Sunday, January 23, 2011

PKR bersiap untuk 'Cyber War'

Keadilan Network Dipersiap Hadapi Perang Siber


AMPANG 23 Jan.: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melancarkan program baru, 'Keadilan Network' bagi menangani dan berhadapan perang siber yang dilancarkan ke atas PKR dan Pakatan Rakyat oleh pihak lawan terutamanya Umno-BN dengan menubuhkan satu rangkaian aktivis pengguna alam maya seperti para blogger dan pengguna laman Facebook.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kepada hadirin bahawa usaha menyatukan dan mengatur aktivis di alam maya akan diteruskan sehinggalah ke pilihanraya umum akan datang bagi menahan serangan pihak lawan yang menggunakan laman web untuk menabur pelbagai fitnah dan dakwaan palsu terhadap PR.

"Keadilan Network ini adalah inisiatif kita nak bina rangkaian di kalangan aktivis-aktivis kita di dunia maya, dan juga untuk mengatur informasi di internet untuk menghadapi perang informasi," jelas beliau.

'Keadilan Network ini fokusnya kepada pilihanraya umum ke 13, untuk pilihanraya Tenang ini memang ada usaha tetapi matlamat utama kita ialah piliharaya umum ke 13," kata beliau.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 aktivis parti serta pengguna Facebook turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nor Manuty.

Nik Nazmi menjelaskan program sebegini akan turut memuatkan penguna dan aktivis laman maya lain seperti Twitter dan blog-blog lain bagi menyelaraskan gerak kerja antara aktivis-aktivis di alam maya.

"Apa yang kita buat hari ini misalnya lebih kepada rakan-rakan kita di facebook. jadi kita akan buat 'engagement' ini secara berterusan untuk kita selaraskan gerak kerja dan pendekatan kita tetapi perkara ini bukan kita buat sekali sahaja," jelas beliau.

Read more ...

Umno bingung, MCA tongong

Umno bingung hadapi isu negara Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSI63gnjD6wgTxuniaG_AWEsRzFaVeseJi6KxGdVn857hEH1GxeH9rOVNdhfW43lq52MPOpKdMKM3zk_DKJqoIS7KeIb9HTJGxW6jFF6FKYcKGZDUVRwZFbkv-x-WXsobEMSPrjyad5sFl/s1600/Muhyiddin+Menangis.jpgLABIS, 23 Jan: Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno yang hidup dalam keadaan mewah melampau dan rakyat terhimpit dalam peningkatan kos kehidupan yang semakin membebankan, PAS melahirkan rasa kesal terhadap cara Umno menghadapi isu negara Islam untuk mengalihkan perhatian rakyat di pilihanraya kecil Tenang.

“PAS tegaskan bahawa bentuk negara yang dikehendaki oleh rakyat ialah sebuah negara yang bebas dari budaya rasuah, salah guna kuasa, memaksa akta yang menindas rakyat, bebanan hidup rakyat yang semakin meningkat manakala di waktu yang sama pemimpin Umno hidup mewah melampau dan rakyat terpaksa membayar kos yang bukan kos sebenar,” kata Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong tindakan MCA untuk memainkan isu negara Islam di PRK Tenang.

“Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata semalam.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut sebagai menyokong tindak-tanduk MCA yang mengedarkan risalah-risalah berbahasa Cina untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap negara Islam dan PAS sehinggakan seolah-oleh merestui juga tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang memperkelehkan adat Muslimat yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim sebagai satu isu politik di Tenang kelmarin.

“Dia (calon PAS, Normala Sudirman) tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Chua.

Sehingga kini, tiada satu pemimpin Umno, Perkasa dan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom yang tampil untuk menuntut Chua untuk meminta maaf atas tindakannya yang jelas menghina adat Muslimat, terutamanya calon PAS, Normala Sudirman dalam adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk.

Sementara itu, Tuan Ibrahim membidas cara Umno menghadapi isu negara Islam, yang ternyata sangat berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh DAP melalui presidennya Karpal Singh, yang baru-baru ini telah menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam dalam konvesyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas, bulan lepas.

Sebelum itu, Menteri Besar Johor, Ghani Othman turut serta bersama MCA dalam memainkan isu negara Islam dengan menakutkan pengundi-pengundi di Tenang bahawa ‘PAS ingin menubuhkan negara Islam dan berkeinginankan hukum-hakam yang memotong tangan kepada mereka yang mencuri’.

Dalam menjawab tohmahan Ghani, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, model negara yang ingin PAS perjuangan sudah dapat dilihat daripada pemerintahan PAS di Kelantan untuk lebih 20 tahun.

“Tiada rakyat yang tersisih dalam arus perancangan dan pembangunan. Kita tidak isytihar atau tukar Kelantan ke Darul Islam, ia kekal Darul Naim.

Kita bawa dasar membangun bersama Islam. Islam yg membawa rahmah, bukan menyusahkan rakyat, bukan merosakkan akhlak rakyat, atau menggalakkan budaya negatif,” tambah Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, usaha UMNO dalam menghadapi isu negara Islam hanyalah bertujuan untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam dan mengalihkan pandangan rakyat daripada menilai tawaran 100-hari yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sudahpun membuat deklarasi bersama untuk menerima prinsip-prinsip yang telah dijamin dalam perlembagaan negara.

“Isu negara Islam segaja dilontar bagi mengalih perhatian rakyat dari menilai tawaran 100-hari Pakatan Rakyat. Umno BN bukan sahaja gagal menyahut cabaran debat, sebaliknya menimbulkan isu remeh temeh soal bersalam, soal sarung tangan yang dipakai calon.

"Ini bukti UMNO BN ketandusan modal bagi menghadapi PAS dan Pakatan Rakyat,” bidas Tuan Ibrahim.

Read more ...

Persatuan Peguam Muslim tuntut Presiden MCA mohon maaf

Presiden MCA Digesa Mohon Maaf


SHAH ALAM 23 Jan. : Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar mengesa Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek memohon maaf ekoran kenyataan menyentuh sensitiviti agama Islam seolah-olah penganut Islam sebagai anti-sosial dan tidak mampu melayani masyarakat.

Zainul Rijal berkata demikian dalam satu kenyatan medianya hari ini di sini .

Dalam pada itu, beliau yang dihubungi TV Selangor berkata dalam memperjuangkan nasib rakyat, tidak sewajarnya menjadikan isu agama sebagai barang untuk dijaja kerana ia mencakupi sensitiviti sesetengah masyarakat.

"Tidak semua isu perlu dijaja sebagai isu politik khususnya isu agama yang mencakupi sensitiviti masyarakat yang berbilang bangsa dan ini juga telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama masing-masing, jadi sebagai Islam memang ada perbahasan-perbahasan terhadap sentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram ini adalah haram," katanya.

Zainul menjelaskan calon PAS untuk PRK DUN Tenang, Normala Sudirman hanya mengamalkan agamanya dan keadaan ini tidak langsung mengambarkan ketidak mesraan beliau dalam kempen pilihanraya.

"Beliau hanya menjalankan prinsip agama yang utuh dan tidak sepatutnya wujud persoalan untuk ditimbulkan dalam hal ini kerana ia akan menjurus kepada mempersoalkan undang-undang Islam itu sendiri, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Chua terhadap calon PAS itu ekoran keengganan berjabat tangan dengan bukan muhrim semasa pusingan kempennya di Tenang.

Khamis lalu, Chua telah memberi amaran kepada masyarakat Cina di Tenang untuk menentang "seperti ini nilai-nilai Islam".

Hal ini diikuti oleh Naib Perdagangan Koperasi dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe yang pagi ini mengutuk Normala atas masalah yang sama.

"Jadi tidak bermakna tidak bersalam itu bermaksud tidak mesra dan mengurangkan produktiviti dan apa yang penting bagi seseorang itu mengamalkan agamanya dan dia perlu diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan agamanya, " katanya.

Dalam pada itu, Exco Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa pula berkata insiden ini jelas menunjukkan kegagalan UMNO-Barisan Nasional apabila dilihat gagal memberi kefahaman yang jelas kepada rakan komponennya MCA tentang agama Islam.

"Sebab itu kita melihat bahawa sikap 'double standart' yang diamalkan Umno yang bukan sahaja tidak mengamalkan agama dalam kepimpinan parti mereka tetapi juga gagal memberikan kefahaman serta merungkaikan apa yang boleh menjadi sensitiviti kepada orang Islam dan masyarakat," ujarnya.

"Dan kita juga melihat ulama-ulama Umno juga gagal memainkan peranan dalam memberikan kesedaran terutamanya sekali dalam komponen BN itu sendiri untuk memahami secara jelas dalam isu Islam," katanya lagi.

Fariz kertika dihubungi Tvselangor, turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan MCA sekaligus insiden ini membuktikan mereka jalas ketandusan idea kerana sanggup menggunakan isu agama untuk kepentingan politik mereka.

"Kita sangat kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh MCA dalam suasana sebegini dan ini jelas membuktikan bahawa mereka ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu agama yang boleh menyebabkan tercetusnya sentimen perkauman dan agama," katanya.

Tambahnya lagi, polemik ini tidak ada penghujungnya jika tindakan tegas tidak diambil dari komponen Barisan Nasional khususnya Umno dalam mendepani permasalahan ini.

Read more ...

Umno gagal : Chua Soi Lek harus dilatih dan dididik

Umno Gagal "Dakwah" MCA


SHAH ALAM 23 Jan : Kedangkalan ilmu agama pimpinan Umno-Barisan Nasional, menjadikan isu bersalaman calon PAS, Normala Sudirman terus digunakan sebagai kempen parti komponennya pada pilihan raya kecil Tenang.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, walaupun sekian lama MCA menjadi parti komponen BN yang diterajui oleh kepimpinan beragama Islam, parti itu masih gagal mendidik perkara asas dalam Islam.

" Kalau yang sudah mengaku Islam pun tidak faham, di kalangan sahabat-sahabat MCA jauh tidak faham tentang isu-isu keIslaman.Mereka tidak dapat didik dengan Umno sebab Umno sendiri tidak mengarah kepada mendidik tentang Islam kepada parti-parti yang bersama dengannya," kata Ustaz Ghani kepada Tv Selangor.

Malah menurut Ustaz Ghani, tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek mempertikai tindakan Normala yang enggan bersalaman dengan pengundi Cina menunjukkan sikap perkauman sempit yang dibawanya.

" Jelaslah bahawa Chua Soi Lek adalah seorang politikus yang agak cenderung kepada perkauman dan oleh kerana itu hujah-hujah mereka dalam memenangi hati rakyat adalah hujah perkudaan.

" Jadi Chua Soi Lek harus dilatih dan dididik agar memahami politik yang mengatasi kaum, politik yang menggunakan alasan-alasan yang lebih logik, lebih bertamadun, lebih beretika, dan lebih bermoral," tambah Ustaz Ghani.

Dalam perkembangan terbaru, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini turut menyelar pendirian Normala sambil menyifatkan tindakan tidak bersalam dengan bukan muhrim sebagai tidak mesra.

Walaupun penjelasan telah diberikan oleh calon PAS di Tenang namun ia nampaknya tidak dihiraukan oleh pimpinan BN dan parti komponennya dalam cubaan meraih undi masyarakat Cina di DUN tersebut.

" Saya fikir itu bukan isu yang boleh menenggelamkan pengaruh PAS di Labis.

" Yang jelas Umno bukanlah parti yang cuba memenuhi kehendak-kehendak Islam sepertimana yang dituntut oleh agama walaupun barangkali mereka mendakwa mereka juga membela agama tetapi keagamaan yang mereka bawa itu adalah dalam batas yang dangkal. Walaupun ada ustaz-ustaz di situ tetapi hanya sebagai pengikut dan bukan yang membuat polisi dan dasar," tambahnya lagi.

Read more ...

Tahniah : Datuk Lee Chong Wei juara kali ketujuh



KUALA LUMPUR 23 Jan.:Pemain badminton perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kedudukannya sebagai juara Kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia Siri Super 2011 kali ke tujuh di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini.

Beliau menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia 21-8, 21-17.

Berikut adalah keputusan perlawanan akhir kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia Siri Super 2011 di Stadium Putra,Bukit Jalil, di sini hari ini:

PERSEORANGAN LELAKI: Lee Chong Wei (MAS) mn Taufik Hidayat (INA) 21-8, 21-17.

PERSEORANGAN WANITA: Wang Shixian (CHN) mn Wang Yihan (CHN) 21-18, 21-14.

BEREGU LELAKI: Chai Biao/Guo Zhendong (CHN) mn Mads Conrads-Petersen/Jonas Rasmussen (DEN)21-16, 21-14.

BEREGU WANITA: Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN) mn Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN) 21-12, 6-21, 21-17.

BEREGU CAMPURAN: He Hanbin/Ma Jin (CHN) mn Jiaming Tao/Tian Qing (CHN) 21-13, 13-21, 21-16.

Read more ...

Taktik kotor Umno : Bakar bendera sendiri, kemudian tuduh orang PAS bakar

Terbaru,usaha memburukkan Pas dilakukan dengan insiden calar kereta dan membakar bendera.Tindakan seperti ini adalah taktik lama yang sentiasa digunapakai kembali.Kononnya kereta Puteri Umno telah diguris dan laporan polis telah dibuat.

Hari ini pula,Anak Mat Maslan cuba menjadi hero dengan menunjukkan kononnya ada pihak yang telah membakar bendera BN sehingga menjadi abu.

Sesuatu yang mudah untuk diteka,siapa lagi "pihak" yang dimaksudkan oleh Umno itu?Ini adalah taktik lama yang boleh dibaca.Pas juga boleh membakar bendera dan menuduh ada pihak yang membakar bendera Pas.

Tetapi,kerana kita boleh berfikir maka tindakan tersebut tidaklah pula dibuat.Pun begitu,isu ini akan menjadi kempen Umno di Tenang untuk memburuk-burukkan Pas dalam kalangan pengundi.Pengundi bandar mungkin boleh faham,tetapi bagaimana pula dengan pengundi felda dan kampung?Tentunya akan ada yang termakan taktik jahat seperti ini.kamisokongpas

report kereta puteri umno


wirawati Umno

Ini bukti Umno bakar bendera sendiri semasa PRK Bukit Gantang.

Tapi sampai bila PR nak sabar, jadi aduan dibuat. Tup-tup petang semalam heboh umno kata bendera depa kena bakar. Jadi depa pun buat aduan, nak tutup la kerja jahat umno buang poster calon bulan. Nak kata PR pun jahat bakar bendera kati.

Namun Allah Maha Kaya, umno tak tahu bahawa semasa tengah bakar bendera bn. Petugas PR lalu kat situ, jelas yang bakar bendera bn tu kerja orang umno sendiri. Nak tipu macam mana plat kereta depa dah diambil petugas PR. Aduan sudah dibuat oleh Ketua UPU.

Sampai macam tu sekali, pemimpin umno ajar anak buah mereka buat kerja kotor. Sebenarnya umno kat kampung penulis semakin terdesak. Walaupun UPU Kampung penulis tu pengundinya paling sikit dalam DUN Sepetang. Tapi kempen PR dari hari ke hari merisaukan umno.

Baca lagi di sini

Polis juga tidak mengambil apa2 tindakan, walaupun sudah diberi plat 2 buah kereta orang umno yang bakar bendera kati di kampung penulis.


Baca lagi di sini

Read more ...

Kembalinya Sheikh Rashid al-Ghannushi dinanti rakyat Tunisia
















Artikel: Tidak kurang dari enam hari selepas tindakan pembakaran diri seorang pemuda Tunisia tidak ada seorangpun yang membayangkan pemerintahan 23 tahun Presiden Zine El Abidine Ben Ali akhirnya tumbang akibat demonstrasi rakyat Tunisia.

Mantan Presiden Ben Ali akhirnya terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi sebagai ibu dari negara-negara diktator di Timur Tengah.

Ben Ali memilih Arab Saudi setelah negara-negara Barat yang sebelum ini menjadi pelindungnya menolak memberikan suaka politik kepadanya.

Apa yang terjadi di Tunisia tidak pernah dibayangkan oleh rakyat Tunisia.

Namun kegembiraan mereka dapat dilihat dari wajah-wajah mereka yang lalu lalang dan melakukan demonstrasi di jalanan. Akan tetapi suatu perkara yang paling penting adalah substansi gerakan revolusioner rakyat Tunisia dan nasibnya.

Tunisia sebagai persimpangan besar Eropah dan Afrika sebelumnya adalah jajahan Perancis dan dianggap sebagai milik nenek moyang Perancis.

Bukan tanpa alasan ketika seorang mahasiswa Universiti Sorbonne yang juga sempat mendapat pendidikan ketenteraan 24 tahun lalu melakukan rampasan kuasa di Tunisia dan akhirnya menjadi Presiden Tunisia selama 23 tahun.

Benar, pemuda itu adalah Zine El Abidine Ben Ali. Ia memerintah dengan cara kekuasaan negara-negara pro-Barat seperti Mesir, Yordania, Libya dan Iraq di masa itu.

Korupsi, rasuah dan nepotisme di tengah keluarga besar Ben Ali dan isterinya Leila Trabelsi menjadi penyebab utama tumbangnya pemerintahan rapuh Ben Ali.

Apa yang dilakukan rakyat Tunisia merupakan sebuah gerakan rakyat dan spontan. Namun kelihatan tuntutan rakyat Tunisia tidak disukai oleh Barat.

Sikap yang ditunjukkan rezim Zionis Israel membuktikannya. Israel bimbang meluasnya kesedaran Islam yang terjadi di Tunisia ke seluruh negara di Timur Tengah.

Kebimbangan yang muncul dari langkah pertama selepas jatuhnya Ben Ali dari Tunisia adalah tindakan rakyat revolusioner Tunisia memperdengarkan suara azan di tv-tv Tunisia.

Langkah yang selama ini dilarang di Tunisia dan berdasarkan alasan orang-orang yang hampir dengan Ben Ali ucapan azan mengakibatkan polusi suara di Tunisia.

Namun apa membawa kemungkinan munculnya sebuah pemerintahan Islam di Tunisia adalah pernyataan persiapan seorang ulama dan pejuang lama Sheikh Rashid al-Ghannushi untuk kembali ke Tunisia.

Kelihatan kehadiran Sheikh Rashid al-Ghannushi bakal menjadi tonggak terbentuknya pemerintahan Islam di Tunisia.

Siapa Sheikh Rashid al-Ghannushi?

Sheikh Rashid al-Ghannushi adalah seorang ulama pejuang dan revolusioner Tunisia.

Pengaruh pemikiran Sayyid Qutb dan Hasan al-Banna, membuatnya bersama Omar al-Bashir, Presiden Sudan menjadi dua tokoh Ikhwanul Muslimin di utara Afrika dan Tunisia.

Sheikh Rashid al-Ghannushi merupakan segelintir penulis dan pemikir Arab yang yang menulis tentang pribadi Imam Khomeini ra muncul selepas kemenangan Revolusi Islam Iran.

Sheikh al-Ghannushi memiliki hubungan erat dengan tokoh-tokoh revolusioner Iran di awal-awal revolusi.

Sheikh al-Ghannushi kemudian membentuk sebuah gerakan di Tunisia bernama ‘al-Nahdhah' yang pada akhirnya dikenali dengan ‘al-Ittijah al-Islamiyah'.

Gerakan yang dibentuknya ini bertumpu di Universiti al-Zaytoonah bagi menghadapi Presiden Tunisia waktu itu, Habib Bourguiba dan kekuatan sekularismenya.

Akibat aktivitinya ini, Presiden Bourguiba memerintahkan Sheikh al-Ghannushi untuk ditahan. Patut diketahui bahwa gerakan ‘al-Nahdhah' mempunyai peranan penting menggoncang kekuasaan dan mejatuhkan kekuasaan Habib Bourguiba.

Pemerintah Bourguiba pada tahun 1986 menjadikan Sheikh Rashid al-Ghannushi sebagai tahanan rumah. Sementara sejumlah tokoh awal gerakan al-Nahdhah ditangkap dan diserahkan kepada pengadilan.

Konflik di antara pasukan pemerintah dan pendukung gerakan al-Nahdhah tidak dapat dihindarkan dan semakin meningkat. Akhirnya pada Mac 1987 pasukan keamanan pemerintah menangkap Sheikh Rashid al-Ghannushi, para pemimpin dan anggota gerakan al-Nahdhah.

Krisis di Tunisia mencapai kemuncaknya. Pada bulan April dan Mei 1987, terjadi tindakan pemogokan dan juga kekerasan antara mahasiswa dan pihak keamanan baik di kawasan universiti maupun di jalanan.

Pemerintah sentiasa menuduh apa yang terjadi adalah tindakan kerosakan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan ekstrim yang mendapat arahan dari pihak asing, khususnya para pemimpin al-Ittijah al-Islamiyah yang melakukan kerjasama dengan pemerintah Iran dan berkonspirasi untuk mengeksport Revolusi Islam ke Tunisia bagi menumbangkan pemerintah Tunisia.

Kudeta Jenderal Zine El Abidine Ben Ali pada 7 November 1987 menghasilkan perubahan di Tunisia.

Dibentuk pemerintahan baru dan pembersihan anasir-anasir Bourguiba dan pihak tentera melakukan langkah-langkah baru dengan membebaskan para tahanan politik.

Majoriti tahanan politik ini berasal dari para pejuang Islam. Pembebasan Sheikh Rashid al-Ghannushi pada Mei 1988 menciptakan situasi yang positif di Tunisia.

Ini berikutan gerakan al-Ittijah al-Islamiyah menyatakan sokongannya terhadap pemerintah. Kelihatan berlaku keamanan telah kembali ke negara ini dan rakyat tidak lagi melakukan aksi protes terhadap pemerintah seperti sebelumnya.

Akan tetapi perbezaan politik antara gerakan Islam dan pihak tentera yang baru berkuasa mempunyai nasib yang sama dengan yang terjadi di Mesir.

Gerakan al-Ittijah al-Islamiyah akhirnya dilarang oleh pemerintah untuk melakukan aktivitinya di Tunisia.

Prinsip-prinsip gerakan al-Ittijah al-Islamiyah secara transparan dihebahkan pada 6 Jun 1981 dan yang terpenting adalah menolak sekularisme, hubungan dengan seluruh umat Islam sedunia, tidak mengakui etnik Arab, pembebasan Palestin , pembebasan negara-negara Arab dari cengkeraman imperialisme dan menciptakan organisasi yang bertujuan menjaga kepentingan rakyat.

Sheikh Al-Ghannushi Mengakhiri Krisis Pemimpin Revolusi Tunisia

Hingga saat ini majoriti pemerhati politik menilai masa depan revolusi rakyat Tunisia masih kabur kerana tidak memiliki seorang pemimpin. Namun dengan tersebarnya berita persiapan Sheikh Rashid al-Ghannushi untuk kembali ke Tunisia dapat memberikan kesan penting bagi masa depan negara ini.

Ini kerana Sheikh Rashid al-Ghannushi hingga pada masa ini masih mempunyai pengaruh dan sokongan rakyat yang kuat. Sheikh al-Ghannushi memberitahu agensi berita antarabangsa (AFP) , , kemungkinan terbentuknya pemerintahan persatuan nasional di Tunisia setelah melalui proses yang panjang. (IRIB/SL)

Read more ...

Kerajaan BN kena jawab aliran wang haram RM 208 bilion

Anwar : Mustahil Dana Haram RM208 Bilion Tidak Dapat Dikesan


AMPANG 23 Jan. : Kerajaan Barisan Nasional perlu menjelaskan aliran dana haram sebanyak RM208 Bilion pada tahun 2008 seperti yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity baru-baru ini.

Dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Keadilan Network di Kelab Darul Ehsan, Ampang pagi tadi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menuntut kerajaan BN untuk menjelaskan aliran wang ini sekiranya kerajaan tiada apa-apa untuk disembunyikan.

"Kita tuntut supaya Kementerian Kewangan memberi jawapan dan membuat kajian menyeluruh, dan jangan melindungi perasuah ini. Sekiranya gagal, ternyata ada kaitan atau hubung kait pemimpin-pemimpin besar Umno dan kerajaan melindungi.Mustahil RM208 Billion tidak dapat dikesan," tegas beliau.

Beliau menjelaskan, laporan tersebut yang menyatakan pada tahun 2008 sahaja, aliran keluar dana haram dari Malaysia adalah sebanyak RM208 Billion dan dua punca utama wujudnya wang haram ini adalah rasuah dan aktiviti oleh segelintir pihak yang mengelak daripada membayar cukai yang sepatutnya.

Kebetulannya pada Mac 2008, parti Umno-BN yang telah memerintah negara ini sejak merdeka hilang dua pertiga majoriti kerusi parlimen dalam pilihanraya umum ke-12 kepada gabungan parti-parti pembangkang pimpinan Anwar, Pakatan Rakyat.

Beliau seterusnya menjelaskan, laporan itu juga menyatakan jumlah aliran keluar dana haram meningkat secara mendadak dari tahun 2000 ke 2009, di mana aliran keluar dana haram pada tahun 2000 adalah RM67.7 Bilion dan pada tahun 2008 pula, jumlah tersebut meningkat kepada RM208 Bilion.

"2000 - 2009 lonjakan Malaysia itu meningkat kerana ratus bilion ringgit dipindah keluar secara haram. Istilahnya ialah 'Illicit funds outflow from Malaysia, 2000 to 2009' dan laporan ini boleh diperolehi," kata beliau lagi.

Anwar seterusnya menyatakan satu kajian yang bebas perlu dilakukan bagi menangani isu ini dan pada masa yang sama, Kementerian Kewangan dan Bank Negara harus memberikan penjelasan yang kukuh tanpa percubaan menutup atau melindungi mana-mana pihak.

Beliau menyatakan, bahayanya aliran keluar dana haram ini adalah kerana ini diibaratkan sebagai perompakan dana dari dalam negara melalui rasuah dan sebagainya, dan dipindahan keluar.

"But its very serious, saya pun tidak jangkakan jumlah yang disebut itu mencapai jumlah sebanyak RM200 billion. Saya tidak terfikir sampai ke situ kerana kalau jumlah sebegitu dia terlalu ketara jumlahnya. Maknanya kalau lari jumlahnya kita boleh tengok rekod," kata beliau lagi.

Read more ...

MB Negeri Sembilan sahaja 'seludup' RM 10 Juta ke luar negara

Dr Dzulkefly : Dakwa Pelaku, Jangan Pilih Kasih


SHAH ALAM 23 Jan. : Kerajaan digesa agar semua pelaku yang terlibat dalam skandal aliran keluar wang haram perlu dihadapkan ke muka pengadilan tanpa berlaku sebarang pilih kasih, tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Ujarnya, masalah ini perlu ditangani secara agresif walaupun pesalahnya terdiri daripada orang kenamaan kerana ia melibatkan masa depan negara.

Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) namun lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).

Jumlah itu setelah dikumpulkan berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) sepanjang tahun 2000-2008.

" Akhirnya kita mahukan semua pesalah dan pelaku perkara ini mesti dihadapkan dengan tidak melindungi siapa pun walaupun menteri besar, menteri, perdana menteri atau pihak-pihak dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada Tv Selangor.

Sebelum ini negara dikejutkan dengan 'penyeludupan' RM10 juta yang dikirim ke luar negara oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Haji Hassan.

Wang RM10 juta itu dikirim ke London pada 2008 melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd iaitu salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan.

Sehingga ke hari ini kes tersebut belum diselesaikan walaupun Bank Negara Malaysia mengakui mempunyai bukti bahawa Hassan terlibat dalam 'penyeludupan' wang berkenaan.

Malah beberapa lagi kes melibatkan aliran wang secara haram dilaporkan, namun tidak ada pendakwaan dilakukan.

" Dengan kata lain, mereka sebenarnya tidak menjalankan tugas menjaga perbendaharaan negara dengan baik kerana gagal mengekang dan menghentikan pengaliran keluar dana secara haram di negara ini," kata Dr Dzul.

Justeru ujar beliau, masalah yang serius ini haruslah segera ditangani seraya menyokong cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu laporan Global Financial Integrity (GFI) diberi perhatian.

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

Justeru itu, Dr Dzul menyambut baik cadangan Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menjalankan siasatan secara rapi dan menyeluruh kerana ia melibatkan wang rakyat.

" Satu jumlah yang dalam kata lain menafikan rakyat Malaysia menggunakan, memanfaatkan dana tersebut. Ini cukup malang dan begitu mengejutkan dan kerajaan yang memerintah adalah kerajaan Umno-Barisan Nasional.

" Impak yang paling besar adalah dana tersebut sebenarnya adalah kegunaan pembangunan pelaburan untuk rakyat di negara ini. Dengan kata lain satu kehilangan yang cukup besar," tambahnya lagi.

Read more ...

Najib dah gagal

Charles-Lagi Bukti ETP Najib Gagal


SHAH ALAM 23 Jan. : Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan amalan rasuah dan ketirisan dalam melaksanakan projek pembangunan menjadi punca kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengurus ekonomi negara dengan baik sehingga mencatat rekod buruk dalam laporan antarabangsa Meryll Lynch dan Global Financial Integrity (GFI).

Sehubungan itu, ia satu lagi bukti bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanangkan Perdana Menteri, Najib Razak tidak berupaya menyakinkan golongan pelabur dalam dan luar negara, bahkan turut gagal mengekang jenayah 'penyeludupan' wang di negara sendiri.

Laporan GFI menyebut, Malaysia berada di tangga kelima dalam senarai Pengaliran Wang Panas daripada Negara Membangun antara 2000 hingga 2008.

"Yang lebih menakutkan ialah isu yang berkait Global Financial Integrity atau GFI oleh Washington, Amerika Syarikat. Itu pandangan anggaran yang besar iaitu wang rasuah atau yang dibuat secara haram dikeluarkan daripada Malaysia ke negara-negara lain.

"Ini menunjukkan bahawa ada pihak di Malaysia yang menggunakan wang atau membuat wang secara haram dan mereka tidak dapat membayar cukai dan menggunakan saluran haram untuk keluarkan wang dari malaysia ke negara lain" kata Charles kepada Tv Selangor.

Tambah beliau, rekod buruk ini berpunca daripada pentadbiran pincang Perdana Menteri, Najib Razak.

Jelasnya, laporan GFI tersebut menafsirkan pengaliran wang panas membabitkan pemindahan wang yang diperolehi daripada aktiviti-aktivi haram seperti rasuah, transaksi membabitkan barangan terlarang, aktiviti jenayah, dan usaha melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa yang mengutip cukai di kalangan negara-negara terbabit.

" Ini agak membimbangkan dan tidak memberi keyakinan pada pihak kerajaan dan pengusaha antarabangsa dan juga Malaysia bahawa negara ini merupakan satu tempat di mana mereka boleh meletakkan wang dan dana mereka. Ini pada saya perkembangan yang tidak begitu baik dan tidak memberangsangkan untuk Malaysia.

"Yang jelas ialah mereka fikir Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak berjaya. ETP itu dilancarkan pun tidak ada butir yang begitu terperinci yang
menyatakan ETP akan berjaya. Apa yang dikatakan dalam NEM (New Economy Model) agak berlainan. Dalam NEM ada banyak ungkapan dan janji yang menyatakan akan membuat perubahan dalam ekonomi, dan sebagainya. tapi tidak ada perubahan," tambahnya lagi.

Sebelum ini sebuah badan penganalisis ekonomi antarabangsa, Meryll Lynch, Bank of America mencadangkan pelabur antarabangsa supaya menghindar atau
mengurangkan pelaburan di Malaysia kerana menganggap negara ini sebagai "underweight" atau pelaburan yang kurang berbaloi.

Dalam ulasannya minggu ini, Meryll Lynch menganggap Malaysia kekal bukan pilihan yang baik kepada para pelabur di mana kedudukan penarafan menokok daripada 46 peratus pada Disember kepada 55 peratus, Januari tahun ini.

Dikatakan Malaysia jatuh dari tangga ke-14 pada Disember ke tangga tercorot bulan ini, antara 15 negara yang dikaji walaupun Malaysia membuat pelbagai

pengumuman projek-projek besar dalam Program Transformasi Ekonominya.

Di samping itu senarai negara yang dianggap 'overweight' dan wajar ditokok pelaburan adalah Rusia, diikuti Thailand, Brazil, Turki, Korea Selatan, China,

Sementara, poasaran membangun dan dianggap 'underweight' adalah Poland, Taiwan, Colombia, India, Afrika Selatan dan Chile.

Malaysia menduduki tangga kelima di dunia dalam rekod pengaliran keluar dana haram di dunia, lapor pemerhati kewangan berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat, Global Financial Integrity atau GFI yang dikeluarkan bulan ini.

Pengaliran wang haram tersebut berjumlah RM888 bilion sepanjang tahun 2000 sehingga 2008 ataupun AS$291 bilion.

Laporan yang bertajuk "Pengaliran Wang Panas dari Negara Membangun: 2000-2008" berkata pengaliran keluar wang panas dari Malaysia berjumlah RM888 bilion
dalam tempoh tersebut.

Tambah laporan itu lagi, kenaikan secara berskala besar itu dilihat berlaku di beberapa negara Asia yang lain.

Read more ...

Pindaan beri kuasa Sultan ikut perlembagaan

Dr Aziz : Tanpa Tekanan Politik Putrajaya


PETALING JAYA 23 Jan. : Pakar Undang-Undang Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari menolak tanggapan bahawa pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor akan memberi kuasa mutlak kepada Sultan Selangor dalam hal pelantikan SUK sebaliknya memberi kuasa mengikut perlembagaan sebagai Raja Berpelembagaan.

Hal ini bermaksud Sultan akan berkuasa melantik dan memastikan ex officio dapat bekerjasama dengan baik bersama Kerajaan Negeri tanpa tekanan politik kerajaan Persekutuan.

"Sebelum ini tiada siapa tahu bidang kuasa jelas pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri ini. Raja kita Raja Berpelembagaan, ada sistem Syura, ikut nasihat govt of the day (kerajaan semasa).

"Sultan berperanan penting dalam memastikan pegawai kerajaan bersikap neutral. Pindaan ini akan membawa kembali kuasa sebenar Perlembagaan negara kita," kata beliau.

Hadirin sanggup menghadapi hujan gerimis berkumpul di tengah padang Stadium MBPJ di Kelana Jaya hari ini bagi memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam isu pelantikan SUK.

Himpunan yang dianjurkan gabungan NGO yang memperjuangkan hak pengundi seperti Bersih 2.0, MCLM, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Coalition for Good Governance (CGG) dan lain-lain ini turut bertujuan memaklumkan kepada rakyat betapa hal pelantikan Khusrin mampu menggugat pilihan rakyat yang memilih PR sebagai peneraju negeri Selangor pada PRU lalu.

Selain Dr Aziz, turut hadir ialah Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Hussin, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga , Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Selangor Teresa Kok dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin menyatakan kerajaan Selangor bakal mencatat sejarah kerana buat kali pertama satu undang-undang jelas menyatakan kuasa Sultan dan Kerajaan Negeri dalam melantik pegawai ex-officio.

"Esok satu sejarah yang tak dapat dilupakan sehingga akhir zaman. Walaupun ramai kata isu SUK ini satu malapetaka, krisis perlembagaan tapi kami anggap ia hikmah untuk melakukan perkara yang betul," kata Faekah di hadapan lebih 200 hadirin di Himpunan Hormati Suara Rakyat Selangor.

Menurut Faekah lagi, isu ini juga telah memalukan Perkhidmatan awam dengan memberi mesej seolah tidak perlu bertugas sebaik mungkin untuk naik pangkat kerana pelantikan beliau telah melangkaui rekomendasi pegawai lain yang lebih baik, senior dan pengalaman daripada beliau.

Read more ...

Tema Tahun Baru Cina 'Huan' atau ubah jadi pegangan masyarakat Cina

DAP lancarkan 'Huan' di Tenang

LABIS, 23 Jan : Suasana meriah hari pertama kempen calon PAS ini disemarakkan lagi dengan sokongan padu daripada rakan Pakatan Rakyat.

Tengahari tadi, bertempat di perkarangan Wayang Pacak PAS, DAP melancarkan tema sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 3 Februari nanti. Majlis itu diserikan dengan tarian singa dan mainan gendang daripada kumpulan 'Action Team'.

Pada majlis tersebut, Cikgu Mala diberi peluang menyempurnakan tulisan tema Tahun Baru dalam bentuk kaligrafi Cina iaitu 'Huan' yang bermaksud ubah.

Dr Hew Kuan Yau, Exco Publisiti DAP berkata, berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina, setiap Tahun Baru mereka akan memilih satu tema sebagai simbol permulaan yang baik bagi tahun tersebut.

Lazimnya tema yang dipilih ini akan dipamerkan atau digantung di hadapan pintu rumah dengan tujuan menghalau roh jahat. Amalan tradisi ini juga dianggap sebagai membawa tuah bagi masyarakat Cina amnya.

Tambah Dr Hew lagi, Cikgu Mala akan menulis tema tahun baru tersebut sebanyak 6 salinan. Ini kerana bilangan 6 kali atau 6x6 membawa maksud 'sangat lancar'.

"Kami percaya kemenangan untuk memenangi kerusi di Dun Tenang kali ini akan berpihak kepada PR melalui calon PAS, Cikgu Mala."

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mohammad Sabu, Dato Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Read more ...

Umno nak anjur demo pun ramai la sikit

Demo 10 orang petanda p’raya umum sudah dekat



PENGKALAN CHEPA, 23 Jan:
Demonstrasi yang hanya dihadiri oleh 10 orang masyarakat kampung termasuk beberapa orang luar dari Kampung Sabak berhubung kerosakan jalan di situ petanda pilihan raya umum tidak lama lagi.

Pegawai Khas Adun Chempaka, Hassan Mamat, ketika dihubungi memberitahu, perhimpunan aman yang berlaku di kampung berkenaan juga bertujuan untuk memburukkan imej Adun Chempaka, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

Hasan berkata, demonstrasi aman yang dilaporkan oleh beberapa buah akhbar harian hari ini berhubung kerosakan jalan berkenaan hanya berunsur fitnah.

“Jalannya tidak rosak teruk sebagaimana yang digambarkan oleh media, sebaliknya hanya berlaku kerosakan kecil sepanjang 500 meter.

“Ianya juga berlaku akibat kenderaan berat yang membawa cerucuk besi keluar masuk untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah,” ujarnya.

Katanya, jalan berkenaan tidak seteruk sebagaimana yang digambarkan, memandangkan ianya telah dibaiki awal tahun lalu.

Pada masa yang sama, menurutnya saluran air paip AKSB rosak menyebabkan jalan turut terjejas.

Beliau juga turut menafikan beberapa buah laporan akhbar harian hari ini yang mendakwa demonstrasi aman itu ada yang dihadiri 50 orang atau 2,000 malah 10,000 orang.

Tegasnya lagi, bagaimana kehadiran peserta demonstrasi sehingga 10,000 sedangkan pengundi hanya 1,000 sahaja.

Beliau juga tidak menolak demonstrasi berkenaan dianjurkan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk memburukkan imej Tuan Guru.

Katanya, beliau sendiri telah meninjau perkembangan jalan terbabit bersama Setiausaha Sulit Menteri Besar, Rosdi Abdullah.

Hassan bagaimanapun mengucapkan terima kasih pada pihak Jabatan Kerja Raya kerana telah membaiki jalan di Pulau Gajah.


Berita dari Sinar Harian

“Selesaikan segera”


KOTA BHARU-Penduduk di lima kampung dekat Sabak merayu pihak berkaitan untuk mengambil langkah segera menyelesaikan masalah kerosakan serius jalan raya di kawasan mereka.

Akibat tidak tahan dengan permasalahan yang dihadapi sejak lapan bulan lalu, semalam seramai 50 wakil penduduk di kawasan berkenaan mengadakan perhimpunan secara aman kira-kira 20 minit.

Tindakan berkenaan dilaksanakan bagi menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyelesaikan kerumitan penduduk di kampung terlibat.

Antara jalan-jalan yang mengalami kerosakan teruk ialah Kampung Sabak, Kampung Pulau Gajah dan Kampung Tanjung Kuala malah jalan berkenaan juga digunakan untuk ke kawasan pelancongan iaitu menuju ke Pantai Dasar Sabak.

Penduduk mendakwa lebih mengecewakan kerana masalah berkenaan yang tidak mendapat perhatian pihak berkaitan turut menjejaskan aktiviti penduduk dan membahayakan pengguna jalan raya terutama pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), Ahmad Rasydan Mohd Khir berkata, masalah berkenaan sudah diajukan kepada pihak berwajib tetapi tiada kesudahannya.

“Jalan ini sangat teruk dan sudah lama rosak, sampai bila kami perlu menunggu dan keadaan ini lebih serius ketika musim hujan.

“Penduduk harap Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan cepat kerana kami bimbang keselamatan pelajar terutama musim hujan dan jalan berlopak sehingga menyebabkan mereka terjatuh,” katanya kepada media ketika ditemui di sini semalam.

