Friday, February 21, 2014

SYABAS PUNYA SEPOI!!! Rosmah boleh nama bagi air percuma Syabas yang punya


Selepas penduduk kawasan-kawasan tertentu di Kuala Lumpur dan Selangor menghadapi masalah bekalan air sejak lebih seminggu lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini turun untuk menyampaikan air minuman percuma kepada penduduk.

Rosmah mengunjungi rumah pangsa kos rendah di Taman Desa Baiduri, Cheras petang ini untuk menyampaikan botol air minuman kepada penduduk setempat.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di majlis itu, setiap isirumah diberikan dua botol 5.5 liter air minum.


Sebanyak 6,500 botol air ditaja oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) , Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Syarikat Giant Retail Malaysia.

Kira-kira 2,600 keluarga di Taman Desa Baiduri dan Taman Alam Damai mendapat manfaat di bawah program itu.

Beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami masalah bekalan air akibat peningkatan kandungan ammonia di Sungai Langat, serta rizab air berada di tahap kritikal kerana cuaca kering.

Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah Balakong, manakala kawasan lain yang turut terjejas termasuk Serdang, Cheras, Pandan, Kuala Langat, Hulu Langat dan kawasan tertentu di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Menurut seorang penduduk tempatan, Taman Desa Baiduri mengalami kekurangan bekalan air sejak 10 hari yang lalu dan perkhidmatan air hanya disambung semula hari ini.

Bagaimanapun Rosmah tidak menyampaikan ucapan di majlis itu. Beliau hanya menyerahkan sumbangan botol air kepada penduduk dan melawat beberapa keluarga di sesetengah unit.

Rosmah juga enggan bercakap kepada media selepas seorang wartawan Malaysiakini diminta supaya memperkenalkan dirinya.

Katanya, wartawan boleh melaporkan segala pembohongan dan semoga tuhan merahmati mereka. Apabila terus diasak Rosmah berkata dirinya hanya surirumah dan mencadangkan soalan diajukan kepada ahli politik sebelum beredar.

1 comment:

Anonymous said...

Ini betina mana tahu malu !!!