Monday, April 7, 2014

BEREBUT KETUA KAMPUNG LAGI!!! Ugut keluar UMNO jika tak lantik Ketua Kampung baru

Protes ketua lama dilantik semulaBOTA - Pelantikan Ketua Kampung Selat, Jalan Tronoh, Bota, di sini mendapat tentangan beberapa penduduk yang tidak berpuas hati dengan pemilihan itu.

Penduduk, Ghani Abu Sari, 47, berkata, pelantikan yang masih mengekalkan ketua kampung lama tidak dipersetujui dan mereka mahu ia dibuat secara undian.

Menurutnya, penduduk mempunyai pilihan sendiri yang boleh dilantik sebagai ketua kampung.

“Saya tidak bersetuju ketua kampung lama dilantik semula, sepatutnya ketua kampung dilantik berdasarkan undian penduduk supaya lebih adil.

“Kami memang tidak berpuas hati dengan ketua kampung yang dilantik semula itu kerana banyak perkara yang tidak diselesaikan,” katanya.

Manakala Lahut Amin, 58, pula berkata, mereka tidak teragak-agak untuk keluar daripada Umno jika  pemilihan ketua kampung tidak dibuat semula.

Read more ...

Sunday, April 6, 2014

DEMI PANDA!!! Kerajaan sanggup belanja RM 25 Juta, untuk rakyat?

pandaKUALA LUMPUR 7 APRIL: Tindakan kerajaan membawa dua ekor panda dari negara China dengan kos RM25 juta adalah tidak masuk akal dan merupakan pembaziran berulang, kata Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Shari.

Yahya berkata, pembaziran tersebut jelas bertentangan dengan seruan kerajaan yang menggesa rakyat supaya berjimat cermat ketika kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

“Memang tidak masuk akal, belanja untuk dua ekor panda sampai RM25 Juta.

Read more ...

Saturday, April 5, 2014

TAK 'BIOL' KA ...BRAHIM ALI !!! Lompat Berjasa , lompat UMNO, lompat S 46, khianat logo PAS, tak boleh Bebas tubuh Perkasa



Datuk Ibrahim Ali mengatakan pertelagahan Umno dan PAS menyebabkan masyarakat Melayu berpecah-belah sekaligus memberi peluang kepada pihak lain mengambil kesempatan terhadap kelemahan masyarakat majoriti di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider.Tanpa angin dan tanpa ribut, tiba-tiba saja Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meluahkan kemarahannya kepada UMNO dan Pas yang disifatkannya gagal dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera, sebaliknya asyik bertelagah sesama sendiri sehingga matlamat perjuangan itu menjadi terabai.

"Pemimpin kita banyak yang 'biol', patut dihantar ke Tanjung Rambutan. Apa yang bergaduh pun saya tak faham. Kereta besar, rumah besar, hidup mewah, mahu apa lagi?

"Semua ada, nak apa lagi? Yang kita tuntut sikit saja - kesatuan ummah dan memupuk silaturrahim. Kalau ini tidak dijaga, Melayu akan hancur," katanya dalam sebuah majlis di Puchong.

Dengan latar belakang politiknya sebelum ini, kalau Ibrahim Ali meluahkan kemarahan kepada Pas, ia tidaklah menghairankan kerana setelah berjaya meminjam logo Pas dalam pilihanraya 2008 dan kemudian "mengencing" parti itu dengan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil Bebas tetapi condong kepada UMNO dan BN, beliau mungkin sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Pas.

Beliau kemudian menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tetapi langkahnya seringkali bersifat melampau sehingga tidak disenangi oleh banyak pihak. Dalam masa yang sama, kecondongannya kepada UMNO, BN dan kerajaan juga amat terserlah.

Tetapi setelah hampir diketepikan dalam pilihanraya 2013 lalu dan dikatakan hanya setelah adanya campurtangan Mahathir Mohamad yang menyaksikan calon UMNO di Pasir Mas tidak mengemukakan borang pencalonannya, barulah beliau menjadi calon Bebas yang disokong oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau bagaimanaoun tewas kepada calon Pas, Nik Abdul Nik Abdul Aziz dan sejak kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu itu, beliau mulai agak kritikal terhadap UMNO, kerajaan dan Najib Razak meskipun sebelumnya Perkasa memperolehi banyak manfaat dan menerima bantuan kewangan untuk program-programnya daripada kerajaan.

Dalam beberapa isu, terlihat Ibrahim Ali dan Perkasa memuntahkan banyak serangannya terhadap Najib, UMNO dan kerajaan. Tetapi bila ada pilihanraya kecil, beliau selalunya berpatah balik menyokong Najib dan kerajaan serta menghalakan serangannya kepada pembangkang pula.

Read more ...

TEKANAN PR DALAM DUN!!! Akhirnya , kertas siasatan ke atas Raja Bomoh dibuka



[sinar]- KERAJAAN negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) telah membuka kertas siasatan berhubung insiden upacara ritual  yang dijalankan seorang individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh di hadapan Menara Condong, Teluk Intan, Mac lalu.

Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Nizar Zakaria berkata, siasatan itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 9 (Ajaran dan Amalan Salah) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 oleh bahagian penguatkuasaan Jaipk.

Menurutnya, langkah itu tanda kepekaan kerajaan terhadap amalan perbomohan bercanggah dengan syariat Islam yang membawa kepada syirik.

“Perbuatan individu terbabit di hadapan Menara Condong itu menggemparkan umat Islam di seluruh negara khususnya di negeri ini, oleh itu kertas siasatan berhubung perkara ini telah dibuka,” katanya pada sesi penggulungan, semalam.

Read more ...

GAMBAR TERKINI!!! Petang di Baling, Himpunan Derita Rakyat

Read more ...

Friday, April 4, 2014

MH370!!! Mendarat di Diego Garcia, dakwaan penduduk Maldives kukuh!

Spekulasi berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.
Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.


Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Read more ...

MANGSA KUASA BESAR!!! Najib , kami tahu kamu terhimpit jadi bercakap benarlah kepada rakyat

Kenyataan Umum

4 April 2014

MH370 ; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini.

Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan negara.
  • Pasport palsu
    • sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. Longgarnya keselamatan negara ini ?
    • dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang .

Read more ...

MAHU KEBENARAN!!! Keluarga Ahmad Sarbani saman Putrajaya, SPRM RM8 juta

Maziah Manap (tengah), balu pegawai Kastam Diraja Malaysiam Ahmad Sarbani Mohamed, menghadiri sidang akhbar bersama peguamnya di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2014.Keluarga penolong pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga tahun lalu memfailkan tuntutan saman RM8 juta ke atas kerajaan, SPRM, ketua pesuruhjaya dan enam pegawainya hari ini.

Dengan mendakwa Ahmad Sarbaini dibunuh tanpa mengikut undang-undang oleh SPRM, isterinya, Masiah @ Maziah Manap berkata, dia mahu tahu apa sebenarnya berlaku ke atas suaminya.

Peguam N Surendran yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak Masiah dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini berkata, secara alternatifnya defendan perlu bertanggungjawab kerana menyebabkan Ahmad Sarbani jatuh dari tingkap bangunan SPRM ke atas gelanggang badminton di premis pejabatnya di Jalan Cochrane pada 6 April 2011.

Keluarga juga mendakwa defendan membuat serangan mental ke atas Ahmad Sarbani yang menyebabkan kematiannya.

Read more ...

Thursday, April 3, 2014

KES MEMALI!!! Musa Hitam tegaskan sekali lagi , Mahathir berada dalam negara pada hari berlakunya Peristiwa Memali


Tun Musa HitamPADA jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”.

Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator.

Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.

Read more ...

MH 370 HILANG BUKAN MISTERI?!!! Segalanya sudah diketahui, segalanya dikawal?

Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya. Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan. 
 
Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang. Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut :

1)Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2)Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

Read more ...

AMPU MACAM KAMI!!! ISMA gesa lucut kerakyatan pengkritik MH370

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ6hCC6hc2cACtxrQ_x18ZQi8scCoKy7UTEItjuF67lHVAhurDi3rqkdAjqEchG66EQet2M7qOJu45hahB8rhfqArJ7QMy0LXsWRdMf9cRr9gyiX0Uz8vwUrXdAn3d15V8lkr-yk5Tz0Xg/s1600/1530474_261372450696043_194394539_n.jpg NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan mereka yang mengambil kesempatan memburukkan Malaysia kepada orang luar sewaktu negara menguruskan tragedi kehilangan pesawat MH370.

Naib Presiden ISMA, Abdul Rahman Mt Dali berkata golongan itu termasuklah mereka yang didakwanya tidak "sekapal" dengan kerajaan sekarang dan media yang tidak 'mesra' kerajaan, termasuk Malaysiakini.