Seorang penduduk, Mat Noor Yusuf, 71, mengharap pihak berkenaan memandang serius keadaan ini kerana sebagai pemimpin mereka perlu menjaga kebajikan rakyatnya.

“Penduduk di sini merayu dan meminta pihak tertentu turun padang melihat situasi yang dilalui penduduk,” katanya.

Jalan-jalan yang bermasalah itu hanya diletakkan dengan batu kelikir dan ini tidak dapat menyelesaikan masalah terbabit dalam jangka masa panjang.

Read more ...

Rakyat rugi jika pilih calon popular tapi rasuah

Shamsul : Hanya Popular Tidak Cukup


SHAH ALAM 23 Jan. : Popular sahaja tidak cukup kalau calon yang dipilih gagal membawa suara rakyat di kawasan yang diwakili, kata Pengerusi Pimpinan PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Malah sudah menjadi trend, Umno-BN tidak pernah peduli sekiranya calon mereka pada mana-mana pilihan raya terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa dan jenayah moral asalkan calon itu terkenal dan boleh memenangkan parti itu.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat, penekanan diberikan kepada kemampuan calon dalam memikul tanggungjawab di samping imej yang bersih dan bukannya atas dasar popular.

" Populariti tidak semestinya menjadi kayu pengukur atau pun tanda aras dalam setiap pilihan raya. Yang penting adalah calon yang kita pilih itu merupakan calon yang benar-benar bersih, berintegriti dan yang paling penting ianya sanggup untuk bergelumang dengan permasalahan masyarakat," ujar Shamsul kepada Tv Selangor.

Shamsul berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam yang juga Pengerusi BN Melaka bahawa calon popular akan dipilih untuk meneruskan legasi pentadbiran BN.

Di DUN Merlimau selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jumaat.

Menurut Ali Rustam, pihaknya akan memilih calon yang boleh menang, senada dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang buat kali pertama secara terbuka menyatakan pendirian BN dalam memilih calon.

Najib pada 16 Januari secara terang-terangan menolak semua calon yang berpotensi yang dicadangkan sekiranya calon tersebut tidak boleh membawa kemenangan kepada BN pada pilihan raya negeri Sarawak.

Kenyataan Najib itu kemudiannya diselar oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyifatkan Najib sebagai mengamalkan kuasa veto dalam pemerintahannya.

"Nampaknya (dengan pengumuman itu Najib) meletakkan kriteria utama iaitu boleh menang tidak kira kesesuaian, tidak kira sama ada bersih, ada integriti atau terlibat dengan penyelewengan atau korupsi," kata Kit Siang.

Malah menurut ahli parlimen Ipoh Timur itu, kenyataan Najib itu sekaligus memberi gambaran Perdana Menteri Malaysia itu akan menggunakan sepenuh kuasa yang dimilikinya untuk menentukan calon BN tanpa mempertimbangkan nama lain yang dicadangkan oleh parti komponen BN.

"Jadi siapa yang akan menggunakan kuasa veto untuk calon-calon Umno? Adakah parti-parti komponen BN yang lain ada kuasa veto kalau ada calon-calon Umno mereka rasa tidak boleh menang kawasan itu?," tambah Kit Siang.

Sementara itu, menurut Shamsul, faktor calon popular tidak akan menjadi ketakutan kepada Pakatan Rakyat kerana gagasan itu yakin dapat menambat hati pengundi di DUN Merlimau yang semakin tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi.

" Beban ekonomi ini ada kaitannya dengan dasar dan polisi kerajaan Barisan Nasional yang telah melaksanakan tindakan-tindakan menaikkan harga barang dan sebagainya dan tentunya yang tentulah telah memberikan kesan yang besar kepada pendapatan dan juga pembangunan sosio-ekonomi di kalangan pengundi-pengundi di DUN Merlimau ini," tambah Shamsul.

Malah Shamsul memberi amaran kepada BN terutama Ali Rustam agar tidak hanya menabur gula-gula politik kerana rakyat Melaka katanya sudah lama memerhatikan prestasi Ali Rustam.

" Masyarakat akan menilai sejauh mana mereka (BN) benar-benar mempunyai visi ataupun wawasan untuk membangunkan Merlimau ini," kata Shamsul.

Read more ...

Hafiz Hashim keluar BAM


KUALA LUMPUR 23 Jan. : Pemain perseorangan kedua negara Muhammad Hafiz Hashim dibenarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) keluar daripada badan itu tanpa syarat meskipun masih mempunyai kontrak sehingga tahun depan.

Berikutan dengan keputusan itu, kontrak Muhammad Hafiz akan ditamatkan secara rasmi pada 1 Februari ini, kata Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BAM di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Sementara itu, keputusan mengenai perletakan jawatan jurulatih Datuk Misbun Sidek masih tergantung di mana Mohd Nadzmi berkata BAM telah memberi mandat kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Presiden BAM itu berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Misbun selepas kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia untuk mengadakan perbincangan lanjut dengannya.

Misbun telah menghantar surat perletakan jawatan menerusi e-mel kepada BAM pada 31 Disember lepas dan BAM telah meminta Misbun untuk menimbang semula keputusannya dan kembali melatih pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei memandangkan ketiadaan Misbun dilihat akan menjejaskan peluang perseorangan nombor satu dunia itu meraih emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Mengenai Muhammad Hafiz, beliau berkata BAM menerima permintaan bekas juara All-England 2003 untuk menjadi pemain profesional memandangkan beliau telah banyak mewakili negara serta telah menyampaikan hasratnya untuk keluar dengan cara yang baik.

Pemain perseorangan kedua negara itu telah memaklumkan kepada BAM niatnya untuk keluar daripada badan itu pada Disember lepas walaupun beliau masih mempunyai kontrak bersama badan itu sehingga 2012 iaitu sehingga temasya Olimpikdi London.

Pada Rabu lalu, selepas gagal dalam pusingan pertama di Kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil Muhammad Hafiz mengulangi lagi keinginannya untuk meninggalkan BAM kerana berhasrat menjadi pemain profesional.

Read more ...