Monday, February 10, 2014
YANG INI TIDAK MEMBAZIR!!! Satu PRK lagi dalam masa terdekat, sama kes macam Kajang
PETALING JAYA: Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal diadakan tahun ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan sekiranya pemimpin paling lama di Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.
Taib yang menjadi Adun Balingan sejak 2001 perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat jika beliau bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.
Undang-undang Sarawak menyatakan mana-mana perletakan jawatan sebelum 20 Jun tahun ini, satu PRK perlu diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.
Sabtu lalu ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Taib mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri.
Sunday, February 9, 2014
MACAI FITNAH FB TG NIK AZIZ!!! Tapi ada juga ahli MT UMNO yang percaya bulat-bulat
Macai-Macai makin mengila menabur fitnah, ditampalnya poster fitnah kemudian disebarkan kepada umum.
Namun, walaupun ianya jelas fitnah , ada pemimpin UMNO bertaraf AJK Majlis Tertinggi boleh percaya , kemudian nak tunjuk dia bagus nasihat admin FB tok Guru.
* posting tersebut tidak pernah ada dalam page TGNA. Ia boleh dilihat dengan mudah dgn melihat pada tulisan masa '25 minutes ago' akan ditulis di sebelah bawah dan bukan di sebelah nama. Tulisan itu juga warnanya grey dan bukannya hitam. Simpati saya kepada Pengerusi YADIM.
* posting tersebut tidak pernah ada dalam page TGNA. Ia boleh dilihat dengan mudah dgn melihat pada tulisan masa '25 minutes ago' akan ditulis di sebelah bawah dan bukan di sebelah nama. Tulisan itu juga warnanya grey dan bukannya hitam. Simpati saya kepada Pengerusi YADIM.
MACAI TAK DA KERJA!!! Anwar tazkirah di surau pun nak lapor JAIS
Gambar yang dimuatnaik Datuk Seri Anwar di facebook digunakan portal
peminat Umno dan BN, Mynewhub untuk membuat laporan kepada Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Gambar yang menunjukkan Anwar tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Gambar yang menunjukkan Anwar tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Jawapan JAIS dan MAIS tentunya mereka akan menyiasat kerana ia
melibatkan Anwar. JAIS berjanji akan melakukan siasatan melalui laman
Facebook dan blog Anwar berkenaan butiran program beliau yang mempunyai
program ceramah.
KATA UMNO HEBAT SANGAT!!! MCA senarai pendek calon PRK Kajang, calon UMNO tak tersenarai
Jentera MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN)
Kajang hanya akan dikerah berkempen selepas penamaan calon selesai, kata
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.Beliau berkata MCA akur kepada peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan akan berkempen mengikut saluran yang betul dengan aktiviti dan perancangan yang diatur.
"Kita belum mula kempen, kita akur kepada SPR...(Buat masa sekarang) kita hanya akan adakan persiapan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco Badan Perhubungan MCA Selangor di Bilik Gerakan MCA Hulu Langat di Kajang, hari ini.
Namun, Liow berkata beliau dimaklumkan ada 'sesetengah' pihak yang tidak mengikut peraturan SPR dan telah memulakan kempen.
ZAHID KATA BUKAN ANCAMAN!!! Macai-macai pro UMNO makin berani serang Rafizi pula di Bukit Gedung


SAMM Pulau Pinang menyelar tindakkan kurang cerdik individu (pro umno) membuat provokasi kecoh dengan memaki hamun di Program Ceramah bersama YB Rafizi, YB Sim Tze Tzin YB Tkm1 Haji Rashid Hasnon dan Pemimpin Pakatan Rakyat Setempat di Bukit Gedung Pulau Pinang.
Program Penerangan Isu Semasa Rafizi di Bukit Gedung, Pulau Pinang - http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/02/program-penerangan-isu-semasa-rafizi-di.html
Dalam kekecohan semalam terdapat tindakan kurang cerdik dari puak-puak terdesak untuk mencipta isu.
Dalam kancah politik Malaysia belum pernah kita lihat tindakan ganas dan kurang cerdik seperti ini dari Rakyat Pro Pakatan Rakyat.
Saturday, February 8, 2014
SIAPA PUNYA ANGKARA?!!!! Patung lilin yang terbakar di-The Red Carpet Wax Museum di i-CT mengerunkan
![]() |
| Menggerunkan |
Beginilah
rupanya patung lilin Her Majesty Queen Elizabeth II yang telah
dirosakkan akibat perbuatan khianat di The Red Carpet Wax Museum di
i-CT, Shah Alam pada pagi Jumaat 07 Februari 2014.
Kejadian
dilaporkan berlaku sekitar jam 02:37 hrs dan kebakaran dapat dikawal
pada jam 03:31 hrs. Kejadian berlaku ketika pasukan keselamatan tiada
ditempat kejadian dan sedang melakukan rondaan.
