Sunday, February 9, 2014

MACAI TAK DA KERJA!!! Anwar tazkirah di surau pun nak lapor JAIS


Gambar yang dimuatnaik Datuk Seri Anwar di facebook digunakan portal peminat Umno dan BN, Mynewhub untuk membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Gambar yang menunjukkan Anwar tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Jawapan JAIS dan MAIS tentunya mereka akan menyiasat kerana ia melibatkan Anwar. JAIS  berjanji akan melakukan siasatan melalui laman Facebook dan blog Anwar berkenaan butiran program beliau yang mempunyai program ceramah.

Malam ini pula Anwar akan menghadiri Kuliah Datuk Ustaz Siddiq Fadzil di Kolej Universiti Dar Al Hikmah di Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Tentu selepas ini JAIS akan menjadi peminat kuliah Anwar dan akan mengekori beliau ke masjid dan surau sehingga PRK Kajang selesai.

Sumber

1 comment:

Anonymous said...

Kalau benar JAIS MAIS ikut siasat DSAI atas sebab tazkirah di masjid surau di selangor , Alhamdulllillah kita kepada Allah SWT kerana Melayu Melayu JAIS MAIS sudah dapat hidayah meminati tazkirah tazkirah masjid surau.

Alhamdullillah