Friday, April 25, 2014

BERANIKAH SPRM?!!! Siasat Daim yang disyaki ada saham ribuan juta

Shamsul_AMKKUALA LUMPUR 25 APR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disyaki memiliki ribuan juta saham dengan jumlah berbilion ringgit, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut Shamsul, Daim mempunyai kekayaan luar biasa melalui pegangan selain menaungi bank-bank seperti IC Bank Rt.(Hungary), International Commercial Bank Sh.A (Albania), International Commercial Bank Limited (Ghana) dan International Commercial Bank S.A (Guinea).

Daim turut menaungi ICB-Banco Internacional de Comercio SARL (Tanzania), International Bank of Malaysia (T) Limited (Mozambique), International Commercial Bank (Sierra Leone) Limited – Sierra Leone.

“Di samping (Daim) mempunyai kepentingan di dalam Bank Internasional Indonesia dan Bank Bumiputera Indonesia di mana Tun Daim memegang lebih separuh pegangan sahamnya

“Jumlah ini mungkin lebih besar sebelum ia dijual,” kata Shamsul dalam kenyataannya.


Nenurut Shamsul, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menolak permohonan Tun Daim Zainuddin untuk mengambil alih Bank Hock Hua (Sabah Bhd.) berdasarkan nasihat Bank Negara.

Malah, bukti kemungkinan berlakunya rasuah pernah dilampirkan Anwar dalam laporan polis yang dibuat pada 30 Julai 1999.

Ini berikutan pengakuan Tan Sri Halim Saad dalam suratnya bertarikh April 1990 menyatakan beliau memegang 52 juta saham Faber Merlin Bhd dan 130 juta saham Renong bagi pihak Daim.

Sementara itu Tan Sri Wan Hamzah dan Tan Sri Tajuddin Ramli pula menyatakan dalam surat lain bahawa mereka memegang RM150 juta dan RM70 juta bagi pihak Daim.

“AMK akan terus menggesa SPRM menjalankan siasatan dan mengheret beliau ke muka pengadilan sekiranya ia berhubung kait dengan manipulasi dana kerajaan khususnya sewaktu beliau menganggotai Kabinet selaku Menteri Kewangan,” tegas Shamsul.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60999

2 comments:

Tok Janggut said...

Sungguh MALANG nasib orang MELAYU di Malaysia....pemimpin UMNO orang Melayu...baik bekas PM atau bekas Menteri...ada HARTA rompakan DUIT rakyat berBILLION billion...TETAPI majoriti rakyat meLAYU....miskin nak mampoooos...kena minta bantuan BR1M...

Anonymous said...

http://penyokongpas.wordpress.com/2014/04/23/bodoh-benar-kalau-kita-serang-daim/