Saturday, January 4, 2014

TAK LAYAK JADI MUFTI!!! Kefahaman Islam Harussani guna pendapat sendiri bukan Ijma' Ulamak


Bughah: Itu adalah fahaman saya terhadap Islam, jawab Harussani

Berita Harian melaporkan tentang kenyataan fatwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkaitan ‘bughah’ halal darah peserta perhimpunan sebelum ini.

Beliau berkata tidak gentar jika ada pihak yang mengecam kenyataannya dan bukan bertujuan mencari publisiti murahan.

“Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian,” tegas beliau.

“Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti.”


“Saya bertanggungjawab ingatkan umat Islam yang terbabit akibat hasutan orang kafir, sedangkan orang kafir tidak menyertai perhimpunan haram itu, sampai bila umat Islam (mahu) diperbodohkan,” katanya lagi.

Pengakuan Mufti ini tentang fahamannya maksud ‘bughah‘ yang dikeluarkan sebelum ini. Hanya setakat itu yang beliau faham tentang maksudnya berlainan dengan kefahaman pakar-pakar agama lain.

Jadi kepada yang marah dan tak berpuas hati, janganlah marah sangat kerana hanya itu yang beliau faham!!



ULASAN GB

Sekadar itu sajakah kefahaman Mufti berkenaan tentang "bughah"?

Sepatutnya apabila timbul sesuatu yang menimbulkan pertikaian, umat Islam hendaklah merujuk kepada Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias. Bukan berpegang kepada pendapat sendiri. 


Malah jika berstatus ulamak sekalipun yang berkemampuan berijtihad, di dalam Islam yang perlu dipegang ialah IJMA' ULAMAK (kesepakatan ulamak), bukan kepada pendapat seorang dua ulamak.

Jika masing-masing ulamak meninggalkan IJMA dan mengguna-pakai tafsiran dan pendapat masing-masing, maka di situlah timbul perpecahan dan perbalahan di kalangan ummah.

Jika semua hanya berpegang kepada pendapat masing-masing dan bukan IJMA ULAMAK atau sekurang-kurang jika tiada ijma (kesepakatan) maka digunakan pendapat JUMHUR (majoriti) ULAMAK, maka sudah tentu pincanglah ummah. 


Nanti akan ada pula yang mengeluarkan "fatwa", Harussani wajar dihukum bunuh kerana menimbulkan menggalakkan pertumpahan darah dan dia juga berkata "fatwa" itu dikeluarkan mengikut kefahamannya terhadap agamanya sepertimana jawapan Harussani juga Apa akan jadi jika berlaku demikian?

(Itu sebabnya di Malaysia ini hanya Parti Islam SeMalaysia PAS meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti. Kemua hal mengenai hukum dan dasar adalah diputuskan melalui permesyuaratan ahli-ahli Majlis Syura, bukan diputuskan oleh seorang dua ulamak) 


Telah didedahkan sebelum ini bahawa mufti berkenaan hanya berkelulusan diploma. Ini bererti ruang-lingkup ilmu Islamnya masih terlalu cetek dan perlu belajar lagi. 

Akibat kecetekan ilmu menyebabkan seringkali keluar daripadanya "fatwa-fatwa" yang juga cetek dan dangkal hasil kefahaman Islamnya yang cetek dan dangkal itu.

Itu sebab mengapa kini timbul suara lantang bahawa Harussani perlu dipecat dari jawatan mufti. 


Kenyataan dan pendapat beliau yang tak bertapis itu perlu diambil tindakan, malah wartawan dan akhbar yang melaporkannya juga perlu diberikan tindakan yang wajar. 

Ini kerana "fatwa" yang dikeluarkan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar dan pertumpahan darah di kalangan umat Islam. KG

No comments: