|
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka sebagai ‘target’ untuk merampas negeri ini keseluruhannya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini. Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu. “Kita amat kesal dengan kejadian ini dan sekiranya ia berterusan berlaku, bermakna masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing dan bukannya rakyat negara sendiri,”ujarnya. “Ini kerana warga asing itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang,”ujarnya. Husam menambah, kerana kepentingan diri mereka sanggup berbuat demikian walaupun bersalahan dengan moral dan undang-undang. Beliau seterusnya berkata, sekiranya perkara ini berterusan ia langsung tiada beza dengan kerajaan Mesir yang digulingkan rakyat di bawah pemerintahan Hosni Mubarak. Tambahnya, walaupun menang besar pada pilihan raya baru-baru ini, namun Hosni Mubarak direntap keluar oleh rakyat. “Kiranya menang besar kerana pilihan raya, sudah tentu kebangkitan rakyat menentang kerajaan tidak akan berlaku,” ujarnya. Beliau turut berpendapat, kebangkitan besar itu turut memberi kesan besar pada negara sekitar di Timur Tengah lain yang juga inginkan keadilan. Kata Husam lagi, lanskap politik di Asia Barat akan berubah sekurang-kurangnya setahun akan datang. Program anjuran Alumni Keluarga Pelajar, Kelantan-Mesir itu dirasmikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmood. Tiga orang pemimpin telah diundang untuk menjayakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof. Manakala wacana serta perasmian penutupnya disampaikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seramai 1,082 orang pelajar Mesir Kelantan hadir pada majlis yang penuh bermakna buat mereka. Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Alumni Keluarga Pelajar Mesir, Ustaz Zulkifli Yusof. |
Monday, February 28, 2011
Daftar warga Siam untuk jatuhkan PAS di Kelantan
Merlimau dulu wakil rakyat Umno , tak membangun pun
|
Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak. Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya. Seorang penduduk yang ditemui, Ismail Abdul Rahman, 77, (gambar) berkata, menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini, beliau juga turut didatangi para pemimpin Umno dan turut diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumahnya. Menurut beliau, bantuan seperti itu turut diberikan kepada beberapa orang jirannya yang lain, sehingga menyebabkan mereka menjadi hairan dengan apa yang diberikan itu. Katanya, pada hal, beliau dan jiran-jirannya tidak pernah memohon bantuan sedemikian dan mereka sendiri dapat mengagak berapa banyak wang rakyat yang disalahgunakan oleh para pemimpin Umno atau BN untuk kepentingan mereka. "Sebenarnya, dah 45 tahun saya tak dibantu apa pun oleh kerajaan. Kalau ada pun bantuan seperti ini kepada orang ramai yang juga pernah saya kecapi hanyalah zaman Tun Razak dulu. "Jalan tar di hadapan rumah itu pula bukanlah penting sangat. Tak diberikan jalan tar pun kami boleh gunakan jalan sedia ada dengan selesa untuk berulang alik ke rumah. Tapi diberikan jalan tar kami ambil. Diberikan apa saja pun kami ambil," katanya. Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu memberitahu, para pemimpin Umno kini amat terdesak sehingga sanggup memberikan apa sahaja kepada para pengundi terutama di kawasan-kawasan peti undi yang tidak memihak kepadanya. "Dengan itu, ternyata, kita tidak perlu takut untuk menyokong PAS atau pembangkang. Jika dekat pilihanraya, mereka pasti cari kita dan berikan bantuan (yang sebenarnya sogokan) kepada kita. "Kepada para penyokong Umno sendiri pula, yang dapat tu dapatlah, yang tak dapat pun cukup banyak, tetapi kepada para penyokong PAS, kami hanyalah mengharapkan bantuan Allah," katanya. Manakala rakannya, Rusnan Wahab, 52, pula mempersoalkan bantuan wang yang diberikan oleh para pemimpin Umno dan kerajaan Melaya kepada sesetengah nelayan di kawasan itu yang berjumlah antara RM200 hingga RM300 seorang. "Bantuan itu memang cukup kita faham. Ia adalah sogokan untuk pilihanraya. Tetapi apa maknanya diberikan wang? Kalau betul ikhlas nak bantu nelayan bukan wang sebanyak itu yang diperlukan. Wang sebanyak itu apalah sangat dan berapa hari boleh tahan? "Kalau benar-benar nak bantu, berilah bantuan dalam bentuk lain yang diperlukan nelayan di kawasan itu seperti enjin, jaring dan seumpamnya kerana itu semua mahal dan lebih diperlukan nelayan. Tetapi enjin dan jaring tak pula diberikan," katanya. Sementara seorang lagi penduduk yang ditemui, Muhammad Rashid, 32, berkata, longkang di hadapan rumahnya sebenarnya masih elok lagi. "Tetapi yang peliknya, longkang itu pun turut diperbaharui menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini kononnya untuk keselesaan orang ramai, walaupun ia sebenarnya tak perlu diperbaiki sekarang, tetapi bila benar-benar perlu diperbaiki nanti," katanya sambil ketawa sinis. |
PRK Kerdau : Tak semua pengundi Felda kelapaq kat Umno
Prk Kerdau: Bukan semua mahu pembangunan
Walaupun ramai beranggapan kawasan luar bandar di Kerdau, terutamanya di tiga kawasan Felda dan sebuah Felcra di DUN itu memerlukan lebih pembangunan, perkara itu rupa-rupanya tidak mewakili semua hasrat penduduknya.Masih terdapat penduduknya, terutama di kawasan 3+1 - gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur – yang mahukan ilmu dan lebih bimbingan agama berbanding kemudahan material.
“Macam pembangunan itu rasanya tak perlu sangat. Kami peneroka, ilmu itu kurang,” kata Rokiah Lob – peneroka selama 14 tahun di Felda Jengka 22 – dalam nada mengeluh.Rokiah, 47, yang pada mulanya malu diwawancara memberitahu Malaysiakini, beliau kecewa kerana sejak awal berpindah ke situ – 65 kilometer daripada Temerloh – tiada ustaz yang masuk dan menyentuh tentang masalah akidah umat Islam.
“Memanglah ada bab agama (diajar di masjid), tetapi bab fadhilat (kelebihan amalan) itu, fadhilat ini. Kita nak akidah. Itu yang penting,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Cik Kiah.
Antara pengalaman sedihnya, cerita Cik Kiah lagi, apabila hendak berangkat menunaikan haji ke Mekah sebelum ini, beliau mendapat berita yang menggambarkan betapa buruknya “masalah sosial” di kawasan itu.
“Ya Allah, masalah sosial ini, ingat lagi masa pergi haji baru-baru ini, ada budak datang, (beritahu) 'Cik Kiah, Cik Kiah tahu, ada tiga orang bersalin anak luar nikah...'
“Tak dan ambil SPM pun. Salah seorang itu memang cerdik budaknya,” kata Rokiah lagi.
Tolak pi, tolak mai
Ditanya sama ada beliau yakin calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad sesuai dipilih bagi menyelesaikan masalah itu kerana mempunyai latar pendidikan agama, Rokiah menjawab ringkas:
“Kalau ustaz pun, kalau dia tak nak didik bab agama dulu, tak pentingkan agama dulu, rasanya sama saja.”
Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini, Syed Ibrahim dicabar calon PAS Hassanuddin Salim – seorang bekas kontraktor untuk projek berskala besar.
Sementara itu, bagi tiga lagi peneroka Abd Hamid Mohd Zin, Abd Hamid Shafie dan Saifudin Ibrahim, isu sekitar kebajikan Felda nampaknya lebih penting kepada mereka berbanding siapa pun calon bertanding.
Abd Hamid Mohd Zin, 58, sepanjang wawancara ringkas dengan Malaysiakini asyik ketawa bila ditanyakan soal calon pilihan hatinya.“Calon macam mana? Macam biasalah. (ketawa) Kita tengoklah yang mana yang baik,yang mana yang tak baik,” katanya di atas motosikal ketika sampai ke kedai runcit berdekatan rumahnya.
Tetapi, selepas 31 tahun berhijrah daripada Kedah untuk menjadi peneroka di Pahang, bayaran RM1,500 untuk penduduk Felda yang ladangnya diuruskan oleh lembaga itu tidak memuaskan hatinya.
“Bayar sikit sangat. Dia bayar RM1,500. Tolak pi, tolak mai, tak banyaklah,” katanya yang masih pekat dengan loghat negeri kelahirannya.
Akhirnya PM pun umum...
Rakan sebayanya Abd Hamid Shafie – yang kebetulan mempunyai nama dan umur sama- pula nampaknya gembira dengan perkembangan di Felda, khususnya selepas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi semalam.“Dalam pilihan raya umum dulu, kita sudah minta CESS, Alhamdulillah Datuk Najib dah umum terus boleh. Daripada (zaman) arwah Datuk Zaharuddin (Abu Kassim) meninggal kami minta. Akhirnya PM pun umum,” katanya.
Berterus terang mahu terus mengundi calon BN kali ini, beliau berkata isu lain yang menjadi perbualan di kalangan peneroka meliputi soal bayaran bagi tanah yang diusahakan Felda dan isu pertukaran nama di geran apabila pemiliknya meninggal dunia.
“Saya ada tanya, katanya tengah dok proses geran. Dok ada 50 orang lagi (di sini) belum selesai masalah hak milik bila suami meningggal,” katanya.
Sementara bagi anak muda berumur 28 tahun, yang memilih bekerja sebagai peneroka, membuat pilihan antara kedua-dua calon bertanding nampaknya masih sukar.Tetapi, bagi Saifudin Ibrahim, sebagai generasi kedua, beliau mahukan diberikan tanah kepada kira-kira 300 orang muda sepertinya di Felda tersebut.
“Bukan dapat pun tanah, janji nak buat,” kata lelaki pendiam itu yang sedang berehat di bawah teduh pokok tengah hari semalam.
Banyak tidak OK
Bagaimanapun, penilaiaan Saifudin jelas apabila beranggapan prestasi wakil rakyat daripada BN sebelum-sebelum ini tidak memuaskan.
“Banyak buat teruk, ambil tanah. Nak dapat bukan senang, payah,” katanya yang berkata menuggu sejak pilihan raya umum pada tahun 2008 dahulu.Beliau juga berpendapat, walaupun banyak projek memasuki kawasan itu akhir-akhir ini, masih banyak yang “tidak OK”.
“Banyak tak OK. Kawasan ini banyak tak OK. (Gelanggang) futsal itu mana buat. Dekat pilihan raya saja buat. Baru-bari ini nak buat dewan serbaguna, (tapi) belum siap lagi,” katanya lagi.
Pertembungan di kawasan 3+1 itu amat penting kali ini bagi menilai sama ada undi orang Melayu masih kekal bersama BN.
Dengan pengundi seramai 3,721 orang di empat kawasan itu, ia amat penting untuk kedua-dua parti bertanding kerana mewakili satu pertiga daripada keseluruhan 8,999 pengundi yang layak.
PRK Merlimau : Umno silap besar pilih anak 'Mat Hantu'
Prk Merlimau : Pencalonan Roslan Satu Kesilapan Besar UMNO

Langkah UMNO BN meletakkan Roslan Ahmad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau dilihat oleh ramai sebagai sesuatu yang amat silap dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.
Ini kerana rakyat Merlimau telah "jelak" dan "jelek" dengan keluarga Datuk Ahmad Ithnin seolah-olah Merlimau ini hanya milik keluarga mereka. Ramai berpendapat akan berlaku faktor "protes" terhadap calon BN kerana tidak berpuashati dengan keputusan pucuk pimpnan UMNO yang mengekalkan sistem dinasti di Merlimau.
Ahmad Ithnin adalah merupakan bekas Ahli Parlimen Jasin (dahulu dikenali Melaka Utara) dan bekas Adun Sungai Rambai.
Roslan juga adalah anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (adik Allahyarham Ahmad Ithnin). DUN Merlimau adalah pecahan daripada DUN Sungai Rambai ekoran persempadanan semula pada 1994.
"Tiada orang lain lagi ke?" tempelak seorang pengundi di DUN Merlimau.
"Asyik-asyik keluarga Mat Hantu," tambahnya, dengan menyebut nama panggilan Ahmad Ithnin sebagai "Mat Hantu" kerana kebanyakan orang Merlimau mengenali Ahmad Ithnin dengan panggilan sedemikian.
Roslan, sepatutnya menolak pencalonnya kerana mengetahui pencalonannya pasti menimbulkan kontroversi bukan sahaja di kalangan pengundi pembangkang malah pengundi BN sendiri.
Masyarakat bukan-Melayu turut "benci" kepada kelompok Mat Hantu yang bagi mereka menyifatkan keluarga tersebut telah berulang-kali jadi wakil rakyat di Merlimau dan hanya mengumpulkan kekayaan untuk kaum keluarga mereka.
Sementara itu, corak kempen UMNO BN yang melampau seperti pengedaran gambar-gambar lucah untuk menyerang PAS dilihat bakal menikam UMNO BN sendiri.
Ini kerana budaya orang Merlimau tidak semudah itu boleh dipengaruhi dengan dakyah kotor melalui penyebaran gambar-gambar lucah untuk memburukkan calon.
Beberapa risalah telah ditaburkan di kawasan pilihanraya DUN Merlimau yang memaparkan beberapa gambar lucah "superimposed" beberapa pemimpin wanita DAP dan PKR disamping wajah TG Nik Aziz yang ditampalkan secara biadab di kemaluan wanita.
"Sehina-hina orang Islam tak lakukan kerja sedemikian, tetapi UMNO BN sanggup melakukan apa saja tanpa memperdulikan batas-batas agama semata-mata untuk memenuhkan nafsu meluap mereka untuk pertahankan kuasa yang semakin mengecut," kata seorang pemimpin PAS Kawasan Jasin.
Sementara itu, laporan dari beberapa pemerhati politik menyatakan tidak mustahil akan berlaku kejutan di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau kali ini akibat kesilapan-kesilapan besar UMNO BN di dalam berkempen.
Mamak masuk Kimma dicabar kemukakan bukti ahli PKR
Keluar parti: PKR cabar kumpulan 97 tunjuk bukti
PKR Pulau Pinang hari ini mencabar kumpulan 97 anggota dari cabang Bayan Baru dan Tanjong di Georgetown supaya membuktikan tindakan mereka keluar dari parti itu.Naib Pengerusinya Abdul Malik Abul Kassim berkata jurucakap kumpulan itu perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keahlian semua 97 anggota yang didakwa telah menyertai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).
"Saya tidak percaya mereka telah melompat ke Kimma kerana saya sendiri tahu bilangan ahli keturunan India Muslim di dua cabang itu," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
Abdul Malik, yang juga exco agama, perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna negeri, berkata tindakan ketua kumpulan itu adalah kerana rasa cemburu dan isu kekeluargaan ekoran pelantikan salah seorang saudaranya.
Pada Sabtu lalu, ketua kumpulan itu, Mohamed Ibrahim A Siahoo, memberitahu media bahawa 97 anggotra itu keluar dari parti selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.
Beliau mendakwa PKR gagal membela nasib dan kebajikan rakyat sebelum menyerahkan borang untuk menganggotai Kimma.
- Bernama
PRK Merlimau : Bab bakar ni sahih angkara Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal , dah takut kalah
Prk Merlimau : Pentas DAP dibakar, dipercayai angkara khianat

Menurut pengerusi DAP Merlimau, Shelley Fook, pemilik tanah lapang itu di mana pentas berkenaan didirikan mendapati kepulan asap pada sekitar jam 6 pagi.
"Dia pergi periksa dan mendapati pentas itu dibakar. Dia juga menjumpai sebuah botol kosong dengan kesan petrol,” katanya kepada Malaysiakini.
Namun, hanya permaidani di pentas itu yang musnah kerana bahagian lain diperbuat daripada keluli.
Fook berkata partinya tidak akan membuat laporan polis kerana percaya pihak polis tidak akan bertindak ke atas dalang tersebut.
Pentas itu didirikan bagi majlis ceramah dan juga makan malam bagi merancakkan kempen pilihan raya kecil Merlimau. Antara pemimpin yang dijangka hadir dan berucap adalah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Mari baca cerita bapa Bob Lokman , dulu dan sekarang

KOTA BHARU - Lokman Ahmad, bapa penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman, memasang hasrat supaya Bob menjadi wakil rakyat kepada parti yang disertainya suatu hari nanti.
Lokman berkata, tindakan anak sulungnya itu, yang membuat kejutan apabila menyertai Pas pada 19 Februari lalu di Kedah itu sebagai tindakan baik.
“Bob ada menelefon selepas menyertai Pas dan saya meminta Bob jadi wakil rakyat seperti arwah bapa saudaranya (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lundang, Allahyarham Wardi Ahmad), tetapi dia sertai parti itu kerana mahu mengembangkan Islam, bukan jadi wakil rakyat.
“Saya restuinya kerana dia bergerak untuk Islam sama seperti datuknya, Tok Kenali, tetapi bukan bermakna saya menyokong mana-mana parti kerana saya berkecuali dan hanya mahu menjaga Masjid Tok Kenali,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Menceritakan penglibatan Bob dalam dunia seni, beliau berkata, nama anaknya disebut-sebut setelah beliau menulis lirik lagu ‘Isabella’ yang dinyanyikan kumpulan Search suatu masa dahulu.
“Saya akui memang saya pernah tidak mengaku Bob anak saya dengan sering memberikan alasan saya tidak mempunyai anak yang bernama Bob, tetapi ada anak nama Mohd Hakim kerana ketika itu saya cukup benci melihat penampilannya dalam industri seni.
“Pada masa itu, saya marah kepadanya, tetapi dia tetap balik menemui saya setelah memberitahu bapa saudaranya untuk berjumpa saya dan saya mengenakan syarat dia perlu mencukur rambutnya (ketika itu rambut Bob panjang) dan Bob akur,” katanya.
Menurutnya, antara syarat lain yang dikenakan kepada Bob, beliau perlu memakai kopiah ketika balik ke rumah dan sekarang Lokman bersyukur kerana penampilan Bob sudah berlainan dan menjurus kepada kebaikan.
“Bob sering meminta saya mendoakan dia berjaya dalam perniagaan, sebelum ini dia jual Kopi Bob, saya pun turut jual sebab saya tidak mahu dia jadi pelakon. Sekarang dia menceburi perniagaan kad prabayar dan berjaya.
"Kemudian terbaru masuk Pas; malahan saya bersyukur kerana doa saya supaya Allah beri petunjuk kepadanya dimakbulkan,” katanya sambil menyapu linangan air mata.
Lokman berkata, anaknya pernah menerima pendidikan di Maahad Hamidiah, Kajang, pernah menang pertandingan syarahan dan bahas dan belajar di sekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.SH
Sunday, February 27, 2011
Himpunan 500 000 BERSIH Jun ini, rakyat akan turun ke jalan raya
Himpunan 500K bersih 2
1. Negara kita masih menyaksikan kepincangan ketara dalam amalan demokrasi. Bukan sahaja dipentas politik negara malah kepincangan serupa turut melanda politik kampus. Bermula dari pengendalian sistem demokrasi yang berat sebelah, tidak adil dan tidak telus telah menimbulkan keresahan berpanjangan dari rakyat dalam negara kita. Saya percaya tragedi yang berlaku di UPM baru - baru ini pun bermula dari keresahan serupa yang turut dirasai oleh para mahasiswa.
2. Pada 10 November 2007 yang lalu, rakyat telah meledakkan kebangkitan menuntut sebuah demokrasi yang bersih dalam satu himpunan 100,000 rakyat yang dikenali sebagai himpunan BERSIH. Beberapa tuntutan yang telah dibuat dalam himpunan BERSIH yang pertama tempohari masih dibekukan begitu sahaja oleh pihak berwajib. Antara tuntutan tersebut ialah :
Penggunaan Dakwat Kekal kepada pengundi
Pembersihan daftar Pemilih
Pemansuhan Undi POS
Kebebasan media
3. Saya melihat secara dekat perkembangan demokrasi dalam negara kita masih tidak benar - benar telus dan bebas dari sebarang manipulasi seperti undi pos yang masih diamalkan dalam sistem demokrasi negara kita. Malah undi pos benar - benar dijadikan tali hayat pihak pemerintah untuk mengekalkan survival kuasa mereka. Demikian juga kebebasan media yang kian parah.
4. Saya yakin seluruh rakyat dalam negara kita dapat saksikan kepincangan ini, apabila media elektronik dan cetak negara kita diguna sepenuhnya secara tidak adil untuk berkempen sebelah pihak .
5. Saya mewakili Dewan Pemuda Pas Malaysia sekali lagi mendesak dan merayu supaya kerajaan memberi perhatian serius terhadap perkara ini sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke 13 akan datang. Hanya keadilan , ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengendalian demokrasi negara ini akan menjadi rakyat tenang dan akur menerima keputusan pilihanraya, samaada menang atau kalah. Andai sistem pengendalian demokrasi negara masih pincang dan dilihat terlalu banyak kelemahan di sana dan sini, keputusan pilihanraya akan mencetus rasa tidak puas hati dan menganggu kesejahteraan serta keharmonian rakyat .
6. Desakkan dan rayuan ini adalah serius. Kami sudah penat bertolak ansur dan bertarik tali dengan pihak kerajaan dalam menuntut keadilan serta ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini. Sungguhpun kerajaan UMNO dan BN benar - benar nekad mahu mempertahankan survival kuasa dan pengaruh mereka , maka pertahankanlah ia dengan bermaruah dan berhemah. Iaitu melalui satu sistem pengendalian demokrasi yang telus, adil dan saksama. Bukan melalui sistem saingan demokrasi yang berat sebelah.
7. Kami memberi tempoh sehingga menjelang 1 Mei 2011 ini untuk kerajaan memberi komitmen lalu memulihkan sistem demokrasi pincang yang kita hadapi dalam negara kita hari ini. Andai desakan dan rayuan ini tidak dipeduli oleh pihak kerajaan, kami dari Dewan Pemuda Pas Malaysia telah memberi komitmen untuk menyahut seruan Yb Al Fadhil Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas bahawa satu lagi rally atau himpunan BERSIH digerakkan.
8. Kali ini, insyaallah saya percaya dan yakin, sekurang - kurangnya setengah juta rakyat [500,000] akan bangkit secara aman namun penuh tegas untuk memohon dan mendesak agar kerajaan mahu atau tidak mesti memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar adil dan telus kepada semua parti yang bertanding dan melibatkan diri dalam pilihanraya.
9. Saya meletakkan jangkaan tarikh awal untuk BERSIH 2 ini ialah pada bulan June 2011 [ Sabtu ] jika sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini, kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat dengan satu komitmen untuk memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar dipulihkan serta bebas dari sebarang ruang manipulasi serta kepincangan.
10. Saya ulangi tanpa sikap teragak - agak demi kebaikan kepada seluruh rakyat dan negara agar kerajaan benar - benar serius dan memahami tuntutan kami sebagai rakyat dan anak - anak muda khasnya yang mahu menyaksikan perubahan besar berlaku dalam negara ini. Andai tuntutan diterima dan dilaksanakan , kami benar - benar mengucapkan terima kasih namun jika sebaliknya, berbanyak maaf kami pinta bahawa kami khasnya anak - anak muda, dengan Nama Allah swt Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Adil, akan bangkit sekali lagi menuntut hak kami sebagai rakyat yang merdeka pada bulan June 2011 dalam Himpunan 500K BERSIH 2 kelak .
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan.
Dipetik daripada blog Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nasrudin Hassan
Mahathir terlupa makan ubat nyanyuk ?

KOTA BHARU - Dia orang tua, kita hormat dia, boleh jadi dia terlupa makan ubat hari ini, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya kebelakangan ini.
Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak meminta dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu, melainkan ia ketentuan dari Allah SWT.
Menurutnya, seseorang yang dilahirkan sebagai Melayu sekalipun akan dibalas dengan kemurkaan sekiranya melakukan perkara yang tidak mengikut acuan Islam yang sebenar.
“Saya bercakap betul, bangsa ini ketentuan Allah. Saya tidak minta jadi orang Melayu, Cina dan Arab, tidak ada bangsa di muka dunia ini minta dijadikan bangsa tertentu, hatta Arab sekalipun.
“Cina pun kalau dia Islam, maka dia lebih ke hadapan daripada orang Arab, Orang Asli kalau dia Islam, dia ke depan dari orang Melayu itu asas Islam, jadi bangsa dalam Islam tidak ada nilai langsung kecuali melalui Islam,” katanya ketika ditemui di kediaman rasminya di sini, semalam.
Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tun Mahathir yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.
Dr Mahathir berkata, Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.
Dalam pada itu, Nik Aziz mengakui terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki, baru-baru ini.
“Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia. Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.
“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu,” katanya.SH
Ayo..yo... India keluar, mamak pun keluar
250 ke 2500 India keluar PKR di Lembah Pantai
Utusan Meloya 27 Feb. - Seramai 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang rata-ratanya pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai hari ini bertindak keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar. Kesemua mereka berikrar memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara yang terlibat, Naib Ketua Penerangan PKR Lembah Pantai, Raymond Suppiah yang meletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini.
Menurut Raymond, mereka mula hilang kepercayaan terhadap Nurul Izzah serta konco-konconya di peringkat cabang-cabang parti di Lembah Pantai.
"Banyak janji yang ditabur kepada kami, namun tiada pembelaan yang sewajarnya terhadap nasib kaum India di kawasan Parlimen ini. Jadi kami semua amat kecewa dengan beliau serta PKR juga," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Raymond, satu persatuan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli yang keluar parti itu ditubuhkan iaitu Persatuan Gerakan Semangat Satu Malaysia (Sesama) demi menjaga kepentingan mereka yang terlibat.
Beliau berkata, persatuan itu dijangka disertai kira-kira 3,000 ahli dalam masa beberapa bulan lagi.
Raymond dan ahli persatuan itu juga akan menyokong kepimpinan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sharpshooter - Ini lagi satu contoh KKS (kurang kasih sayang), laaa....kenapa 250 orang sahaja kenapa tak tulis 2500 kan nampak lebih gah.Selepas 2008, berbondong-bondong sertai Keadilan termasuk bekas umno, mic, mca, gerakan dan tidak berparti. Keadilan terima mereka dengan baik. Kita tidak boleh nafikan ada sebahagiannya memang dirancang menyertai Keadilan dan akan keluar bila tiba musim pilihanraya. Mereka ini umpama spesis berudu dan akan bertukar menjadi katak bila tiba masanya macam katak besar zahrain.
Suka atau tidak, imej Keadilan memang tercalar teruk dengan isu lompat dan keluar beramai-ramai walaupun yang keluar itu tidaklah seramai yang disebut. Tetapi 11 wakil rakyat Keadilan berpaling tadah menjadi pengkhianat kepada amanah rakyat, itu adalah benar.
Semua ini adalah usaha berterusan untuk terus mencalarkan imej Keadilan supaya Keadilan dilihat bebanan kepada PAS dan DAP. umno dan b-end berharap mudah-mudahan, PAS dan DAP akan menceraikan Keadilan dalam Pakatan Rakyat.
umno dan b-end berharap, bila PAS terus kalah dalam pilihanraya kecil, akan ada pimpinan PAS yang akan menyalahkan Keadilan dan Keadilan adalah punca kekalahan PAS. UG atau Kerajaan Perpaduan masih belum terhenti dan memang ada segelintir pimpinan PAS yang meleleh air liur dengan tawaran umno dalam Kerajaan Perpaduan termasuk menjadi Menteri Besar dan Menteri.
Mengapa Lembah Pantai?sebab wakil rakyatnya YB Nurul Izzah adalah anak kepada Anwar Ibrahim. Mengapa Lembah Pantai? sebab wakil rakyatnya YB Nurul Izzah dan ibunya adalah Presiden Keadilan Dr Wan Azizah.
97 ke 970 mamak masuk Kimma
Seramai 97 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat. Mohamed Ibrahim A. Siahoo, yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar daripada PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji untuk membela nasib rakyat khususnya kaum India Muslim.
