Wednesday, October 23, 2013

PEMILIHAN PAS!!! 5 terima pencalonan Timbalan Presiden PAS - Asmuni Awi




KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat menerima dua pencalonan untuk jawatan Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan ke-59 tahun ini.

Pengerusinya, Asmuni Awi bagaimanapun memberitahu, satu daripada pencalonan itu ditolak.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, di sini sebentar tadi.


Katanya, jumlah borang pencalonan yang diterima daripada 134 kawasan tetapi ditolak 31.

Ini, jelasnya menjadikan borang yang sah dan diterima hanya 103 borang untuk pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Katanya, ada enam pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tetapi lima yang diterima iaitu Husam Musa, Mohamad Sabu, Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man.


Bagi Naib Presiden PAS pula, 12 pencalonan dibuat tetapi yang diterima 10 iaitu Abu Bakar Chik, Husam Musa, Idris Ahmad, Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Mohd Amar Abdullah, Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man.


Pemuda

Jumlah borang pencalonan diterima 115 kawasan, 32 ditolak, pencalonan diterima 83

Ketua Pemuda, 7 pencalonan, 6 diterima


Kamarulzaman Muhammad
Nasaruddin Tantawi
Raja Ahmad Iskandar
Ustaz Ridhuan Mohd Nor
Suhaizan Kaiat
Zulhazmi Zakaria

Timbalan Ketua Pemuda, 13 pencalonan, diterima 6


Mohd Firdaus Jaafar
Mohd Khalil Abdul Hadi
Raja Ahmad Iskandar
Nik Mohd Abduh Nik Aziz
Kamarulzaman Muhammad
Suhaizan Kaiat

Naib Ketua Pemuda, 20 pencalonan, diterima 5


Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi
Mohd Khalil Abdul Hadi
Mohd Khairul Nizam Khairuddin

Nazri Chik
Raja Ahmad Iskandar

1 comment:

Abd. Hadi said...

Salam... di dalam Gerakan Islam, kuasa tertinggi ialah syura.... Allah dan Nabi s.a.w. menyuruh kita bersyura di dalam memilih kepemimpinan....begitu juga amalan para sahabat rh. Dan apabila syura membuat keputusan, pendapat yang kuat di dalam aliran fiqh ialah semua ahli hendaklah patuh kepada keputusan itu.... jadi kenapa sampai perlu mengundi? bertading merebut jawatan???jika PAS ini benar-benar sebuah Gerakan Islam.?????