambang Roket hasrat dan mood rakyat mnau melakukan perubahan akan terbantut.


DAP dengan rasminya akan menggunakan lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak.


Mesti ada hikmahnya.. Itu Omak Kau cukup yakin dan percaya...Kini warga Melayu sudah tidak gentar lagi nak pangkah calon DAP yang berlambangkan PAS...Malahan masyarakat Cina akan bertambah semangat kerana cara ini akan membangkitkan kemarahan mereka kemaksima sebagai tanda benci kepada pemerintahan UMNO/BN.

KITA MERANCANG , ALLAH JUGA MERANCANG TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH TERBAIK


KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh mengesahkan kesemua calon parti itu akan menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Keputusan ini dibuat selepas tamat tempoh jam 3 petang yang diberikan oleh DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik surat mereka dua hari lalu.

Pada 17 April, ROS telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa ke atas semua pertubuhan berdaftar itu.

Ia dibuat 48 jam menjelang hari penamaan calon pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung esok.

Dalam mesyuarat DAP bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, datuk Saifudin Nasution Ismail lewat petang semalam, keputusan telah dicapai agar semua calon DAP di Semenanjung menggunakan logo PAS manakala di Sabah dan Sarawak menggunakan logo PKR.

Malam tadi, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP membuat keputusan untuk memberikan waktu kepada ROS agar menarik balik surat itu sebelum jam 3 petang hari ini.

Selepas waktu itu berlalu, DAP mengambil keputusan untuk melaksankan plan yang dipersetujui bersama rakan Pakatan itu.

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar DAP semalam.

Sejak petang semalam lagi, kakitangan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut sibuk menyiapkan surat kuasa untuk membolehkan calon DAP menggunakan logo PAS.

Surat yang akan diserahkan kepada semua calon DAP itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Penganalisis politik dari Singapore Management University, Dr Brigate Welsh (gambar kiri atas) berkata, tiga kesilapan besar telah dibuat oleh BN sehingga menyebabkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat semakin rapat.

Tindakan ROS ke atas DAP, video lucah Setiausaha Agung PAS dan pemilihan Zulkifli Nordin sebagai calon BN dinamakan sebagai sebab-sebab itu oleh Brigate dalam tulisannya di Malaysiakini.

3 comments:

Anonymous said...

Menangis dulu ketawa kemudian.Inshaallah!

tebing tinggi said...


Bagi yang mengamati dan menilai mereka lebih tahu siapa sebenarnya yang melakukan perbuatan tidak bemaruah demi memelihara kuasa politik.
By the way satu lakunan yang baik ,mesti belajar dari pelakun handalan.

Anonymous said...

Asal usul kisah ialah kesilapan kiraan/keputusan pemilihan CEC DAP lalu.

"DAP came under ROS’ probe during party elections in December last year, resulting in some changes to its initial CEC line-up."