Sunday, October 27, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Sah, Ust. Nasarudin tarik diri, Suhaizan dan Kamarulzaman bakal Ketua Pemuda PAS yang baru

KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan hari ini mengumumkan menarik diri bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disandang beliau sejak 2009.

Mengumumkannya kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nasrudin berkata keputusan itu dibuat beliau bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru untuk mengepalai dewan itu dengan lebih baik.

Beliau bagaimanapun berkata, akan menerima untuk pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

"Secara rasminya saya mahu mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

"Dewan pemuda tidak pernah ketandusan pemimpin berwibawa. Jadi terserah kepada perwakilan untuk membuat pilihan kepimpinan baru menerajui pemuda akan datang," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Bagi jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar sebelum ini mengumumkan menerima enam pencalonan.

Selain Nasrudin, lima lagi pencalonan adalah Kamaruzzaman Mohammad, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-His, Dr Riduan Mohd Nor, Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Zakaria.


Suhaizan lawan Kamaruzaman rebut jawatan Ketua Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dijangka bertembung dengan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menerusi usaha merebut kerusi Ketua Pemuda PAS Pusat dalam muktamar parti Islam itu  tidak lama lagi.
 
Menurut sumber dalaman Pemuda PAS, Nasrudin Hassan tidak akan mempertahankan jawatannya kali ini kerana sudah berjanji dalam pemilihan lalu manakala timbalannya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz juga membuat pendirian sama.


"Saya difahamkan Tantawi (merujuk kepada Nasrudin) tidak akan ada dalam Pemuda lagi kerana dia berjanji demikian dalam pemilihan lalu dan Nik Abduh pula sudah berkeras untuk meninggalkan Pemuda," kata seorang pemimpin Pemuda PAS.

Turut layak bertanding ialah Nasrudin selaku penyandang, Raja Ahmad Iskandar (Naib Ketua Pemuda PAS),  Ridhuan Mohd Nor (Ketua Penerangan Pemuda PAS) dan Zulhazmi Sharif (Peguam PAS).

Raja Ahmad Iskandar dikatakan akan bertanding kerusi Timbalan Ketua Pemuda.  Beliau dikatakan akan ditentang oleh Ketua Pemuda PAS Marang yang juga anak Presiden PAS, Mohd Kholil Abdul Hadi.

Ridhuan dijangka memberikan laluan kepada Kamaruzaman untuk jawatan ketua memandangkan  beliau dalam satu pasukan yang sama.

Namun masih belum diketahui lagi kerusi apa yang beliau akan tandingi.

Yang tinggal ialah Zulhazmi, peguam kontroversi yang sejak dari awal mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS.

"Saya menyertai pertandingan ini untuk memastikan pertandingan untuk jawatan ini ada. Jika pasti ada pertandingan, saya boleh berbincang untuk tarik diri," kata Zulhazmi kepada The Malaysian Insider.

Zulhazmi, peguam yang banyak mewakili PAS dalam kes saman AES dan Harakah, sejak dari awal lagi berkempen melalui Facebooknya, Zulhazmi 4KP.

Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS akan berlangsung serentak dengan Dewan Muslimat dan Dewan Ulamak pada 20 November di Shah Alam, Selangor.

Muktamar penuh ketiga-tiga dewan ini akan berlangsung di Dewan Sivik MBPJ pada 21 November.
Dalam pemilihan 2011 lalu, Nasrudin menang tanpa bertanding sebagai ketua apabila perundingan berlaku antara beliau dengan Suhaizan untuk membolehkan beliau memimpin Pemuda satu penggal lagi.

Sepatutnya dalam perundingan itu, Suhaizan akan memegang jawatan timbalan ketua.

Namun nasib malang berlaku kepada Suhaizan apabila beliau tewas untuk jawatan timbalan ketua di tangan Nik Abduh dalam pertandingan tiga penjuru.

Suhaizan yang terkenal dengan pendedahan demi pendedahan terhadap kelemahan SPR, aktif di Johor selepas tragedi itu.

Kempen semakin kuat dalam PAS supaya ketua Pemuda dipilih di kalangan bukan ulama (bukan ustaz) kerana peranan Pemuda di bawah Nasrudin sekarang dikatakan salinan kepada peranan Dewan Ulama.

Ini menyebabkan, peranan PAS dalam banyak sektor tidak terjaga dengan baik kerana Pemuda bergerak sama seperti Ulama. - 28 Oktober, 2013.MI

No comments: