KUALA LUMPUR: Naib
Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengumumkan menarik diri daripada
bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti sempena
muktamar yang bermula 22 hingga 24 November ini.Menyatakan hal itu kepada Harakahdaily, beliau memaklumkan tiada keperluan untuk beliau bertanding jawatan nombor dua parti itu setakat ini.
"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan ini dan terharu diatas kepercayaan yang sangat bermakna kepada perjuangan saya selama ini," katanya.
SHAH ALAM - Di sebalik orang ramai masih berteka-teki keputusan pemimpin
Pas yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden, Ketua
Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan sedang
"meninjau" pencalonan jawatan tersebut.
KUALA TERENGGANU
– Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menjadi
pemimpin pertama yang menyatakan kesediaannya menerima pencalonan
bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Kali
ke-59, pada 22 hingga 24 November ini.


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan,
pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri
besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.



