Tuesday, August 3, 2010

Umno, Utusan pakar putar belit cerita



































SHAH ALAM, 3 Ogos :
Setiausaha Publisiti DAP dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menganggap kenyataannya berhubung penarikan balik diskaun sebanyak tujuh peratus ke atas pembelian hartanah mewah dan komersial oleh golongan bumiputera telah diputarbelitkan oleh Umno dan lidah rasminya, Utusan Malaysia.

Dalam satu kenyataan media, Tony berkata beliau tidak berniat meniupkan sentimen perkauman dengan membangkitkan hak keistimewaan kaum bumiputera seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Sebaliknya kata beliau, cadangannya perlu dilihat dari perspektif pengagihan ekonomi yang lebih adil dan bukan berasaskan dasar yang hanya memberi keistimewaan kepada golongan kaya.

"Minggu lepas, saya telah dicerca Utusan Malaysia dan pemimpin Umno kerana menyarankan salah satu langkah untuk memperbaharui keyakinan pelabur dalam polisi ekonomi negara iaitu melupuskan diskaun bumiputera ke atas pembelian hartanah mewah dan komersial.

"Dalam cadangan saya, saya tidak mempunyai niat meniup sentimen perkauman atau mengambil hak-hak bumiputera seperti dijelaskan dalam perlembagaan. Saya lihat dasar ini dengan tegas dari perspektif keadilan pengagihan ekonomi,"katanya.

Beliau memberi gambaran bahawa seseorang yang membeli hartanah bernilai RM2 juta di bawah dasar yang lama akan mendapat keuntungan RM140,000 sekiranya diskaun 7 peratus dikekalkan. Berbanding golongan berpendapatan lebih rendah yang membeli hartanah bernilai RM100,000 umpamanya, hanya menerima kelebihan diskaun sebanyak RM7,000.

Katanya, keadaan itu hanya memberi lebih manfaat kepada golongan kaya dan bukan rakyat terbanyak atau majoriti kaum melayu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mengingatkan beliau supaya tidak “bermain dengan api” berhubung isu itu. Ahmad Maslan dakwanya cuba menggunakan Perlembagaan Persekutuan dan “kontrak sosial” bagi mengekalkan dasar diskaun pemilikan hartanah berdasarkan kaum.

Tony membidas sikap pemimpin Umno dan Utusan malaysia yang cuba mempolitikkan isu itu dengan memberi gambaran yang salah berhubung kenyataan beliau.

Katanya, perkara itu jelas bertentangan dengan ucapan perdana menteri pada 30 Mac lalu yang menjamin bahawa pengagihan ekonomi melalui Model Ekonomi Baru berasaskan merit dan 'mesra pasaran' tanpa mengutamakan dasar sasaran kaum atau sistem berasaskan kuota.

"Umno, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia dan Datuk Seri Najib memilih bersikap perkauman dan mempolitikkan isu ini, membangkitkan kemarahan sentimen perkauman untuk mencapai tujuan politik dan ekonomi jangka pendek.

Menurutnya lagi, keadaan itu menyebabkan pelabur asing dan tempatan dikelirukan dengan dasar-dasar yang tidak selari dengan pelaksanaan kerajaan seperti yang diperkenalkan dalam MEB dan Rancangan Malaysia Ke-10.

Menurutnya sekiranya kerajaan tidak mampu melakukan pembaharuan dasar dalam MEB, perdana Menteri dan pemimpin Umno perlu berhenti bersikap berpura-pura dengan melaksanakan satu model ekonomi kononnya berteraskan "mesra pasaran dan berdasarkan merit”.

"Ia hanya akan membuktikan kepada pelabur-pelabur yang kerajaan hanya bercakap tetapi tiada tindakan dan bahawa Barisan Nasional sama sekali tidak mampu membawa perubahan dan kurang transformasi yang dikehendaki untuk membawa kita ke status negara maju sebelum 2020," kata beliau lagi .

Read more ...

Kedah cadang asing hasil arak, judi

ALOR SETAR, 3 Ogos: Kerajaan Negeri Kedah bercadang untuk mengasingkan punca hasil dari sumber judi dan arak daripada punca-punca hasil yang sah tidak lama lagi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, sehingga ini kerajaan negeri belum bersedia mengasingkan hasil dan perolehan daripada hasil judi dan hasil sumber yang sah bagi maksud perbelanjaan dan pembangunan negeri ini.

Namun begitu, katanya kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mengasingkan punca hasil tersebut pada masa yang akan datang.

Katanya, mengikut unjuran bagi tahun 2010 anggaran jumlah perolehan dan hasil bagi kerajaan negeri ialah sebanyak RM496,085,253 termasuk hasil cukai sebanyak RM281,314,403.

Tambahnya, bagi hasil bukan cukai pula ialah sebanyak RM60,951,470 sementara penerimaan untuk bukan hasil pula ialah RM153,819,380.

"Bagi tahun 2011 pula, anggaran perolehan hasil adalah sebanyak RM520,966,869.65 yang mana ia termasuk juga jumlah hasil cukai sebanyak RM295,380,123.15.Manakala bagi hasil bukan cukai ialah RM63,999,043.50.

"Sementara itu bagi hasil bukan cukai pula ialah RM161,587,703," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim semasa sidang Dewan Undangan Negeri, semalam.

Read more ...

Tahan aktivis ISA : Imej Malaysia semakin teruk




















SHAH ALAM, 3 Ogos :
Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mengutuk tindakan polis menahan 38 aktivis yang menyertai perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersempena 50 tahun akta zalim itu dikuatkuasakan di negara ini.


Pegawai Publisiti CIJ, Chuah Siew Eng berkata, penahanan dan tindakan polis tersebut telah menyebabkan imej Malaysia bertambah buruk, apatah lagi negara ini merupakan anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

"Penangkapan warganegara yang berhimpun secara aman membantah satu undang-undang yang melanggar hak asasi iaitu penahanan tanpa bicara (ISA) telah menjejaskan imej Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bersatu.

"Respon sedemikian juga mendatangkan nama buruk kepada Perdana Menteri Najib Razak, yang mencanangkan konsep 1Malaysia yang menggesa antara lain, menghormati kepelbagaian pendapat,"ujar beliau.

Dalam kejadian 1 Ogos lalu, polis bertindak ganas di lapan tempat perhimpunan iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan menahan kira-kira 36 peserta perhimpunan tersebut. Antara yang ditahan termasuk wanita dan dua wartawan dari Harakah yang sedang menjalankan tugas.

Menurut Siew Eng, tindakan biadap polis menyuraikan perhimpunan anjuran Gabungan Mansuhkan ISA dan Suara Rakyat Malaysia itu adalah tidak wajar memandangkan pihak penganjur telah mengambil pendekatan dan langkah berjaga-jaga berhubung soal keselamatan peserta dan orang ramai.

Menurutnya lagi, adalah tidak munasabah perhimpunan program nyalaan lilin itu diperlihatkan sebagai satu bentuk ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan negara.

"Di Selangor dan Pulau Pinang, polis rusuhan menganggu perhimpunan sebelum acara dimulakan. Tempat kejadian menjadi kelam kabut apabila polis rusuhan mengejar peserta sehingga ke pusat membeli belah, memukul beberapa peserta sepertimana yang dilihat saksi kejadian. Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan peserta cedera tetapi yang melihat acara itu turut cedera,"ujarnya.

Tegasnya, CIJ mengulangi bahawa kebebasan bersuara dan berhimpun seperti mangadakan acara memasang lilin secara aman adalah merupakan hak asasi yang diakui Perlembagaan Persekutuan untuk semua rakyat di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Parti Sosialis Malaysia mengulangi pendirian nya mendesak kerajaan memansuhkan ISA dan semua undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Setiusaha Agung PSM, S. Arutchelvan berkata, ISA telah digunakan terhadap pelbagai pihak termasuk ahli politik, ahli akademik, pelajar, aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan ramai lagi.

Beliau juga menyifatkan ISA sebagai akta paling drakonian di negara ini yang telah digunakan bagi menyeksa, memalukan dan menafikan hak ribuan individu yang ditahan tanpa bicara.

"Kesemua bekas Perdana Menteri telah menggunakan ISA untuk kekal berkuasa, sebagai satu 'senjata' untuk mencantas apa-apa ancaman dan boleh digunakan ke atas sesiapapun pada bila-bila masa.


"ISA merupakan satu ancaman terhadap demokrasi dan hak asasi dan selagi adanya ISA, saya anggap negara ini masih di dalam perintah 'berkurung'," tegas Arutchelvan.

Katanya ISA dikuatkuasakan kerajaan pada 1 Ogos 1960, iaitu sehari selepas perintah darurat berakhir yang meletakkan negara kini dalam satu keadaan yang menyerupai zaman ketika itu.

"Keadaan cemas sejak 50 tahun lalu ini perlu dihentikan sekarang juga dan tidak patut diteruskan melalui penggunaan kaedah lain," kata beliau lagi.

Read more ...

Tuan Guru Nik Aziz ikon Bapa Perpaduan






























JERANTUT, 3 Ogos:
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan ikon Bapa Perpaduan Malaysia atas keupayaannya memerintah secara adil di negeri Kelantan.

Di samping itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memainkan peranan yang penting dalam usaha menyatukan kepelbagaian kaum dalam Pakatan Rakyat, kata Timbalan Pengerusi DHPP Pusat, N Balasubramaniam (gambar).

Ketika berucap dalam program yang diadakan di Temin, kelmarin, beliau berkata keupayaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerapkan nilai-nilai adil kepada semua kaum dalam pemerintahan di Kelantan.

Justeru, kata beliau sepatutnya Nik Aziz dijadikan contoh atas keupayaan menyatukan kaum sehingga dikagumi oleh rakyat bukan sahaja di Kelantan malahan seluruh negara.

"Tok Guru sebenarnya adalah bapa perpaduan di Malaysia. Dia memerintah Kelantan dengan adilnya kepada semua kaum. Orang bukan Islam telah terima dasar Islam yang adil. Sekarang ini orang bukan Islam semakin yakin dengan PAS.

"PAS diterima oleh orang bukan Islam sejak 50 tahun lalu tetapi atas beberapa sebab kerana mereka tak sokong Umno BN, mereka tak mahu Umno menang. Selepas pilihan raya umum lalu, orang bukan Islam semakin yakin dengan dasar Islam yang dibawa PAS," katanya.SH

Read more ...

Defisit Perak tertinggi


IPOH , 3 Ogos : Rang Undang-Undang Perbekalan sejumlah RM80 juta antara isu hangat yang akan dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri penggal ke tiga hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, jika rang undang-undang ini diluluskan, Perak akan menjadi negeri defisit tertinggi dengan jumlahnya RM104 juta.


Menurutnya, defisit berlaku apabila kerajaan membelanjakan wang dengan sewenang-wenangnya.

“Merayu rang undang-undang ini diberi masa seluas-luasnya untuk bertanya dan membahaskan tambahan RM80 juta itu. Kami merasakan ia adalah satu perkara tidak sepatutnya berlaku. Pada pembentangan belanjawan tahun lalu masih ada defisit sejumlah RM24 juta.

“Contoh perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti pembayaran dan faedah kepada tiga penasihat bertaraf Exco tanpa tugas. Selain itu, perbelanjaan luar negara dan pemberian RM50,000 untuk 24 Bahagian parti MCA,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Wisma DAP di sini, semalam.

Mohammad Nizar berkata, pembaziran itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat.

“Ini tugas pembangkang. Kalau gunakan wang sewenang-wenangnya dengan wujud jawatan, tapi tiada kerja yang dijalankan ini adalah pembaziran dan kesalahan kerana tidak wujud jawatan berkenaan. Ini melibatkan wang rakyat.

“Ketika pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tiada permohonan pertambahan, tetapi mendapat lebihan sejumlah RM103 juta. Pentadbiran PR mendapat wang lebihan tanpa kenaikan cukai,” katanya.SH

Read more ...

Demo aman tanpa polis


SUNGAI PETANI , 3 Ogos : Penduduk bandar ini mungkin tertanya-tanya mengenai kehadiran anggota polis bersama kenderaan pihak berkuasa berkenaan membanjiri Dataran Zero Kilometer seawal jam 6 petang dan berakhir lebih kurang jam 10 malam kelmarin dengan anggaran seramai 200 anggota yang terlibat.

Anggota polis yang membanjiri dataran tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga terhadap Demonstrasi Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang dirancang pada jam 8 malam, namun walaupun kawalan ketat diadakan, demonstrasi tetap diteruskan di lokasi berlainan.


Ketua Pasukan Keadilan Kedah Tengah, Simon Ooi berkata, oleh kerana anggota polis mengambil langkah mengadakan kawalan ketat dan tidak membenarkan peserta demonstrasi mendekati Dataran Zero Kilometer, mereka terpaksa mengubah lokasi di hadapan Kompleks SP Plaza.

“Walaupun kita lihat anggota polis mengambil langkah awal dengan mengadakan kawalan ketat di lokasi asal, namun demonstrasi ini harus dilaksanakan juga secara aman di hadapan Kompleks SP Plaza.

“Pada awalnya peserta demonstrasi lebih ramai, namun melihat kepada situasi ini, hanya tinggal 50 peserta sahaja menjalankan Demonstrasi GMI sempena ulang tahun penubuhan akta tersebut hari ini (1 Ogos),” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Turut hadir menyertai demonstrasi terbabit ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria; Exco Kerajaan Negeri Kedah, Tan Chow Kang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Nasir Mustafa.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nasir berkata, beliau mewakili Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah untuk menyertai demonstrasi terbabit bagi menyatakan pendirian untuk pemansuhan ISA kerana bercanggah dengan prinsip keadilan, kedaulatan undang-undang, kepercayaan agama dan budaya tamadun.

“Kami berharap kerajaan menunaikan janji melihat semula akta yang ada dalam negara untuk dimansuhkan dan percaya bukan sahaja parti politik yang minta Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini dimansuhkan, namun rakyat secara keseluruhannya juga mengharapkan pemansuhan ini,” katanya.

Sementara itu, Simon berkata, demonstrasi GMI yang diadakan di sini adalah sempena 50 tahun ISA ditubuhkan dan rakyat seluruh negara berhimpun pada masa sama kelmarin untuk menyatakan bahawa akta berkenaan dan segala undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara harus dimansuhkan dengan segera dan bukannya dipinda.

Perhimpunan terbabit yang dirancang jam 8 malam diadakan pada jam 8.40 malam dan berakhir lebih kurang 9 malam dalam keadaan aman tanpa ada tangkapan dilakukan polis.SH

Read more ...

BN tidak konsisten, SPR diperlekeh

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) kesal dengan sikap tidak konsisten pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan isu pendaftaran pemilih.

Semalam, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Timbalan Menteri Pelajaran mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi dan pemilih secara automatik dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara di mana, setiap warga negara berumur 21 tahun ke atas secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

Idris berkata, Pakatan Rakyat sudah lama mencadangkan perkara itu dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini sudah membawa cadangan itu tetapi ditolak melalui jawapan Parlimen oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa negara ini mengamalkan freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision dan rakyat tidak boleh dipaksa untuk mendaftar dan keluar mengundi.

Katanya, jawapan berkenaan jelas memberikan masalah kepada SPR yang masih gagal mendaftarkan pengundi-pengundi yang telah layak kerana kekurangan kakitangan dan sumber.

Akibat penolakan itu, katanya SPR mewujudkan cadangan baru iaitu menaikkan bayaran untuk penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 kepada RM3.

Tetapi cadangan itu pula ditolak oleh Puad atas alasan membazirkan wang rakyat dan kembali semula mengutarakan cadangan yang pernah disebut oleh Pakatan dan SPR iaitu membuat pendaftaran secara automatik.

“Jelaslah, bahawa kerajaan BN sendiri tidak konsisten dan tidak mempunyai persefahaman yang jelas terhadap keputusan yang mereka ambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPR, katanya menjadi seperti bola yang bukan sahaja ditendang ke sana ke mari, cadangan mereka diperlecehkan dan BN jelas takut untuk membuat penyelesaian terhadap isu pendaftaran pemilih kerana jumlah pengundi baru yang ramai adalah satu ancaman kepada mereka.

“PAS tegas mahu pendaftaran pemilih secara automatik dibuat dan kita bersedia membantu SPR untuk meningkatkan jumlah pengundi baru,” katanya lagi.

Justeru, ujarnya PAS berharap agar SPR bersikap lebih terbuka dan menerima dengan positif bantuan yang ditawarkan oleh PAS.

“Kita menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada SPR bagi mendaftarkan pemilih-pemilih baru dengan syarat pendaftar pemilih dari parti ini dan parti-parti Pakatan lainnya tidak didiskriminasi oleh SPR,” tambahnya.

Sehubungan itu, katanya lagi layanan yang adil hendaklah diberikan dan jawapan segera diberikan bagi setiap senarai pendaftaran yang telah diserahkan sebelum ini.

PAS, jelasnya berjanji bahawa pendaftaran pemilih secara automatik akan dilaksanakan jika Pakatan menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti sekaligus dapat menjimatkan wang rakyat dan memudahkan kerja-kerja SPR.

Read more ...

Monday, August 2, 2010

Makan malam ulang tahun DAP meriah



TELUK INTAN, 2 Ogos : Makan Malam Ulang Tahun ke-44 DAP telah diadakan di Dewan SJK (C) San Min Teluk Intan. Ia telah dihadiri oleh pimpinan tertinggi DAP seperti YB Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Perak YB Datu Ngeh Koo Ham dan beberapa orang ahli parlimen DAP.

Turut hadir ialah beberapa orang wakil rakyat dan pemimpin PAS serta PKR.


Bagi pihak PAS Teluk Intan telah diwakili oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan yang diketuai sendiri oleh YDP iaitu Ustaz Hj. Ismail Che Nik. Turut hadir juga ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin yang turut mewakili PAS negeri Perak.

