Thursday, November 8, 2012

GANSTER NO 1 !!! Dah jadi beban baru UMNO/BN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_TeT1cBtnGP59TSyH6bO063bcGcVzfgXQg_UpWYfV3EDFCjfhynleWcqvm1WITZcPXFXfnZHY6lsvuCb60Y24aWgpYO-BYpfeF33OK5PJD4Tln1Q3esW3zd5sHEy28TwFZxQ1qEEQiYhN/s1600/nazri-aziz.jpgTertekan dengan pendedahan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang berjaya membuktikan kaitan antara dirinya dan anaknya dengan jutawan balak dari Sabah, Michael Chia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz kini merupakan beban terbaru Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bukan setakat Pakatan Rakyat menempelaknya, malah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) juga membidas tindakan Nazri yang disifatkannya sebagai tidak profesional.


Nazri kini diasak bertubi-tubi berhubung dakwaan menerima habuan RM3 juta dari Chia dan anaknya, Mohamed Nedim menggunakan sebuah kereta mewah Hummer bernilai RM1.4 juta milik Chia tanpa alasan munasabah.


Berikutan pendedahan Rafizi, dia sendiri akan terbang ke Hong Kong minggu depan bagi mendapatkan maklumat sebenar sama ada dakwaan Nazri bahawa agensi anti rasuah negara itu, Independent Commision Against Corruption (ICAC) sudah menutup kes Chia menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam matawang dolar Singapura yang dikatakan milik Umno Sabah, benar-benar dilaksanakan.


Ahli parlimen Padang Rengas itu kini didesak supaya bercuti dari tugasnya sementara menunggu hasil siasatan ICAC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah Rafizi membuat laporan rasmi kepada suruhanjaya itu Rabu lalu di Putrajaya.


Dan hasilnya, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia semalam tidak membenarkan mana-mana pihak luar selain dari ahli parlimen dari menggunakan ruang sidang media di bangunan parlimen kununnya ia adalah hak eksklusif buat ahli parlimen dan bukannya pihak yang tidak bertanggungjawab.


Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula mendedahkan dalam satu mesej di Twitter semalam bahawa keputusan Pandikar sebenarnya bertitik tolak dari sebuah memorandum yang ditandatangani beberapa media pro-Umno mendesak Pandikar supaya menghalang pemimpin Pakatan Rakyat bukan berstatus ahli parlimen dari terus menggunakan ruang tersebut.


Dipercayai, Nazri adalah dalang di sebalik penyerahan memorandum tersebut yang diterima Pandikar pada Selasa lalu.


Bagaimanapun, Nazri tidak mahu mengulas keputusan Pandikar dan tidak pula memberi sebarang komen berhubung penglibatan anaknya dan habuan untuk dirinya, sehingga hari ini.


Rafizi pula dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman blognya, rafiziramli.com menempelak tindakan Nazri mempergunakan Pandikar menghalang sidang media dari terus dibuat bagi mendedahkan lagi siri penglibatannya dalam skandal yang memalukan Malaysia itu.


Difahamkan, kedudukan Nazri akan diputuskan perdana menteri, Najib Altantuya dalam beberapa hari lagi setelah selesai mesyuarat Majlis Raja-Raja yang mula bersidang semalam di Kuala Lumpur.


Persoalannya, apakah Nazri kini bakal disingkirkan dari mempertahankan kerusi Padang Rengas dalam pilihanraya umum akan datang kerana dakwaan Rafizi sungguh kuat hinggakan media pencacai Umno seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian langsung tidak mempertahankannya?


Apakah Nazri kini satu lagi 'kambing hitam' buat menjadi korban BN di saat parti yang memerintah Malaysia itu kini semakin hilang sokongan dari akar umbinya sendiri di seluruh negara?


Seluruh persoalan ini menuntut jawapan segera dari Nazri dan tidak mustahil, penyelesaian terhadap skandal terbaru ini mirip skandal bekas menteri wanita, Shahrizat Jalil yang tidak menyambung khidmat senator pada 8 April lalu.


Rafizi kini dianggap sebagai 'giant killer' sekiranya berjaya mengheret Nazri ke muka pengadilan dan seterusnya dihumban ke kancah hina lagi mengaibkan seperti mana yang 'dinikmati' Shahrizat sekarang!


JALAN PULANG

Read more ...

TERKINI!!! Himpunan Pemuda PAS bantah Nurul Izzah dianjurkan oleh Papa Gomo

TERBACA berita tentang sebaran SMS palsu menjemput orang ramai menyertai himpunan aman serta penyerahan memorandum oleh Pemuda PAS membantah Nurul Izzah kononnya kerana menyamakan Islam dengan agama lain serta menyokong LGBT.

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Tantawi mengesahkan bahawa SMS tersebut adalah SMS palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Di bawah ini petikan laporan akhbar Sinar Harian hari ini.




ReJaM© sendiri menerima banyak panggilan telefon bertanyakan tentang hal ini. Ramai juga sahabat yang hampir percaya kepada SMS palsu ini. ReJaM© sendiri ada menerima SMS seperti ini melalui BBM (Blackberry Messengger).


Kalau tanya ReJaM©, siapakah dajal yang menyebarkan SMS palsu ini? Pada pendapat ReJaM©, SMS ini dicipta dan disebarkan oleh gabungan blogger lucah United Malays No Otak. Kerana mesej ini dikesan paling awal disebarkan oleh blogger lucah Papa Gomo.




ReJaM© terima mesej ini daripada Papa Gomo pada jam 4:27 petang hari Rabu lepas. Maknanya Himpunan ini kalau ada pun bukan dianjurkan oleh Pemuda PAS, sebaliknya dianjurkan oleh Papa Gomo. Kita dah faham sangat bahawa propaganda kononnya Pakatan Rakyat menyokong LGBT ini adalah propaganda blogger-blogger United Malays No Otak.

ReJaM© "Semua penyokong United Malays No Otak dijemput hadir kah kah kah..."

Read more ...

BUKTI KERJA KUAT UMNO!!! Makan duit rakyat macam penyamun

Pi sidang perwakilan UMNO pun sapu duit Seri Temin... penyamun tarbuih betoi

Untuk pendedahan penyelewengan hari mai kita tengok duit Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) digunakan biayai penginapan di Perhimpunan Agung UMNO.

Belanja yang digunakan atas nama penginapan Syed Sobri Syed Hashim (ADUN Kuala Nerang lanie) ialah RM2,249.00 (bayaran pada 8/7/03, cek no. 28915).


Manakala penginapan untuk perwakilan UMNO yang lain (tidak dinyatakan Bahagian mana, tetapi dipercayai UMNO Bahagian Padang Terap) ialah sebanyak RM36,210.00 (3/7/03, no. cek:985540).


Semua butiran ini tercatat dalam akaun STDC zaman BN.



Inilah kos mesyuarat yang paling mahal di zaman BN!!!


Pembangkang (BN) menuduh wang STDC difaraidkan untuk kroni PAS yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, walhal semua ahli lembaga pengarah kini hanya menerima elaun menghadiri mesyuarat iaitu RM750 setiap kali mesyuarat. 


Dalam setahun biasanya hanya tiga kali mesyuarat, bermakna elaun setiap ahli lembaga pengarah hanya RM187.50 sebulan! Di zaman BN, setiap ahli lembaga pengarah menerima elaun tetap RM2,000 sebulan di samping RM1,000 setiap kali menghadiri mesyuarat.

Mereka ialah Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Dato’ Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semuanya pemimpin politik Umno, sedangkan kini lantikan ahli lembaga pengarah adalah berdasarkan professionalisme mereka bukan kerana kroni.


Episod penyalahgunaan wang GLC di zaman BN, khususnya STDC, sangatlah panjang catatannya. Buat sementara biarlah kita fokuskan kepada penyelewengan sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12.


Terdapat satu lagi fakta yang mengejutkan ialah dalam dua bulan pertama tahun 2008 (menjelang pilihanraya umum) STDC telah mengadakan mesyuarat dengan kos keseluruhannya ialah RM78,270. Sebahagian besar perbelanjaan tersebut adalah untuk makan.


Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, khusus di bawah perkara ‘Mesyuarat di Naka’: 1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00, 1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?) 13/2/2008 – RM10,000.00, 13/2/2008 – RM7,905.90, 13/2/2008 – RM4,610.00, 13/2/2008 – RM11,700.00, 13/2.2008 – RM10,000.00 (Satu hari lima kali mesyuarat?)


Berdasarkan tarikh, tempat dan perbelanjaan, tidak lojik ia adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah. Ada baiknya juga kita membuat persepsi yang rambang kononnya itu adalah mesyuarat lembaga pengarah yang diadakan sebanyak lapan kali, supaya nanti pihak yang terbabit akan menafikannya. 

 
Jawapan yang mungkin diberikan begini, “Itu adalah tarikh pembayaran di buat, bukan tarikh mesyuarat dan bukan pula mesyuarat lembaga pengarah.” Jika melihat kepada semua perbelanjaan itu berada di bawah satu tajuk iaitu ‘Mesyuarat di Naka’, bermakna bukan lapan kali bermesyuarat tetapi hanya sekali. 


Tentu ia lebih menjolok mata apabila kos untuk hanya sekali bermesyuarat ialah RM78,270.00! Jika pun ia mesyuarat sebuah parti politik maka kos tersebut adalah terlalu tinggi bagi sebuah mesyuarat yang diadakan di Daerah Padang Terap.

Persoalannya, adakah wang STDC telah disalahgunakan untuk menguruskan mesyuarat sebuah parti politik?Kedah La

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! 45 anak muda sertai Unit Amal Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 8 Nov. : Seramai 45 anak muda di sekitar Tanjung Piandang telah menyertai Unit Amal Parit Buntar dalam satu majlis yang diadakan di Sungai Betul, Tanjung Piandang.
 
Pengarah Jabatan Amal Parit Buntar Zainudin Osman berkata, kesemua mereka bersedia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan terutama khidmat berbentuk kebajikan sesuai dengan objektif penubuhan Unit Amal.
 
“Setakat ini Unit Amal banyak memberi khidmat sebagai petugas keselamatan dan parkir setiap kali program yang melibatkan jumlah kehadiran yang besar.
 
“ Penambahan ahli baru dapat membantu mengerakkan Unit Amal Parit Buntar agar lebih aktif dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.” katanya
 
Zainuddin berkata, Pesuruhjaya Pas Perak Abu Bakar Husin telah sudi meraikan ahli baru Unit Amal Parit Buntar pada majlis penyertaan ahli baru ini.
 
“ Pesuruhjaya Pas Perak telah menyerahkan t-shirt rasmi Unit Amal kepada semua ahli baru sebagai tanda mereka diterima berkhidmat untuk Unit Amal.
 
“Mereka akan didedahkan dengan konsep kerja amal dalam Islam yang dilaksanakan Unit Amal melalui pelbagai aktiviti yang diadakan”katanya 

Sementara itu, Ketua Pas Cawangan Sungai Betul Bawah Abd Razak Teridi berharap Unit Amal Parit Buntar perlu mengorak langkah lebih aktif agar diminati oleh anak-anak muda di cawangan-cawangan. 
 
“ Ramai anak muda yang masih belum jelas pemahaman mereka tentang Unit Amal menyebabkan mereka kurang berminat menyertai Unit Amal. 
 
 “ Apabila kita kumpulkan anak muda di kawasan Tanjung Piandang dan beri kefahaman tentang Unit Amal, hasilnya ramai yang berminat menyertai Unit Amal.”katanya
 
Turut hadir memberi sokongan dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Pas Parit Buntar Harun Hashim dan Ketua Pemuda Pas Parit Buntar Dr. Mahyuddin Ibrahim.

Read more ...

GENSTER NO 1 !!! Nazri dah kantoi halang sidang media di parlimen

Dengan Tun Mahathir dia memang cengei kena batang hidung sendiri kecut telok......ha...ha... 

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa larangan menggunakan ruang sidang akhbar di Parlimen oleh bukan anggota parlimen yang berkuatkuasa serta merta sengaja dibuat untuk menghadkan pergerakannya.

“Saya memang sudah menjangka tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz adalah dengan menggunakan kuasanya untuk menghalang saya dari membuat sidang media di Parlimen.


“Beliau seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat di negara ini.


Ia wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Tegas beliau, “tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.


“Pada fikiran saya, Nazri sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan “conflict of interest” kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.

“Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen,” jelas Rafizi.


Malah katanya, ketika isu NFC dibongkarkan dan bekas rakan kabinet beliau Dato’ Seri Shahrizat Jalil menjadi topik hangat sidang media, beliau langsung tidak membantah terhadap sidang-sidang media di Parlimen.


“Beliau juga dipetik berkali-kali melalui sidang media di Parlimen turut sama mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.
“Hanya apabila beliau yang menjadi bahan sasaran sidang-sidang media kebelakangan ini ekoran persoalan mengenai hubungan beliau dengan Michael Chia, barulah timbul soal hak menggunakan Parlimen untuk sidang media.

 


“Sebab itu saya terus mengulangi saranan saya supaya Nazri mengambil sikap yang lebih terbuka dan tenang seperti Shahrizat dalam menghadapi persoalan mengenai integriti dan perhubungan beliau dengan ahli perniagaan yang disiasat.

“Keputusan terbaru Parlimen ini sedikit pun tidak merencatkan rancangan PKR untuk menumpukan perhatian kepada kes Nazri. Sidang media akan diteruskan dari semasa ke semasa dan pihak media akan dimaklumkan lebih awal,” ujar Rafizi.


Bernama melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.


Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani oleh anggota Parlimen Bebas, Barisan Nasional mahupun pembangkang. -FMT

Read more ...

BUKTI!!! Kerja UMNO sapu duit rakyat


Oleh: Saiburi Sudin

 
Dato’ Amiruddin Hamzah pernah mendedahkan dalam Sidang DUN bagaimana STDC telah membelanjakan RM7.5 juta sebagai sumbangan, walhal ianya tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk rebat cukai.

Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen terlalu banyak. 


Antaranya ialah 
sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), 
lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), 
lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), 
sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), 
sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), 
sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), 
sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), 

sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), 
membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). 


Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai ‘tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC’.

Kedah La

Read more ...

SIAPA ALIES NOR?!!! Orang harapan Najib pilih calon pilihanraya UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMlWKWNK6rwlPTZM67LJjYrDsYvxoKavkkql_SqkVtWttv_CAchOsnrr2FqVQ2IO5V7zRxszpzc8dpGQQesJ9nmS_wSmiOdy6aSWKjnpU5kQg6-nVrSZXtwfVERQhEgbBvshkQrEVdFms/s1600/ibumi.jpgIsu calon pilihanraya sentiasa menjadi isu panas dalam UMNO. Begitu ramai yang berebut dan merasakan mereka layak untuk menjadi calon dan bergelar YB. Bagi mereka yang berjuang dan menjadi pemimpin UMNO, terpilih menjadi calon pilihanraya merupakan pencapaian terbaik dalam karier perjuangan peribadi atau sesetengahnya beranggapan seperti pintu rezeki semakin terbuka dengan luas.

Dengan terpilih sebagai calon pilihanraya, kemudian menang pula, bermacam jawatan dan peluang boleh diraih selepas itu. Darjat dalam masyarakat juga meningkat dan semua itu menjanjikan peluang ke arah kemewahan.


Lantaran itu, tidak menghairankan perebutan menjadi calon pilihanraya dalam UMNO sentiasa panas dan menggelegak.


Jika sebelum ini proses pemilihan calon dibuat melalui cadangan yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian ke ibu pejabat UMNO Malaysia dan kemudian ditapis oleh MT UMNO serta Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, namun sejak Najib memperkenalkan istilah "winnable candidate" ini, proses itu yang selama ini menjadi amalan turut melalui perubahan.


Meskipun menjelang PRU 13 ini, semua UMNO bahagian dilaporkan sudah mengemukakan nama-nama untuk dipertimbangkan sebagai calon sebagaimana biasa, namun peranan MT UMNO sebagai badan tertinggi untuk menapis nama-nama yang dikemukakan itu dilihat semakin diketepikan.


Ini berikutan Najib selaku Presiden UMNO yang begitu berhasrat besar untuk merealisasikan pemilihan calon berasaskan faktor "winnable" atau boleh menang dikatakan telah melantik bekas Setiausaha Politiknya, Alies Nor untuk mengetuai sebuah unit untuk menapis calon-calon pilihanraya kali ini.


Alies yang kini dilantik sebagai Pengerusi PWTC iaitu Kompleks Ibupejabat UMNO sebaik Najib menjadi Perdana Menteri, dikatakan mempunyai peranan yang cukup besar dan berpengaruh dalam pemilihan calon PRU 13 ini kerana Najib meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya.


Alies dikatakan akan melakukan pemantauan yang menyeluruh terhadap nama-nama yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian dengan kerjasama Biro Tatanegara serta pihak lain yang menjadi kepercayaannya. Selain itu beberapa pemantau yang terdiri daripada ahli jawatankuasa UMNO bahagian-bahagian yang diketahui rapat dengan Najib tetapi tiada keinginan untuk menjadi calon pilihanraya telah pun dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu.


Dalam masa yang sama, beberapa bekas pemimpin juga turut dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu dan antaranya ialah bekas Menteri Pelancongan, Sabbaruddin Chik.


Peranan unit ini bukan saja meneliti nama serta latarbelakang calon agar memenuhi kriteria "winnable" yang menjadi penanda aras politik Najib tetapi juga difahamkan turut mengambil kira faktor kecenderungan dan kesetiaan mereka.


Ini kerana selain menghadapi tentangan daripada Anwar dan Pakatan Rakyat, Najib juga dikatakan mengambil kira faktor Muhyiddin dalam pemilihan calon pilihanraya kali ini. Beliau seboleh-bolehnya cuba meminimakan pengaruh Muhyiddin bagi mengelakkan timbulnya desakan agar beliau diminta berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika BN hanya mampu mencapai kemenangan tipis dalam pilihanraya umum nanti.


Sehingga ini unit tanpa nama yang diketuai oleh Alies Nor ini sedang sibuk menjalankan tapisan dan siasatan keatas nama-nama calon yang difikirkan berpotensi untuk bertanding sebelum disahkan dan seterusnya dipersembahkan kepada Najib untuk kata putus.


Dengan tugas yang dimainkan oleh Alies Nor ini, peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan MT UMNO secara automatik semakin terpinggir dan tidak lagi penting dalam proses pemilihan calon pilihanraya kali ini.


Adalah dijangkakan bahawa Najib akan mempersetujui sepenuhnya nama-nama yang disahkan sebagai "winnable" oleh Alies Nor itu dan MT UMNO hanya sekadar menjadi "rubber stamp" sahaja.


Peranan dan pengaruh Alies Nor dalam proses penentuan calon ini bukan lagi perkara rahsia dalam UMNO dan ia semakin menjadi bualan di mana-mana sekarang ini.


Malahan terdapat beberapa pemimpin UMNO dari beberapa negeri yang merasakan diri mereka layak dipilih sebagai calon sanggup datang ke Kuala Lumpur berulangkali untuk bertemu dan melobi sendiri dengan Alies Nor.


Sesetengah daripada mereka mendapat jawapan yang sama-samar daripada Alies Nor seperti diminta bersiap sedia tetapi ramai juga yang mengaku sudah pun mendapat pengesahan atau "endorsment" yang jitu sebagai calon yang pasti dalam pilihanraya kali ini.


Merebaknya cerita dari mulut ke mulut mengenai peranan dan pengaruh Alies Nor dalam pemilihan calon di era kepimpinan Najib ini menyebabkan beliau sentiasa diserbu dan dikunjungi oleh pihak-pihak yang ghairah mahu menjadi calon pilihanraya.


Berbeza dengan amalan sebelum ini di mana mereka yang berhajat menjadi calon akan melobi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi UMNO Negeri serta ahli MT yang dilihat rapat dengan Presiden UMNO, kali ini suasana itu hampir tidak kelihatan lagi.


Sementara tidak semua pemimpin dengan mudah dapat menemui Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri dan dalam yang sama merasakan pihak lain seperti Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta Pengerusi UMNO Negeri sudah ketiadaan pengaruh, sebaliknya kini Alies Nor yang tiada apa-apa jawatan dalam UMNO pula yang menjadi tumpuan serta perhatian.
Shahbudin dot com

Read more ...

Wednesday, November 7, 2012

22 NOVEMBER 2012!!! Tarikh Najib demam tak boleh pergi parlimen, kenapa?



Sah.
Hanya menunggu masa dan ketika yang sudah ditetapkan.
Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.
Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.
Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada Julai 2011 tidak berulang.
“Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara ini tidak dihalang.
“Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa,” jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.
Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.
Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services (DCNS), Thales dan Armaris pada 2002.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti.

Read more ...

NAJIB MAKIN PANAS!!! BN tinggal 110 hari lagi sahaja untuk berkuasa

http://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-prn1/c0.0.403.403/p403x403/46476_430556430340892_1441843075_n.jpgPastinya, khabar ini menggerunkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi inilah hakikat pahit yang mesti ditelan perdana menteri sekarang, Najib .

Jika mengikut tarikh pembubaran parlimen ke-11 dahulu, iaitu pada 24 Februari 2008, BN kini hanya ada 110 hari sahaja lagi untuk memerintah Malaysia.


Bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tarikh tersebut sudah semestinya terkenangkan saat-saat bersejarah itu yang mengejutkan semua rakyat negara ini padahal sehari sebelumnya dia menafikan desas-desus bahawa parlimen akan dibubarkan.


Ternyata, Pak Lah bijak memperdaya rakyat Malaysia tetapi kurang bijak jika diukur dengan keputusannya.


Semuanya gara-gara kajian yang dilakukan Merdeka Center yang memberi rating 72 peratus kepada kepimpinan dan popularitinya yang membuatkan Pak Lah 'tersilau' dengan keyakinan palsu semata-mata.


Tanpa merujuk statistik sumber risikan polis dan tentera seperti kebiasaannya, Pak Lah dengan penuh yakin merasakan BN boleh terus mengekalkan majoriti dua pertiga yang dinikmatinya sejak merdeka 49 tahun lalu ketika itu.


Rupanya, semua ramalan tersebut palsu belaka.


BN tumbang di empat negeri selain gagal merampas Kelantan dari tangan PAS, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini lubuk Pakatan Rakyat.


Buat pertama kali dalam sejarah, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dan menyapu 82 kerusi parlimen, meninggalkan BN cuma 140 dan hanya diselamatkan dari tsunami politik dengan kemenangan di Sabah dan Sarawak.


Sejak itu, lanskap politik Malaysia berubah 180 darjah.


Tiada lagi suara bingit ahli parlimen MCA, MIC dan Gerakan kerana lebih 90 peratus calonnya termasuk presiden MIC, Samy Vellu dan presiden Gerakan, Lim Keng Yaik tumbang di kawasan masing-masing.


Pak Lah cemas, hinggakan sidang media yang biasanya berlangsung lebih setengah jam cuma berlangsung tak sampai lima minit di sisi Najib Altantuya yang ketika itu timbalannya yang menang besar di Pekan.


Umno panik, kerana banyak juga menteri dan timbalan menteri tumbang kebanyakkannya di Kedah dan Perak serta di Selangor hingga memaksa rombakan kabinet dibuat bagi mengisi portfolio yang sudah kosong.


Di Sabah pula, dua hari sebelum perayaan Hari Malaysia, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar BN dan dua ahli parlimennya di Tawau dan Sepanggar menjadi ahli parlimen bebas di dewan rakyat.


Daripada 140, kini BN tinggal 138 kerusi (tidak termasuk kerusi yang dimenangi di Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil April 2009).


Pakatan Rakyat pula semakin mara dengan melancarkan serangan bertubi-tubi menggunakan apa sahaja maklumat hinggakan Pak Lah lemas dalam tekanan dan akhirnya terpaksa menyerah kalah pada 6 April 2009.


Walaupun Perak berjaya dirampas dengan taktik kotor Najib, ia sebenarnya menambah kemarahan rakyat negeri itu setelah tiga ADUN Pakatan Rakyat dibeli dan keluar lalu menjadi ADUN mesra-BN.


Setakat artikel ini ditulis, BN sudah mula gusar ekoran khabar bahawa beberapa lagi pemimpin BN di Sabah akan keluar dan menjadi ahli parlimen Bebas.


Najib sendiri sudah enam kali terbang ke negeri itu sejak awal tahun ini, petanda BN negeri kini cemas menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat setiap kali Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melakukan lawatan menjelajah hampir seluruh pelusuk daerah di negeri termiskin di Malaysia itu.


Daripada 25 kerusi yang ditawarkan, Pakatan Rakyat kini berpeluang memenangi lebih daripada 12 kerusi sekaligus mencerahkan peluang untuk berkuasa di Putrajaya selepas pilihanraya umum kelak.


Najib kini menghitung hari memikirkan bagaimana BN boleh berkuasa semula di saat Pakatan Rakyat semakin menerobos ke kawasan luar bandar dan tanah rancangan FELDA memberi penerangan kepada rakyat bahawa BN sudah tidak lagi relevan memerintah Malaysia.


Justeru, 110 hari lagi yang berbaki pasti akan menjadi medan pertempuran paling sengit pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.


Pak Lah pula barangkai belum kebah dari 'demam tsunami' hingga pernah menyatakan hasrat berundur dari Kepala Batas tidak lama lagi!


110 hari, dan masa semakin mencemburui BN dan Najib !


JALAN PULANG

Read more ...

MELAYU TUKAR AGAMA!!! Ini bukti permohonan Murtad diluluskan oleh Nurul Izzah?

 
KISAH KARTINA KAMARUDDIN YG MURTAD : ISLAM Memang Terbela di bawah UMNO

Walau agak panjang tp berbaloi unt dibaca....
Kisah Bapa sebagai ketua Keluarga yg bertungkuslumus mempertahankan Aqidah anak dan maruah keluarga tapi kecewa dgn SISTEM yg ada dalam negara Islam Malaysia 


Betapa lemahnya sistem pendaftaran negara.. tiada langsung rasa ingin menyelamatkan akidah sesama muslim.

Hari hari Media Lidah Biawak UMNO-BN duk canang pasal murtad sana sini, tapi bila ada permohonan MURTAD, yg luluskan tu SIAPA? NURUL IZZAH ke? ANWAR IBRAHIM ke? NIK AZIZ ke? HADI AWANG ke? LIM KIT SIANG? atau KARPAL SINGH?
Bukak la mata besar2, buka hati luas2.. Jamil Khir dengan bangganya berkata 168 permohonan murtad DILULUSKAN. MENTERI AGAMA membiarkan MURTAD berleluasa..

Hukum mana Kerajaan MELAYU yg kononnya ISLAM ni ikut? - Orenji Ren Oren
 


Haha ini siapa pula punya keroje?... Nurul lagi ke hahahaha. Nurul mana ada kuasa kan kan kan 

Read more ...

MAHATHIR MENGAMUK!!! Marah wartawan bising anaknya dapat projek Petronas


Jarang sekali kita melihat seorang pemimpin yang selama ini dianggap tenang, rupanya boleh mengamuk dalam sekelip mata!


Itulah yang dibuktikan perdana menteri Malaysia keempat, Mahathir Mohamad yang jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.
NONE

Semuanya bermula minggu lepas, gara-gara keputusan Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. 


Anak Mahathir - Mokhzani - merupakan  naib pengerusi SapuraKencana Petroleum Bhd!


Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Mahathir berkata:


"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.


"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."


azlan
SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, 'cetakan skrin' dari laman web menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta.

Read more ...

Tuesday, November 6, 2012

MIC KANTOI!!! Minit mesyuarat 29/11/2007 sahkan bukan sahaja Kohilan tapi 3 lagi wakil MIC sokong projek Kondo di Batu Caves


(Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007)

PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.

Read more ...

TERKINI!!! Polis Malaysia lanyak tahan sampai koma





Pagi ini penulis membaca portal berita dari myMETRO kisah seorang tahanan polis IPD kuching,koma akibat dibelasah pegawai penyiasat.Ia membuatkan Penulis terfikir sejenak apa rasionalnya pembuatan polis itu???kenapa polis bertindak sedemikian atau adakah pegawai polis ini menghadapi tekanan perasan dan jiwa ketika bertugas.


myMetro melaporkan Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching,direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.



Apakah Standard of prosendur(SOP) yang diguna pakai oleh pegawai polis ini hingga tidak dipantau oleh pihak atasan??Ia amat memalukan dan jatuh integriti pasukan polis.Dalam Isu salahlaku pegawai polis telah banyak dilaporkan didalam media..Buat onar sana-sini sudah menjadi kebiasan mendengarnya.Baru Beberapa bulan lepas disebuah hotel,dibelasahnya budak hotel dengan pistol,yang melakukannya berpangkat inspector kerana marah dengan harga ais krim yang nak beliau beli...Berapa rendahnya mentaliti pegawai polis kalau benar apa yang didakwa.


UMUM mengetahui artika kerja pegawai polis amat buruk dan teruk,ada sebahagiannya langsung tidak ada toleransi dan tidak boleh ditegur kononya apa yang mereka lakukan betul belaka.Motto yang tertera kat setiap balai ...'ADIL,TEGAS DAN BERHEMAH"hanya semata-mata lebih sebagai hiasan dan Retorik.Masalah juga timbul sekiranya tiada teguran maka perangai naik toncang dan lemak...Mesti ada check and balance!!


Sahabat penulis seorang pegawai polis pernah memberitahu penulis,katanya kerja polis tension teramat sangat taraf gaban,jadi memang ler mcm itu!!!!jawapan penulis pada beliau,kalau tak nak tension cari kerja lain lah...tension macam mana pun bukan kerajaan tak beri gaji,lagipun polis lah yang banyak mendapat perlarasan dan kenaikkan gaji sekarang ini dan juga banyak mendapat pengiktirafan....itu jawapan penulis pada beliau tetapi ia hanyalah dalam kotak pemikiran penulis sahaja kerana penulis faham bahawa penulis hanya nampak diluar perkerjaan mereka dan tidak  merasainya dalam perkhidmatan seperti mereka.


Itu bukan alasannya...sebenarnya niat nak kerja dengan ikhlas itu tak ada???niat sejak awal-awal lagi dah menyimpang...maka hasilnya beginilah???


Berbalik kepada kes tadi,Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.


“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


Diharap pihak polis segera mengambil tindakan atas pembuatan yang dilakukan untuk mengembalikan maruah dan integriti pasukan.Cadangan kepada pihak pengurusan PDRM sekiranya merekrut pegawai baru,salah satu daripada kritirianya adalah wajib melalui pemeriksaan mental....


Ingat polis adalah milik rakyat dan duit rakyat digunakkan untuk membayar gaji pasukan polis.Rakyat juga berhak untuk dilayan sama rata dan mahu keadilan dilaksanakan dan Janganlah kes ini disapu bawah carpet...


abusiraj almuner

Read more ...

VIDEO PROPAGANDA UMNO!!! Ganti Video Porno UMNO dapat sokongan rakyat Malaysia ?

MACAM-macam cara untuk memperbodohkan rakyat agar jangan menyokong Pakatan Rakyat. Terbaru sebuah video propaganda entah hape-hape dimuat naik di internet menyeru rakyat agar jangan menyokong Pakatan Rakyat.

Apa yang melucukan, lelaki yang berlakon di dalam video propaganda itu membayangkan kononnya dalam masa 100 hari pertama, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, negara ini akan jahanam.


Teringat kata-kata bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kononnya Negeri Selangor akan bangkrap dalam masa dua tahun jika Pakatan Rakyat memerintah negeri itu. Tapi sampai sekarang Negeri Selangor tak bangkrap-bangkrap, malah makin maju kah kah kah...




Menurut sahabat blogger
ASD, lelaki yang muncul dalam video ini adalah pelakon drama Alia Kasih bernama Afzan.

Tinjauan ReJaM© di YouTube mendapati, setakat artikel ini ditulis, video propaganda bodoh itu telah mendapat 3157 undian dislikes berbanding hanya 37 likes. Ini maknanya, warga internet tidak bodoh untuk mempercayai propaganda bodoh seperti ini.


milosuam

Read more ...

GAMBAR SEBAGAI BUKTI!!! Pendatang Burma sedang menunggu IC, BN gadai negara demi undi

Berikut adalah pendedahan berani mati oleh blog King Jason. Blog ni mendedahkan bukti bergambar susulan pendedahan di fb Shirley Gabriella (baca sini). Lihatlah bukti bergambar yang di dedahkan blog King Jason...

Skandal IC kepada PATI Burma di stadium Cheras?

Benarkah pendatang asing Burma di beri IC dalam projek memberi kerakyatan dan IC di Stadium KLFA Cheras? Berselindung di sebalik status pelarian United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) ? Jangan korang tanya bagaimana gua tau skandal projek MEMBURMAKAN negara kita,Tapi tanya kenapa semua ni berlaku dan mengapa pemimpin PR tak peduli isue nih?


Bolehka gua percaya skandal ni tidak mempunyai kaitan dengan PRU13 yang akan datang?Sepanjang gua berada di sana,dan menemuramah Burma2 ini,soalan gua berkisar kepada apa yang sedang mereka tunggu..jawapan mereka adalah sedang menunggu proses pendaftaran IC !! what the fuck !!!dalam hati gua rasa marah bila mengetahui projek kementerian BN nih..

So rakaman sulit video selama 10 minit adegan gua temuramah dan di halau apabila cubaan masuk ke dalam stadium ada dalam simpanan gua. Muka muka petualang Melayu yang menjadi pencacai regim BN tersimpan rapi dalam simpanan gua untuk backup gua sekiranya terjadi apa apa pada gua..


Isu ini gua dah tahu 1 hb lagi.. operasi ini melibatkan hampir 10 ribu PATI,sebab itulah proses ini memakan masa selama seminggu!!!

Burma burma... Burmalah!!!ha ha ha

mampus Melayu mcm nih...


Burma yang menanti untuk mendapat IC


Siapa BN untuk menang PRU sanggup
gadai kedaulatan negara !
Burma akan mengundi~ Tahniah
p/s : Wah.. best.. gua nampak kelibat ketua bahagian umno der!!siapa dia? biarlah jadi rahsia gua!!

Lagi Bukti Beserta Video :
SINI 

Read more ...