"Keputusan kami ini waras dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak, sebaliknya mula sedar tentang parti mana yang boleh membantu kami,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang untuk menganggotai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kepada Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader di sini. - Bernama
Sharpshooter - Sebagai aktivis 1998 dan ahli Keadilan sejak 1999, tidak ada seorang pun wajah mereka yang sharpshooter kenal. Terlibat dari penubuhan awal bersama Mansor Othman, TKM 1 P.Pinang menjelajah dari satu bahagian ke satu bahagian (kini disebut Cabang), tidak pernah nampak pun kelibat mereka. Kenapa 97 tidak 970 baru nampak lagi gah.
Selepas 2008, berbondong-bondong sertai Keadilan termasuk bekas umno, mic, mca, gerakan dan tidak berparti. Keadilan terima mereka dengan baik. Kita tidak boleh nafikan ada sebahagiannya memang dirancang menyertai Keadilan dan akan keluar bila tiba musim pilihanraya. Mereka ini umpama spesis berudu dan akan bertukar menjadi katak bila tiba masanya macam katak besar zahrain.
Suka atau tidak, imej Keadilan memang tercalar teruk dengan isu lompat dan keluar beramai-ramai walaupun yang keluar itu tidaklah seramai yang disebut. Tetapi 11 wakil rakyat Keadilan berpaling tadah menjadi pengkhianat kepada amanah rakyat, itu adalah benar.Puncanya apa? puncanya ialah kerana niat berjuang tidak betul. Jika kita berjuang dalam Keadilan hanya semata-mata kerana Anwar Ibrahim, kita akan kecewa kerana Anwar Ibrahim bukanlah malaikat.
Anwar tak jawab sms dah nak merajuk, Anwar tak balas emel dah nak merajuk, Anwar tak dapat hadir kenduri kahwin pun nak merajuk, Anwar tak balas twitter pun nak merajuk, Anwar tegur sikit pun nak merajuk, Anwar marah sikit pun nak merajuk, tak dapat jawatan pun nak merajuk, tak dapat jadi calon pun nak merajuk, tak dapat jadi Ahli Majlis pun nak merajuk, tak dapat jadi Ahli Lembaga Pengarah GLC pun nak merajuk, kalah dalam pemilihan pun nak merajuk, mereka ini adalah golongan orang KKS (kurang kasih sayang).
Sebagai pendokong atau ahli Keadilan, cuba tanya diri kita, adakah kita ini tergolong dalam golongan KKS? Jangan terjebak atau biarkan diri anda termasuk dalam golongan KKS. Jadilah seorang pejuang yang terus berjuang, soal dalaman parti yang belum selesai kita terus lawan, lawan tetap lawan. Lawan umno b-end sampai tumbang walaupun dalam tempang.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Ini cara kempen Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal
Prk Merlimau : Pakatan berang 'gambar bogel' pemimpinnya disebar

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang mengghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.
Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.
Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.
Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".
Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".'Barang bagus baru barang naik'
Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".
Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.
Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.
Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.
"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.
"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.
DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini.
Ada kampung negeri Perdana Menteri tak ada air paip, jika di negeri PR pasti heboh satu Malaysia
|
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, lebih malang lagi bagi penduduk di kampung berkenaan tidak mendapat bekalan air sekalipun hanya berjarak empat kilometer dari loji air Batu Sawar. Beliau yang meninjau masalah penduduk di kampung hari ini menambah, para penduduk di situ semacam dipinggirkan oleh kerajaan BN untuk mendapat kemudahan asas walaupun dua orang Perdana Menteri adalah dari negeri Pahang. Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya sekadar melaungkan slogan ‘rakyat diutamakan’ tetapi nasib rakyat di negeri sendiri terabai untuk menikmati bekalan air bersih. Baginya, masalah utama mendapatkan bekalan air itu tidak sewajarnya berlaku kepada penduduk berkenaan kerana kerajaan BN hari ini sering mendakwa prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat. “Saya difahamkan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk itu akan diatasi malam tadi kerana mungkin disebabkan berlaku pilihan raya kecil di kawasan ini,” ujarnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, rakyat seharusnya tidak termakan dengan janji Umno BN yang hanya berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat apabila tiba pilihan raya termasuk pilihan raya kecil. Katanya, jika benar Umno BN mahu menyediakan kemudahan kepada rakyat seperti bekalan air, para penduduk di kampung berkenaan sudah lama memperolehinya, bukan sekadar dijanjikan pada kempen pilihan raya kecil ini sahaja. |
