Sunday, August 19, 2012

PR CETUS HURU HARA?!!!! Rumah Terbuka MB Selangor membuktikan fitnah UMNO?

MERIAH: Keharmonian dan kesepaduan pelbagai kaum jelas terserlah di majlis rumah Terbuka Hari Raya Menteri Besar Selangor @ Dataran SUK, Shah Alam semalam..

* Ni pun puak2 Umno kata PR akan cetus huru-hara kaum dan peristiwa 13 Mei??...isk3.Facebook ABU

Read more ...

TIDAK WARAS!!!!Pemuda UMNO cetus sengketa agama di facebook?


Satu gambar yang diletak di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.


Poster yang kontroversial itu menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu). ”


Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet menyokong kenyataan itu.


Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di Malaysia.


“Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je...(Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja)” kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.


“Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter(jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius) ...boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud,” kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele.


Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR).


Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu.


“Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia (Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia,” beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno.


Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR.


“Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman.


DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.


Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hokum hudud.


Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan.

Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno teringat tentang laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu.

Tahun lalu, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.


Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap politik tersebut.


Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.


“That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this (Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno.


Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini,” Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi.


Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu.


“Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama),” kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah.


JALAN PULANG 

Read more ...

Saturday, August 18, 2012

MANA KENYATAAN NASHARUDDIN, HASAN ALI, JATI,PERKASA, ISMA!!!!MCA Selangor akan halang jadi negara Islam

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Dr Mujahid, Ust. Abu Bakar dan pimpinan PAS Parit Buntar rai anak yatim di Iftar Perdana


 


































PARIT BUNTAR, 17 Ogos : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga bakal calon DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin dan pimpinan PAS Parit Buntar telah meraikan anak yatim di majlis iftar perdana di sini. 
 
Pengerusi Ehya Ramadhan Ahmad Azhar Sharin berkata, majlis ini dianjurkan oleh PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar bagi meraikan anak-anak yatim, guru-guru PASTI dan murabitun.
" Lebih dari 700 orang telah hadir di dalam majlis tersebut yang turut disertai oleh oleh PAS kawasan yang berhampiran seperti kawasan Bagan Serai dan Larut. 
 
" Sumbangan telah diberi kepada anak-anak yatim, petugas-petugas parti, guru-guru PASTI dan juga petugas media yang sering melaporkan aktiviti PAS kawasan atau Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar" katanya 
 
Ahmad Azhar berkata, majlis ini merupakan acara kemuncak program Ehya Ramadhan PAS Parit Buntar bagi tahun 2012 ini. 
 
" Dana ramadhan yang disumbangkankan oleh orang ramai pada tahun ini melebihi RM 90,000. Kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang sentiasa memberi sumbangan mereka pada setiap tahun.
 
" Derma tersebut digunakan untuk membantu fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,guru-guru al- quran dan pesakit di hospital dalam parlimen Parit Buntar"katanya
 
Majlis ini turut dihadiri oeh  YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, YB Ustaz Husin Din ADUN Selinsing, YB Ustaz Ramli Tusin ADUN Semanggol, Hj Othman Maseri, Bendahari PAS Perak, AJK PAS Parit Buntar, AJK Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dan Nisa Parit Buntar. MKA
 









Read more ...

PARIT BUNTAR!!!!PAS Parit Buntar rai pesakit hospital sempena Ramadhan





PARIT BUNTAR, 16 Ogos : PAS Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar telah mengadakan lawatan muhibbah ke Hospital Parit Buntar sempena menyambut Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Rombongan ini diketuai oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Haji Harun Hashim bersama Pesuruhjaya PAS Perak  yang juga bakal calon Dun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin  dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa

 
Rombongan PAS Parit Buntar turut disertai isteri ketiga-tiga pemimpin PAS berkenaan, Ajk PAS Parit Buntar, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Unit Amal dan Nisa 
 
Pengerusi Ehya Ramadan Ahmad Azhar Sharin berkata, kedatangan rombongan telah disambut mesra oleh pihak hospital dengan membuat lawatan ke wad bersalin, kanak-kanak, lelaki dan wanita. 
 
"program ziarah ke hospital ini merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Ramadhan dan Syawal. Pesakit di hospital dikunjungi sebagai tanda prihatin pihak PAS dan wakil rakyat di sini.
 
"Sumbangan diagih-agihkan kepada lebih 60 pesakit wad dewasa dan kanak-kanak ” Katanya  
 
Menurut Ahmad Azhar , rombongan PAS Kawasan telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah sedia menunggu.

"Kerjasama yang baik telah ditunjukkan oleh kakitangan hospital semasa membawa ahli rombongan melawat pesakit. 
 
" Kakitangan hospital yang bertugas juga diberikan hamper sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka" katanya
 
Ahmad Azhar mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada rombangan PAS Kawasan Parit Buntar.

Turut hadir pada majlis sumbangan ini ialah ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari bersama isteri.






Read more ...

Friday, August 17, 2012

UMNO GAGAL LAGI!!!Masalah penginapan pelajar Unisel selesai


SHAH ALAM, 17 OGOS : Masalah penginapan asrama yang dihadapi kira-kira 1,600 pelajar Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya bakal berakhir apabila mereka dijadualkan akan menerima kunci pada 23 Ogos depan.

Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, pihak Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan penginapan pelajar bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi Pejabat Residen Komuniti Siswa seperti biasa.


Menurutnya, tindakan itu diputuskan JNSB susulan daripada permohonan Unisel yang memfailkan Saman Pemulanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


“Ekoran keengganan pihak Jana Niaga untuk membuka semula operasi pejabat Residen Komuniti Siswa dan menyerahkan kunci kepada pelajar, Unisel melalui peguamcara telah memfailkan Saman Pemula pada 16 Ogos di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Atas permohonan Unisel, pendengaran telah diadakan di mahkamah dan Jana Niaga melalui peguamnya bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi mereka bermula 23 Ogos seperti biasa,” katanya dalam satu sidang media di Unisel hari ini.


Hadir sama, peguamcara mewakili Unisel, Edmund Bon.


Tambahnya, peguam Unisel bersama peguam Jana Niaga juga akan memulakan perbincangan untuk cuba menyelesaikan pertikaian di antara kedua-dua pihak demi kepentingan mahasiswa universiti milik penuh Kerajaan Negeri itu.


“Sebarang pertikaian yang bermula sejak Jun 2009 antara pihak Unisel dan Jana Niaga akan

dibincangkan secara terperinci dan spesifik supaya masalah ini boleh selesai,” kata Dr Anuar.

Kontroversi berhubung isu penginapan pelajar timbul apabila sebilangan besar daripada mereka masih gagal menerima kunci meskipun sesi pengajian dilaporkan sudah bermula.


Dilaporkan, perkara itu berlaku ekoran keengganan Jana Niaga yang sepatutnya memberi kunci untuk akses ke asrama pelajar pada 3 Ogos lalu.

Read more ...

BIAQ DEPA MEROYAN!!! Jom bagi 'UMNO' Sakit Hati..!!!!




Read more ...

Thursday, August 16, 2012

UMNO KAKI FITNAH!!! Sanggup beli baju logo PAS untuk buat fitnah

Oleh Kakitaboh

Cuba tengok propaganda bodoh kat atas ni yang dibuat oleh seorang cyber trooper UMNO RM17.50 sehari. Mudah, saja nak buat... suruh budak UMNO pakai Tshirt PAS (nak beli T shirt tu bersepah kat tempat ceramah PAS) pastu suruh budah tu duduk depan komputer, ambik gambag dari belakang supaya orang tak cam muka. 


Lepas tu sebarkan ke alam maya kononnya pemuda PAS main judi berkomputer. Mudahkan nak buat? Modal cuma RM15 beli T shirt.

Jangan terkejut lepas ni, kalau puak2 jahat tu (cybertrooper UMNO) ambil gambar dari belakang dua orang berpelukan, sorang pakai baju Pemuda PAS, sorang lagi berbaju yang juga ada identiti PAS pakai tudung (boleh guna pelakon lelaki kerana foto diambil dari belakang), lalu mereka sebarkan foto tu ke alam maya.. maka ingatlah itu fitnah namanya.

Apa saja fitnah yang akan muncul selepas ini... satu saja ayat keramat yang kita kena ingat...Kedah La

"APA SAJA INFO YG MAI DARI UMNO SEMUA BOHONG!!!!"


Read more ...

HABIS HUJAH!!! Puak Songkok Tinggi menyamar orang PAS belasah Blogger pro PAS


Oleh Mat Hapit


Petang semalam sebelum waktu berbuka aku dapat satu berita yang rakan FB dan Blogger pro Pas Asfanizam Abdullah telah dipukul oleh sekumpulan lelaki seramai 12-15 orang yang dipercayai Kumpulan Samseng UMNO (KSU) yang menyamar sebagai geng syiah dalam parti Pas sendiri untuk mengelirukan Asfanizam. 

Serangan berpunca dari tindakan beliau selama ini yang memaki hamun UMNO dengan bahasa2 kesat seperti anjing dan babi.

Kritikan dan terjahan keras yang beliau lakukan selama ini terhadap pemimpin UMNO terutama Team Media Kedah (geng-geng pro Mukhriz) adalah dipercayai mungkin menyebabkan mereka mengupah samseng untuk memukul beliau semalam. 


Kejadian berlaku betul-betul dihadapan kedai kereta beliau di jalan Langgar. Di bawah gambar yang ambil dari blog TMK yang dikatakan dibayar RM17.50 sehari untuk menulis cerita muhong.



kesan lebam di badan Asfanizam

Sahabat blogger ada menghubungi beliau untuk mengesahkan kejadian ini. Beliau sendiri amat terkejut apabila dipukul oleh (dipercayai) KSU yang menyamar orang Pas. 


Selama beliau bergiat dalam alam maya, beliau telah berperang dengan troopers UMNO hampir 5 tahun, beliau sering menerima ugutan dipukul. Namun kali ini, beliau dipukul oleh dipercayai KSU yang menyamar Pas sendiri, apabila beliau hanya mengkritik kepimpinan Najib dan Rosmah.

Sesungguhnya Rosmah dan Najib tak boleh disentuh dan dikritik, kalau anda sentuh dan kritik, anda akan terima akibat dari perbuatan anda.




Malam tadi Asfanizam telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu pihak polis telah pun membuat siasatan dan melakukan tindakan keatas 'KSU' yang menyamar itu.


Sementara itu pihak TMK dipercayai mungkin juga terbabit dengan kerja kotor ini terutama dalam melakukan provokasi.Kedah La

Read more ...

CUBAAN PECAHKAN PAKATAN!!! Najib tak bubar parlimen, selagi PAS dan DAP berpakat

http://harismibrahim.files.wordpress.com/2012/05/najib-pening.jpgPermuafakatan di antara DAP dengan PAS merupakan satu perkara yang menjeruk hati pimpinan BN. Permuafakatan untuk kepentingan negara dan rakyat serta demokrasinya semakin erat selain dari penyertaan PKR dalam Pakatan Rakyat sangat menggugat BN dalam menghadapi hari muka dalam demokrasi negara.

Sokongan padu di antara PAS dan DAP ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu tertekan dan situasi ini memang tidak pernah terlintas dipemikiran sesiapa dikalangan UMNO selama ini. UMNO sentiasa berfikir yang PAS dan DAP tidak akan dapat duduk semeja sampai bila-bila kerana perbezaan dalam banyak isu pokok yang menyelubungi kedua-dua parti itu.

Tetapi apabila kematangan politik itu wujud maka apa yang di anggap ‘impossible’ selama ini oleh BN, kerjasama utuh di antara PAS dan DAP ini sagat-sangat menyakitkan UMNO. Berbagai-bagai cara dan tektik di gunakan untuk memecahkan PAS dan DAP itu kerana jika PAS dan DAP berpecah maka senanglah sedikit bagi perdana menteri untuk membubarkan parlimen dan memanggil pilihanraya yang sangat-sangat di nantikan oleh rakyat sekarang ini.

Pilihanraya akan hanya di adakan apabila PAS dan DAP berpecah dan bermasalah. Kita sedia maklum UMNO selama ini hanya kekal kerana perpecahan pihak lain dan UMNO Baru itu sendiri tertubuh di atas perpecahan orang Melayu. Premis kewujudan UMNO itu sendiri adalah di atas perpecahan.

Ia tidak seperti kewujudan UMNO asal dahulu dalam mana penubuhan UMNO asal itu adalah di atas perpaduan yang di tunjukkan oleh semua kesatuan dan persatuan orang Melayu untuk menyambung usaha mancapai kemerdekaan yang telah di mulakan oleh pejuang-pejuang sebelumnya.

UMNO sudah hilang kemampuan untuk menunjukkan dan membuktikan kepimpinan nya dengan melakukan kerja baik, maka perpecahan pihak lain merupakan perkara yang ditunggu-tunggu dan UMNO amat mahir melakukan tektik ini kerana pengalamannya memecah belahkan rakyat itu sangat menonjol dengan ketara.

Keakraban DAP dan PAS dan di salut pula dengan PKR sebagai elemen yang mencantumkan mereka, membuatkan BN khususnya UMNO dan juga MCA amat takut. Kali ini strategi memecah belahkan rakyat tidak menjadi dan selagi keadaan itu wujud maka BN hanya menunggu waktu untuk terkubur dalamPRU yang akan datang.

Perkara seperti ini berlaku tentulah bersebab. Ia berhubung dan berkait rapat dengan ketelusan PAS dan DAP untuk bekerjasama untuk melakukan kebaikan. Tuhan sendiri menuntut setiap pihak untuk bekerjasama dan bermuafakat untuk membina kebaikan. Kemuafakatan itu hanya berlaku di antara setidak-tidaknya dari dua pihak yang berbeza dalam banyak hal.

Demi kebaikan rakyat dan negara kedua-dua pihak telah membina kemuafakatan yang telus bagi mencapai cita-cita yang luhur untuk negara. PAS sebagai sebuah parti berlandaskan kepada Islam telah beransur-ansur menunjukkan bukti bahawa Islam itu adalah universal dan merupakan agama yang diturunkan Tuhan untuk mentadbir dan untuk memimpin semua dalam dunia yang fana’ ini.

Apabila wujud elemen yang baik di kalangan PR ia menjadi duri dalam daging kepada UMNO yang akhirnya akan menghilangkan ‘hagemony’ UMNO yang selama ini menguasai pemikiran rakyat. Sedikit demi sedikit cengkaman yang dilakukan oleh UMNO itu bertambah longgar dan akhirnya UMNO terlepas sokongan yang selama ini di perolehi oleh parti itu.

Kesatuan yang dipupuk oleh PAS dan DAP ini tidak terlerai oleh segala propaganda yang dilakukan oleh media perdana cetak dan eletronik arus perdana dan ‘goodies’ yang diberikan oleh BN sekarang sudah tidak berkesan lagi. PAS sudah menjadi ‘alternative’ otomatik bagi rakyat melayu dan beragama Islam itu dan DAP merupakan parti yang disokong oleh semua kaum terutamanya ‘alternative’ yang paling baik bagi rakan-rakan kita kaum Cina dan lain-lain.

Benar kata pepatah ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Selagi kedua-dua parti PAS dan DAP dan sokongan oleh PKR ini terus seperti yang ada pada hari ini maka tiada apa-apa lagi strategi dan tektik kotor yang dilakukan oleh BN akan memberi kesan kepada ‘coalition’ pemerintah itu.

Usaha MCA untuk memainkan isu hudud jelas menjadi ‘counter productive’ bagi BN. Isu DAP yang di tuduh oleh MCA sebagai kuda tonggangan kepada PAS tidak menjadi. Sebaliknya UMNO memainkan isu PAS menjadi tonggangan DAP untuk menakutkan orang Melayu sudah tidak tajam lagi dan kian menumpul.

Tektik bermuka-muka Najib dan kepimpinan BN terhadap kaum-kaum di negara ini kian menjadi penyebab kepada wujudnya perasaan curiga dan tidak yakin rakyat kepada kepimpinan BN kini. Tektik yang dilakukan oleh pimpinan BN dengan bermuka-muka ini sudah menjadi bahan jenaka rakyat sekarang ini. Segala tindakan dan segala kata-kata yang keluar dari mulut pemimpinBN hanya membawa padah kepada BN itu sendiri.

Fatwa-fatwa songsang Abdullah Sa’amah juga telah menjadi ‘counter productive’ yang jelas kepada BN khususnya UMNO dan kian hari UMNO kian dijauhi oleh rakyat, termasuk oleh ahli-ahli UMNO itu sendiri.

Kesatuan rakyat berbilang kaum dan agama dibawah Pakatan Rakyat merupakan bukti kukuh yang kemuafakatan seperti tuntutan Islam itu merupakan pemangkin yang kuat untuk melakukan perubahan kepada sistem negara yang sudah kacau bilau ini.

Kesatuan rakyat ini menyebabkan BN tidak dapat menentukan tarikh dan waktu untuk mengadakan pilihanraya kali ini. BN tahu jika di adakan pilihanraya cepat maka cepatlah mereka hilang kuasa dan jika dilakukan pilihanraya ini diwaktu yang lambat sedikit, maka dapatlah menangguhkan sedikit saat kejatuhannya kelak.

Saya selalu berkata yang rakyat sebenar-benarnya mahu bersatu teguh sesama mereka tetapi mereka mahu bersatu di luar BN. Nampaknya penyatuan rakyat di luar BN ini semakin menjadi kenyataan.Aspan Alias

Read more ...

Wednesday, August 15, 2012

TERKINI!!! Seorang lagi pemimpin BN hilang kelayakan jadi Ahli Parlimen tapi bukan kerana sertai PR




Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin dan rujukan boleh dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my. Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu.


Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu.


Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu.


“Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya,” katanya, semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.KedahKini

Read more ...

PANAS!!! Mai tengok ahli MCA Pengerang 'mengamuk sakan'

"MCA khianati tanah nenek moyang kami!' -itulah antara  laungan  penduduk-penduduk Pengerang, Johor  yang rata-rata  menjadi ahli MCA kepada Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng

Nampaknya malapetaka semakin menimpa-nimpa secara berturut-turut terhadap UMNO/BN.

Selepas pelbagai kemelut melanda di Sabah dan Sarawak sehingga berlaku penolakan kepada BN apabila ada pemimpin mereka yang berputus asa dengan perjuangan parti yang gagal membela rakyat kebanyakkan .

Kali ini situasi yang sama melanda pula di negeri yang sedia maklum menjadi kubu paling kuat UMNO/BN dalam dunia,  negeri Johor Darul Takzim.

Ketidakpuashatian rakyat Pengerang, Johor akhirnya tidak dapat terbendung lagi dan meletus pada satu seminar yang diadakan oleh UPEN Johor di SJKC Yok Poon, Sg Rengit pada 13 Ogos 2012 untuk perkembangan Projek RAPID.

Penduduk yang tidak bersetuju dengan projek ini merasa kecewa dan marah di atas tindak tanduk Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng kerana tidak mempertahankan tanah tempat tinggal mereka.

Penduduk setempat merasa kecewa apabila MCA telah mengkhianati masyarakat dan memihak kepada pihak lain untuk memusnahkan seluruh kampung.

Lebih menyakitkan hati mereka ialah sebagai ahli MCA berpuluh-puluh tahun lamanya namun nasib mereka langsung tidak dibela.

Mereka merasa kesal menjadi ahli dan menyokong MCA/BN selama ini.

Admin difahamkan pengundi Cina di Pengerang khasnya dan Johor amnya akan berpindah kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.OMAK KAU

Read more ...

KEBANGAAN UMNO!!! Syarikat Judi terus kukuh, cukai judi semakin meningkat


Industri perjudian makin subur di Malaysia yang mengaku sebuah negara Islam!

Tidak hairanlah apabila diajukan persoalan ke mana wang kutipan cukai hasil daripada industri ini Umno-APCO diam membisu walaupun jelas ia haram digunakan untuk tujuan sumbangan atau kebajikan.


Buktinya, Genting Bhd mendahului senarai syarikat-syarikat yang membayar ganjaran yang lebih tinggi kepada pengarah mereka tahun lepas, dengan pembayaran sebanyak RM117.69 juta, demikian menurut kaji selidik Malaysian Business.


Dua puluh syarikat terbaik membelanjakan RM534.95 juta tahun lepas, meningkat 17 peratus dari sebelum ini, manakala 600 syarikat yang ditinjau, membayar lebih RM1 juta.


Genting juga mencatatkan imbuhan tertinggi sebanyak RM113 juta hingga RM113.05 juta bagi seorang pengarah tetapi tidak menamakan siapa penamanya.


Eksekutif tertinggi disenaraikan ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutif Genting, Lim Kok Thay.


Timbalan Pengerusi Genting Bhd yang juga bekas ketua polis negara, Hanif Omar tidak disebutkan berapa imbuhan yang diperolehi, bertepatan dengan kenyataannya bahawa dia tidak pernah menemui sebarang ayat menegah judi dalam Al-Quran pada 2004.


Syarikat kedua terbaik ialah IOI Corporation Bhd, yang membayar lembaga pengarahnya RM60.30 juta, naik 7.1 peratus dari 2010.


Syarikat tersenarai awam membayar imbuhan sebanyak RM56.75 juta hingga RM56.80 juta kepada pengarah berpangkat tertinggi.


"Kami mengandaikan penerima adalah Pengarah IOI Corp dan Pengasasnya Lee Shin Cheng," kata Malaysian Business dalam satu kenyataan hari ini.


Anak syarikat Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar lebih daripada RM48 juta kepada eksekutif tertinggi, menduduki tempat ketiga.


Kaji selidik itu menyatakan bahawa bayaran mungkin telah dibuat kepada orang yang sama, mengambil kira kemungkinan pengiraan dua kali.


Syarikat yang menurunkan imbuhan lembaga pengarah mereka tahun lepas termasuk Berjaya Corporation Bhd, yang membayar RM20.67 juta atau 12.5 peratus kurang kepada anggota lembaga.


Imbuhan tertinggi dibayar kepada seorang pengarah dalam syarikat adalah dalam RM10.35 juta hingga RM10.40 juta, juga lebih rendah daripada RM11.70 juta hingga RM11.75 juta yang dibayar sebelum ini.


CIMB Group Holdings Bhd membayar RM16.49 juta atau 10.9 peratus kurang kepada anggota lembaga tahun lepas.


Imbuhan yang dibayar kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Nazir Razak yang juga adik kepada perdana menteri tahun lepas adalah lebih rendah pada RM8.70 juta berbanding dengan RM12 juta pada 2010.

Read more ...

SEPAKAT!!!Pemuda Pakatan Rakyat tekad tawan Johor


JOHOR BAHRU – Barisan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Negeri Johor hari ini mengisytiharkan bahawa hasil kesepaduan dan persepakatan yang dikekalkan selama ini mendorong mereka menterjemahkan cita-cita ingin menawan Johor dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dengan katanya, agenda bersama rakan Pakatan pembangkang yang lain merupakan satu amanah yang cukup penting dan mereka akan memastikan hasrat itu mampu dicapai dengan izin Allah.


Katanya, pelbagai program telah direncanakan secara bersama termasuk program Berbuka Puasa Pakatan Rakyat, malah pihaknya turut menyasarkan 29 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai matlamat.


“Program hari ini untuk menyatakan Pemuda Pakatan Rakyat Johor bersatu untuk menjayakan cita-cita bagi menawan Johor.


“Kami berdepan dengan satu amanah penting dalam Pilihan raya Umum (PRU) yang tak lama lagi. Selain ia petanda kami bersatu padu, ia bertujuan memaklumkan bahawa kami menyasarkan sekurang-kurangnya 29 DUN antaranya Kempas, Permas, Johor Jaya, Pekan Nenas, Semerah dan Layang-layang.


“Dengan 45 peratus pengundi baru adalah kalangan pengundi muda, ia adalah tugas kami bagi mendekati mereka untuk menterjemahkan hasrat bersama ini,” katanya lagi.


Suhaizan berkata demikian kepada pemberita pada majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat Johor (PR) di Hotel Seri Malaysia, dekat sini, semalam.