Selain itu, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat kawasan turut hadir ke majlis tersebut di samping wakil-wakil cawangan PAS.




Majlis telah bermula pada jam 8.00 malam dimulai dengan ucapan oleh YB Lim Kit Sian yang begitu bersemangat menyatakan akan keyakinan pimpinan PR dan rakyat untuk mengambil alih semula pemerintahan negeri Perak malahan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Turut menyampaikan ucapan ialah YB Datuk Ngeh Koo Ham, ahli Parlimen Segambut YB Lim Lip Eng, ahli parlimen Serdang YB Teo Nie Cheng, ahli parlimen Petaling Jaya Utara YB Tony Pua, serta ahli parlimen Teluk Intan YB Manogaran.





Kebanyakan isi ucapan adalah berkenaan isu semasa seperti pendakwaan bekas Menteri Pengangkutan Tun Ling Leong Sik dalam isu PKFZ, isu perkauman mainan UMNO/BN, keadilan an kebajikan rakyat.

ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin turut diberi pelang menyampaikan ucapan sebagai mewakili PAS. Di hadapan hadirin yang majoritinya kaum Cina, YB Anuar banyak memperkatakan tentang kebaikan nilai-nilai Islam yang amat sesuai dipraktikkan dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.



Beliau juga menyatakan sudah sampai masanya untuk rakyat memilih PR di dalam PRU13 akan datang setelah ternyata kerajaan BN sekarang gagal mendepani setiap masalah rakyat serta ditambah pula dengan isu-isu dalam parti BN.Intanhijau

Read more ...

Selangor tiada tanah dibolot pemimpin BN


hassan ali





























SHAH ALAM, 2 Ogos :
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menegaskan negeri Selangor sekarang ini tidak mempunyai tanah untuk dibangunkan, akibat dibolot oleh pemimpin Barisan Nasional(BN) ketika mentadbir kerajaan negeri terdahulu dengan memberi tanah-tanah tersebut kepada kroni.

Menurutnya, tindakan kerajaan BN semasa pentadbiran Datuk Seri Dr Khir Toyo jelas menjejaskan Selangor dan kehidupan rakyat kerana hak milik tanah yang diberikan kepada kroninya langsung tidak dimajukan.

Beliau berkata, walaupun ada perumahan dibangunkan oleh kerajaan BN terdahulu, ia adalah tidak wajar kerana perumahan itu terlalu kecil dan sempit untuk didiami oleh satu keluarga yang berpendapatan rendah.

"Saya sedih melihat keluarga miskin di Selangor sekarang ini mendiami rumah yang sempit, bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan dalam satu keluarga.

"Ini semuanya akibat tindakan BN membina rumah sempit dan kecil tanpa memikirkan masa depan rakyat.

"Kontraktor BN minta kontrak bernilai jutaan ringgit dari kerajaan untuk membangunkan perumahan baru, tetapi kos sebenar pembinaan perumahan itu hanyalah memerlukan jumlah yang kecil,"katanya dalam ceramah ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ semalam.

Hasan yang juga merupakan Adun Gombak Setia berkata, Selangor akan terus mengalami masalah untuk dibangunkan berikutan tanah yang mempunyai potensi besar tidak berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat(PR) kerana ia masih menjadi hak milik individu terbabit.

"Masalah kerajaan negeri Selangor bukan sahaja isu pasir dan air tetapi juga melibatkan isu tanah yang menjadi masalah utama kepada kerajaan negeri untuk diselesaikan.

"Isu ini semua berlaku disebabkan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Dr Khir yang meninggalkan masalah kepada kerajaan negeri hingga sekarang ini,"katanya.

Tambah beliau, skandal kerajaan negeri Selangor telah lama berlaku sejak ditadbirkan oleh BN, tetapi BN sekarang ini sengaja menyalahkan kerajaan PR untuk mengelak segala kesilapan mereka.

Read more ...

Kursus pengurusan jenazah beri pendedahan

31072010.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 2 Ogos : Selaras dengan hasrat untuk memberi pendedahan mengenai kaedah pengurusan jenazah kepada masyarakat, Lujnah Tarbiyah PAS Parit Buntar telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah di Markas Tarbiyah PAS Parit Buntar, Titi Serong.

Kursus yang dihadiri 120 peserta lelaki dan wanita diadakan dengan kerjasama Lujnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.

Pengarah program Muhammad Yaakob berkata, kursus berkenaan memberi faedah kepada peserta terutama mengenai ilmu menyempurnakan jenazah bermula daripada mandi, kafan dan solat jenazah.

“Ini adalah soal fardu kifayah yang perlu diketahui oleh semua orang. Setidaknya, ia akan menambah ilmu dari segi pengendalian jenazah yang amat berguna suatu hari kelak.

“Jika selama ini kursus seumpama ini hanya dihadiri oleh golongan warga emas, namun pada kali ini sudah ada peserta di kalangan pemuda dan wanita hadir untuk mengikuti kaedah pengurusan jenazah,” katanya.

Muhammad berkata, kursus berkenaan dibahagikan kepada dua slot iaitu ceramah teori pengurusan jenazah dan praktikal memandi dan mengkafankan jenazah.

“ Ceramah teori disampaikan oleh saya sendiri, manakala praktikalnya disampaikan oleh Ustaz Mohd Said Mokhtar seorang tokoh yang berpengalaman menguruskan jenazah.

“ Saya berharap kursus ini bukan sahaja membolehkan peserta memperoleh ilmu dalam pengurusan jenazah tetapi juga dapat dipraktikkan apabila berlaku kematian di tempat masing-masing” katanya

Salah seorang peserta kursus, Ahmad Rohaizat Azizan memuji usaha yang dijalankan Lujnah Tarbiyah PAS Parit Buntar yang beliau anggap amat kena pada masanya untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada generasi muda.

“ Aspek agama termasuk pengurusan jenazah tidak seharusnya diserahkan kepada golongan tua saja malah generasi muda juga perlu mengambil peluang mempelajari ilmu yang amat berguna suatu hari kelak.” katanya

310.jpg picture by paspb

3107.jpg

Peserta mendengar ceramah pengurusan jenazah

31072.jpg

3107201.jpg

Praktikal mengkafan jenazah

310720.jpg

Penerangan memandikan jenazah

Read more ...

Direman kerana pisau lipat


















PASIR SALAK, 2 Ogos : 15 orang Petugas Unit Amal telah dibebaskan dari Balai Polis Kampung Gajah setelah ditahan hampir 8 jam. Mereka yang ditugaskan oleh penganjur untuk mengawal lalulintas dan keselamatan sekitar perhimpunan.

Malah ada diantara mereka yang ditahan tersebut hanya kerana membawa baju merah Jabatan Amal Malaysia sahaja. Ini adalah permulaan sebagai tanda-tanda besar kehancuran UMNO & Barisan Nasional.

Mereka ingat tidakkan seumpama ini akan menakutkan rakyat malah kini setelah disembang borakkan dengan pengunjung kawasan himpunan Changkat Lada ini rata-rata menyatakan geram dan benci tindakan seumpama itu dilakukan.

Senario di Kampung Gajah kini mepamerkan 2 gambaran yang memerlukan pemikiran rakyat lebih terbuka. Kemunculan kedai - kedai karoke yang saban malam menganggu persekitaran tidak langsung diambil endah oleh pihak berkuasa namun jika Ceramah Penerangan Hak Kebenaran Rakyat , maka terus disekat, ditakut-takutkan dan ada pula SB merata2.

3 orang petugas Unit Amal pagi tadi dibawa ke Mahkamah Seksyen, Perak Tengah bagi mendapat kebenaran direman setelah ditemui senjata pisau lipat nak belah cempedak bersamanya.

Dewan Pemuda PAS Perak mengiringi mereka menyusul ke Mahkamah Parit bagi memastikan tiada sebarang provokasi dan keselamatan mereka bertiga.

Bagi pihak penganjur keberanian dan ketabahan mental petugas2 Unit Amal Perak HARUS DIBERIKAN PUJIAN kerana berjaya menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.

Kepada pihak keluarga mereka, moga kesabaran kalian akan melimpahkan rahmat berpanjangan dan usaha membeaskan mereka akan dipercepatkan.

Insyallah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang redho dan sabar atas kezaliman yang dilakukan, dalam masa yang sama kini doa mereka sangat-sangat mustajab. Amin Ya Rabb.

Read more ...

PAS gesa batal senarai hitam kenderaan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha pada 5 Ogos ini bagi berbincang mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, jawatankuasa berkenaan juga akan mengatur satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan perkara sama.

"Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

"Kami minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan JPJ membatalkan black list tersebut dan izinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan.

"Kase juga akan tetapkan satu tarikh untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin untuk berbincang isu saman ekor ini kerana pihak polis pun memainkan peranan dalam mengenakan saman ekor ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Menurut Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS, Kase juga akan mengadakan hari bertemu mangsa saman ekor di beberapa tempat pada 9 dan 10 Ogos bagi memberikan penerangan kepada mereka dari sudut undang-undang mengenai tindakan yang dikenakan JPJ dan pihak polis itu yang akan disampaikan oleh pengamal undang-undang dalam Kase sendiri.

Pertemuan bagi mereka yang berada di Wilayah Persekutuan dan Selangor akan diadakan di sekitar ibu negara manakala bagi mereka yang tinggal di Melaka dan Negeri Sembilan, pertemuan akan diadakan di Seremban.

"Kita akan adakan hari bertemu mangsa saman ekor ini pada 9 Ogos untuk Wilayah dan Selangor dan kita menyeru semua mangsa saman ekor akan ikuti perjumpaan ini.

"Akan ada satu taklimat tentang akta dan undang-undang untuk mereka fahami bahawa mereka belum lagi bersalah. Khidmat nasihat akan diberikan oleh penasihat undang-undang kita.

Selain itu, Kase juga akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi membuat aduan mengenai akta dan undang-undang yang dilihat bercanggah dengan perlembagaan negara.

"Kita juga akan bertemu dengan Suhakam supaya Suhakam dapat melihat ada banyak akta dan undang-undang yang sangat bercanggah dengan perlembagaan negara," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan JPJ tidak membenarkan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan bertentangan dengan perkara 13 Perlembagaan negara yang membenarkan seseorang menggunakan hartanya.

"Perlembagaan negara di bawah perkara 13 menyatakan bahawa kita berhak menggunakan harta kita. Kenderaan adalah sebahagian daripada harta kita.

"Jadi kerajaan melalui JPJ telah menghalang kita menggunakan harta kita apabila menyenaraikan hitamkan kenderaan dan halang perbaharui cukai jalan.

"Tindakan JPJ ini satu tindakan tidak wajar dan menafikan hak seseorang menggunakan kenderaan. Jadi saya minta supaya pihak JPJ pertimbangkan untuk menarik balik senarai hitam ini," jelasnya.

Mahfuz turut menyifatkan tindakan itu akan merugikan negara kerana hasil cukai jalan merupakan pendapatan tetap negara.

"Saya sifatkan ini satu tindakan yang merugikan negara kerana kita mungkin kehilangan pendapatan tetap negara kerana orang yang disenarai hitam tidak akan bayar cukai jalan," katanya.

Tindakan itu juga, katanya dibimbangi akan menggalakkan pemilik kenderaaan yang disenari hitam melakukan satu lagi kesalahan iaitu memandu tanpa cukai jalan selain menggalakkan amalan rasuah terutamanya kepada syarikat-syaraikat kenderaaan yang besar bagi meneruskan perkhidmatan mereka.

"Secara tidak sedar, senarai hitam ini akan galakkan lagi pemilik kenderaan melakukan kesalahan memandu tanpa cukai jalan.

"Ia juga akan mengakibatkan berlakunnya amalan rasuah terutama syarikat-syarikat kenderaan seperti bas ekspres yang ingin meneruskan operasi mereka," katanya.

Namun, Mahfuz menegaskan, jawatankuasa itu ditubuhkan bukan untuk menggalakkan orang ramai melakukan kesalahan jalan raya sebaliknya bertujuan membela nasib mereka yang teraniaya akibat tindakan JPJ tanpa prosedur yang betul.

"PAS tubuhkan jawatankuasa ini bukan bermakna kita bersetuju orang ramai boleh melanggar had laju sewaktu memandu dan melanggar undang-undang jalan raya.Tapi kita buat ini untuk pembelaan.

"Kami anggap ini satu penganiyaan kepada orang kerana menerima notis yang tidak melalui prosedur tertentu," katanya lagi.

Turut bersama pada sidang media itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga Timbalan Pengerusi Kase, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.hrkh

Read more ...

PR tidak berebut



ALOR SETAR , 2 Ogos : Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi siapakah dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang akan diberi tanggung jawab sebagai Perdana Menteri, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bukan soal jawatan tertinggi itu yang harus diberi keutamaan, sebaliknya sokongan rakyat dan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang harus dititikberatkan.

“Apa jua keputusan kelak, eloklah tunggu keputusan pilihan raya umum akan datang. Sekiranya Pakatan Rakyat menang, barulah kita boleh bincang isu ini. Masih terlalu awal untuk diputuskan,” katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung jawatan Perdana Menteri lebih sesuai digalas calon dari parti PAS berbanding Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya sokongan rakyat memihak kepada PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, PR juga harus melihat penerimaan rakyat terhadap pemimpinnya sebelum memutuskan siapa yang layak menerajui Putrajaya.

“Elok bincang kemudian. Spekulasi awal tidak baik dalam politik. Yang harus diberi keutamaan sekarang ialah semua pemimpin dan ahli PR mesti kerja kuat untuk menang dalam pilihan raya umum,” katanya.

Azizan berkata, bagaimana pun pemimpin PR tidak perlu bergaduh sesama sendiri bagi merebut jawatan tertinggi itu, sebaliknya dibuat secara perbincangan.

Kelmarin, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR sebulat suara bersetuju memilih Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya sokongan berpihak kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pemilihan itu diputuskan seawal pilihan raya 1999, sejak gabungan parti pembangkang antara tiga parti dipanggil Barisan Alternatif.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PR tidak pernah berbincang mengenai calon selain Anwar sekiranya parti itu menang pilihan raya akan datang kerana misi utama mereka ialah menumbangkan BN terlebih dahulu. SH

Read more ...

Kenyataan peribadi Tony Pua


SHAH ALAM , 2 Ogos :
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua diingatkan tidak mendahului Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) ketika membuat cadangan agar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor dimansuhkan.


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Tony Pua sepatutnya menjadikan Majlis Mesyuarat PR saluran untuk berbincang dan membuat keputusan, terutamanya isu berkaitan Bumiputera kerana boleh mencetuskan kontroversi.


“Kenyataan Tony Pua adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili suara PR, sama seperti kenyataan Karpal Singh sebelum ini berkaitan isu negara Islam.


“Bagi saya, isu ini tidak boleh tergesa-gesa kerana memerlukan kajian mendalam dengan mengambil kira soal hak, keadilan dan kepentingan,” katanya dipetik dalam laman blog beliau, semalam.


Menurutnya, isu tanah dan pemilikan rumah kediaman yang dihadapi masya- rakat boleh diselesaikan dengan menjadikan agama Islam sebagai rujukan.


“Sekiranya negara masih menerima pakai sistem kapitalis dan menolak sistem Islam, maka selama itulah negara akan terperangkap dalam kaedah yang sukar dan dilihat tidak adil kepada semua.


”Islam mempunyai hukum dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masalah pemilikan hartanah yang tidak menzalimi bangsa, agama dan keturunan seperti hukum Ihya’ al mawat (memberi hak kepada mereka yang menghidupkan tanah terbiar), iqta’ (memberi hak milik kepada yang tiada kediaman) dan garis panduan Hima (memiliki tanah secara kuasa),” katanya.
SH

Read more ...

BN tidak berani adakan pilihanraya umum


KUANTAN, 2 Ogos : Penyelaras Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim yakin Barisan Nasional (BN) tidak akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dalam masa terdekat kerana berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.

Katanya, kerajaan BN juga masih belum bersedia untuk menghadapi saingan sengit daripada PR pada dan membayangkan ia bakal menjadi pilihan raya umum paling kotor dalam sejarah negara.


Pilihan raya sebelum ini sudah berlaku kekecohan dan tidak mustahil akan berlaku perkara sama dalam PRU-13. Bagaimanapun, pemimpin sebelum ini boleh menerima kekalahan dan untuk pilihan raya kali ini, pemimpinnya tidak mungkin memberi peluang kepada kekalahan mereka dan sanggup lakukan apa saja,” katanya kepada pemberita ketika majlis makan malam anjuran PKR Bahagian Kuantan di sini, semalam.


Katanya, parti pembangkang dan rakyat perlu bersedia bekerjasama menghadapi satu pilihan raya paling menakutkan dan kotor kerana kemungkinan berlaku ugutan dan penipuan.


“Seperti yang kita tahu, BN kalah di Perak tetapi selepas itu mereka berjaya mengambilnya semula. Itu juga menunjukkan pucuk pimpinan UMNO sekarang tidak dapat menerima kekalahan dan tidak akan mengikut undang-undang,” katanya.

Justeru, beliau mengajak rakyat bersungguh-sungguh bersama menyumbang tenaga dan wang untuk membuat pembaharuan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Jika ada yang boleh menyumbang tenaga, mereka boleh menyumbang tenaga, jika ada wang mereka boleh menyumbang wang ringgit untuk membuat satu perubahan pimpinan di negara ini.

“Saya percaya, jika kita boleh bersatu, pemimpin yang ada sekarang akan menjadi Perdana Menteri terakhir bagi BN,” katanya.

Beliau juga berharap, rakyat Pahang akan terus mempertahankan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk terus menang pada pilihan raya akan datang.SH

Read more ...