Pelaku memasuki muzium
berkenaan melalui pintu keluar yang tidak diletakkan pengawal
keselamatan.
Memang tiada pengawal keselamatan diletakkan dipintu keluar
kerana menurut pihak pengurusan keutamaan keselamatan adalah untuk para
pengunjung sahaja dan kejadian seperti ini tidak pernah dijangkan.
MEMALUKAN!!! Macai edit gambar nak tutup malu BN, tapi terserlah tak pandai edit
Akibat bersungguh nak menutup 'kemaluan' UMNO maka MACAI pun edit gambar pencuri Milo yang memakai baju BN.
NAJIB GAGAL TUNAI JANJII!!! Timbalan Menteri letak jawatan berkuatkuasa Isnin ini
Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy (gambar) melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri ekoran kegagalan Putrajaya menunaikan janji kepada kaum India, sebagaimana yang dilaporkan The Star.
Memetik kata-kata Setiausaha Hindraf P Ramesh, The Star melaporkan peletakan jawatan Waytha sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berkuat kuasa pada Isnin.
Ramesh berkata, jawatankuasa pusat sebulat suara memutuskan Waytha meletakkan jawatan kerana kerajaan sengaja melengah-lengahkan janji bagi membantu masyarakat India.
Friday, February 7, 2014
MACAI TAK ADA KERJA!!! Tiada apa nak difitnah, gadis bertudung dijadikan mangsa
Sekeping gambar empat remaja perempuan dalam lingkungan umur 20'an menunjukan "Will You F*CK ME" tersebar di laman facebook dan blog sejak semalam. Tidak diketahui apakah motif mereka berbuat demikian.
Tidak juga diketahui dari mana asal gambar tersebut namun apa yang penting adalah maruah keempat-empat gadis berkenaan.
Adalah diyakini
gambar yang tersebar luas di media sosial itu bukan gambar asli tetapi
diedit dari sumber sebenar.
Thursday, February 6, 2014
SURAT PALSU!!! Warga emas mengaku hantar surat ke pejabat Speaker Perak
IPOH: Misteri penghantar surat palsu mengenai pengumuman keluar parti ADUN Hutan Melintang dari PKR, S. Kesavan terjawab selepas seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun mengaku menyerahkan surat tersebut.
Warga emas yang dikatakan aktivis PKR itu tampil memberi kenyataan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Khamis.
Warga emas yang menetap di Seri Kembangan itu dikatakan telah diupah untuk menyerahkan surat tersebut ke pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika menghadiri satu program politik di Kajang.
TUNGGU DUA BULAN LAGI!!! Ada yang akan hilang sabar, UMNO akan hadapi masa kritikal
KUALA
LUMPUR 6 FEB: Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih
jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata Datuk Tamrin Abdul
Ghafar.
Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang.
“Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga,” kata Tamrin kepada Keadilandaily.
KONON NGO ISLAM!!! Perangai bukan sahaja memalukan Islam, UMNO pun tak mengaku umat
KUALA LUMPUR 6 FEB: KEADILAN menyelar tindakan melampau dilakukan
sekumpulan NGO menamakan diri sebagai ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’
menyembelih ayam dan melumurkan darah ke atas kain rentang yang
terpapar gambar pemimpin DAP dan KEADILAN.Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, tindakan mengapi-apikan sentimen perkauman ini tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang melabelkan diri mereka sebagai NGO Islam.
“Kononnya NGO Islam tetapi sikap yang ditunjukkan langsung tidak Islamik,” kata Fahmi kepada Keadilandaily.
Kata Fahmi sekiranya tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan, bantahan yang dibuat haruslah dengan berhikmah ataupun melaui percakapan yang bersopan, bukannya melumurkan darah ayam ke atas gambar pemimpin Pakatan Rakyat.
UMNO DOK DIAM-DIAM!!! Ketua Pemuda MCA bakal calon BN Dun Kajang
MCA akan menamakan pemuda parti itu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi melawan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac akan datang.
Akhbar Berita Harian melaporkan parti itu sudah menyenarai pendek tiga
nama potensi calon termasuk Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon dan bekas
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin
Paduka Chew Mei Fun.
Bagaimanapun, sumber memberitahu akhbar tersebut Chong merupakan calon
pilihan parti itu berdasarkan sokongan politik dan kehendak pengundi di
kawasan berkenaan.
"Calon yang akan menjadi taruhan daripada Pemuda MCA, namun tidak dapat
dipastikan sama ada ketua pemuda MCA sudah mula menggerakkan jentera
untuk bertemu pengundi kawasan itu," kata sumber itu dipetik daripada
akhbar berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





