Monday, April 23, 2012

KUIL DIROBOH DI P.PINANG!!! Tapi kenapa tak keluar TV3 dan Utusan ?


Kalau Masjid dan Surau pun mereka sanggup merobohkannya... setakat Kuil Hindu ni apalah sangat...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tengah hari tadi mengulangi kecaman kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) gara-gara kuil (gambar di atas) berusia hampir 40 tahun di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT) dekat Kawasan Perindustrian Perai dirobohkan tanpa notis.

Hampir 50 penduduk Hindu tempatan turut menyuarakan protes ke atas pihak berwajib, termasuk kepada Pengerusi PPC yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Pengerusi PPSB merangkap Pengerusi Bahagian Umno Balik Pulau).

Mereka menuntut pihak berwajib supaya memohon maaf serta membina semula sebuah kuil di kawasan lain yang dirasakan wajar.

Namun, dua wakil PPSB yang ditemui di sini memberitahu pihaknya enggan berbuat demikian seperti yang dilaporkan akhbar The Star sebelum ini.

Kuil tersebut dirobohkan pada Jumaat lepas.


"Mereka memang enggan membina semula kuil di sini, malah mendakwa wartawan berkenaan tersalah lapor.

"Insiden ini menjadi  'amaran keras'  kepada penganut Hindu di negara ini bahawa mereka (Barisan Nasional) tidak akan menghormati kebebasan beragama sekiranya masih terus berkuasa (menjadi kerajaan pusat)," ujar Guan Eng kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil PPSB dan PPC.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihak berwajib seharusnya menghormati kebebasan beragama.

"Sekurang-kurangnya beri notis pemberitahuan kepada mereka (penganut Hindu setempat sebelum merobohkan kuil)," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Prof Dr P.Ramasamy turut menyuarakan kecaman kepada pihak berkenaan.

Jurucakap Badan Bertindak Tuntut Bina Semula Kuil berkenaan, M Goviin (kiri) dalam reaksi spontan kepada PenangInsight.com akan mengumpulkan tanda tangan (referandum) penganut Hindu berwajib bagi membuktikan kuil itu telah wujud sejak hampir 40 tahun lepas.

PenangInsight.com
difahamkan, kuil itu didirikan sebelum pembangunan komersial dibangunkan di sini.

Perkembangan terbaru itu diduga memberi kesan berantai pada Barisan Nasional, khususnya Umno di negeri berkenaan.

Read more ...

UMNO TUDUH PAS SESAT!!! Bila mati panggil orang PAS sembahyang mayat

Oleh: ustaznik"Dialek Terengganu di atas bermakna ‘Orang yang kamu katakan sesat inilah yang tolong solatkan jenazah’. Ayat ini muncul spontan apabila Umno Terengganu melalui kuasa yang ada di peringkat negeri Terengganu mengadakan wacana secara ‘halal’ mencop PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. 

Ahli panel yang sememangnya dikenali, juga resolusi yang mungkin telah disediakan berhari-hari lebih awal mewarnai wacana sumbang dan sesat itu.
Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Dato’ Hj Husin Awang sendiri telah membuat kenyataan yang boleh diakses di  buletinonlinemenjawab tuduhan Ahmad Said al-kijali as-sesati yang menyatakan PAS sebagai parti ajaran sesat. Jawaban itu berdasarkan fakta mengenai hakikat dasar, matlamat dan perjuangan PAS itu sendiri yang berusia sudah melebihi 50 tahun. 

Saya rasa ia tidak perlu diulang di sini kerana akan menjadi tahsilulhasil (perkara yang sama diulang), terutama kepada mereka yang masih bodoh dan membodohkan diri sendiri tidak mahu memahami dan mengerti perjuangan PAS ini.

 Namun apabila ia diwacanakan secara ‘halal’, menyesatkan perjuangan Islam bagi menegakkan Islam secara syumul, maka ia adalah sesuatu yang besar. Tapi kita boleh faham, isu ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan kerana Umno sebenarnya sudah tidak ada modal bagi menyerang PAS. 

Isu tahaluf siasi dengan DAP, isu undi Melayu kurang jika Umno kalah, isu PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan lain-lain sebenarnya PAS ada jawabannya sendiri dan telah dijelaskan oleh PAS melalui media cetak atau ceramah pimpinan PAS dari semasa ke semasa.


Ahmad Said yang dikenali sebagai agak pongah dan cepat melenting pernah mencabar Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang, YB Hj Abdul Wahid Endut dalam sidang DUN negeri Terengganu suatu masa dahulu bertumbuk di luar dewan selepas YB Wahid Endut membangkitkan suatu isu ketika itu. Wajarkah diajak bertumbuk di luar dewan? Kepongahan itu rupanya tidak dapat dibendung. Ia dilihat oleh semua orang. 

Tidak malukah dengan perangai buruk itu?
Kali ini bukan sahaja pongah, tetapi sangat biadab dengan menuduh PAS sebagai sesat. Ia tuduhan tidak bertanggungjawab. 

Sesat adalah suatu perkara yang besar apatah lagi melibatkan PAS sebagai parti politik dan satu organisasi besar dengan keahlian yang ramai dan sokongan rakyat kepada perjuangan Islam. 

Bukan Islam boleh memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Kenapa Ahmad Said tidak boleh faham dan sengaja membebalkan diri dan hati dari hakikat dan kebenaran ini?

Ahmad Said kena ingat. Juga penyokong-penyokong Umno yang mengiakan tuduhan ini bahawa apabila berlaku kematian, siapakah yang dipanggil untuk membantu meramaikan solat jenazah? Bukan anak-anak pondok yang menyokong PAS? Bukan ahli qaryah yang menjadi penyokong tegar PAS? 

Justeru, kami sebagai ahli PAS mendesak Ahmad Said menarik balik tuduhan itu, meminta maaf kepada PAS atau bersedia berdebat/muzakarah sekali lagi dengan pimpinan PAS. Itupun kalau kamu anak jantan.
Lihat Perlembagaan PAS:
Fasal 3 Dasar PAS adalah ISLAM
Fasal 4 Seruan PAS adalah ALLAHU AKBAR
Fasal 7.1 Hukum tertinggi dalam perjuangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMA dan QIAS yang terang dan nyata
Fasal 5 Tujuan (Matlamat) Perjuangan PAS
  • Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
  • Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 6 Bagi mencapai tujuan perjuangan, PAS menjalankan usaha-usaha berikut
  • Menyeru umat manusia kepada syari’at Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
  • Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
  • Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
  • Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
  • Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
  • Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
  • Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
  • Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
  • Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
  • Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.
"

Read more ...

Sunday, April 22, 2012

MEMALUKAN!!! Video gimik pelancaran TIBAI macam orang tak ada akal

Kerja bodoh!

Kalau benar-benar mahu menibai Anwar Ibrahim tibailah dengan fakta, hujah. Kalau benar-benar mahu menibai Anwar Ibrahim pergilah bertanding di Permatang Pauh. Kalau setakat menibai poster, itu kerja bodoh Ibrahim Ali. Budak sekolah pun tidak mahu membuat kerja bodoh ini.

Mereka tayang video lucah, fitnah zina, fitnah meliwat, tibai poster Anwar Ibarahim, namun ceramahnya di serata pelosok negara tidak pernah kering daripada kunjungan rakyat. Semakin ditibai, semakin banyak yang datang.

Agak-agak apalah yang difikirkan oleh warga emas yang memenuhi dewan pelancaran TIBAI semalam? Ketika diberitakan di TV, rata-rata hadirin pelancaran TIBAI terdiri daripada warga emas. Harap-harap mereka tidak diimport dari rumah jagaan orang tua!

Siapa TIBAI?

Antara lain individu yang menyertai TIBAI termasuklah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor, Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman.


Menurut berita
SH, TIBAI akan menibai empat negeri, iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Balaci-balaci UMCO.  


P/s: Semakin dekat PRU, semakin terdesak!

Seperkara lagi, kalau apa-apa berlaku kepada Anwar Ibrahim, polis kena cari orang TIBAI dahulu kerana terserlah mereka seolah-olah mempromosikan "keganasan".
DCM

Read more ...

PUNYA NAK BURUKKAN BERSIH 3.0!!! Budak kecil, budak sekolah, orang kampung,nyonya tua , semuanya diangkut

Semalam aku tengok berita. Saja2 nak dengar apa yang tv3 dok pongpang2 pasal himpunan anti LGBT. Dan ini larh apa yang aku sempat rakam. Asalnya ingatkan dah terdelete rupanya ada lagi. Selamat. Makna nya rezeki nak membongkarkan kejahatan tv3 tue terbuka luas. Jangan marah ek buletin utama.

Kandungan berita TV3 ;

- Hadir 7ribu orang

- Dsai harus dilucutkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Dengar baik2 dan betul2 apa yang buletin utama cakapkan tue. Dia cakap berapa orang? 7 ribu orang kan? Oke good. Sekarang korang lihat kat bawah neh pula. Printscreen ihsan semut. Aku malas dah nak printscreen apa bagai. Penat.


Nampak apa yang aku nampak? Malaysiakini cakap 1,000 orang, utusan cakap 3,500 orang dan buletin utama cakap 7 ribu orang. Jadi sekarang agak2 korang berapa ribu orang yang hadir? Siapa tahu malaysiakini cakap benda benar? Mungkin betul juga 7 ribu orang kan? Takpe, kat sini penaakulan aku kenapa aku cenderung cakap utusan dan buletin utama menipu.

1. TV3 tak paparkan visual jumlah hadirin sebanyak 7ribu orang. Kalau sungguh 7ribu orang dah lama dah dorang rakam dan tunjukkan bukti. Video kat atas neh hanya memberikan satu gambar statik dan itu sepatutnya sudah membuktikan sesuatu.

2. Berita yang tak tele antara buletin utama dan utusan. Ini pelik. Kalau mereka mendapatkan satu fakta yang lengkap = satu sumber yang mengesahkan jumlah hadirin sudah tentu pemberitaan mereka lebih kurang. 

Contohnya buletin utama mungkin cakap lebih kurang 7 ribu orang.. dan utusan pula akan cakap 7,500 orang hadir himpunan. Tapi bila angka2 berbeza neh wujud ini bermakna mereka telah disuruh mengangkat2 [me-reka2] jumlah hadirin yang hadir atas sebab2 tertentu.

Sekarang neh salah ka buat himpunan anti LGBT neh sampaikan beria2 pula aku nak kondem? Aku tak kata salah. Aku menyokong tindakan JMM neh sebab dia ada usaha untuk memerangi kebatilan. Bagi aku sesiapa yang ada usaha memerangi kebatilan ialah orang yang baik. Tapi masalahnya betul ka dia memerangi kebatilan? Itu larh menjadi pertikaiannya.

Aku tatau orang lain tapi aku sendiri membaca tindakan JMM neh hanyalah satu propaganda POLITIK semata2. Kenapa aku cakap macam tue? Biar aku jelaskan kepada korang kenapa.

1. JMM buat himpunan seminggu sebelum bersih.

2. Pada asalnya nak buat di dataran merdeka tapi tak jadi sebab DBKL tak bagi keizinan.

3. Jadi JMM tukar lokasi dan jelaskan secara terperinci kepada dorang tukar lokasi. Video mengenainya tengok atas.

4. Ini juga telah menanamkan persepsi bahawa ;

- JMM nak buat demo di dataran tapi dbkl tak baik so JMM patuh arahan DBKL.

- BERSIH nak buat demo di dataran dbkl juga tak bagi..   

Korang boleh fikir tak permainan persepsi disini apa? Bagus kalau korang boleh nampak rentak dia. Baru2 neh hishamuddin juga berlakon baik suruh bersih alih venue dengan menawarkan stadium merdeka ataupun bukit jalil.. dia nak repair imej tercalar tahun lepas. Ada usaha gak tue. Tahu juga dia yang dia dibenci orang ek.

Sambung balik..

5. Lihat pula poster2 kat bawah neh ;


Ko nak anti LGBT apa seme ek? Bagus, perjuangan ko bagus tapi cara ko salah nak mampos. Apa kena mengena dengan sasterawan negara? Sebab dia sokong bersih ek? Jadi disini ko dah menfitnah orang. Sebab tue aku tolak perhimpunan neh dan menganggap ia propaganda semata2.

Ko nak menentang sesuatu kalau tak menfitnah orang apa seme tak boleh ka? Boleh sepatutnya kan? Memang boleh. Tapi masalahnya korang masing2 ada agenda sebab tue meroyan je. Matlamat perjuangan pun cincai boncai. Macam mana orang yang suka buat kerja caca marba macam korang, orang nak sokong? Memalukan ajek.

Lihat lagi ;



Benda yang sama sekali tak berapa nak ada kaitan dengan perjuangan mereka secara langsung. Kalau indirect tue memang ada sikit2 contohnya ambiga yang menyokong kebebasan.. namun atas nama undang2 supaya hak2 LGBT dijaga. 

Contohnya macam neh ;

- Ali seorang lelaki yang dah operate jadi pompuan. Ali cari kerja kat banyak tempat tetapi sukar dapat pekerja sebab bila tunjuk ic = lelaki, tapi tengok cara berpakaian = perempuan. Jadi ali rasa sedih sebab di dikriminasikan. Dia berharap ada undang2 yang boleh menghalang majikan daripada bersikap dikriminasi.

Inilah yang ambiga dan marina perjuangkan. Contoh kes. Yang mana aku sendiri tak setuju. Once, ko buka pintu pada mereka, itu bermaksud ko buka simpati dan peluang. Maaf ye kepada kekawan aku yang macam neh, bukan aku nak benci korang tetapi tolong faham sejauh mana pun kita berkawan, akidah bukan taruhan. tq

6. Lihat juga gambar di bawah neh ;


Pakai baju jaringan melayu malaysia tapi mereka bukan orang2 melayu? Ada logik meh? Menurut blogger semut, dia kena marah lepas snap gambar auntie2 neh. Maybe dorang dipaksa hadir beb. Alamak maii..  lihat sini.

7. Lihat lagi kat bawah neh ;


Kata ada 7ribu orang yang hadir? Tapi risalah terbuang? Dari mana ek JMM dapat dana cetak risalah apa seme? Itu takpe lagi, yang terbuang tue jadi masalah der. Inilah aku maksudkan sebagai propaganda. Orang pun buat juga propaganda tapi seriyus2..propaganda yang ada isi dan matlamat, bukan main2 macam neh. Langsung tak sistematik larh kerja dorang. Dan yang paling teruk, membazir dan buang duit. Siyes, memalukan.

8. Lagi gambar kat bawah neh korang kena tengok ;







Ada banyak bas.

Ada banyak student.

Ada juga budak2 yang mai.

Tak kesah larh bab bas, student dan budak2. Biarlah dorang nak join demo tue apa seme. Tapi masalahnya sekarang kalau diperhatikan dari suasana sesama korang rasa dorang rela ke berada disitu? Sebab tue aku berani kerat jari cakap perhimpunan neh hanyalah propaganda semata2. Tak lebih dan tak kurang. Hasil takdak. Nak buat demo ka apa ka kena keras sket.

Nak anti LGBT? Anti. Tapi bukan dengan bersekutu dengan umno atau bn. Sebaliknya kena anti LGBT dan marahkan bn kaw2 sebab dorang larh antara penyebab2 kenapa LGBT begitu sukses di malaysia. UITM mungkin boleh memberitahu ko beberapa perkara. Tolong jangan salah faham bila aku sebut nama uitm oke. Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Pengalaman korang mungkin berbeza tapi apa yang aku tahu itu yang aku berani sebut. 

Sebab tue aku cakap perjuangan ko neh dah terpesong. Ko anti benda yang betul tapi ko gunapakai cara yang tidak betul. Oleh kerana itu tidak ramai orang yang sokong ko. Yang hadir ke sana pun bersebab, kalau ikhlas jadi taruhan ko pun tahu apa resultnya.. itupun dah cukup bagus boleh attract almost 1ribu orang.. walaupun secara paksa. JMM, ko patut kaji dulu macam mana nak berjuang sebelum pongpang pasal perjuangan, terima larh nasihat ikhlas dari aku oke. Bai.

Gambar : Lensa semut. 

Ameno : Yang letak A.Samad Said tue sebagai penyokong LGBT tue pasai apa? Tak pasai2 nak fitnah orang tue semata2 dia pengerusi bersih? Akai ada ka?

Read more ...

SKANDAL SCORPENE!!! Mengapa Najib tak mahu jawab soalan wartawan

Apakah yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum jika terus menolak bulat-bulat soalan wartawan yang mahukan komen mengenai skandal komisen, jika tidak merasa bersalah?

Dipercayai perdana menteri Najib seolah-olah cacing kepanasan apabila diajukan soalan sensitif hingga sidang media terpaksa ditamatkan lebih awal.


Ini mengingatkan kita bagaimana sidang media mengenai kekalahan BN dalam pilihanraya umum 2008 cuma diadakan hanya lima minit oleh bekas perdana menteri Abdullah Badawi seraya mengatakan "dah kalah, kalah la..".


Apakah Najibmengikut jejak langkah Abdullah Badawi, atau lebih teruk lagi, langsung tidak mengadakan sidang media sekiranya BN tumbang dua bulan lagi di tangan Pakatan Rakyat?


Berani kerana benar, takut kerana tak jawab masa sidang media!


Najib enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.


"Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini.


Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ke mahkamah itu.


Suaram mengemukakan namanya memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan ketika itu (2002) yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut.


Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan.

JALAN PULANG 

Read more ...

UMNO & SPR MELOPONG!!! Selangor pilih pilihanraya berasingan


Hak mengadakan pilihan raya umum (PRU) bersama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan ekoran kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat secara mendadak di negeri itu.

Setiausaha Politik Menteri Besar negeri itu, Faekah Husin berkata, hak mengadakan pilihan raya umum (PRU) bersama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri.

“SPR tidak boleh menggunakan alasan belanja RM30 juta untuk menyekat hak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan mereka harus sedar tindakan mengadakan pilihan raya berasingan adalah akibat dari kegagalan SPR membersihkan dan mengambil langkah berkesan sebagaimana unjuran Bersih 2.0.

“Jika kita mahu berbicara soal wang rakyat, bagaimana pula dengan RM250 juta wang rakyat yang disalahguna NFC (National Feedlot Corporation) dan RM589 juta hutang (bekas pengerusi MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli yang dilupuskan oleh kerajaan?

“Bagaimana pula dengan urusniaga penjualan Lebuh Raya MEX? Adakah geran kerajaan yakni duit rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings berjumlah lebih RM900 juta telah dikembalikan? Bukankah ini semua melibatkan pembaziran wang rakyat?,” soal beliau.

‘Seperti lembu dicucuk hidung’

Isu pilihan raya berasingan katanya, tidak akan timbul sekiranya SPR bersungguh-sungguh membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat mendadak.

“Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.

Ujar beliau, “kita mahu SPR melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan jangan mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN) atau mana -mana parti politik seperti lembu dicucuk hidung.

“Kita amat kecewa apabila SPR tanpa berselindung menunjukkan sokongan kepada BN. Jika ada pegawai tertinggi SPR mahu berpolitik, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon BN.

“Kita mendesak SPR berhenti menjadi jurucakap BN. Jika SPR mahu dihormati seluruh masyarakat Malaysia, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur kerana setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan dariNYA,” tambahnya. -FNT

Ulasan GB

Ini salah satu cara untuk "mengalahkan" grand design Najib untuk menawan Selangor, iaitu tidak membubarkan DUN untuk PRU13 dan memilih untuk mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan.

Segala usaha mereka mendaftarkan PATI di negeri Selangor untuk mengundi bagi pihak BN tidak dapat mereka pergunakan di dalam PRU13 kecuali kerusi parlimen dan keputusan kerusi parlimen negeri Selangor nanti dapat dijadikan bahan analisis setakat mana impak dan usaha "task force beri ic kepada warga asing" itu berjaya.

Read more ...

PR PERINTAH MALAYSIA!!! Warga emas terima RM 1000 setiap tahun, jika BN perintah kroni sapu semua

PAKATAN Rakyat berjanji menyumbang RM1,000 setiap tahun kepada kira-kira 2.1 juta warga emas di negara ini sekiranya mendapat mandat menubuhkan kerajaan pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, "Tawaran Jingga" itu adalah komitmen bersama DAP, PKR dan PAS sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulangi iltizam politik itu pada Majlis Sumbangan RM100 Kepada Warga Emas Peringkat Seberang Perai Utara (SPU) anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Dengan lebihan kewangan sungguhpun sumber kita (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) terhad, kita menyumbang RM100 (kepada warga emas) tiap-tiap tahun.

"Sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya, 2.1 warga emas di tanah air ini tiap-tiap tahun akan terima RM1,000 daripada Kerajaan Pusat seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"RM100 tetap diterima oleh Kerajaan Negeri 'berjiwa rakyat' (Pulau Pinang) ini, tambah RM1,000 lagi hasil sumbangan kerajaan pusat," ujar beliau tengah hari tadi di depan hampir 500 hadirin di Dewan Besar Sungai Dua dekat Parlimen Tasek Gelugor.

Hadir bersama pada majlis itu, Lim Hock Seng (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan), A Tanasegaran (Adun Bagan Dalam) dan Jusni Ismail (Pegawai Daerah SPU).

PenangInsight.com difahamkan, warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) di negeri berkenaan yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM100 tiap-tiap tahun

Itu, tidak termasuk sumbangan "one-off" anak baru lahir RM200 bermula sejak tahun lepas berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM100 sahaja.


Sehingga Mac lepas, kira-kira 7,079 ibu tunggal telahpun mendaftar dengan Kerajaan Negeri untuk menerima sumbangan.


Guan Eng berkata, 6740 ibu tunggal sekitar SPU, Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) akan menerima sumbangan pada hari ini dan esok.


Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mengecap tindakan Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang yang didakwa menyekat bantuan kerajaan kepada Frusis Lebih dari Entualang Entawa dekat Seri Aman kerana OKU itu tidak dikesan tidak menyokong aspirasi Barisan Nasional.


"Apabila kita buat pembayaran, kita tak kira bangsa, kita tak kira agama dan yang paling penting kita tak kira latar politik asalkan mereka ini tinggal di negeri ini.


"Perbuatan (Menteri Sarawak) itu zalim, tak patut OKU (Frusis) itu dilayan demikian.


"Sebagai kerajaan Pulau Pinang berjiwa rakyat, kita akan tolong (sumbang) tiap-tiap tahun, bukan pada musim pilihan raya sahaja," ujarnya.

Read more ...

PRU 13 KENA CEPAT!!! Najib dan Zahid mungkin dapat waran tangkap Mahkamah Perancis


Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan besar akan ditangkap di Eropah, sama seperti bekas Presiden Chile Augusto Pinochet, sekiranya beliau enggan hadir dimahkamah Perancis berkaitan dengan pembelian kapalselam Scorpene.

Menurut seorang peguam terkemuka, sekiranya mahkamah Perancis mempunyai bukti kukuh terhadap pegawai-pegawai Malaysia, tuduhan boleh dikenakan terhadap Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Sama seperti kerajaan Sepanyol, yang merupakan ahli Kesatuan Eropah, yang meminta kerajaan Britain menangkap Pinochet, kerajaan Perancis boleh meminta ahli Kesatuan Eropah untuk menahan pegawai Malaysia sekiranya mereka memijak kaki dimana-mana negara di Eropah.

Pinochet, 82, telah ditangkap pada Oktober 1998 di hospital London Bridge dengan menggunakan waran, yang mendakwa beliau telah mengarahkan pembunuhan terhadap rakyat Sepanyol.

Ketika kematianya pada tahun 2006, Pinochet didakwa dengan 300 tuduhan jenayah.

Khamis lalu, Paris Tribunal Instance menerima senarai saksi-saksi yang dipohon oleh Suaram dalam kes dimana DCNS dikatakan membuat pembayaran komisyen kepada pegawai tinggi Malaysia dalam penjualan kapalselam Scorpene.
Diantara saksi-saksi yang disenaraikan oleh Suaram ialah Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Tun Razak.

Menurut seorang peguam lagi, Najib juga boleh ditangkap di Eropah sekiranya dia enggan hadir di mahkamah Perancis.

Read more ...

PIIIRAHHH UMNO!!! Ketuanan Melayu konon, Pengerusi BN P.Pinang pun tak boleh nak pegang

Baca lanjut di sini.

Kalau bab provokasi perkauman/melaga-lagakan parti pembangkang untuk tujuan keuntungan politik memang sinonim dengan strategi perang psikologi UMNO dan medianya. Pantang ada isu yang melibatkan kepentingan Melayu, pasti jurublog dan pemimpin UMNO membangkitkan isu itu di media. Terbaru, isu pengerusi MAINPP  yang melibatkan PKR-PAS, dan beberapa isu lain yang dibangkitkan atas nama ketuanan Melayu dan Islam.

Apabila UMNO PP terpaksa mengalah dalam isu perebutan jawatan Pengerusi BN negeri, jurublog dan pemimpin UMNO terpaksa buat-buat tidak nampak atau buat-buat lupa isu itu. Kalau mereka dengan bongkak menuduh PAS dan Melayu layu kepada DAP dan PKR, namun apabila terkena pada batang hidung sendiri, masing-masing membisu.


Apabila timbul hal ini, saya teringat isu UMNO yang terpaksa mengalah kepada MIC dengan menerima calon parti komponen BN itu untuk menentang calon PKR dalam PRK di sebuah kawasan DUN, Selangor. Yang lawaknya, ada seorang blogger popular UMNO mengumumkan dalam blognya untuk menjadi calon PRK tersebut sebagai memprotes keputusan meletakkan calon MIC. Selepas beberapa ketika maloan itu menarik diri dengan memberikan pelbagai alasan. Saya sudah mendayuskan malaon tersebut!


Dalam isu jawatan Pengerusi BN PP, UMNO negeri meminta jawatan itu diserahkan kepada UMNO, atas alasan parti itu memenangi lebih banyak kerusi DUN dalam PRU 12. Tuntutan itu, walau bagaimanapun ditentang keras oleh Gerakan.


Bermula perang antara ketua bahagian UMNO dengan Gerakan, kemudiannya kenyataan secara terbuka Zahid Hamidi yang mahu UMNO memimpin BN di PP sehinggalah serangan MP Katak dan bekas pemimpin Gerakan terhadap kepimpinan Koh Tsu Koon. Antiklimaknya apabila Najib seperti yang diberitakan di
MK mengeluarkan kenyataan bahawa parti pimpinannya tidak akan menuntut kepimpinan BN di negeri itu.

Hari ini, seperti dipetik dalam berita di atas, Najib mengumumkan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN PP yang baharu bagi menggantikan Koh Tsu Koon. Adakah pengunduran Koh Tsu Koon itu sebagai salah satu "deal" untuk mengekal Gerakan sebagai peneraju BN PP? TM tidak pasti. Yang penting, UMNO terpaksa melopong kali ini walaupun siang malam terpekik terlolong dengan slogan Ketuanan Melayu mereka!

Baca di sini, di sini, di sini. -DCM


P/s: Semangat ketuanan Melayu UMNO layu kepada Gerakan yang sememangnya sudah layu sejak PRU12. Kalau mahu menuduh, mengata orang, cermin diri dahulu!

Kah kah kah!

Read more ...

Saturday, April 21, 2012

16 000 TUKAR ALAMAT KE MELAKA!!! UMNO mengaku pindah alamat mengundi siswa

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, lebih 16,000 nama pengundi baru termasuk mereka dari luar negeri itu menukar alamat untuk mengundi di beberapa kawasan parlimen.

Ia berikutan pendedahan mengenai video seorang anak kepada ADUN Umno di Melaka yang terlibat dalam usaha Umno-BN negeri itu memindahkan alamat pengundi ke Melaka, khasnya di kawasan parlimen Bukit Katil.


Komplot jahat dan terancang itu turut melibatkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.


“Data 16,000 pengundi yang ditukar alamat disahkan sendiri oleh SPR dalam pertemuan baru-baru ini dan saya sendiri bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil akan membawa video ini segera ke SPR, SPRM dan polis untuk tindakan susulan.


“Kita juga mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak segera menyelesaikan masalah ini dengan segera sebelum Parlimen dibubarkan,” tegasnya.


Shamsul berkata, komplot jahat itu dilakukan kerana Umno-BN dilihat sangat sukar untuk mempertahankan kawasan parlimen di Melaka, selain dua dari empat kerusi DUN dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU lalu.

“Tidak hairan apabila Umno Melaka memperalat mahasiswa untuk menukar alamat bagi mengundi mereka pada PRU kali ini kerana Umno sendiri tidak yakin untuk menang,” katanya lagi. 

Umno akui tukar alamat mengundi siswa Melaka
Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad mengakui wujud gerak kerja untuk menukar alamat tempat pengundian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Melaka.

Beliau yang mengetuai gerak kerja itu berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pelajar terbabit untuk mengundi sekiranya pilihan raya umum ke-13 dijalankan bukan di dalam cuti semester.


Jelasnya, perkara itu turut dilaksanakan di negeri lain, termasuk negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor bagi memberi peluang kepada siswa terbabit menunaikan

tanggungjawab itu.

"Perkara ini dilakukan setelah menyedari pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu, lebih 2,000 siswa tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu kerana tidak bekesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing.


"Menyedari perkara ini, mulai Januari hingga Mac lalu, kami telah menjalankan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar terbabit di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini sebagai
  menerangkan perkara ini supaya tidak timbul salah faham.

"Kebanyakan daripada mereka sudah pun membuat pendaftaran memilih di kampung halaman mereka justeru sebagai memudahkan urusan ini kita telah pun mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.


Beliau diminta mengulas laporan
Malaysiakini semalam mengenai pendedahan 'bukti' bahawa anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar IPT supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya.

Beliau berkata, kesemua proses pertukaran alamat tempat mengundi pelajar terbabit adalah berdasarkan lokasi mereka belajar dan menetap.


"Secara kebetulan kebanyakan IPT berada di dalam kawasan Bukit Katil misalnya, Kolej Yayasan Melaka (KYM) yang beralamat di Padang Jambu adalah dalam kawasan Parlimen Bukit Katil dan begitu juga kebanyakan IPT lain juga dalam parlimen sama.


"Mengenai dakwaan kononnya berlaku paksaan dan tindakan membeli (undi) pelajar, pihak kami menafikan perkara ini sebab kita sudah jelaskan kepada pelajar terlibat dan ramai juga pelajar yang tidak menukar alamat mereka kerana kurang bersetuju.


"Perkara ini perlu disebabkan seseorang pengundi harus membuang undi mengikut alamat seperti tertera di kad pengenalan mereka," katanya lagi.
Langkah itu berbeza daripada amalan semasa pilihan raya umum sebelum ini di mana seseorang boleh mendaftar mengundi di kawasan yang berbeza dengan alaman di kad pengenalan mereka, katanya.

Di kawasan lain di Melaka juga katanya, turut dilakukan proses serupa misalnya di Alor Gajah dan Jasin.


"Ini semua bagi memberikan kemudahan kepada pelajar terbabit dan langsung tidak timbul soal penyelewengan dan penipuan seperti yang  didakwa pembangkang semalam," katanya.

Read more ...

PINDAAN ENAKMEN FATWA KEDAH!!! Komponen BN mengelupur bagi pihak UMNO

oleh AnakKedah007


Aduhai awatlaa bangang sangat RAKYAT MALAYSIA nak lihat permainan puak2 dalam BN sedang hendak mempersendakan ISLAM... 

Sekarang nie ada satu contoh bab ENAKMEN KEPUTUSAN MAJLSI FATWA KEDAH TIDAK BOLEH DI CABAR DI MAHKAMAH....yg mana baru sahaja diluluskan di DUN baru-baru ini... sungguh la nampak zalim bila kita pandang dari satu bahagian kerana bila keluaq FATWA maka kita kena ikut dan tak boleh komplain dah... Jika tengok secara street forward laaa....

Cuba tengok kelaku rakan sparing depa... yang mana UMNO selalu dok puji kata kawan depa bukan KAFIR HARBI tapi DAP yang kafir harbinya.... cuba anda lihat KHO TSHU KON nie kenapa pulak dia dok cucuk Guan Eng supaya bercakap akan perkara ini... KENAPA beliau tak suruh UMNO yang bercakap... sedangkan ini masalah FATWA ORANG ISLAM tak ada sangkut paut dengan orang BUKAN ISLAM habih yang dok galak USLAS nak bubuh minyak buat apa kejadahnya....

Sebenar depa nie dah gila POLITIK tahap jamban dah bercakap pie la kot mana pun janji matlamat depa kekal dan nak pelaga kompenan dalam PR itulah yg sebenarnya2nya.. sepatutnya UMNO dah tegoq dah sahabat sparing depa nie jangan dok ulas benda nie dan UMNO patut bawa keluaq statement bahawa depa SOKONG akan ENAKMEN tersebut....

tapi haram satu patah pun tak dengaq...dok diam mcm batu ada laa lepas tu suruh GERAKAN pulak bercakap.... Politik macam nie pun hangpa tak boleh nak baca lagi... macam nie ka nak dikatakan pejuang agama bangsa dan negara....

Read more ...

TERKINI!!! Pelajar UPSI terjatuh dari bangunan bukan terjun bangunan

[TERKINI 1.35 PAGI] TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.


"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.


"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.


Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.


Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.


Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.


"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.


Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.


Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."


"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.





Seorang Pelajar UPSI Terus Memberi Respon



Halimi Abdul Hadi · Subscribe · Tanjung Malim



Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)



Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman Firdaus Sidek

Read more ...

IKON BERSIH 3.0!!! Tarik sokongan besar orang Melayu

ULASAN Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kini bekerja keras untuk membawa rakyat ke jalan raya sebelum pilihan raya umum ke-3.

Angka 500,000 menjadi sasaran untuk memenuhkan Dataran Merdeka. Jika angka tercapai, Dataran Merdeka akan bertukar menjadi Dataran Tahrir seperti di Mesir ketika kebangkitan rakyat melawan Hosni Mubarak.


Sebelum pilihan raya umum ke 12, buat pertama kalinya Kuala Lumpur dikuningkan.


Walaupun ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan pada ketika itu berhempas pulas untuk menutup segala pintu masuk ke Kuala Lumpur, ia tidak mampu untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat.


Istana Negara dibanjiri dengan lebih kurang 100 000 rakyat yang memakai warna kuning.


Kejayaan demonstrasi tersebut memberi tamparan hebat kepada perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin.


Kedua Abdullah dan Khairy sebelum itu dalam perhimpunan agung Umno dengan angkuhnya menemplak penganjur perhimpunan raksasa tersebut.


Khairy akan terus dikenang dengan kenyataan angkuhnya yang menyamakan peserta perhimpunan aman dengan "beruk".


Barisan pemimpin
Bersih fasa pertama yang dipimpin oleh mantan presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berjaya membangkitkan kesedaran rakyat sehingga berlakunya Tsunami politik dalam pilihan raya ke-12.


Fasa kedua yang dikepalai oleh Datuk Ambiga, seorang peguam ternama menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (JKP) untuk pilihan raya bebas dan adil.


JKP yang dikepalai oleh Datuk Seri Maximus Ongkili memberikan beberapa cadangan agar kerajaan melakukan perubahan dalam rangka mengangkat martabat pilihan raya di Malaysia.


Kini BERSIH sudah masuk fasa ketiga. Kali ini Datuk A Samad Said, sasterawan negara dibawa masuk sebagai pengerusi bersama BERSIH.


Walaupun Pak Samad dijadikan pengerusi bersama- sama dengan Datuk Ambiga, beliau dianggap sebagai ikon bagi BERSIH 3.0.


Para budayawan akan melihat ini sebagai isyarat untuk mereka bersama.


Dalam beberapa sidang akhbar menjelang perhimpunan pada 28 April ini, Pak Samad tegas mengatakan BERSIH akan mencapai angka 500,000.


Melayu terbuka hati
A Samad Said antara sasterawan negara yang dekat di hati rakyat jelata. Rambut, misai dan janggutnya yang putih mudah diingati oleh rakyat.


Dua tiga tahun sebelum Pak Samad terlibat aktif dengan gerakan rakyat, beliau sering diundang oleh pihak televisyen.


Krisis bahasa akhirnya membawa Pak Samad kepada gerakan rakyat. Beliau disambut oleh rakyat dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan ahli politik Pakatan.


Penentangan terhadap PPSMI mengangkat Pak Samad sebagai ikon gerakan rakyat. Demonstrasi anti PPSMI menyaksikan sasterawan negara tersebut turut menjadi mangsa keganasan polis.


Potret Pak Samad terkena gas pemedih mata menyebabkan ada yang menangis. Jikalau seorang sasterawan negara yang hidup di zaman penjajahan Jepun diperlakukan sebegini rupa, apa lagi rakyat jelata?


Kemasukan Pak Samad sebagai pengerusi bersama BERSIH memberikan suntikan baru kepada gerakan tersebut.


Orang-orang Melayu yang terpengaruh dengan propaganda
Utusan Malaysia kini terbuka hati apabila melihat sasterawan mereka menyertai gerakan rakyat.

Hari-hari tua
Orang-orang Melayu di pedalaman menjadi mangsa propaganda
Utusan Malaysia dan TV3. Ini adalah tunjang kekuatan kepada Umno. Namun, sampai bila ia mampu bertahan?

Pilihan raya wibawa adalah hak kepada semua warga Malaysia. Sebuah kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya - dipercayai oleh semua pihak akan memberikan legitimasi kuat.


Apabila ini berlaku, rakyat akan yakin dengan sesuatu kerajaan tersebut.


Selain itu, pelabur-pelabur asing akan mempunyai keyakinan untuk melabur oleh kerana kerajaan yang diangkat melalui pilihan raya wibawa akan menjamin kestabilan politik.


Katakanlah Malaysia tetap berdegil untuk meneruskan pilihan raya sebelum semua pihak berpuas hati dengan reformasi pilihan raya yang dilakukan, kerajaanyang diangkat tidak mempunyai kredibiliti dan akan dituduh menang dengan penipuan.


Ia akan mengundang kemarahan rakyat jelata. Jalan raya akan dipilih oleh kerana pilihan raya sudah tidak lagi diyakini. Paling lama kerajaan baru selepas pilihan raya 13 bertahan adalah satu tahun.


Apatah lagi sekarang ini, operasi jahat untuk menawan Selangor sudah bermula.


Apabila undi rakyat Malaysia dicuri oleh warga Bangladesh, Myanmar, Filipina dan Indonesia, kemarahan rakyat jelata pasti membuak-buak.


Pada ketika itu, pemimpin-pemimpin tertinggi negara terpaksa lari keluar negara untuk menghabiskan hari-hari tua mereka.

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia.

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Read more ...

HANYA RM3 BILLION!!! Tambahan untuk pendidikan percuma

ULASAN Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini.

Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.


Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.


Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat PKR dan Pakatan.


Sukacita saya menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakyah pihak lawan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup, seperti berikut:
(1) Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat di dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan;

(2)
Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga;

(3)
Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak;

(4)
Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan

(5)
Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah.

Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak.


Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputera kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.


Sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.


Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.


Saya menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.


Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini.


Saya percaya penghapusan konsesi tol lebuh raya seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun, kerana inilah wang pampasan yang dibayar BN kepada pengendali konsesi lebuhraya setiap tahun.


Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.

Mohd Rafizi Ramli pengarah Strategi PKR. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Read more ...

ISU BENDERA!!! Penyokong PAS dan UMNO bergaduh

KUANTAN, 21 April - Satu insiden pergaduhan berlaku antara penyokong UMNO dan PAS berhampiran Pejabat UMNO Kuantan, di Jalan Mahkota dekat sini malam tadi. 
 
Kejadian yang berpunca daripada "isu bendera" itu telah menyebabkan kekecohan dan mengejutkan orang ramai yang lalu lalang di situ. Masing-masing panik melihat kejadian yang berlaku di depan mata mereka itu. 
 
Berdasarkan maklumat, kekecohan berlaku gara-gara tindakan beberapa orang ahli Pemuda PAS Kuantan yang bertindak memacak bendera parti itu pada pokok-pokok yang terdapat bendera UMNO dan Barisan Nasional. Ini menyebabkan beberapa orang penyokong UMNO yang berada berhampiran Pejabat UMNO berhampiran menjadi marah dan mengarahkan pemuda PAS mencabut semula bendera tersebut. 
 
Mereka kemudian bertegang leher dan menuduh antara satu sama lain. Ketika itu, kelompok penyokong kedua-dua pihak mula semakin ramai dan sudah ada yang menggasak. Sebuah kenderaan polis dengan dua pegawainya yang lalu disitu kemudian cuma menenangkan keadaan. 
 
Penyokong UMNO marah dan menuduh PAS cuba menimbulkan kontroversi dengan memasang bendera mereka pada bendera UMNO BN yang terdapat di pokok-pokok sekitar kawasan terbabit. 
 
Mereka juga mendakwa, bendera itu dipasang di kawasan sendiri memandangkan bangunan Pejabat UMNO Kuantan terletak berhampiran kawasan itu. Kenyataan itu ditempelak oleh beberapa orang penyokong PAS yang mendakwa, UMNO hanya berhak letak bendera di bangunan sahaja tetapi bukan di pokok-pokok berkenaan. 
 
Malah mereka juga mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak menurunkan bendera UMNO BN di lokasi berkenaan kerana ia jelas melanggar peraturan yang mereka tetapkan. 
 
Malah, Yang DiPertuanya, Datuk Zulkifli Yaakob dengan tegas baru-baru ini menyatakan pihaknya akan menurunkan kain rentang, poster dan bendera parti-parti politik yang di pasang di beberapa kawasan penempatan dan jalan raya sekitar bandar ini. 
 
Inilah yang menyebabkan penyokong PAS marah kerana semua bendera mereka diturunkan di kawasan bandar, sebaliknya bendera UMNO dibiarkan oleh pihak berkenaan. Inilah yang jadi persoalan di kalangan penyokong PAS.


Kekecohan yang sepatutnya berakhir sekitar jam 12.00 malam itu, kemudiannya bertambah panas apabila kehadiran semakin ramai penyokong kedua-dua belah pihak. 
 
Turut kelihatan hadir Ketua UMNO Bahagaian Kuantan, Dato' Wan Adnan Wan Mamat serta lain-lain ahli jawatankuasa mereka. Biar pun beliau hadir menenangkan keadaan, namun tolak menolak terus berlaku di hadapan bangunan Hongkong & Shanghai Bank (HSBC). Pihak polis mengarahkan orang ramai bersurai, namun tidak diendahkan mereka. 
 
Difahamkan, kekecohan kedua itu berpunca daripada tindakan penyokong UMNO mencabut dan mematahkan bendera-bendera PAS yang dipasangkan pada pokok-pokok berkenaan. Keadaan semakin kecoh apabila pergelutan hingga ke jalanraya dan menganggu lalu lintas. 
 
Keadaan sedikit reda apabila pihak polis sekali lagi mengarahkan kedua-dua kumpulan bersurai. Beberapa orang anggota polis Cawangan Khas (SB) juga kelihatan memantau kejadian berkenaan. Keadaan sedikit kecoh apabila ada beberapa orang lelaki berbangsa India yang berbadan besar mula masuk campur. 
 
Mujurlah tiada kejadian yang lebih parah berlaku biarpun ada diantara mereka telah dikasari antara satu sama lain. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof dilihat tiba di lokasi berkenaan sekitar jam 1.20 pagi ketika kekecohan sudah pun dapat disuraikan oleh beberapa anggota polis yang bertugas.


[Melihat kekecohan yang berlaku malam tadi, ternyata kesalahan bukanlah daripada kedua-dua belah pihak sebenarnya. Ini kerana, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sepatutnya harus dipersalahkan kerana mereka tidak bertegas dengan undang-undang dan peraturan yang mereka buat. 
 
Jika arahan untuk membuang mana-mana bendera parti politik, makanya beliau harus adil kepada semua tidak kira parti kerajaan mahu pun pembangkang. 
 
 Apa yang berlaku ini seharusnya dijadikan ikhtibar oleh pihak berkenaan. Malah, banyak lagi maklumat dimana penguatkuasa MPK hanya menjalankan tugas membuang mana-mana bendera parti pembangkang di sekitar kawasan Kuantan. 
 
Namun, mereka biarkan bendera UMNO BN terus berkibar tanpa ada halangan. Inilah yang menimbulkan kemarahan kepada pihak yang berkenaan sebenarnya. 
 
Sebagai sebuah agensi kerajaan yang mendapat hasil kutipan cukai daripada rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing, maka MPK harus bertindak secara profesional dan tidak perlulah dipengaruhi unsur-unsur politik. Semoga kejadian ini tidak berlaku lagi hendaknya].

Read more ...