Saturday, January 26, 2013

TIADA SAMBUTAN!!! Acara bakar bible tak jadi, tiada kelibat Perkasa dan gerombolan Hafiz Nordin?

burn bible event at dewan ahmad badawi 270113Acara membakar bible yang didakwa akan berlangsung pada jam 10 pagi di Butterworth, Pulau Pinang hari ini didapati tidak berlaku seperti digembar-gemburkan.

Wartawan hadir ke Dewan Datuk Ahmad Badawi – tempat acara itu didakwa akan dilangsungkan – sejak jam 9.30 pagi dan mendapati ia dikawal beberapa orang anggota polis.

Read more ...

HARUSSANI KATA KAFIR!!! Nak tembak PAS, terkena Fathul Bari

Harussani: Jadi kafir jika biar pihak lain guna kalimah Allah

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Dato' Seri Abdul Rahman Maidin hangatkan suasana pilihanraya di Parit Buntar


PARIT BUNTAR :  Usaha Lujnah Penerangan PAS Kawasan Parit Buntar menjemput tokoh-tokoh hebat menyampaikan ceramah di Parit Buntar menaikkan suhu politik semakin hampir dengan pilihanraya umum ke 13.


Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, Sebelum ini PAS Parit Buntar membawa turun Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berceramah di Parit Buntar.
 

" Kali ini PAS Parit Buntar menjemput seorang lagi tokoh ternama iaitu Dato' Seri Abdul Rahman Maidin , seorang ahli korporat terkemuka yang menyertai PAS baru-baru ini. 

Read more ...

FAILED...FAILED...FAILED!!! Demo Perkasa tiada sambutan, sungguh mengecewakan

FAILED! FAILED! FAILED! FAILED! FAILED! FAILED!
Itulah kata-kata kecewa Ketua Penyelaras Perkasa Kuang Sdr. Azizan Ismail kerana demonstrasi aman bantahan mereka terhadap "Kalimah ALLAH" yang diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Nurul Yakin Kg Melayu Seri Kundang tidak mendapat sambutan penduduk kampung Melayu Seri Kundang, Kampung Permata dan kampung-kampung berhampiran.
Demonstrasi aman hanya berlangsung sekitar 15 minit sahaja dan yang mendengar hanyalah dari puak-puak mereka sendiri.
Rata-rata menunjukkan penerimaan penduduk kepada umno, perkasa bn merudum jatuh tersungkur dan hanya menanti PRU13 untuk dikuburkan. 

Read more ...

DEMO KALIMAH ALLAH!!! Kantoi di Pulau Pinang, Malu Kucing di Kelantan

SEBELUM ini pernah didedahkan bagaimana sekumpulan makhluk menyamar kononnya mereka adalah ahli Parti Islam, PAS membuat bantahan di depan pejabat Karpal Sigh, sambil membawa bendera PAS berhubung isu kalimah Allah.
Tapi penyamaran mereka terkantoi, apabila salah seorang daripada mereka memakai baju T-Shirt Janji Ditepati yang menjadi slogan untuk program jelajah Barisan Nasional. Ahli PAS pakai baju Janji Ditepati betul-betul epic fail! Kah kah kah...

Sumber gambar: Bernama

Read more ...

PANAS!!! UMNO/BN Johor bercempera, Pakatan semakin mara


PAKATAN RAKYAT SEMAKIN MANTAP, BN JOHOR KUCAR KACIR?

Kebersamaan komponen BN dalam majlis2 resmi kian dingin. UMNO, MCA dan MIC selaku parti utama dilihat membawa diri masing2.

Umno sahaja yang menonjol dalam mempertahankan BN dan menyelamatkan kuasa politik di Putrajaya. Bekas2 pemimpin utama MCA semakin berjinak dengan Pakatan Rakyat. Pimpinan PAS menemui mereka dan perkembangannya sangat positif.

Read more ...

CAMNA PAIP TAK ROSAK!!! Syabas guna dana awam untuk beli kereta, baiki pejabat bukan betulkan paip

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.

Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

Read more ...

NASIB NASHARUDIN!!! Digugurkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS tapi tak boleh masuk UMNO lagi


Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyua- ratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.


Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. 


Read more ...

Friday, January 25, 2013

PUNYA TERUK UTUSAN!!! Suka bohong sampai keputusan 4 Nombor Ekor pun terbohong juga


Dulu diakui lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia, kandungan beritanya hanya keputusan 4 nombor ekor saja yang boleh dipercayai.

Kini itu sudah menjadi sejarah... keputusan 4 nombor ekor pun Utusan boleh silap.

Yang peliknya tu bukan main pantas Utusan buat permohonan maaf atas kesilapan tersebut, tapi silap memfitnah dan menipu rakyat tiada pula permohonan maaf dibuat.

Read more ...

MB HARAM MELALUT!!! Berdebat pengecut tapi berucap politik di majlis tiada kaitan politik

"Saya minta maaf sebab ceramah politik tadi..."
                                       Setelah buat taik, Zambry meninggalkan program SSM 
26 Jan 2013-- Taman Tasek Taiping: Berlangsung program SSM Bersama Bersama Rakyat. Program ini sebenarnya anjuran Jabatan Kerajaan (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)  dan tiada mengena dengan politik.



Namun disebabkan penyakit sawan meroyan dan mabuk candu, MB Perak yang tidak halal berucap dalam program ini seperti sebuah program politik untuk UMNO BN.


Read more ...

NAJIB PENING LAGI!!! Kesatuan Eropah sedia kerjasama jika Pakatan berjaya bentuk kerajaan selepas PRU 13


PETALING JAYA 25 Jan: Duta Kesatuan Eropah, Luc Vandebon menyatakan kesediaan blok ekonomi itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sekiranya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.
 
“Sudah tentu. Seperti awal dulu, kami sudah bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokratik,” tegas beliau kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
 

Read more ...

TERBONGKAR!!! Kerja jahat Najib , UMNO dan SPR di Selangor


SUBANG JAYA – Seorang pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat berbeza nama penerima yang mengandungi mesej tahun baru dan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di Petaling Jaya.Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya.

Hairan dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara itu kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.Hannah berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu.

Read more ...

EDISI NAJIB PENING!!! Carta undian HKR#112KL menaikan imej Pakatan Rakyat 80%, BN hanya 6%

Klik imej untuk lebih jelas
Sinar Harian Online telah membuat undian mengenai "Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari yang aman menaikkan imej".
Dalam carta tersebut di senaraikan keputusan terkini:
  • Pakatan Rakyat 80 %(5147)
  • Barisan Nasional 6 %(401)
  • Polis 6 %(411)
  • Negara 8 %(487)
Jumlah Undian: 6446 (Terbaru sila ke-laman SH)

Read more ...

DIBUANG UMNO!!! Sharifah 'Listen' sudah kena, pejuang totok 1Malaysia lain bakal menyusul

Sharifah "Listen" masih setia dengan konsep keramat 1Malaysia Najib sehingga sekarang walaupun di pulau Umno...

Minah Listen Di Pulaukan Oleh Umno...!!!

Kesian...!!!
Inilah nasib yang menimpa Sharifah "Listen", pejuang totok 1Malaysia. Dan begini jugaklah nanti nasib yang bakal menimpa pejuang-pejuang rasis Umno yang lain. Masa anda akan tiba...


Shalehudin

Read more ...

PANAS PUNYA CERITA!!! Mai tengok rakaman CCTV lelaki digari dan dipukul oleh polis

SEMALAM kecoh tentang kejadian polis membelasah seorang lelaki India dalam keadaan bergari sehingga mati. Tindakan tersebut dikecam oleh ramai pihak melihatkan berulang kali kematian di dalam tahanan polis berlaku kebelakangan ini.

Sebelum kejadian semalam, ada satu lagi kes berlaku di Daerah Tuaran Sabah di mana seorang lelaki dibelasah dalam keadaan bergari di dalam sebuah cybercafe. CCTV turut merakamkan sebahagian daripada kejadian tersebut.

Lantaran kejadian itu, orang ramai diketuai oleh koordinator Jingga 13 Sabah, Alveana Ansari telah mengadakan satu bantahan aman di hadapan Balai Polis Tuaran, Sabah.


Read more ...