![TURUN](http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/12/TURUN1-300x300.jpg)
“Polis seharusnya menjalankan tugas menegakkan undang-undang dan melindungi rakyat yang mahu menunaikan hak mereka untuk berhimpun secara aman yang dijamin Perlembagaan.
“Polis seharusnya tidak bersikap bersikap berat sebelah melindungi kepentingan politik Barisan Nasional apabila bersama media arus perdana memberi imej palsu terhadap peserta himpunan,” kata jurucakap LFL, Eric Paulsen.
Menurut Eric, kenyataan kononnya peserta himpunan mahu menggulingkan kerajaan dengan kekacauaan dan menggunakan bom adalah taktik jahat.
“Ini hanya untuk mewujudkan ketakutan dikalangan orang awam dan seterusnya membolehkan pihak polis menganggu penganjur,” katanya.
![ERIC_PAULSEN - Copy](http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/12/ERIC_PAULSEN-Copy-280x300.jpg)
“Sepanjang tahun lalu, akta tersebut seringkali disalahguna sewenang-wenangnya semata-mata bagi memangsakan pemimpin, penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis hak asasi.
“Hakikatnya ia digunakan sewenang-wenangnya untuk menindas perhimpunan pembangkang,” kata Eric.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57872
No comments:
Post a Comment