Saturday, March 1, 2014

BELUM PUN DEBAT!!! Ahli UMNO hero Mahathir , Kassim Ahmad dah masuk hospital sesak nafas

Kassim Ahmad si hero kebanggan Mahathir kini dirawat di septtal Kilim. Entah kenapa tiba-tiba sahaja Kassim Ahmad mengalami penyakit. 

Takkan baru dengar Dr Asri sahut cabaran berdialog pun dah ketaq sampai tak tidoq malam dan akhirnya kena penyakit.. wakaka.
Dr Asri pada minggu lalu ada menulis di FBnya menyatakan bahawa Kassim Ahmad keberatan untuk berdialog dengannya tanpa memberikan sebab. 


Penganjur dah bersusah payah.. Dia pulak keberatan.. Apa cerita?
"Kalau tak setuju mari debat" wakaka. Ingatkan hero sangat. Nah baca berita dia masuk sepital. Gendang Perang



KULIM: Pemikir dan penulis kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang mencetuskan kegemparan dengan kemunculan semula mengkritik hadis di Seminar Pemikiran Kassim Ahmad dimasukkan ke Hospital Kulim sejak Rabu lalu kerana kesukaran bernafas.

Rombongan media MySuara yang sepatutnya menemubual beliau secara eksklusif semalam di rumahnya dimaklumkan oleh isterinya, Sharifah Fawziah bahawa beliau dikejarkan ke hospital dengan ambulan dan ditahan wad.

"Dia agak penat kerana selepas seminar tempoh hari, ramai orang datang ke rumah dan menerima banyak panggilan telefon. Anak kami mungkin akan membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," jelasnya sambil membawa kami meninjau bilik pejabat Dr Kassim di dalam rumah mereka..

Di bilik bacaan dan penulisan itulah Dr Kassim menghabiskan masa emasnya dalam usia 80 tahun untuk menghasilkan tiga karyanya iaitu Mencari Jalan Pulang, Islamic Renaissance dan Jalan Yang Lurus.

Masing-masing diterbitkan ZI Publications, Brainbowpress dan Pekan Ilmu.

Dr Kassim sebelum ini menyewa di Tanjung Bunga, Pulau Pinang sebelum berpindah ke rumah baru yang dibelikan anaknya Shauqi Kassim di Kulim pada 2006.

MySuara kemudian menziarahi beliau di Hospital Kulim ketika waktu melawat sebelah petang.

Dr Kassim kelihatan sedang berehat dengan dibekalkan tiub oksigen untuk membantu penafasannya.

"Pagi tadi saya sudah pesan roti canai tetapi sampai lewat dan saya sudah minum pagi. Selera makan saya baik walaupun sudah tua. Nasinya sedap cuma lauk ikannya tidak berapa sangat," jelasnya yang sedang menikmati makan tengahari.

"Saya boleh berdialog lagi 3 jam," seloroh Dr Kassim dalam suara perlahan, serak dan batuk ringan.

Dalam pertemuan ringkas selama 30 minit itu, Dr Kassim sempat menerangkan pandangannya dan menjawab soalan-soalan tambahan dengan bersemangat.

Penampilan Dr Kassim seperti pesakit lain menyebabkan kelibatnya di Hospital Kulim tidak disedari.

Malah sepanjang temubual berlangsung beberapa orang doktor yang lalu lalang teruja apabila melihat buku Jalan Yang Lurus dan mengetahui pesakit mereka adalah penulis buku tersebut. sumber SINI

3 comments:

Anonymous said...

Doa kan sihat cepat saja. Nabi muhamad saw pun pernah mengatakan akan timbul orang yang bagini da akhir zaman ni. Kita nak lihat sejauh mana dia boleh pergi. Cuma ingat jangan sekali2 memperlekehkan ugama allah keraana musibah nya nanti agak dasyat. Salam

Amuraria said...


jangan buat trik dah ! ABU !

Unknown said...

Harap harap dia berkekalan di hospital sama saperti Aerial Sheron berada hendak nya. Di tengah tengah itu elok juga kalau Mahathir dan yang seangkatan nya di masuk kan kehospital yang sama. Baru reda satu babak di antara ribuan babak lagi yang masih berlegar di Malaysia ini. Atau mungkin enam kotak yang di perkata kan Senator Izam dahulu.