Tuesday, October 1, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ust. Akmal Kamaruddin menang berganda Ketua Pemuda dan Timbalan YDP PAS Larut



LARUT : Ust. Akmal Kamaruddin mencatat kemenangan berganda apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Larut dan Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Larut.

Anak kepada tokoh ulama PAS Larut Ust. Kamaruddin Awang Basir itu dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Larut dalam mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS Larut. 

Beliau kemudiannya bertanding menentang penyandang jawatan TYDP PAS kawasan Larut semasa mesyuarat agung PAS kawasan Larut dan memenangi jawatan itu.

Kemenangan ini menandakan penerimaan perwakilan terhadap seorang tokoh ulama muda haraki untuk membawa PAS Larut dan Dewan Pemuda PAS Larut memacu kemenangan dalam PRU 14 nanti.


Ust. Akmal yang juga menantu kepada Presiden PAS mendapat gandingan mantap seorang lagi ulama muda haraki iaitu Ust. Syahir Hasan sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut.
 Ust. Syahir Hasan
Ust. Akmal juga dijangka melengkapkan kemenangannya apabila bertanding salah satu jawatan utama Dewan Pemuda PAS Perak dalam mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS Perak yang dijangka berlangsung pertengahan Oktober ini.

Beliau diramal mendapat kepercayaan perwakilan pemuda PAS seluruh Perak memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

Sementara itu, PAS Kawasan Larut mendapat YDP yang baru apabila YDP sesi lalu Dr. Mohamad Dahari mengundur diri. 

Ust. Tareq Zainordin telah dipilih sebagai YDP PAS Kawasan Larut mengalahkan seorang pencabar.

Manakala Setiausaha sesi lalu Ust. Abu Husin memenangi jawatan NYDP tanpa bertanding.KGB





7 comments:

Anonymous said...

Sudah menang ketua pemuda , bertanding pula tydp bukankah tamak namanya. Jawatan itu amanah , jangan tamak nak ambil semua kerana alasan nak kepimpinan ulama

Anonymous said...

Orang tamak selalu rugi

Anonymous said...

Alim tapi tak cerdik

Anonymous said...

Orang tamak selalu rugi

Anonymous said...

ustaz akmal dicalonkan . ikut peraturan dapat dua pencalonan takleh tarik diri.ada kepercayaan jemaah dicalonkan bukan calonkan diri sendiri.jangan le dengki.kalau macam tu raja iskandar lagi banyak jawatan. timbalan kp negeri,naib kp pusat, ydp pas kuale.

Anonymous said...

ustaz akmal ada pembantu ustaz syahir . kalau ada meeting bertembung ustaz syahir boleh pengerusikan. apa masalah? yang jadi masalah orang yang penyakit dengki

Anonymous said...

tanya dia ada tak pimpina nasihat dekat dia spy tarik diri kerana dia dah jadi ketua pemuda, dah dok dewan harian. tak perlu la nak bertanding, bagi peluang kpd org lain. tapi dia nak bertanding juga. tak tamak ka tu

memang la ikut peraturan tapi tak tunjuk akhlak seorang ulama.