Monday, May 13, 2013

PATUTNYA DISOKONG!!! Tapi polis kepung Dataran Merdeka, tahan peserta Flashmob Tolak Perkauman

DataranHampir 30 polis mengepung Dataran Merdeka kira-kira jam 1.30 petang tadi bagi menghentikan program ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ anjuran kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia’.

Empat peserta ditahan dan diminta menyerahkan kad pengenalan kepada ASP Garvinder dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


Salah seorang peserta yang ditahan, Ali Abdul Jalil berkata, polis meminta mereka segera bersurai dan menghentikan sebarang perhimpunan dan provokasi menentang kerajaan.


“Kami akan teruskan flash mob ini selagi media arus perdana terus dengan provokasi perkauman,” kata aktivis itu kepada
Keadilan Daily selepas dilepaskan.

Kumpulan berkenaan dijadualkan berarak ke Sogo, KLCC dan berakhir di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCHAH) jam 8 malam ini.


tahan
Tiga lagi peserta yang ditahan adalah Syukri Kamaruddin, Mohd Haisham Yatiran dan Mohd Haishiram Yatiran.

Bagaimanapun, kesemua mereka dilepaskan polis beberapa minit kemudian.


‘Flash Mob Menolak Perkauman’ diadakan serentak hari ini pada jam 1 petang di seluruh negara termasuk Selangor (Petaling Jaya, Shah Alam), Pulau Pinang (Kepala Batas, Bertam), Pahang (Bandar Kuantan) dan Kelantan (Kota Bharu).


Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman Cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.~
kd

1 comment:

Anonymous said...

Saya adalah anak Melayu. Tanggal 13 Mei 1969 memanglah menjadi titik sejarah hitam Negara kita. Itu adalah 44 tahun yang lalu. Tanpa kemudahan media massa dan media sosial waktu itu, kita semua (tidak kira Melayu, China, India dll) mudah sahaja terpengaruh dan termakan dengan macam2 dakyah dan hasutan api permusuhan dan perkauman. Namun, lama-kelamaan, semua bangsa, setelah didedahkan dengan hakikat sejarah dan kenyataan semasa, dapat menerima keadaan seadanya dan dapat hidup dengan aman damai. Kita patut bangga sebagai sebuah Negara dengan begitu banyak latar belakang etnik dapat hidup dengan suasana harmonis, sentosa dan saling bertolak ansur. Tapi keadaan ini hanya dapat bertahan setiap 5 tahun sekali sahaja. Apabila tiba pilihanraya, maka akan bertiup dan bernyala kembalilah api-api yang sebelum ini hanyalah bara yang hampir padam. Siapakah peniup-peniup api ini? (Kalau dari pandangan Islam, mereka adalah kawan Syaitan, kerana Syaitan itu jadi dari api.) Kawan-kawan Syaitan ini adalah orang-orang yg berkuasa dlm politik yang ingin mempertahankan kuasa politik mereka. Apaa saja cara adalah halal bagi mereka asal kedudukan mereka SELAMAT! Bakal baik atau buruk untuk bangsa dan Negara, itu belakang kira. Bagi rakyat jelata yang tidak pentingkan kedudukan SELAMAT ini, mcm che gu, petani, penoreh, nelayan, peniaga dan pekerja, jarang kita dengar mereka memulakan tiupan api sentimen perkauman atau racisma ini. Tiupan api ini mudah bersemarak apabila rakyat tidak berpeluang mendapat gambaran atau penjelasan sebenar di sebalik sentimen berkenaan. Kasihanlah rakyat luar bandar yang hanya bersandar maklumat kepada media utama seperti akhbar, siaran radio atau tv yang ada kalanya kurang tepat dan kerapkalinya berat sebelah. Mereka umpama rumpt kering yang mudah lembik jika dijirus air dan mudah terbakar bila terpercik api.
Semua pihak hendaklah bertanggungjawab ke atas ketenteraman dan keselamatan Negara kita yg dicintai ini. Hentikan api-api permusuhan dan perkauman dan marlah kita bersatu padu. Kita semua adalah makhluk Allah, tidak kira apa warna kulit, bangsa dan agama, kita adalah dari Nabi Adam a.s. Fiman Allah:"...dan kami jadikan kaumu berpuak-puak, bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan dan berkasih sayang ...". Saya sangat setujulah agar 13-5-69 sebagai titik hitam itu kita lupakan dan jadikan titik nokhtah permusuhan. Marilah kita jadikan 13-5-13 sebagai titik putih dan titik permulaan perpaduan dan kasih sayang kita semua rakyat Malaysia ...
POLITIK ASABBIYAH DAN PERKAUMAN SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI DALAM DUNIA MODEN, DUNIA BERTAMADUN, DUNIA BERTEKNOLOGI, DUNIA CYBER, DUNIA GLOBALISASI DAN “DUNIA MENUJU AKHIRAT” INI.