Wednesday, September 14, 2011

TU DIA!!! Ingatkan masjid, rupanya rumah menteri agama UMNO



KUALA LUMPUR:
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.

“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20287

Read more ...

Tuesday, September 13, 2011

AKHIRNYA!!!Demi Kuasa.. UMNO Penang melutut dan merayu kepada Koh Tsu Koon?

Demi kuasa, UMNO Pulau Pinang dilaporkan telah menjilat kembali ludah mereka, mereka mengenepikan sikap perkauman mereka, mereka membakul sampahkan Ketuanan Melayu mereka..

Demi Kuasa.. UMNO Pulau Pinang dilaporkan melutut dan merayu kepada Koh Tsu Koon dan Gerakan..

Terjemahan dari Kwong Wah Jit Poh, 11 September 2011, muka surat A6.

Untuk merampas kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat, pemimpin UMNO Pulau Pinang telah memohon maaf kepada Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, agar hubungan antara kedua-dua parti yang terjejas sebelum ini dapat dijalin semula.

Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir yang sering menyerang Koh Tsu Koon sebelum ini, dikatakan telah berjanji kepada Koh Tsu Koon bahawa dirinya tidak akan menyerang Gerakan lagi.

Malah, UMNO Pulau Pinang berjanji agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang pemimpin Gerakan, seandainya Barisan Nasional menang di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Demikianlah laporan Kwong Wah Yit Poh yang disiarkan pada 11 September 2011, memetik daripada sumbernya.

Menurut laporan, kebangkitan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008 telah menyedarkan UMNO Pulau Pinang, bahawa mereka tidak boleh menang hanya dengan undi Melayu.

Kesedaran UMNO Pulau Pinang tentang "kepentingan undi Cina" telah membuka ruang untuk UMNO berbaik semula dengan Gerakan.

Perselisihan berlaku antara UMNO dengan Gerakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya Pemuda UMNO mengambil kesempatan untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap Koh (yang pada ketika itu masih Ketua Menteri), dalam satu acara yang turut dihadiri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ketika itu) pada tahun 2006.

Pada September 2008, seorang penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail mengoyakkan gambar Koh di khalayak ramai, sehingga Koh dipersendakan musuh politiknya. Rata-rata masyarakat Cina menganggap Koh Tsu Koon terlalu "lembik", sehingga mudah "dibuli" pemimpin UMNO.

Koh ugut keluar dari BN?

Seorang pemimpin Gerakan yang memihak kepada Koh, memberitahu Kwong Wah Yit Poh bahawa Koh Tsu Koon amat tegas dalam isu Ahmad Ismail, malah mengugut untuk memanggil Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) Gerakan agar keluar dari Barisan Nasional, seandainya pimpinan tertinggi UMNO tidak membekukan keahlian Ahmad Ismail.

Menurut laporan, ada usaha sebelum ini untuk menobatkan semula Ahmad Ismail (gambar kanan) sebagai Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera selepas tamat tempoh pembekuan keahlian beliau, namun usaha ini dihalang kerana tekanan daripada Koh.

Menurut laporan, Presiden UMNO Najib Razak dikatakan memberi jaminan bahawa Ahmad Ismail tidak akan kembali menjadi Ketua Bahagian selagi Najib kekal pada jawatan Presiden UMNO.

Melihat kepada nasib Ahmad Ismail, ditambah pula senario politik yang menyaksikan pemecahan undi Melayu kepada UMNO, PKR dan PAS, maka pemimpin UMNO Pulau Pinang telah menyedari kepentingan undi Cina, lantas berbaik-baik semula dengan Gerakan dalam mesyuarat Barisan Nasional sebelum ini.

Laporan Kwong Wah Yit Poh juga memetik Penyelaras BN DUN Padang Kota, Oh Tong Keong yang mengakui bahawa dirinya pernah mendengar khabar bahawa pemimpin UMNO memohon maaf kepada Koh Tsu Koon, dan berjanji untuk menyokong pemimpin Gerakan untuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang.


Kwong Wah Jit Poh, 11 September 2011, muka surat A6.
Terjemahan oleh Lim Hong Siang dari MerdekaReview

Read more ...

Ini dia perompak Masjid!! UMNO lagi

Kenyataan Sekritariat Pemuda UMNO Semporna di Sabahkini.net melalui artikel bertajuk ‘Pemuda Umno Semporna Bela Shafie!’ merupakan pendedahan paling berani Ketua Pemuda Umno Semporna, Mohd Azis Jamman yang hanya layak digelar ‘Perompak Masjid’ untuk hidup berfoya-foya. Bagi saya, pembelaan Azis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak memberikan saya sebarang makna kerana sekalipun laporan polis dibuat terhadap saya atau Sabahkini.net; subjek siasatan polis ialah Shafie Apdal iaitu sama ada benar kematian berlaku dan kenapa kematian berkenaan tidak dilaporkan?

Namun beban sebenarnya terletak di bahu Mohd Azis yang menjadi ‘Runner’ atau ‘Penggubah Wang Haram’ melalui kegiatan melobi projek dan mendapatkan komisyen atau rasuah daripada kontraktor yang mendapat projek atau kontrak berkenaan.

Azis dipercayai telah menerima ‘rasuah’ RM2 juta daripada anak Ahli Parlimen Labuan, Yusaini Yusof hasil kejayaannya melobi projek Masjid Baru Labuan yang dipohon atas usaha Shafie Apdal; tidak termasuk komisyen 20 peratus kerana nilai kontrak di ‘Top-Up’ sebanyak 80 %.

Dengan wang tersebut, Azis telah membeli Ninja King bernilai RM500,000 dan untuk berfoya-foya; tanpa menginsafi dosanya ketika melakukan Skandal Seks dengan seorang pelajar UMS (kini dinikahinya setelah mengandung anak luar nikah); sekaligus menghancurkan harapan isteri tuanya.

Kini Masjid Baru Labuan tergendala kerana krisis dalaman dengan rakan kongsi perniagaan, namun Azis berbangga dengan kejayaannya merompak masjid berkenaan. Mungkin inilah budaya Pemuda Umno yang bukan sahaja tidak bermaruah, malah menjadikan maksiat dan rasuah sebagai darah daging mereka!/sabahkini
Addin :
Umno bukan sekadar rompak masjid tetapi lebih besar daripada itu.. UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT!!

Read more ...

TEMBERANG UMNO!!! 50 ahli PAS sertai UMNO di Padang Terap, UMNO gagal buktikan

Sudah berlalu 3 hari cabaran Dewan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap kepada Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Setia Diraja Mahdzir Khalid selaku Ketua Bahagian Umno Padang Terap , Ketua Pembangkang Kedah jugak Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya mengemukakan pembuktian terhadap 50 orang ahli PAS Padang Terap masuk Umno.

Sila Rujuk : Cabaran Kepada UMNO Padang Terap Nampaknya, tiada langsung respon daripada kepemimpinan Umno Bahagian Padang Terap..

GAGALlah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut. Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umno menjelang PRU 13.

Sehingga lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan Ketua Ulamak sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi x dan y.

Ianya hanya sesuai ketika internet dan media alternatif belum meledak di kalangan rakyat dan tv di sembah sebagai sumber utama berita.

Ada beberapa teori kegagalan :

1. Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong.



2.Menutup isu sebenar iaitu yang masuk UMNO kerana mendakwa PAS dan kerajaan negeri tidak membantu rumahnya terkena ribut walhal bantuan dah diberi, tetapi yang dihebahkan ialah keluar parti kerana isu komunis.

Sebenarnya publisiti ini hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan "kejayaan" beliau mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan isu siapa pejuang sebenar kemerdekaan maka gagalah dijawab. Berapa orang keluar sebab komunis..?

Hanya sekadar di padang Terap ahli PAS masuk Umno sebab isu komunis? Yang mengkagumi dan dikagumi komunis adalah Umno yang memeterai perjanjian dengan Parti Komunis.Bahkan UMNO semakin mengelirukan masyarakat apabila seoarang Profesor yang mesra UMNO sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik.

3. UMNO akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar UMNO. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap.

Kalau UMNO nak mulakan, ayuh... Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya UMNO sudah mula timbulkan kegelisahan di celah keharmonian masyarakat di Tandop Besar.

Mereka bermain politik murahan dan picisan di situ demi meraih publisiti besar.Mereka fikir orang kampung boleh diperbodohkan.

4. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau terhadap kebangkitan ahli UMNO lain yang dipinggirkan bantuan walaupun mereka sudah lama berjuang.

Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru. Saya percaya banyak ahli UMNO sendiri tak dapat.. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli UMNO yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar.

Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS.

5. UMNO terkejut, rakyat Padang Terap terkejut, rakyat Malaysia bahkan ahli UMNO sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salahguna secara tidak beretika pemimpin UMNO Padang Terap terhadap duit syarikat Seri Temin Development sdn bhd.

Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti UMNO. Duit tu hakmilik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil. Salah seorang rakyat yang membaca maklumuat yang tersebar ini mengatakan "Aku tida redha walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan UMNO dengan menggunakan duit rakyat iaitu aku".

Sebelum ini mereka anggap UMNO adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin UMNO.Kita boleh dedahkan betapa 'kayanya' mereka ini.

6. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau bahawa ada lagi pendedahan penyelewengan yang akan dibuat.. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan.

Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin UMNO yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya.

YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap

Read more ...

UMNO BACUL!!! Muhyiddin pengecut , takut berdebat dengan Mat Sabu


Kah kah kah...

Kah kah kah...


"Bakal Perdana Menteri" siang-siang dah angkat bendera kah kah kah...


Alasan budak sekolah UPSR diambiknya kah kah kah...


Kalau macam ni makin malang la Malaysia kah kah kah....


Baik suruh Shabery Chik yang "berbuih mulut" tu jadi PiEM sebab dia berani berdebat dengan Anwar Ibrahim walaupun kaki lebong fakta kah kah kah...


Malu laa orang Pagoh dapat "bakal perdana menteri" pengecut kah kah kah...


Kah kah kah...



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.


Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.


Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: "Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya."


Muhyiddin, yang sebelum itu menghadiri majlis Tawaran Baru kepada Pengetua (Sekolah Menengah) dan Guru Besar (Sekolah Rendah) Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini berkata, Mat Sabu tidak seharusnya memutarbelitkan fakta sejarah demi mengejar cita-cita politiknya kerana sejarah tidak ada kena mengena dengan politik dan apa yang dibangkitkannya boleh memporak-perandakan negara.


"Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka," katanya.


Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata, hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.


"Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu.


"Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain," katanya.


Beliau berkata, Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China.


"Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya," katanya.JP

NAK TAHU KENAPA MUHYIDDIN KECUT, SEBAB DIA BARU JA MAKAN MALAM DENGAN SU AGUNG KOMUNIS


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Umno-APCO marah komunis, rupanya dah makan malam dengan komunis kah kah kah...

Najib tak terasa ke dia dah "terbuang dan dibuang" kah kah kah...

Kah kah kah...


Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kehadirannya pada satu majlis makan malam yang diadakan bersama Parti Komunis China sebagai satu pertemuan dengan rakan perdagangan utama Malaysia, yang tidak harus dikaitkan dengan isu Mohamad Sabu.

Beliau (gambar) akan menghadiri majlis makan malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China Sun Zhenglai di sebuah hotel di sini malam tadi.

“Hubungan diplomatik kita dengan China adalah yang terbaik buat masa sekarang dan yang kedua dari segi eksport global.

Kita ada hubungan yang rapat dalam perdagangan dan industri, pelaburan. Saya tidak melihat isu sedemikian sebagai satu halangan.JP

Read more ...

Malaya tidak dijajah, Umno bukan pejuang kemerdekaan

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Jika bersetuju bahawa Malaya tidak pernah dijajah, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk mengakui bahawa Umno bukanlah pejuang kemerdekaan, cabar Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyokong kenyataan Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British boleh memberi maksud Umno bukan pejuang kemerdekaan.

"Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.

"Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu beliau turut mencabar Tun Mahathir menyatakan pendirian sama ada British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara, atau sebaliknya.

Menurutnya, kenyataan Tun M kelmarin itu telah menambah kekusutan dalam pemikiran rakyat terhadap sejarah kemerdekaan negara.

Sebelum ini katanya, rakyat dikelirukan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung isu sama.

"Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia.

"Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan," soalnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum Umno.

Ianya termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).

Umno pula ujarnya hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan tersebut.

"Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,Umno masih dengan slogan “hidup Melayu”.

"Umno telah diharamkan pada tahun 1988. Umno yang ada kini hanya Umno baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh Umno zaman ‘kemerdekaan’ telah berkubur sejak itu," tegasnya.

Read more ...

Monday, September 12, 2011

MARI BACA !!! Pendedahan terbaru kes bunuh Altantuya-Pembantu peribadi Najib arah bunuh , Anwar ada buktinya?



"Satu nota daripada kedutaan AS di Malaysia kepada Washington telah dibocorkan dan ia menegaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa pembantu peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengarahkan dua pengawal peribadi Perdana Menteri itu untuk membunuh Altanutya Shaariibuu.


Penterjemah berbangsa Mongolia itu dikatakan telah membantu dalam perjanjian Scorpenes, telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 dan Anwar juga mendakwa bahawa wanita itu merupakan kekasih kedua-dua Najib dan rakan baik beliau Razak Baginda.

Nota itu juga ada menyebut bahawa Anwar memiliki maklumat "kukuh", malah "keterangan berdokumen" bahawa Najib telah menerima sogokan daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2002 dan jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003.

Kabel AS tersebut juga mengatakan bahawa rasuah sudah menular semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan akhirnya masuk ke era Najib sebagai Perdana Menteri.

Penyalahgunaan kuasa tidak berkurangan tetapi berkembang kerana Najib tegas untuk terus berkuasa, dengan rasuah menular dengan pantas ke semua jentera kerajaan, perkhidmatan awam dan badan kehakiman.

Dan ini mungkin menjelaskan peristiwa-peristiwa misteri yang sedang berlaku apabila Malaysia semakin hampir kepada Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka akan berlaku lewat tahun ini atau awal tahun depan.

Suatu petikan dari kabel AS yang bertarikh 24 Januari, 2007, berbunyi:
"Anwar menegaskan bahawa pembantu peribadi TPM Najib mengarahkan pembunuhan Altantuya dan bahawa Anwar mempunyai bukti yang kukuh mengenai perihal Sukhoi, 2003

Anwar mendakwa bahawa Najib mempunya hubungan romantik dengan wanita Mongolia itu sebelum wanita itu menjalin hubungan dengan Abdul Razak Baginda (ini yang mengukuhkan kepercayaan bahawa Najib bersubahat membunuh wanita itu), dan Altantuya mempunyai tujuan untuk mendedahkan hal ehwal Najib dan Razak Baginda.

Membongkok ke hadapan dan dengan suara yang perlahan, Anwar menegaskan bahawa beliau mempunyai maklumat kukuh bahawa pembantu peribadi Najib mengarahkan dua orang anggota keselamatan Najib (yang telah pun dituduh membunuh) untuk membunuh Altantuya. "
Bekas Timbalan Perdana Menteri dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberitahu ketua polis semasa mesyuarat pada 18 Januari di rumah Anwar di Damansara bahawa rasuah peringkat tinggi telah mencapai tahap berbahaya dan telah merosakkan integriti negara.

Anwar memberi contoh dalam kes pembunuhan Altantuya dan sogokan dibayar kepada DPM Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pembelian kapal selam Perancis dan pembelian pesawat Sukhoi 2003.

Dia berasa berani untuk membangkitkan perkara-perkara ini dalam sidang akhbar baru-baru ini (disiarkan terutamanya oleh perkhidmatan berita internet) kerana dia memiliki maklumat kukuh, termasuk keterangan dokumentar dalam hal perjanjian Sukhoi. Kebanyakan maklumat mengenai kes-kes ini datang daripada pegawai-pegawai kanan yang bertemu dengan Anwar, termasuk Ketua Pengarah dari sekurang-kurangnya satu kementerian dan seorang pegawai kanan di Bank Negara Malaysia. "

Najib tak lena tidur: Adakah Anwar tahu terlalu banyak?

Jadi, adakah Anwar tahu terlalu banyak? Perhatikan bahawa beliau bercakap dengan pegawai-pegawai AS pada tahun 2007 dan serangan terhadap beliau bermula pada tahun 2008, yang didakwa diterajui oleh Najib sendiri.

Adakah Anwar merupakan ancaman besar kepada politik UMNO; parti terbesar dan yang mentadbir negara sejak 5 dekad yang lalu? Adakah masa untuk menjatuhkan Anwar lagi, terutama selepas pilihan raya 2008 di mana beliau telah membawa kejayaan kepada pembangkang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hampir berjaya dalam menjadikan September 16 titik pertukaran kuasa persekutuan dari BN yang dipimpin UMNO kepada Pakatan?

Tidak syak lagi panggilan untuk mengekang kemaraan Anwar sedang memuncak dalam UMNO, di mana beliau pernah menjadi ketua mereka yang paling disayangi sehingga penahanan dan pemecatan atas kes liwat direkacipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Sepuluh tahun kemudian, Najib - masih Timbalan Perdana Menteri - tidak memerlukan galakan untuk melakukan tuduhan liwat untuk kali kedua untuk mempengaruhi masyarakat Melayu membenci Anwar.

Bukan sahaja Najib perlu mengekalkan cengkaman beliau ke atas kerusi PM, tetapi yang lebih merunsingkan beliau sehingga tidak lena tidur kerana risau kemungkinan Anwar akan mendedahkan rahsia itu kepada dunia, justeru meninggalkan dia dalam kehinaan, kegagalan dan mungkin juga penjara.

“Dalang “

Kabel AS itu juga menyokong akuan berkanun 2008 yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang telah pun memberitahu para penyiasat Perancis bagi membantu siasatan ke atas perjanjian Scorpenes sama ada syarikat pembuat kapal DCN telah merasuah pegawai-pegawai Malaysia termasuk Najib.

Bala telah mendedahkan bahawa Razak Baginda memberitahunya bahawa Altantuya adalah bekas kekasih Najib sebelum menjadi kekasihnya.

Dua pengawal peribadi, yang telah dihukum gantung atas kematian Altantuya, juga telah mengesahkan secara berasingan kepada pihak polis bahawa mereka ditanya oleh pembantu khas Najib untuk membantu beliau.

Mereka memberitahu mahkamah bahawa Razak Baginda telah mengupah mereka untuk menghentikan Altantuya daripada mengganggu beliau dan keluarganya.

Altantuya, dalam sepucuk surat mengaku dia memeras ugut Razak Baginda. Dilaporkan bahawa komisen Altantuya ke atas Scorpenes yang didakwa diterima oleh Razak Baginda bagi pihak Najib berjumlah AS $ 500,000.

Razak Baginda bukanlah orang yang bodoh. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dalam politik dan kerajaan dari Politeknik London dan mendapat ijazah sarjana dalam Pengajian Perang di King's College London.

Pada mulanya dia didakwa bersubahat dengan pembunuhan Altantuya, manakala pembantu khas Najib pula tidak pernah dibawa ke mahkamah. Tidak hairanlah badan kehakiman Malaysia mengalami krisis terburuk semasa pentadbiran Najib.

Menariknya, Razak Baginda juga memberitahu pegawai AS pelan untuk melumpuhkan Anwar di akhir 1990-an sehingga dia tidak lagi boleh berdiri lagi dalam politik.

Datang dari Razak Baginda, seorang yang dipercayai Najib, jelas menunjukkan kesediaan Najib untuk mengkhianati Anwar, walaupun mereka mempunyai perjanjian bahawa beliau akan menjadi Timbalan PM kepada Anwar yang akan menjadi PM sekiranya berjaya menewaskan Mahathir dalam pemilihan UMNO.

Razak Baginda yang menyertai Maktab Pertahanan Angkatan Tentera sebagai pensyarah dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai ketua kajian strategik, kemudiannya membentuk Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia.

Beliau juga bertindak sebagai perunding bagi Najib dalam menangani isu Scorpenes. Akhirnya pada tahun 2002, di tengah-tengah tentangan dari orang awam kerana harga yang terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk kapal rondaan bagi kawasan persisiran pantai cetek di Malaysia, Najib berjaya juga mendapatkan kapal selam tersebut.

Beliau pada ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan. Adakah Razak Baginda bertindak sebagai penyambung atau dalang, seperti yang disifatkan oleh kabel AS dalam perjanjian Sukhoi?

Musuh lama: pukulan siapa akan mengena?

September seolah-olah menjadi bulan yang janggal kepada Najib. Semua perkara buruk seolah-olah tertumpu kepada beliau; seperti kes mahkamah Scorpenes, perintah mahkamah untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat Anwar, dan yang terbaru laporan WikiLeaks yang bakal mendedahkan lebih banyak cerita mengejutkan semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Untuk menutup cerita buruk, akhbar Utusan milik UMNO telah mengeluarkan cerita yang menegaskan bahawa musuh-musuh Najib telah membayar WikiLeaks untuk menerbitkan laporan berunsur "fitnah" terhadap beliau.

"Ini adalah satu contoh fitnah yang sengaja dicipta dan kemudiannya disiarkan ke laman web seperti WikiLeaks dengan niat untuk mempengaruhi rakyat. Ia adalah fitnah tanpa bukti sama sekali," Ng Lum Yong, bekas ahli PKR yang telah berpaling dan masuk BN, dipetik sebagai berkata dalam edisi hari Jumaat Utusan.

Bagaikan musuh pada zaman dahulu, Anwar dan Najib akan terus bertelagah dan menunggu saat dan ketika yang tepat untuk mengangkat senjata untuk membuat pukulan akhir. Siapakah yang akan menang atau akankah kedua-duanya jatuh?

Memandangkan Najib merupakan PM sekarang, beliau pasti akan memenjarakan Anwar jika UMNO-BN menangi PRU-13. Kadang-kadang, terlalu banyak mengetahui mengenai sesuatu, terutama di negara seperti Malaysia yang masih merupakan negara autoritarian berbanding demokrasi dan undang-undang dan perintah serta tingkah laku sivil masih berada di tempat tertinggi.

Tetapi peluru Anwar masih perlu mencari sasaran, dan sama ada Pakatan kalah atau menang GE-13, Najib hampir pasti perlu mengucapkan selamat tinggal bukan hanya kepada jawatan PM tetapi juga jawatan presiden UMNO.

Orang yang mendapat habuannya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan transformasi kuasa kini sudah mula berlaku di Malaysia.

Sumber: Malaysia Chronicle


Read more ...

Rakaman Sex 'Mat Sabu' - FITNAH UMNO PALING TAK DAK KELAS!!!



Oleh: Mid Panah


Di alam maya sekarang UMNO@UMCO@UMNCONIS sedang giat menyebarkan rakaman fitnah kononnya perbualan Mat Sabu dengan bini orang bernama Normah Abdul Halim. Bagi MP yang kenal rapat Mat Sabu sejak 1980an, bila dengar intonasi (rentak atau alunan suara) 'Mat Sabu' tu dah yakin dengan soheh bahawa itu bukan Mat Sabu.

Ada jugak orang tanya MP, betoi ka tu Mat Sabu? MP nak jawab soalan tu dengan mudah; Kalau kata UMNO yang buat tuduhan terhadap lawan depa TAK DAK SATU pun yang betoi. Semuanya adalah FITNAH/BOHONG atau paling kurang pun putarbelit dan membuat tafsiran jahat menurut andaian mereka sendiri.

Bukan payah sangat nak cari orang suara garau macam Mat Sabu dan nak cari pompuan kecek Kelate. Cari kat Pekan Rabu pun berlambak. Apatah lagi suara itu sengaja dikaburkan supaya tak terserlah suara sebenar.

Ada dua persoalan yang boleh menjelaskan bahawa rakaman itu adalah fitnah jahat laknatullah.


1. Rakaman dikatakan dibuat tahun 1994. Mat Sabu bertanding PRU 1995, 1999, 2004 dan 2008...takkanlah bodoh sangat @ 'baik sangat' UMNO tak gunakan rakaman tu untuk jatuhkan Mat Sabu masa tu. Tup tup muncul baru-baru ni.. huah huah huahh.. rakyat pun ada akai wehh.

2. Awat yang rakaman tu sengaja dikelabukan... bukankah kalau diterangkan lagi jelas orang dengar, lagi terdedah kejahatan 'Mat Sabu' di samping lagi terdedah suara palsu pelakon haram jadah yang nak tiru suara Mat Sabu.. he he he.

Bukankah rakaman tu 'diambil' dari talian Telekom.. takkanlah Telekom cokia sangat tak boleh rakam dengan jelas.. sedangkan orang sebelah sana dan orang sebelah sinni boleh dengar dengan jelas...kantoi lagi.

Rakaman pula kononnya dibuat pada waktu yang berbeza tapi nampaknya.. kejelasan suara dan mood pelakon sama jee.. Hoi UMNO, lain kali pi belajaq dekat Yusof Haslam untuk bezakan suara dengan tempat dan suasana!


Jenih UMNO ni MP tak mau nasihat dah... nak habag sebaris ayat saja: Kalau tak takut api neraka teruskanlah kerja MEMFITNAH hangpa tu..!Kedah La

Read more ...

MAI TENGOK!!! Bendera Tanah Melayu sebelum 31 Ogos 1957

http://delusionalramblings.files.wordpress.com/2011/07/union-jack2.jpgHHRS 2.0 - Hari ini dalam sejarah lagi. Ya, apa rupa bendera kita sewaktu negara ini belum memasuki era 31 Ogos 1957? Ini adalah sejarah. Bendera Union Jack telah dikibarkan sejak 1786 yang membawa kepada penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Bendera Union Jack terus berkibar dengan megah di negara ini sehingga lah diturunkan secara rasminya pada 31 Ogos 1957.





Bendera Union Jack atau secara rasmi, Union Flag adalah bendera kerajaan United Kingdom. Bendera ini pernah digunakan pada suatu ketika oleh negara-negara yang berada di dalam Empayar British. Kini, selain menjadi bendera kebangsaan United Kingdom, ia juga memiliki status rasmi atau separuh rasmi di negara-negara dalam Commonwealth Realms atau Kerajaan Komanwel. Rekabentuk Union Jack ini telah wujud setelah peristiwa Act of Union 1800 yang menyatukan kerajaan Union of Ireland bersama Great Britain pada 1801.

Dibawah ini adalah bendera pertama Amerika Syarikat. Amerika adalah tanah jajahan British terawal merdeka.



Menurut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, bendera merupakan sebidang kain yang diperagakan sebagai tanda atau lambang kewujudan yang dikenali juga sebagai panji-panji dan obor-obar. Biasanya, bendera berbentuk empat segi bujur, mempunyai satu bahagian dinamakan tepi bendera yang digunakan untuk diikat pada tiang.

Bendera juga merupakan satu simbol antau lambang kekuasaan dan kedaulatan sesbuah negara. Ia telah mula digunakan sejak berkurun lamanya tetapi dalam bentuk, saiz, warna dan reka bentuk yang berbeza-beza. Perkataan Flag(bendera) berasal daripada perkataan Old Saxon atau dalam bahasa German, Flaken atau Fleogan yang membawa maksud mengibarkan atau mengapung di atas angin.

Sebelum Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dan bendera Persekutuan Tnah Melayu digunakan, terdapat bebrapa bendera yang telah digunakan mengikut kesesuaian pentadbiran pada masa itu. Bendera Uniaon Jack iaitu bendera Inited Kingdom pernah dikibarkan di Tanah Melayu sebelum negara mendapat kemerdekaan.

Bendera Union Jack mula dikibarkan di Tanah Melayu setelah temerainya perjanjian antara Sultan Kedah dengan Kapten Francis Light pada 1786 yang membawa kepada penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Bendera ini terus dikibarkan di Tanah Melayu sehinggalah ia diturunkan secara rasminya pada malam 31 Ogos 1957 dan digantikan dengan Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Penubuhan Negeri-Negeri Selat bermula melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura digabungkan bagi membentuk Negeri-Negeri Selat dan sebuah bendera bagi melambangkan kewujudan pentadbiran tersebut telah digunakan di Tanah Melayu. Bendera Union Jack digunakan atas sebahagian bendera Negeri-negeri Selat di samping jata ketiga-tiga negeri yang terlibat.

Pada tahun 1895, pihak British telah memperkenalkan sistem pentadbiran di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri dari negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Dengan itu sebuah bendera bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah digunakan bagi melambangkan identitinya, tetapi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, tetap menggunakan bendera negeri masing-masing.
(Bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu)

Bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini mempunyai empat jalur yang terdiri daripada empat warna iaitu putih, merah, kuning, dan hitam yang mewakili negeri-negeri terbabit. Merah, hitam dan kuning untuk Negeri Sembilan, putih dan hitam untuk Pahang, hitam, putih dan kuning untuk Perak, manakala merah dan kuning untuk Selangor. Sistem pentadbiran ini dilaksanakan oleh pihak British sehingga tahun 1946 iaitu apabila Malayan Union diperkenalkan di negara ini yang kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Read more ...

Akta Kemerdekaan Tanah Melayu 1957, bukti jelas negara dijajah

Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu
sebenarnya bebas atas ihsan British dan bukannya menerusi
rundingan seperti yang terkandung dalam sejarah

Dua dokumen yang tertera di bawah adalah salinan asal yang membuktikan bahawa Tanah Melayu sememangnya pernah dijajah British hingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dikeluarkan genap sebulan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan ini menyatakan bahawa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah tertakluk kepada akta ini yang dipersetujui bersama antara Baginda Ratu Elizabeth I dengan barisan pemerintah tempatan yang selepas itu dinamakan Perikatan.


Akta ini menyatakan bahawa Ratu Elizabeth I berkenan melepaskan tanggungjawab pemerintahan Tanah Melayu dan Singapura kepada pemimpin tempatan dengan syarat kemerdekaan yang diberikan adalah tertakluk kepada budi bicara Ratu dalam satu pertubuhan yang dinamakan Persekutuan Komanwel.


Negara Komanwel ini adalah satu organisasi khas yang ditubuhkan Kerajaan British ke atas bekas-bekas tanah jajahan yang pernah diperintahnya.


Dokumen ini juga menjelaskan bahawa hanya Ratu Elizabeth I sahaja yang berhak memutuskan bilakah Tanah Melayu dan juga negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) boleh membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu secara mutlak.


Ternyata dengan pendedahan dokumen ini sekaligus membuktikan bahawa Zainal Kling dan suku sakatnya termasuk Mahathir yang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah adalah DUSTA semata-mata.





Read more ...

TAKUT KALAH!!! Mahathir nasihat Najib lewatkan PRU 13

Mahathir makin gusar Najib tidak dapat
mengemudi pilihanraya umum akan datang kerana
terlalu banyak skandal yang membebankan
Umno-APCO di samping Anwar Ibrahim masih
belum dipenjarakan

Tun Dr Mahathir Mohamed menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir menjawab soalan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan ketika temu bual RTM di sini.


Bekas perdana menteri ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya.


The Malaysian Insider ada membawa laporan sebelum ini bahawa kepimpinan Umno berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sokongan ketua-ketua bahagian di sesetengah negeri khususnya berkaitan dengan soal calon.


“Saya merasakan bahawa jika ia diadakan lewat sedikit, OK.


Perlu ada masa bagi Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus dipilih sebagai calon,” kata Dr Mahathir (gambar) dalam temu bual yang dirakamkan hari ini.


Katanya, pendekatan “calon boleh menang” kemungkinan boleh mencetuskan masalah bagi perikatan itu kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak perpecahan antara pemimpin-pemimpin parti yang hendak bertanding.


“Menjadi amalan biasa bagi seseorang yang tidak dipilih sebagai calon untuk bertindak membuktikan bahawa calon yang dipilih adalah tidak layak,” katanya lagi.


“Masalah ini sukar untuk diatasi. Ia masih menjadi satu masalah,” katanya lagi.


Kata Dr Mahathir, Najib sebagai pengerusi BN seharusnya menjelaskan kepada parti-parti komponen bahawa sokongan tidak bersyarat kepada calon-calon yang dipilih adalah penting meskipun mereka secara peribadi tidak menyokong calon yang dipilih.


“Najib seharusnya bertindak untuk menjelaskan mengenai calon-calon berpotensi... jika mereka tidak memberi sokongan kepada calon yang dipilih, mereka juga akan berhadapan dengan masalah,” kata Dr Mahathir.


Pentadbiran Najib berhadapan dengan tahun yang sukar selain terpaksa berhadapan dengan kecaman berhubung cara pihaknya menangani perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.


Pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat ini.


Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.JP

Read more ...

BONGKAR!!! Konspirasi jatuhkan Anwar Ibrahim didedah!!

Mat Zain Ibrahim terus dedahkan tembelang
busuk Mahathir jatuhkan Anwar Ibrahim
dengan bantuan dua pencacai setianya
pada 1998!

Tuduhan salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 adalah salah kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.


Menurut Mat Zain, Musa dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka.


Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.


“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.


“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.


“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.


“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.


Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.


“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran,” katanya.JP

Read more ...

MELAYU MUDAH LUPA !!! Mahathir lupa pernah laung merdeka masa jadi PM



Bahang polemik kemerdekaan negara kini berpindah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula selepas beliau hari ini menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, sebuah portal berita membuat semakan dan menemui versi berbeza pendiriannya - yang dilapor merujuk zaman prakemerdekaan sebagai "zaman penjajahan British" dan "pemerintahan kolonial British".


"Mahathir merepek; lupa? Buat-buat lupa?" soalnya merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 .


Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, persetujuan Dr Mahathir dengan pandangan Dr Zainal menunjukkan bahawa kedua-dua mereka "putar alam".


"Agaknya apa yang TDM (Tun Dr Mahathir) kata hari ini menunjukkan yang mereka semua dalam denial syndrome (sindrom penafian).


"Ini bahaya sebab kalau depa betul-betul kalah nanti depa akan kata itu atas kertas saja. Depa akan terus memerintah," katanya lagi.


Pemuda PAS: Mengarah, bukan menasihat


Dr Mahathir hari ini berkata, secara teknikalnya Tanah Melayu tidak terjajah kerana sultan memutuskan menjemput British datang menasihatkan cara mentadbir negeri.


Bagaimanapun, katanya, apabila sudah berada di sini, British akhirnya beroperasi seolah-olah negara ini dijajah, sekali gus tidak memberi nasihat, tetapi arahan.


Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri) pula berkata, walau apa pun hujahnya, pada hakikatnya British bukan menasihat, mengarahkan sultan mengikut telunjuk mereka.


"Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut," katanya sambil membariskan beberapa persoalan yang perlu dijawab Dr Mahathir dan sarjana sejarah.


Persoalan itu antaranya:


1) Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British?


2) Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemintah pada masa tersebut?


3) Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915?


4) Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?


5) Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda sultan?


6) Apakah salah kita menganggap Umno sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?JP

Read more ...

PRU 13 : Peluang PR , BN seimbang


Soalan terbesar yang dihadapi oleh Malaysia sekarang, siapa yang akan memenangi pilihan raya umum.

Malaysia telah sampai ke persimpangan selepas 54 tahun ditadbir BN.


Kini, terdapat harapan mengenai perubahan.


Pakatan Rakyat berkemungkinan besar boleh mendapatkan Putrajaya.


Kini sudah sah mentadbir di empat negeri, Pakatan menguasai hampir lima puluh peratus daripada kepercayaan rakyat.


Tidak ada keraguan tentang hal itu, 'majoriti senyap' semakin sedar bahawa mereka mempunyai satu lagi pilihan selain dari BN, dan ramai yang mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan raya umum ke-13 nanti.


Cubaan oleh kerajaan untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya telah menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai zon selesa dan kurang keyakinan untuk merebut kembali Putrajaya.


Serangan tidak berhenti-henti terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu termasuk roadshow, dan kemarahan anggota tentera veteran yang disiarkan di saluran TV yang dikawal oleh BN menunjukkan bahawa BN semakin terdesak.


Tidak ada keraguan tentang hal itu, serangan ke atas Anwar dan Guan Eng juga akan meningkat pada hari-hariyang mendatang dan merupakan satu bukti bahawa BN sanggup melakukan apa sahaja sekarang.


Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menafikan BN buat masa sekarang.


Mereka masih kerajaan yang memerintah dengan jentera yg berjalan lancar dan dibiayai dengan baik dan tidak akan mudah untuk menggulingkan mereka.


Bukan sahaja mereka masih boleh menang, tetapi ada juga kemungkinan mereka masih boleh sekali lagi menguasai majoriti dua pertiga.


Ini mungkin berita mengecewakan untuk penyokong Pakatan tetapi ia adalah realiti.


Satu program Amnesty sedang berlaku dan timbul cakap-cakap bahawa beratus-ratus ribu pendatang tanpa izin diberikan kewarganegaraan segera untuk mengundi BN.


Oleh itu, marilah kita lihat senario yang mungkin, bermula dengan apa yang akan berlaku jika BN menang sekali lagi!


BN menang


Apabila BN berkuasa sepenuhnya, negara ini akan melihat keamanan dan keharmonian sekali lagi seperti di zaman Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi.


Perkauman dan sentimen agama akan hilang, menunggu masa yang sesuai untuk muncul semula, mungkin setengah abad kemudian apabila GE-14 kerana mereka perlu perpecahan kaum sekali lagi.


Semua akan kembali kepada 'normal', dengan pegawai-pegawai kembali kepada rasuah dan Pakatan Rakyat akan hancur dengan beberapa pemimpin melarikan diri ke BN.


Perkasa seperti yang dijangka orang ramai. RELA akan menikmati keahlian yang lebih tinggi sebagai persediaan untuk pilihan raya yang akan datang dan BN akan meracuni orang Melayu untuk memastikan sokongan yang cukup.


Mereka tidak akan membuat kesilapan yang sama sekali lagi serta memastikan sokongan mereka terjamin.


Walau bagaimanapun, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada kebebasan individu, peluang sama rata atau meritokrasi manakala hubungan antara kaum akan menjadi bertambah buruk. Perpaduan di Malaysia akan kekal sebagai mimpi.


Tidak akan ada perubahan dalam dasar-dasar yang menyesakkan sekarang dan kerajaan akan mempunyai kebebasan untuk memanipulasi apa jua isu sewenang-wenangnya.


Kroni baru akan menyertai kumpulan itu dan dasar ekonomi baru akan diranapkan dengan menjejaskan ekonomi pasaran bebas yang diperlukan oleh negara. Satu contoh baik adalah cubaan Prasana untuk mendapatkan Chinatown di atas nama pembangunan infrastruktur.


Ledakan kemasukan buruh asing yang murah juga berlaku dan bukan Bumiputera yang kaya mungkin akan mempertimbangkan untuk berhijrah ke negara-negara lain seperti Australia, Amerika atau Singapura.

Tetapi mereka yang tinggal akan dapat melihat peningkatan Biro Tata Negara, yang menjadi semakin galak memastikan orang Melayu berasa berada di bawah gengaman orang Cina yang 'licik' Cina dan orang India yang 'suka bergaduh'.


Melayu- nization pula akan berakar umbi dengan lebih mendalam di semua institusi seperti perkhidmatan awam, sekolah, para pendidik dan politik, dan ia akan membantutkan apa sahaja kebebasan yang ada.


Akhirnya, Malaysia tidak banyak berbeza dengan sebuah negara sosialis yang mempunyai rakyat lembap serta tidak mempunyai keberanian untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.


Tetapi ada lagi harapan bahawa BN akan memulihkan 1Malaysia, memeluk demokrasi dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Ibrahim Ali boleh meminta maaf dan menjadi satu orang paling baik, manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menguatkuasakan Malaysian Malaysia dengan dasar bersatu-dan-memerintah.


Pasti, Elvis akan kembali dari kubur dan menyanyi 'Kumbayah'!


Parlimen tergantung


Atau mungkin kita dapati Parlimen tergantung selepas pilihan raya umum, dengan perwakilan yang hampir 50-50 dari setiap sisi, BN dan Pakatan. Ini boleh membuka jalan untuk kerajaan perpaduan. Ia mungkin penyelesaian terbaik dalam situasi ini, tetapi ia hampir tidak akan memberi manfaat kepada negara dan rakyatnya.


Seperti yang dijangka, akan ada cubaan BN untuk menarik Ahli Parlimen dan tekanan akan diletakkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengaku menyokong BN. Hujah-hujah yang panaskan akan menjadi kebiasaan di Parlimen, dengan keangkuhan dan kebanggaan mula timbul.


Mungkin tiada peluang untuk merangka dasar apatah lagi melaksanakannya. Kerajaan perpaduan mungkin tidak akan berkesan memandangkan Pakatan dan BN sangat berbeza ibarat siang dan malam.


Tetapi pada sudut positif, negara boleh melihat urus tadbir yang lebih baik, dengan pembaharuan secara beransur-ansur diperkenalkan untuk memuaskan hati rakyat, dan merangsang ekonomi. Maka akan kurang rasuah dan hubungan antara kaum boleh menjadi lebih baik.


Sebuah kerajaan perpaduan mungkin akan memikirkan jalan penyelesaian yang boleh digunakan yang boleh untuk meningkatkan kemajuan yang memberi manfaat kepada negara.


Pakatan menang


Atau Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah dan ini boleh membuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya dan bekas PM Mahathir mencabut rambut mereka dan mengamuk dijalanan. Lucu? Tetapi itu mungkin dilihat oleh dunia jika mereka cuba untuk merampas kuasa dengan kekerasan.


Tetapi Malaysia yang tidak stabil, ganas dan anarki adalah taktik yang sering digunakan oleh BN untuk menakutkan rakyat, dan ia telah berkesan untuk selama beberapa dekad ini.


Sehingga akhirnya Bersih 2.0 bangkit untuk menyedarkan rakyat pada hakikat bahawa masa telah berubah dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut untuk bersuara terhadap kerajaan.


Adakah polis akan menembak dan membunuh rakyat mereka , dan adakah angkatan tentera akan melakukan perkara yang sama? Mungkin juga. Tetapi maka apa yang berlaku di Malaysia?


Adakah negara lain di dunia yang akan menerima Najib, Muhyiddin atau Mahathir? Malah anak-anak mereka juga akan membawa stigma bahawa mereka datang daripada ibu bapa pembunuh?


Ambil contih Julia Gillard.

Lihat bagaimana mahkamah Australia membuat keputusan terhadap urusan pertukaran pelarian Malaysia tanpa rasa takut atau pilih kasih.


Lihat bagaimana dia menerima keputusan dengan rendah diri, walaupun dia tidak bersetuju.


Ini adalah sikap masyarakat sivil di dunia maju. Ia juga menunjukkan bagaimana jauh ketinggalan Malaysia sekarang.


Biarlah anarki dan pertumpahan darah, pertempuran dan ancaman menjadi mainan BN. Sekiranya ia berlaku, maka PBB akan menghantar tentera sama seperti apa yang mereka lakukan di Libya dan kemudian golongan elit UMNO yang bersalah akan tangkap dan dibicarakan oleh tribunal.


Saya masih ingat Saddam Hussein yang mati di tali gantung.


Dan semua ini boleh berlaku sebelum Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi yang sebenar. Tetapi ada harapan bahawa kerajaan akan datang, sama ada BN atau Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembaharuan yang perlu untuk membawa negara keluar daripada koma dan memecahkan politik perkauman dan menjadikan impian perpaduan Malaysia suatu kenyataan.


Terdapat banyak yang boleh dibuat untuk negara ini, tetapi kita kadang-kadang tertanya-tanya mengapa ada ahli politik tertentu yang cuba untuk memusnahkan, politik, sosial, budaya dan alam sekitar, dan bukannya merawat Malaysia.JP

Read more ...