Erbakan pemimpin ummah sukar dicari ganti
|
Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pemergian Necmettin Erbakan (gambar) adalah satu kehilangan besar buat rakyat Turki dan ummat Islam serantau. Katanya, Prof Erbakan adalah merupakan pelopor kepada gerakan Islam di Turki sejak kejatuhan Empayar Othmaniah pada tahun 1924. Sejak daripada itu, katanya Turki telah di perintah oleh rejim sekular di bawah Kamal Attartuk di mana Islam hanya menjadi amalan di masjid dan dalam majlis perkahwinan sahaja. Katanya, umat Islam yang ingin melaksanakan Islam akan diambil tindakan oleh rejim Attartuk dan perlembagaan Turki sehingga ke hari ini masih menjadikan dasar sekular sebagai tiang kepada sistem Negara mereka yang di payungi oleh tentera. Namun sejak daripada itu, ujarnya kumpulan-kumpulan Islam tidak berdiam diri untuk memastikan roh Islam dilaksanakan semula di Turki. Jelasnya, antara pelopor kepada gerakan tersebut adalah Prof Dr Necmettin Erbakan yang menubuhkan Parti Refah pada 1983 dan akhirnya berjaya memenangi pilihan raya umum Turki dan membentuk kerajaan campuran dimana Prof Erbakan dilantik mengetuai kerajaan campuran tersebut dan menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996. Namun, katanya pemerintah dan tentera yang melihat kejayaan Erbakan dalam membawa Turki ke arah era baru Islam mendakwa Erbakan cuba melanggari perlembagaan negara iaitu cuba menghapuskan sistem sekular ke arah Islam menyebabkan akhirnya Parti Refah diharamkan pada 1998 dan Erbakan telah diharamkan dari bertanding pilihan raya. Namun Prof Erbakan telah cuba menubuhkan beberapa parti baru namun juga tidak berjaya apabila pihak berkuasa Turki dapat menghidunya. “Di akhir hayat, beliau berjaya mengasaskan Parti Saedat pada 2001 sebagai alternatif baru kepada rakyat Turki bagi yang cintakan Islam dan keamanan sehinggalah ke akhir hayat beliau kelmarin. “Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat, kami merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah mencuri rohnya dikalangan orang-orang yang beriman,” ujarnya. |
PRK Merlimau : Skuad Kamera 24 jam
|
Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, skuad ini telah menerima arahan semalam dan akan melaksanakan tugas mereka bermula hari ini. Menurutnya, skuad ini akan mengekori ke mana sahaja pemimpin Umno BN berkempen dan mengambil gambar serta merakam pergerakan mereka. "Kita jangkakan dalam hujung minggu ni sampai dekat hari mengundi Umno BN akan melakukan pelbagai perkara. "Sebab itu kita sedia skuad kamera di setiap peti undi. Ke mana sahaja Umno masuk kita ambil gambar. "Kalau rasuah pun kita ambil gambar. Siang malam, 24 jam," kata beliau pada sidang media di Markas Induk PAS, dekat sini hari ini. Tambah beliau lagi, Umno BN ternyata masih menggunakan taktik kotor untuk meraih undi dengan mengugut pengundi-pengundi. "Ada pihak tertentu dalam Umno mulai sekarang ini mengugut penduduk-penduduk jangan mengundi PAS. Sekiranya mereka mengundi Pakatan semua peruntukan di Merlimau ini akan ditarik balik. "Ini cara jahat untuk mengugut pengundi supaya terus mengundi Umno. "Segala peruntukan bukan dari Umno tapi duit rakyat. Kenapa mesti nak tarik?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Kata beliau lagi, pengundi-pengundi di Merlimau perlu berfikir dengan bijak sebelum memilih calon Pakatan Rakyat atau BN. Ini kerana ujarnya, BN hanya akan mencurahkan pelbagai projek untuk memenangi hati rakyat apabila sesuatu kawasan itu dimenangi Pakatan Rakyat. "Kalau penduduk di sini nak pembangunan dan ekonomi yang pesat dia kena mengundi Pakatan Rakyat kerana bila mengundi Pakatan Rakyat, calon kita menang, Umno akan usaha mencurahkan segala projek untuk menang balik dalam pilihan raya akan datang. "Tapi kalau penduduk terus mengundi Umno, tak akan berlaku apa-apa. "Kalau Umno kalah mesti dia curahkan segala projek untuk kembali memenangi hati rakyat," katanya. |
Mari tengok gambar peminat kondom di Merlimau, PAS atau Umno@BN ?
Prk Merlimau : Kondom Terbesar Di Merlimau
Ada billboard minta kesian...BN punya.
Ada banner goda-goda....ini makcik UMNO punya.
Ada banner 'free service'....haa..ini PAS punya.
Ada van 'full tinted' dan polis buat dek saja....ini Makkal Sakti+BN punya.
Ada banner 'BANGANG'...macam budak tak sekolah...sapa punya?
Ada Banner Parti Gerakkan = Tak Gerak Tak Makan...Ida punya (Tokey kedai)
Ada tugu 'Kondom Berkembar'...
ZOOM IN sikit....kan..kan..betul tak?
Terbaik dari Merlimau. Bagaimanapun saya masih menyimpan beberapa gambar 'tergempar' yang dipercayai pusat penempatan pengundi yang sudah meninggal dunia atau dengan lain perkataan "Pengundi Hantu".
SO.
Baik la beribu kondom syarikat Jepun hilang, rupanya ada peminat kondom no wahid!!!




