Tuesday, September 24, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Pengarah MTD Kemasik YDP baru PAS Kemaman

22 ydpbaruPAS Kawasan Kemaman baharu sahaja menyelesaikan mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini.

Kepimpinan baharu telah dipilih. YDP baharu bagi sesi 2013-2015 ialah Ustaz Alias Hamid (sebelumnya SU PAS Kemaman, Pengarah MTD Kemasik dan mantan calon PRU13 bagi DUN Kemasik.) YDP sesi sebelumnya Hj Ismail Harun tidak bertanding bagi memberi ruang kepada kepimpinan baru. 

(Jazakallahu khairan kathira atas jasa dan sumbangan yang diberi). Timbalan YDP ialah Ust. Muhamad Nik Nasri Nik Malek. (kekal sebagaimana sesi sebelumnya). 

Naib YDP Ustaz Hazri bin Jusoh (NYDP sesi lepas, Pengarah MTD Kijal, mantan calon PRU13 melawan Ahmad b Said). Ketua Penerangan ialah YB Tn Hj Hanafiah Mat (ADUN Cukai, Pengarah MTD Cukai). 


Setiausaha yang baharu ialah Mohd Hafiz Adam. Bendahari ialah Tn Hj Johan Ismail (kekal).

AJK lain juga telah dipilih dalam mesyuarat agung baru-baru ini termasuk yang akan dilantik. 

Ketua Dewan Muslimat kekal dengan Ustazah Fainah bt Mat dan ketua Dewan Pemuda mendapat ketua baharu Ustaz Ramlan Mahmud selepas ketua sesi lepas YB Ustaz Hishamudin Karim melepaskan jawatan kerana sudah menjadi ADUN Tepoh dan kembali ke Kuala Terengganu.

Mudah-mudahan Allah merahmati dan memberkati saf kepimpinan yang ada ini bagi menerajui bahtera perjuangan PAS khususnya di Parlimen Kemaman. (gambar: Wartawan Sinar Harian menemuramah YDP dan TYDP PAS Kemaman selepas mesyuarat agung selesai)NikNasri.com

No comments: