Monday, January 27, 2014

BATAL DEBAT!!! Khalid Samad dah dapat jangka, Noh Omar tunjuk lagak konon kesal


Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kesal debat mengenai polemik kalimah Allah dibatalkan.

Beliau meluahkan rasa kesal gagal membetulkan kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dan mahu penganjur memberi penjelasan kerana seolah-olah dipermainkan.
 
"Saya merasa kesal dengan pembatalan debat yang telah dirancang. Inilah masanya untuk saya 'sekolahkan' Khalid Samad yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam isu kalimah Allah.

“Saya tetap ke Karangkraf hari ini untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka kerana saya rasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak penganjur," tulis beliau di laman Twitter hari ini.
Sementara itu Khalid (kanan) membalas dalam blog beliau bahawa pembatalan debat itu "sudah dijangka" dan beliau tidak berminat membuat sebarang andaian.

"Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'.

“Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh," tulis beliau di laman blog. 27/1/14

No comments: