Sunday, November 11, 2012

UMNO TERDESAK!!! Berkempen dan berdangdut dalam Kem Tentera


Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam satu sidang akhbar semalam, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat.

Beliau menjemput penduduk hadir ke ‘Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat’ pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).

“Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno.


“Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali ‘apolitical’ tentera sudah tidak ada lagi.


“Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera. Sepatutnya tentera bersikap berkecuali.


“Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera.


“Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat,” kata Aminuddin dengan nada sinis.


Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir.


“Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini,” kata Aminuddin ~ Free Malaysia Today


Ini pula adalah kenyataan media dari SAMM N9..

Kenyataan Umum
12 November 2012

Berkempen dan Berdangdut Dalam Kem Tentera Bukti Umno Terdesak 


Merujuk kepada sepucuk surat yang didedahkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan berasa curiga dengan taktik yang digunakan oleh Umno untuk meraih sokongan apabila tergamak menggunakan kem tentera sebagai tempat untuk berkempen meraih sokongan.


Surat rasmi yang mempunyai ‘Letterhead’ Umno Seremban itu dituju dan dihantar kepada seluruh warga penduduk Sikamat untuk hadir masuk ke perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).


Turut tertera sebagai aktiviti ialah ucapan pemimpin Umno Seremban dan seorang artis dangdut juga dijemput membuat persembahan.


SAMM N.Sembilan melihat Kem tentera adalah kawasan terlarang dan khas untuk aktiviti ketenteraan, ini termasuklah Kem Sikamat yang menempatkan pelbagai senjata berat artileri dan juga rahsia ketenteraan.


Adalah tidak wajar apabila seluruh warga Sikamat dijemput ke perkarangan kem tentera hanya untuk sebuah majlis jamuan.


Apakah jaminan kem tersebut tidak ditembus oleh perisik asing apabila ramai yang berpusu-pusu masuk ke kem tentera?


Kerakusan Umno meraih sokongan hingga membelakangkan keselamatan negara harus dipandang serius dan perlu diteliti kelaziman seperti ini agar ianya tidak berulang.


SAMM N.Sembilan juga menggesa kem tentera wajib dikawal dengan ketat, tidak sepatutnya longgar dan peristiwa kehilangan enjin jet Sukhoi harus dijadikan iktibar.


Sekiranya sedikit masa lagi ada enjin kapal selam pula yang dicuri, maka Umno harus dipersalah kerana tergamak mengajak orang ramai ‘berdangdut’ di perkarangan kem tentera.


Sekian


Hamizan Hj Bahtiar

Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan 

Kalau terdesak sangatpun.. janganlah sampai keselamatan negara pun nak dipandang ringan.. Apa jaminana pemimpin UMNO bahawa tiada perkara yang dirahsiakan dari umum akan bocor keluar kem?ASD

Read more ...

MARAHNYE DIA!!! YB Hamidah Osman 5 kali angin di Bukit Gantang


Berikutan sebuah program di jeti Kelip-Kelip Kampung Dew di DUN kuala Sepetang didalam Parlimen Bukit Gantang pada petang 11 Nov 2012.


Jam 4 petang.....Dalam keadaan hujan lebat ketika itu menjadi panas buat YB Hamidah Osman (exco pelancongan Perak).
Apa tidaknya...?? 

Hamidah naik angin 5 kali kata penduduk kampung....hehehe....
Naik angin 1: Hamidah terpaksa datang sendirian setelah MB Zambry tidak hadir tanpa sebab.

Naik angin 2: Udah le Hamidah datang sorang...sekor wakil dari UMNO Bukit Gantang pun tak sambutnya diprogram tersebut....hahaha....

Naik angin 3: Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Datuk Rosli (ADUN Terong) pun tak datang dengan alasan tiada dijemput,wahal dalam Bahagian-nya sendiri. 

Naik angin 4: Tapi aku dimaklumkan ada jemputan,sebab ada bukti surat jemputan kata seorang penduduk disini, jadi sebab YB Rosli tak mahu datang mungkin tak berapa sebulu dengan YB Hamidah...hahaha....

Naik angin 5: Paling kritikal apabila pengerusi persatuan Kelip-kelip (Kecap) yang juga Tok Ketua Kampung  Air Putih En. Mat Nor Saleh pun tak datang.

Hahaha.... Hamidah dikatakan amat berang diprogram tersebut yang dikatakan persiapan program amat gah dengan 9 agensi terlibat buat pameran dilokasi.
Hamidah hanya berucap pendek saja dan sempat menanam sepokok pokok berembang di tepi jeti tersebut...

Rata-rata penduduk di kampung Dew kecewa dengan program ini yang dikatakan hanya membuang masa mereka kerana tiada apa-apa kebaikan dengan kehadiran YB Hamidah....udah angin satu badan, tak ada apa2 janji le....hahaha....

Naik angin bonus: YB Hamidah sempat membelek kerusi-kerusi yang di sumbangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Nizar yang berada di atas jeti kampung Dew...dengan kelu seribu bahasa.....hahaha.....Orang ni

Read more ...

MAI BACA!!! Siapa kata UMNO tak lawan yang lawan murtad?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYve21a6ms8Hup6JiIgynTgtkBVd1E41o7F-DJSvKdfOi_Lqv_OnN6T0EE-U9wPsnjhIfChB9OGCr1BONIzHbVKNaqF8uhFp2aXHCGXgi3hAIVYlO3vV86jNI1XCVkn53QSHmDranhmG_a/s1600/pemimpin+umno+hina+islam.jpg

Oleh Penarik Beca
 
Umno lawan Nurul Izzah Anwar kononnya kerana marah murtad. Siapa kata Umno tak lawan yang lawan murtad? Lihat carian dalam Internet:

Pada
25 Mac 1998, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi telah ditolak atas alasan tidak perlu disegerakan.

Pada
1 November 1999, usul untuk menangani gejala murtad dari  Ahli Parlimen Marang telah ditolak ke bawah di dalam senarai sehingga beliau tidak mendapat laluan untuk membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub selaku Ahli Parlimen Kubang Kerian pernah  mengemukakan
rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. Percubaan Salahuddin ditolak mentah-mentah.

Salahuddin juga pernah mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam. Percubaan itu juga ditolak.


Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 termasuk peruntukan menangani murtad. Umno bukan sahaja tak mahu sokong malah memfitnahkan habis-habisan rang undang-undang itu.

Read more ...

SIDANG DEWAN NEGARA TANGGUH?!!! Pilihanraya kemungkinan besar berlaku pada tahun ini juga




Foto DS Nizar bersalam dengan besan YB Ahli Parlimen Pasir Puteh,pada 3 November lalu.Foto diambil di perkarangan rumah pengantin lelaki. 
Sewaktu penulis mengikut DS Nizar ke majlis walimahtulurus penduduk di Taman Purajaya Simpang,penulis bertanya sekali lagi  betulkah sidang dewan Negara tangguh. DS Nizar menyatakan surat notis penangguhan telah dikeluarkan kepada YB Senator. 
Persidangan Dewan Negara yang sepatutnya pada 3 Disember- 17 Disember ini ditangguhkan.  

Sehubungan dengan itu DS Nizar menyatakan ,kemungkinan PRU 13 pada tahun ini juga, pada bulan Disember ini. sisi bukit

Read more ...

KAMERA AES PATUTNYA DI BALAI POLIS!!! Wanita Indonesia dakwa dirogol tiga anggota di balai polis

 
Wanita Indonesia dakwa dirogol tiga anggota di balai polis

BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.


Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan oleh tiga orang anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi di Perai dan kemudian dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.

Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu .

“Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.

“Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.

“Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari,” katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim.

Mangsa berkata, selepas pemandu teksi dilepaskan, dia telah dibawa oleh tiga anggota polis tadi ke balai.

Menurutnya, sebelum dirogol beg tangannya digeledah dan dia diberitahu akan dimasukkan ke lokap.

“Saya merayu sekali lagi supaya mereka melepaskan saya dan bertanya apa yang mereka mahukan. Setelah memberitahu saya tidak mempunyai wang, seorang anggota polis meminta saya melayan nafsu mereka.

“Kerana takut, saya terpaksa mengikut kehendak mereka dan saya dirogol bergilir-gilir oleh mereka di dalam sebuah bilik di kawasan balai polis,” katanya.

Menurut mangsa, dia kemudiannya dihantar pulang ke Taman Impian Alma pada sekitar jam 7.50 pagi dengan menaiki kereta milik salah seorang anggota polis.

Malah, katanya, dia turut diugut supaya menyembunyikan hal itu.

Mangsa yang berasal dari Jawa Tengah dan tinggal di Malaysia sejak hampir dua tahun lalu terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, pada jam 3 petang semalam.

Sementara itu, Chiek Tuan berkata, kes seperti ini menjejaskan imej polis yang selama ini dipandang baik melakukan tugas menjaga keselamatan negara.

“Kes ini tidak sepatutnya berlaku di kalangan anggota polis. Pihak polis sewajarnya memandang serius kes seperti ini dan mengambil tindakan tegas ke atasnya,” katanya.

sumber : SH

Read more ...

Saturday, November 10, 2012

TALIAN HAYAT UMNO!!! Saluran 1 digesa bangun menentang gelombang anak muda sokong Pakatan




Propaganda kononnya pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya dimainkan....alahai...


Veteran Umno digesa bersedia bantu parti menangi PRU 13
 

KUALA TERENGGANU, 10 Nov — Anggota Veteran Umno Malaysia harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Pemangku Pengerusi Veteran Umno Malaysia Datuk Mohd Zahid Sirat berkata ini kerana pilihan raya umum akan datang bukan sahaja menentukan ‘hidup mati’ Umno tetapi juga hala tuju bangsa Melayu.

“Pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan di negara ini. “Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5, di sini hari ini.

 
Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan Barisan Nasional.

“Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara,” katanya.

Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.



“Melayu dan bumiputera mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam,” katanya. Beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan pelbagai gejala negatif termasuk tindakan cuba menodai kesucian agama Islam oleh pihak tertentu.

Sebanyak 545 anggota Veteran Umno dari seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini.

Read more ...

GAMBAR PENCACAI UMNO!!! Kalau dikata macam beruk puak ni marah, tapi tengok la sendiri .......

RAKAMAN GAMBAR TIDAK BERDUSTA!!!!

Lihat dengan mata kepala sendiri bukan admin bercakap pakai air liur basi.

Beginilah gelagat dan perangai para "NGO" berdarah UMNO pekat kaw-kaw, apabila membuat demo.

1) Tiada sambutan    2) Menunjukkan isyarat lucah bagi meluahkan perasaan.

Apakah mereka fikir dengan cara begini maka berduyun-duyun rakyat diatas pagar akan menyokong UMNO?

Ianya lebih mencerminkan keperibadian UMNO itu sendiri.

Bila UMNO sudah nak tumbang maka para penyokong totoknya akan berasa resah gelisah, panik dan gundah.

TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG... NANTI JAWAB NAJIB... PUTRAJAYA NAK HILANGGGGGGGG.OMAK KAU

Read more ...

BN MAKIN TERTEKAN!!! Najib diasak pengikut Muhyiddin kerana lambatkan pilihanraya?

PEMBERONTAKAN TERBUKA
Akhirnya umum sudah mengetahui. Pergelutan antara Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin semakin memuncak sedang negara semakin hampir kepada pilihan raya umum ke-13 di mana parti pemerintah BN dijangka kehilangan penguasaan selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan.

"Saya tidak terkejut dengan perkembangan terkini. Terdapat cakap - cakap perebutan kuasa semenjak kebelakangan ini. Pengikut Muhyiddin boleh menghidu peluang dan mereka mahu memastikan dia mendapat giliran di kerusi PM manakala mereka akan mendapat bahagian gula-gula mereka yang sewajarnya," naib presiden PKR dan ketua bahagian Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Mereka menyalahkan Najib kerana melambatkan pilihan raya umum sehingga kini apabila ia sudah jelas BN telah hilang kelebihan mereka dan mereka semua terpaksa berjuang untuk mempertahankan kerusi mereka."

JuiMeng telah bertindak balas terhadap laporan berita poster misteri yang terdapat di bahagian-bahagian strategik Johor, yang juga merupakan tempat kelahiran Muhyiddin, menggesa agar ahli parlimen Pagoh itu menggantikan Najib sebagai Presiden Umno dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Poster menunjukkan gambar Muhyiddin berlatarkan bendera Malaysia dengan kata-kata 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU ke-13' serta 'Selamatkan Barisan Nasional'.

Master of procrastination, worsening the BN's chances
Imej poster, yang menggunakan logo BN dan Umno yang juga diterbitkan oleh BN Johor, telah ersebar dengan meluas di Facebook. Pemuda Melayu yang mengedarkan poster di kawasan yang sibuk dan pusat membeli-belah di pusat-pusat bandar seperti Skudai Johor juga telah dikesan. Poster pertama yang dijumpai dalam kuantiti yang banyak pada Hari Merdeka Jumaat lepas.

Mungkin ia adalah kebetulan tetapi Najib yang tidak tahu menahu memberi kejutan besar kepada negara pada hari Ahad apabila dia membayangkan bahawa PRU ke- 13 akan diadakan pada bulan November, bulan ke-11 dalam kalendar. 11 adalah nombor kegemaran beliau.

Pemerhati Umno tidak fikir Najib ikhlas. Mereka percaya Najib yang berusia 58 tahun itu akhirnya mengalah kepada tekanan daripada rakan-rakan dalam parti untuk mengadakan pemilihan pada tahun ini. Antaranya adalah Muhyiddin, yang telah dengan secara terbuka mendesak pilihan raya untuk diadakan pada bulan September.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga telah mendesak agar PRU diadakan pada tahun ini, tetapi mereka yang rapat dengan Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah memberitahu bahawa pasangan pertama ini lebih suka jika pilihanraya diadakan pada tahun depan selepas reaksi terhadap Bajet 2013 diketahui

"Ia sememangnya satu rahsia terbuka bahawa ramai panglima UMNO sudah bosan akan penangguhan ini. Mereka percaya Najib memburukkan peluang BN dengan membenarkan ia untuk meleret. Ia memberikan Pakatan peluang untuk memainkan isu terhadap mereka dan banyak juga yang talah didedahkan oleh PKR, PAS dan DAP sudah mengena sasaran," kata Jui Meng.
"Poster Muhyiddin adalah mesej yang jelas kepada Najib. Lebih baik berhenti untuk cuba menjadi enyeleweng dan mendengar hasrat majoriti panglima Umno atau mereka akan memberontak secara terbuka terhadapnya. Mereka juga boleh campakkan dia keluar sebelum PRU ke-13, itulah yang mereka beritahu kepadanya. perkara yang sama telah berlaku kepada Badawi dan Mahathirlah orang yang dipercayai bertanggungjawab. Mahathir yang kini nampak tenang tetapi kem Muhyiddin tidak akan bertindak tanpa izin orang tua itu. Mahathir masih kuat di dalam Umno kerana kuasa wang "

Walaupun Jui Meng tidak menolak kemungkinan bahawa saingan Najib dalam Umno mungkin akan cuba membuang dirinya sebelum PRU ke-13, beliau percaya ada kemungkinan Najib akan dibenarkan untuk membawa obor Umno BN dalam pilihanraya penting di mana Pakatan bakal meraih kemenangan jika tiada terdapat "penipuan di peti undi".

"Jika BN kalah, Najib akan dipecat atau terpaksa berhenti serta-merta. Jika BN menang, dia akan diberi masa sedikit lebih namun masih perlu berundur pada pemilihan parti Umno yang mesti diadakan menjelang bulan Oktober 2013. Apa pun keputusannya , giliran Najib sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri sudah tamat. Sedihnya, sejak 4 tahun yang lalu, dia telah menunjukkan dia tidak boleh melakukan melaksanakan tanggungjawab itu," kata JuiMeng.

Johor merupakan salah satu daripada beberapa negeri dimana Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk menangi di dalam pilihan raya 2008. Walau bagaimanapun, keadaan adalah tidak menentu pada PRU yang akan datang yang dijangka akan diadakan pada bulan November, dengan Pakatan dijangka memenangi semua kawasan bukan Melayu serta beberapa kawasan teras Melayu.

Sambutan yang positif dari tanah Johor telah meyakinkan PAS untuk memutuskan memberi alahudin Ayob, naib presiden untuk bertanding sebuah kerusi disana. Jika Salahudin dan Pakatan menang di negeri itu, Salahudin dijangka akan dinamakan sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Bukan kami Umno Johor, betul ?
Sementara itu, Umno Johor telah menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu. Mereka mendakwa poster adalah taktik terdesak Pembangkang bertujuan menyebabkan perselisihan faham di antara pemimpin-pemimpin Umno.

"Ia adalah provokasi oleh pihak-pihak yang cuba untuk melemahkan perpaduan Umno Johor dan BN, yang kini memberi tumpuan kepada penyediaan jentera parti."Ia tidak boleh diterima untuk mengaitkan BN Johor sebagai pihak yang bertanggungjawab menerbitkan poster, "ketua Pemuda Umno Johor Zulkurnain Kamisan dilaporkan berkata kepada media.

"Bagi saya, ini merupakan satu strategi orang terdesak yang ingin Umno Johor dan BN bergaduh dan berpecah-belah. Walau bagaimanapun ia tidak akan melembabkan semangat Umno Johor dan semangat serta keazaman BN - Malaysia Chronicle

Read more ...

ROSMAH BUAT SEPOI!!! Pisahkan dua pasangan mempelai di majlis bersejarah mereka?

Kehadiran isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei sebentar tadi benar-benar mengejutkan!

Setelah tidak hadir dalam majlis yang sama malam semalam yang dikhaskan kepada para kenamaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Rosmah yang tidak mengikuti Najib malam tadi, rupanya kehadirannya malam ini memang sangat memalukan.

Mana tidaknya, Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual secara menunduk selang satu kerusi jaraknya!


Sepatutnya Rosmah duduk di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi menghormati hari bahagia mereka.

Walaupun Rosmah merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dia tidak sepatutnya membelakangkan majlis perkahwinan yang diadakan selama dua hari berturut-turut itu.


Majlis perkahwinan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini disiarkan secara langsung menerusi NTV7 selama sejam bermula 8.30 malam tadi.

Hadirin yang melihat Rosmah duduk di antara kedua pengantin kemudian dilihat saling berbisik sesama mereka dipercayai mempersoalkan kedudukan kerusi Rosmah yang dianggap janggal selain tidak mematuhi protokol walau yang hadir adalah perdana menteri sekalipun.


Pun begitu, sekiranya Chong Wei sendiri secara peribadi menjemput Rosmah hadir sebenarnya tidak salah tetapi yang menjadi persoalan tidakkah ia menimbulkan rasa pelik kepada penonton yang mengikuti majlis tersebut di kaca televisyen?


Buktinya, seorang pengguna akaun Facebook, Wu Loong Teo yang memberi komen di laman sosial itu milik DAP Cheras, bertanyakan kepada anak lelakinya siapa dan siapa yang berkahwin, dan jawapannya sungguh mengejutkan! Anaknya menjawab "Lee Chong Wei DAN Rosmah"!


(buktinya, klik pada pautan DI
SINI).

Seterusnya sila sambung bacaan anda di sini (
Jalan Pulang


ASD

Read more ...

MAI BACA!!! Cerita sebenar peristiwa roboh binaan haram di P.Pinang

BiNAAN 'haram' pada rumah pusaka ini undang rasa tidak selesa serta mengganggu kediaman jiran-jran sejak lima tahun lepas.
 
SEKUMPULAN Direktorat Penguatkuasaan Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) semalam menjadi mangsa keganasan 10 pemuda - dipercayai penyokong Umno - gara-gara mahu merobohkan sebahagian binaan tambahan tanpa kebenaran membabitkan sebuah rumah milik Melayu di Sungai Gelugor, Sungai Pinang.
 
Seorang pemandu jentera turut dikasari selain cermin jenteranya dipecah oleh pemuda-pemuda misteri berkenaan.
 
Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi itu tergendala sehingga jam 11.30 pagi sebelum menerima campur tangan polis.
 
Dilaporkan, sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tertangguh sungguhpun aduan penduduk setempat kepada Majlis dilakukan sejak lima tahun lepas lagi.
 
Ekoran itu, beberapa blog serta Facebook mesra pembangkang Pulau Pinang - Umno dan Barisan Nasional - mula menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.
 
PenangInsight.com pagi tadi cuba mendapatkan maklum balas Jabatan Pembangunan MPPP mengenai insiden yang dikatakan membabitkan rumah pusaka seorang warga emas (kiri) berbangsa Melayu bersama anaknya.
 
Sumber memberitahu, langkah penguatkuasaan itu sebenarnya adalah hasil aduan jiran setempat sendiri sejak lima tahun lepas dan MPPP telahpun melaksanakan prosedur berwajib sebelum langkah akhir merobohkan binaan tanpa kebenaran itu cuba dilakukan semalam.
 
Malah kata sumber lagi, Majlis pernah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang.
 
Berikut adalah kronologi kes bagi membuktikan MPPP mengikut prosedur sebelum langkah meruntuhkan binaan haram itu cuba dilakukan semalam.
 
2007, 1 Oktober – Satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan ke atas kerja-kerja pindaan dan tambahan yang telah dijalankan tanpa kebenaran. 
 
Majlis juga telah menerima aduan berhubung pembinaan ini.  
 
Tambahan adalah dari jenis tiang dan konkrit bertetulang berukuran 10' 0'' x 80' 0'' dan juga pada bahagian depan 20' 0'' x 10' 0''. 
 
Tiada sebarang pelan dan kelulusan diperolehi dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.
 
2007, 11 Oktober – Notis susulan dibawah Sek.72(6) Akta Jalan Parit dan bangunan dikeluarkan memberi tempoh 30 hari kepada pemilik untuk meroboh dan mengosongkan premis terbabit .
 
2008, 2 Januari – Notis 24 jam Sek.97 dikeluarkan meminta pemilik mematuhi arahan notis sebelum ini dan juga notis untuk memberi MPPP kuasa untuk memasuki bangunan bagi tujuan penguatkuasaan.
 
2008, 21 Julai – Kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk kesalahan dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 En.Md.Noor bin Tahir pemilik premis  telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/=.
 
2008, 4 November - Kes ini kemudiannya dibentang ke mesyuarat JPO pada untuk tindakan perobohan.
 
2009, 19 Januari - Penguatkuasa telah memberikan amaran lisan kepada pemilik premis.
 
2009, 17 Februari - Satu surat rayuan daripada YB Koid Teng Guan telah diterima meminta Majlis menangguhkan tindakan perobohan dan beri tempoh masa kepada pemilik untuk mematuhi notis. 
 
Rayuan ini telah dipanjangkan kepada Tuan SU utk pertimbangan dan pemilik diberikan tempoh 3 bulan untuk patuhi undang-undang.
 
2009, 12 Mac - Surat makluman kepada YB Koid Teng Guan dan pemilik berkenaan lanjutan tempoh 3 bulan telah dikeluarkan pada 12/3/2009. 
 
Untuk makluman pemilik tidak mengemukakan sebarang permohonan pelan bangunan kepada majlis sehingga kini dan struktur haram di tapak juga dibiarkan terbengkalai dan tidak dirobohkan. 
 
Tempoh lanjutan juga telah tamat dan tiada sebarang permohonan dikemukakan.
 
2012, 7 Disember – Pengadu En.Zulkifly menghantar emel kepada Majlis menyatakan kelewatan Majlis mengambil tindakan ke atas aduan yang beliau yang telah berlarutan selama 5 tahun.
 
2012, 25 Julai – Memo jabatan kepada Penguatkuasa minta tindakan penguatkuasaan dijadualkan.
 
2012, 28 Ogos – Surat pemberitahuan kepada YB Kawasan Tuan S.N Rayer dan juga kepada YB Exco dikeluarkan untuk memaklumkan  tindakan penguatkuasaan yang akan diambil ke atas premis ini.
 
2012, 4 Oktober – Surat maklumbalas dari YB kawasan Tuan S.N.Rayer diterima memaklumkan yang pihak YB tiada bantahan ke atas tindakan penguatkuasaan.
 
2012, 7 November – Memo diterima dari Pejabat Penguatkuasa memaklumkan yang perobohan akan dilaksanakan pada 8.11.2012 ke atas premis tersebut.
 
2012, 8 November – Jam 10.00 pagi tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah. 
 
Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit, bermula jam  lebih kurang 10.00 pagi dan pada jam 11.30 pagi operasi terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak.
 
Di mana pada jam lebih kurang 11.15 pagi terdapat sekumpulan ( 10 orang ) pemuda melayu tiba dan membuat kecoh ditapak.
 
Pemandu jentera berantai telah dikasari oleh pemuda-pemuda terbabit dan cermin kaca jentera tersebut telah ditendang hingga pecah oleh salah seorang daripada mereka. 
 
Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal.
 
"Kronologi kes ini akan dibentangkan kepada kepemimpinan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat, mungkin minggu depan untuk menolak fitnah pihak-pihak tertentu," ujar sumber kepada PenangInsight.com.

Read more ...

TU DIA!!! Rezeki UMNO kena spray, kurang sikit duit kroni


Kamera yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk merompak rakyat Malaysia yang memandu kenderaan ini terletak di Sungkai, KM 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur , Koordinat GPS: 3.9657, 101.3270.

Ini leteran dari Ameno World pasal isu ni..

Kita kena bantah AES. Tetapi kena gunakan cara yang betul. Bukan merosakkan AES. Setiap AES yang rosak pasti akan diganti semula. Dan setiap satusen yang diganti semula itu bukan la kedua2 syarikat itu petik dari langit oke.


Mereka keluar dari poket rakyat malaysia melalui pelbagai cara dan tersangatlah bodoh bagi mereka2 yang pergi merosakkan AES. Mereka tidak tahu bagaimana sistem ini berjalan. Bahkan, jika PR amek alih pusat sekalipun bukan semudah ABC untuk PR batalkan perjanjian AES.


Semua tue dah didokumentasikan. Silap2 pusat kena bayar ganti rugi yang amat2 tinggi ketika membatalkan perjanjian tersebut. Sedar tak? Sebab tue kena bantah AES ikut akal. Bukan ikut emosi. Ko spray pun so what? Lepas tue AES akan dimahsuhkan?


Ko boleh spray banyak2 tetapi AES akan kekal disitu. Yang rugi tetap kita juga sebab akhirnya wang rakyat digunakan untuk gantikan apa yang rosak disebabkan tindakan bodoh sesetengah pihak.


Ini tingkahlaku yang kita tak boleh tiru. Bahkan tak patut tiru. Sila berhenti disini.


Berhenti jika ada niat nak merosakkan mana2 AES yang wujud. Kerana setiap satu yang rosak itu akhirnya kita seme secara kolektif perlu membayarnya kembali di kemudian hari. Nafsu dan emosi ko tak membantu sesiapa pun disini.


Rekod, gambar di atas dihitamkan wajah orang tue bukan sebab dia yang rosakkan AES.

Tetapi sebab taknak orang sangka bahawa dia rosakkan AES. Kang kena tuduh plak dia.


Oleh kerana dulu ada di antara kita yang tatau berapa jumlah kos pemasangan seunit AES, mungkin dorang tak rasa sedih bila nak rosakkan mana2 AES. Tetapi sekarang korang dah tahu. Sila berfikir dalam2 sebelum melakukan sesuatu. AES harus dihapuskan bukan dirosakkan ~
Ameno World

Ameno World berleter sebab mengikut perkiraannya kos bagi setiap AES yang dipacak ialah RM862,815.88 sila lihat disini (
Ameno World )

Read more ...

Friday, November 9, 2012

LABIS!!! Kubu kuat MCA yang mungkin terlepas dalam PRU 13

Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia baru. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung untuk menjadi pertempuran hangat oleh sebab dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.

JOHOR BAHRU, 10 Nov — Labis adalah seperti pulau, jauh dari kebisingan kota, tidak ada siapa yang akan percaya bahawa kerusi parlimen ini dipegang oleh dua bintang utama MCA selama enam penggal iaitu bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Dr Chua Sio Lek yang sekarang ini memimpin MCA. 

Namanya, sesetengah ahli sejarah percaya berasal dari nama “labi-labi” yang menyerupai kura-kura; bergerak perlahan dan kelihatan mengantuk.

Kebanyakan penduduk bekerja di estet getah atau ladang kelapa sawit, manakala yang lain adalah peniaga kecil, kakitangan kerajaan atau hanya singgah melalui bahagian Johor yang sibuk.

Di sini, seseorang tidak dapat mendengar kebisingan industri mahupun melihat asap putih mencemarkan langit oleh kerana kilang terdekat adalah berbatu-batu jauhnya.

Selepas 7.00 malam, bas tidak lagi melalui jalan raya di bandar ini – lagipun, jarang penumpang turun di perhentian ini.

“Labis menjadi kawasan terpencil selepas pukul 7.00 petang ... laut mati. Lebih ironi lagi ... Ling Liong Sik merupakan menteri pengangkutan ketika beliau memegang kerusi Labis,” kata penduduk tempatan, S. Madhavan baru-baru ini apabila ditemui.

Tey Koh Hout yang berumur enam puluh tiga tahun mempunyai perkara sama untuk dikatakan.

“MCA ... mereka semua sama, bukankah begitu? Mereka mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan dan mereka lupa siapa yang mengangkat mereka,” katanya kepada portal berita ini.

“Terdapat banyak kemarahan kepada MCA ... kadang-kadang, mereka terlalu marah sehingga lupa mengapa mereka marah. Tetapi mereka tahu dan yakin bahawa mereka mahukan perubahan,” kata Tan Chin Guan, pemimpin DAP tempatan.

“Penduduk Labis disembelih dalam pelbagai cara… tetapi mereka tidak tahu, mereka tidak berdosa.

“Tetapi hari ini, sesetengahnya sudah bertukar arah ... mereka mengatakan mahu mencuba sesuatu yang baru,” kata bekas pegawai kepada menteri pendidikan, G. Krishnabagwan.

Madhavan, Tey, Tan dan Krishnabagwan, yang ditemui secara berasingan baru-baru ini, adalah diantara 22,600 pengundi bukan Melayu yang dianggarkan membentuk 62 peratus daripada 36,000 pengundi di Labis.

Suara mereka bergema dengan peningkatan orang bukan Melayu disini menentang MCA juga boleh menjadi tanda buruk kematian parti Cina terbesar itu, yang telah berjuang sejak prestasi suramnya dalam pilihan raya umum (PRU) 2008 untuk menawan semula sekurang-kurangnya sedikit sokongan Cina yang hilang.

Semasa wawancara satu sentimen tidak dapat dinafikan, sejumlah besar pengundi bukan Melayu di Labis pro pembangkang.

Mereka yang ditemuramah terlalu cepat untuk menyalahkan MCA dan Barisan Nasional (BN) bagi setiap kesusahan dihadapi - dari banjir biasa dikawasan kejiranan mereka dan kekurangan lampu jalan kepada kekurangan peluang pekerjaan dan perumahan mampu dimiliki.

Tan, berusia 60 tahun dan boleh berbahasa Inggeris, menguarkan lagi sentimen dilihat apabila berkata bahawa sesetengah pengundi berasa begitu marah terhadap MCA sehingga mereka lupa alasan kemarahan mereka.

“Tetapi ia masuk akal ... apabila anda melihat wajah-wajah sama setiap hari, membaca tentang nama-nama sama, dan kehidupan anda tetap sama, anda cenderung untuk mahu sesuatu yang berbeza. Selalunya MCA ... Tun Ling selama bertahun-tahun, selepas itu Soi Lek ... sekarang Tee Yong,” katanya, yang terakhir merujuk kepada penyandang ahli parlimen, anak Dr Chua.

“Anda mula berfikir dalam diri sendiri, mari kita mencuba sesuatu yang baru. Apa salahnya kan? Kita sentiasa boleh menukar kembali kerajaan sekali lagi,” katanya, semasa temu duga di rumahnya di pusat bandar Labis di sini.

Tun Ling, yang merupakan Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA selama 17 tahun sehingga tahun 2003, memegang kerusi Labis Parlimen selama lima penggal dari tahun 1986, tahun yang sama beliau menyertai kerajaan dan memimpin parti.
Beliau telah digantikan oleh Dr Chua pada PRU 2004, selepas dilantik sebagai Menteri Kesihatan dalam pentadbiran Abdullah.

Kerusi itu disandang oleh Datuk Chua Tee Yong, anak kepada Dr Chua, yang mengambil tempat bapanya selepas skandal seks pada tahun 2007 memaksa ahli politik veteran itu untuk keluar dari politik sketika, beberapa bulan sebelum pilihan raya 2008, tidak kurang daripada itu.

Tee Yong dikatakan mempunyai keberanian dan kelantangan sama seperti bapa beliau.

Mengambil kira usia mudanya, baru 35 tahun — reputasinya sebagai orang yang menuduh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terlibat dalam skandal perakaunan RM1 bilion Talam Corp, Chua dikatakan popular di kalangan pengundi Labis.

Tetapi semangat dan kemudaan mungkin tidak cukup untuk memenangi permainan bagi MCA di Labis, yang menjadi pentas pertempuran politik di selatan.

Bukan Tee Yong yang pengundi bukan Melayu tentang – tetapi bendera parti beliau mengingatkan pengundi kenangan tahun-tahun diabaikan sebelum ini.

“Presiden MCA sekarang,  lebih baik. Anak beliau selalu kesini, kami sering melihatnya.

“Dulu, Dr Ling langsung tak datang… Saya fikir reputasi beliau menyebabkan MCA bercelaru,” kata seorang penjual minuman yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tan.

“Semua orang panggil Dr Ling ‘yes man’. Lelaki lemah. Orang Cina disini apabila bercakap tentang MCA, disamakan dengan kelemahan.

“Ia bukan satu kebencian mendalam. Tetapi yang pasti, orang bukan Melayu menyokong pembangkang DAP,” kata Encik Tan.

Bapa kepada dua anak bersetuju bahawa bandar Labis tidak menyaksikan pembangunan sejak beberapa dekad lalu, menunjukkan bahawa penuaan penduduk yang hilang dengan cepat untuk mendapatkan peluang lebih baik di tempat lain.

Beliau menjelaskan bahawa anak-anaknya juga terpaka bekerja di Singapura, sambil menambah bahawa dia hanya tinggal di Labis untuk “meluangkan masa” selepas isterinya mengalami kejatuhan semasa tinggal di Kuala Lumpur.

Tey, yang ditemui di rumah teres buruk setingkat di Taman Indah, pusat Labis, mengakui bahawa dia sering melihat Tee Yong di kawasan parlimen tersebut.
Beliau berkata pemimpin itu berkemampuan dan bijak, memiliki karisma seperti bapanya, akan tetapi beliau membawa bendera parti yang salah.

“Saya mahu roket ... roket yang terbang ke bintang. Kami mahu perubahan .... DAP adalah lebih baik,” kata pesakit strok berusia 62 tahun itu.

“Kadang-kadang saya berfikir bahawa semua yang Tee Yong lakukan hanya melihat di sana sini dan menunjuk di sana sini ... tetapi sebenarnya, tiada apa dilakukan,” katanya dengan nada baik.

Untuk Krishnabagwan, kegagalan terbesar parti pemerintah adalah kadar perlahan pembangunan Labis, yang menurut beliau masih belum mencapai potensi sepatutnya.

Beliau menegaskan bahawa dalam mana-mana kedai runcit di Labis, pemiliknya hanya akan mempunyai satu aduan - mereka berkhidmat  kepada pelanggan sama pagi dan petang.

“Belia meninggalkan kita. Yang tinggal menjadi samseng .. mereka terlalu miskin untuk meneruskan pelajaran mereka,” katanya.

Lebih menarik lagi, di Labis, tidak seorang pun penduduk bukan Melayu yang bimbang atau takut dengan hukum hudud, kanun keseksaan Islam dimainkan oleh MCA menjelang pilihan raya sebagai bahan kempen.

Parti itu menjelajah seluruh negara, memberitahu pengundi bukan Melayu bahawa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR), PAS yang kononnya dominan akan menguatkuasakan undang-undang hudud, dimana tangan akan dipotong bagi yang mencuri, termasuk kepada yang tidak menganut agama Islam.

“Hudud? Kenapa perlu takut? Orang lain perlu bimbang. Saya bukan Islam,” kata Encik Tan kepada The Malaysian Insider.

Tey hanya menepis, menyatakan, “Mengapa perlu bimbang tentang sesuatu yang bukan agama kita?”

Tan (Chin Guan) hasil tinjaun di akar umbi, sesetengah pengundi Cina khuatir, kebanyakan akan berpuas hati apabila diberitahu bahawa ancaman hudud hanyalah taktik memancing undi oleh MCA.

“Mereka tahu apa yang sedang berlaku .. kita telah mengadakan banyak perhimpunan untuk memastikan mereka faham,” katanya.

Dipercayai bahawa Tee Yong berkemungkinan akan mempertahankan kerusi Labis, walaupun ada cakap-cakap tentang bapanya mungkin bertanding semula dalam pilihan raya akan datang di kawasan tersebut.

Cakap-cakap di pekan sekarang adalah Chua mungkin akan bertanding di Batu Pahat dimana pengundi Cina seramai 46 peratus daripada populasi dan membiarkan Labis untuk anaknya.

Tetapi ada juga telah mencadangkan bahawa skandal seks lalu Dr Chua, walaupun tidak lagi mendapat perhatian, mungkin menghalang peluang presiden MCA di kalangan pengundi wanita, menghalang beliau untuk bertanding lagi dalam PRU kali ini.

Bagi pembangkang DAP, Senator S. Ramakrishnan, yang dilihat bekerja di Labis sejak pilihan raya kecil Tenang Januari tahun lalu, dijangka untuk bertanding bagi kerusi Labis.

Langkah ini dilihat sebagai satu langkah strategik bagi DAP — jika benar undi Cina bersama pembangkang, kemasukan Senator Ramakrishnan ini ke dalam perlawana mungkin mandapatkan undi India yang diperlukan bagi membantu PR menang di Labis.

“Terdapat ramai orang India masih di atas pagar ... kemarahan belum hilang dengan MCA dan BN dan saya fikir ini akan membuat perbezaan,” kata Madhavan.
Tetapi Naib Pengerusi MCA Johor Steven Teoh mempunyai pandangan yang berbeza.

“Memang benar ... kita telah berada di sini selama setengah abad ... sudah tentu dalam bertahun-tahun, perjalanan panjang kehidupan ini, i adalah perkara biasa bahawa perkara-perkara yang baik dan buruk dilakukan.

“Orang cenderung untuk ingat kesilapan kita dan bukannya perbuatan baik kita. Jadi ia amat sukar bagi kita dalam MCA ... kita tidak boleh terus bercakap tentang kebaikan kita,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Gelang Patah.

“Tetapi apabila Dr Chua mengambil alih MCA, kita melalui transformasi yang pesat membangun, sangat berjaya,” katanya, sambil menambah kemudian dia pasti bahawa masa lalu presiden tidak akan mempunyai apa-apa daya tarikan dalam PRU akan datang.

Dengan kedua-dua seteru jurang politik yakin dengan peluang mereka, adalah sukar untuk melihat cara pengundian masyarakat Labis.

Semua ini, legasi Tun Ling itu, kelakuan kotor Soi Lek, Tee Yong yang muda dan bercita-cita tinggi mungkin melawan dengan seorang pemimpin India daripada DAP — diletakkan berlatarbelakangkan ketidakpuashatian pengundi menarik minat pemerhati politik pada PRU ke 13 akan datang.

Read more ...

PANAS!!! Johor bakal tumbang gngkara Ghani Othman?


Cakap-cakap kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya, Abdul Ghani Othman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih.

Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan.


Dia kata dah letih kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan.


Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong. Bermakna tak mendapat habuan politik.


Memang kasihan sungguh MB ini.


Sehubungan itu, Najib juga kelihatan letih kerana asyik turun padang bagi memastikan rakyat yakin dengan Barisan Nasional (BN).


Atau dengan kata lain di hati rakyat hanya BN bukan Pakatan Rakyat yang buat janji kosong itu.


Dalam perhimpunan Agung Umno tahun 2010, Shafie Apdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari kubu kuat Umno itu.


Naib Presiden Umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan Umno dalam PRU 13 nanti.


Perkara ini telah dinyatakan Ghani yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar-bandar di Johor, akan jatuh ka tangan Pembangkang, termasuklah pusat pentadbiran kerajaan negeri di Nusajaya.


Menteri Besar Johor telah membuat anggaran, 15 kawasan Parlimen daripada 26 keseluruhannya di negeri itu kedudukannya kini boleh dikatakan tak selamat.


Ada orang Umno sendiri yang kata, padan muka Ghani Othman, menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corporation (JCorp) yang mengalami kerugian besar.


JCorp yang dibina oleh Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai aset hampir bernilai RM14 billion.


Sejak Ali Hashim berhenti dari JCorp, Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan JCorp dengan membawa masuk beberapa orang luar, budak-budak yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai mengendalikan JCorp dan anak-anak syarikatnya.


Terutama sekali ia membelakangkan pengurusan JCorp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun.


Siapa yang tidak marah.


Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman, Jamal dan Ahmad Mohamad.


Yang sedihnya, penasihat sebenar di belakang Ghani ialah Lim Kang Hoo “superman”, tauke Danga Bay dan sekarang tugas mereka ini ialah untuk ‘merompak’ aset JCorp yang amat berharga saperti KFC Holdings dan QSR.


Hasilnya, tanah-tanah komersil dan akhirnya estet-estet yang dimiliki oleh Kulim.


Sesetengahnya berkata, jika umur panjang, tulislah dalam buku diari masing masing apa yang berlaku  dalam masa lima tahun itu, semua harta-harta ini akan habis.


JCorp kini mempunyai hutang hampir RM3 billion, nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini, tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang JCorp menjadi RM 5.5 billion melalui anak-anak syarikatnya yang makin bermasalah.


Sebab itu Ali marah sekali, malangnya komennya tidak disiarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah disenarai hitamkan.


Ternyata Johor kini berdepan dengan situasi sulit mengekalkan statusnya sebagai 'tiang seri Umno' kerana tsunami politik fasa kedua bakal membadai negeri itu lebih dahsyat dari pilihanraya umum lalu. 
 
JALAN PULANG 

Read more ...

BUKTI !!! Penyamun UMNO makan duit rakyat bila ada kuasa

Rekod menunjukkan Seri Temin beri sumbangan untuk CEO sendiri

Oleh: SAIBURI SUDIN

Dato’ Syed Sobri Syed Hashim ADUN BN Kuala Nerang adalah bekas CEO Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC). Sebagai CEO dia sudah menerima gaji dan elaun berdasarkan kedudukannya.

Tetapi dalam rekod catatan akaun dan baucer STDC menunjukkan STDC telah memberi
sumbangan kepada Syed Sobri (selain dari gaji dan elaun yang diterimanya). 
 
Di bawah item ‘sumbangan’ semua pembayaran adalah kepada pihak yang tiada kaitan dengan urusniaga syarikat. Berikut adalah antara catatannya:

1) Tarikh 07.05.2003, (No. cek) 985494 -
RM 300.00

2) 12.06.2003, (985515) -
RM 84,000.00

3) 29.08.2003, (37725) -
RM 5,000.00

4) 08.07.2003, (28915) -
RM 2,249.00

5) 23.06.2004, (133223) -
RM 5,720.00

6) 27.04.2005, (269735) -
RM 6,900.00

7) 02.05.2005, (269748) -
RM 2,350.00

8) 13.07.2005, (310274) -
RM 1,211.90


Persoalannya, mengapa CEO STDC luluskan sumbangan untuk dirinya sendiri? Syed Sobri dan BN Kedah kena jawab. Pendedahan dan pendedahan yang dibuat satu pun tidak pernah dijawab. 
 
Berdasarkan pengalaman BN, mereka cukup pantas beri penjelasan dalam apa-apa isu kontroversi… siap dengan sumpah laknat dalam masjid, tapi mengapa dalam isu Skandal RM7.5 juta STDC BN Kedah hanya menyepi?

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN
 
Kedah La 

Read more ...

TAK HORMAT AZAN!!! 20 ahli Perkasa buat demo mencarut depan balai polis


KERTEH 9 November: Kira-kira 20 ahli Perkasa biadap dan tidak menghormati agama apabila melakukan demontrasi ketika azan berkumandang di Masjid Sultan Mizan di sini, tengah hari ini.


Mereka membawa kain rentang dan berkumpul depan balai polis Kerteh sambil terjerit-jerit menghambur kata kesat kepada rombongan bas Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah untuk solat Jumaat.


Namun, gangguan itu tidak menghalang jemaah masjid menyambut kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun kedudukan lokasi demontrasi berkenaan hanya dipisah dengan jarak 50 meter.


Keadilan Daily yang turut menyertai siri Jelajah Merdeka Rakyat, difahamkan kumpulan ahli Perkasa yang mengadakan demontrasi itu, bukan penduduk tempatan.


Mengikut jadual, Anwar bertemu rakyat dalam jamuan di Kampung Gelugor, Kerteh, selepas solat Jumaat.


Jam 4.30 petang pula, Ketua Umum KEADILAN itu mengadakan ceramah dan bersantai di Syahbandar, Kuala Terengganu.


Selepas solat dan tazkirah Maghrib di Surau Ladang Sekolah, Kuala Terengganu, Anwar dijadual berucap pada ceramah perdana di Markas KEADILAN, Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, Hulu Terengganu.


Beliau juga berceramah di ceramah di tapak pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.


Selain Anwar, antara penceramah lain yang dijangka berucap ialah Datuk Saifuddin Nasution; Azan Ismail; Dr Alias Abdul Razak; Rafizi Ramli; Abdul Rahman Yusof;, Mahyuddin Abdul Rashid dan Ng Chai Heng.


*** Untuk menonton rakaman kejadian:
(klik)

Read more ...