Hadir sama, Mohd Nazri Ismail, Ketua Anak Muda Keadilan (AMK) Johor, Tan Hong Pin, Ketua Pemuda DAP Johor, Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Andrew Chen Kah Eng, Setiausaha Pemuda DAP Johor, Mohd Farhan Ahmad Kamal, Ketua AMK Johor Bahru.


Pada program yang sama, pihak penganjur telah mengundang lebih 15 orang wartawan dan Jurugambar daripada pelbagai agensi berita sebagai tanda penghargaan kepada para pengamal media di negara ini.


Terdahulu, Ustaz Azam Razak diberi peluang membicarakan kebaikan berpuasa sebelum sidang media dilakukan.Nusajaya Kini

Read more ...

BUKAN RUMORS TAPI BENAR!!!!Beberapa pemimpin BN Sabah akan sertai PAS Aidilfitri ini..


Menurut Lajim Ukim Ahli Parlimen Beufort yang telah meninggalkan BN, perkara ini bukanlah spekulasi ataupun rumors tetapi adalah satu perkara yang benar...

Beberapa orang lagi pemimpin politik Sabah akan menyertai Parti Islam Se-Malaysia PAS, menurut Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.

Ketika mendedahkan perkara ini kelmarin beliau berkata, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka bakal mengumumkan nama nama pemimpin berkenaan semasa perhimpunan di peringkat negeri yang bakal dianjurkan oleh PAS Sabah bulan depan.


"Sebuah perhimpunan khas yang dinamakan Himpunan Hijau Ke Putrajaya akan diadakan pada 1 September dan bakal dihadiri oleh pemimpin pemimpin PAS diperingkat nasional termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Hj Mohammad Sabu, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat."


"Juga dijangka kehadiran Tuan Guru Nik Aziz (InsyaAllah) yang akan membuat pengumuman berkenaan beberapa pemimpin di Sabah yang ingin menyertai PAS," ujar beliau kepada wartawan ketika sidang akhbar untuk pengumuman perhimpunan kelmarin.


‘Several Sabah leaders to join PAS’

KOTA KINABALU: PAS is preparing itself to receive several Sabah leaders into its fold after the Hari Raya celebrations.

Announcing the party’s preparation for a 5,000-strong gathering here on Sept 1, Sabah PAS Youth chief Lahirul Latigu said spiritual adviser and Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat will be receiving these leaders during the event.

“Tok Guru (Nik Aziz) will be announcing the names of several Sabah leaders who will be joining PAS. He will announce the names at a special gatherin Mahap also declared his support for Anwar.


Also expected to be present are PAS Youth chief Nasruddin Hassan Tantawi, deputy chief Nik Abdul Aziz and vice-Youth chief Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

This will be the first time that Sabah PAS will hold an event of such magnitude.

According to Lahirul, the event will also celebrate the spirit of independence and “commemorate and appreciate Sabah’s 49 years of independence”.

Sabah has become the focal point of Pakatan Rakyat’s mission to reach Putrajaya.

Pakatan leader Anwar Ibrahim has been wooing MPs in the state, encouraging them to defect and stand as independents or under the Pakatan banner.

According to Anwar, what is important is that they support Pakatan’s agenda.

More to defect

Two BN parliamentarians have already jumped ship – Lajim Ukin (Beaufort) and Wilfred Bumburing (Tuaran). On Sunday, Upko vice-president Senator Maijol Mahap also declared his support for Anwar.

Yesterday, Lajim claimed that three more lawmakers from BN will defect after Hari Raya.

“This is not speculation or rumour but something which is true. However, we will not reveal their names.

“They will announce their resignation from the party and support Pakatan in stages from after Hari Raya until the dissolution of Parliament,” he told the PKR’s Keadilan Daily.

He also claimed that 18 out of 35 committee members of the Beaufort Umno division have resigned and joined his Pakatan Perubahan Sabah (PPS), which is a Pakatan’s ally.

“A few more Sabah Umno branch chiefs, former lawmakers and leaders who had been appointed as ministers will also leave the party.

“The announcement will be made at the right time,” he added - Free Malaysia Today
ASD

Read more ...