"Terkini diberitakan ada pihak di kalangan DAP dan PKR memburuk-burukkan kerajaan dan bertindak menghasut di luar negara sehingga ada keluarga mangsa menjadi begitu marah kepada kerajaan.

"Kalau benar, mereka ini saya anggap adalah pengkhianat negara dan patut lucut kerakyatannya dan nasihatkan mereka untuk pindah ke negara yang mereka suka," kata Rahman dalam kenyataannya.

Read more ...

BR1M SUDAH BASI!!! Umno bakal gulung tikar selepas PRU 14


Perpindahan undi Melayu ke Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bulan lalu adalah sebagai sambungan kencenderungan pengundi sejak pilihan raya 2008 dan ia boleh menjadi masalah besar kepada Umno dan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.

Penganalisis berkata kepada The Malaysian Insider, walaupun PRK Kajang diadakan selepas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberikan tetapi ia tidak menghalang orang Melayu untuk menyokong Pakatan, walaupun isu ekonomi menjadi punca sokongan ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mendapat 16,779 undi daripada 28,314 undi yang dibuat semasa PRK itu, menjadikan beliau mendapat majoriti 5,483 mengatasi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang menerima 11,296 undi.

Walaupun peratusan keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% dalam pilihan raya umum 5 Mei 2013, Pakatan berjaya mendapat peningkatan undi kepada 59.9% berbanding 57% dalam pilihan raya umum.

Umno perlu risau dengan perpindahan undi Melayu kerana cara kempen Umno dan Perkasa tidak meningkatkan undi kepada mereka, kata penganalisis,

"Kos sara hidup menjadi isu di Kajang. Persepsi sangat kuat menyatakan BN tidak cukup berusaha untuk mengekang ketirisan dan rasuah," kata Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Pemberian BR1M sebanyak RM650 menjelang PRK, yang kebanyakannya diberikan kepada Melayu berpendapatan rendah juga gagal meningkatkan sokongan, kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider.

Pemuda Umno yang turun berkempen secara bersunguh-sungguh di Kajang juga mengenal pasti isu seperti kenaikan kos sara hidup, ekonomi dan perumahan menjadi punca golongan muda menjauhi BN.

Read more ...

KEISTIMEWAAN PAGO GOMO!!! Boleh menaiki kapal selam Scorpene

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan identiti blogger Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dilaporkan menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2011.
 
Pengesahan itu dibuat melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang meminta menteri pertahanan menyatakan tarikh dan tahun bila seseorang bernama Wan Muhammad dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene.

Dalam jawapan bertulis tersebut, Hishamuddin memaklumkan Papa Gomo atau Wan Muhammad bersama wakil media lain menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.

"Wan Muhammad Azri Wan Deris (No KP:830121-03-5019) menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Lima 2011," kata Rafizi dalam kenyataannnya yang memetik jawapan bertulis tersebut semalam.

Read more ...

Wednesday, April 2, 2014

KAPAL SELAM MAHAL SAJA!!! Negara asing hantar kapal selam, mana kapal selam negara sendiri?

Kapal SelamSHAH ALAM 2 APRIL: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata membaca berita negara asing yang menghantar kapal selam untuk membantu mencari pesawat MH370 terasa alangkah indahnya jika Malaysia juga mempunyai kapal selam yang boleh berfungsi baik.

Dr Asri berkata, pelbagai isu kapal selam negara sudah lama kedengaran dengan kos pembelian Kapal Selam Scorpene daripada Peranchis dianggarkan berjumlah USD580 juta.

“Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal,” tulis Dr Asri di laman sosial Facebooknya.

Beliau berkata, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana tidak seperti yang dimiliki oleh ‘jiran sebelah’, tapi jawapan itu tidak memberikan kebanggaan pada negara.

Sebelum ini, Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.

Read more ...

MALUNYA MALAYSIA!!! Mai baca sistem pilihanraya Indonesia berbanding Malaysia


Oleh Prof Dr Mohammad Agus Yusoff
Indonesia mengamalkan sistem proportional representation (perwakilan berimbang). Calon yang bertanding dicalonkan oleh parti dan tidak ada calon bebas (calon tidak boleh bertanding sendirian).

Calon yang bertanding tidak perlu membayar wang deposit. Tempoh kempen adalah selama sebulan. Seminggu sebelum hari mengundi ialah tempoh bertenang dan kempen tidak dibenarkan lagi. 

Tempoh bagi setiap penggal pilihan raya ialah lima tahun. Setiap rakyat yang berumur 17 tahun layak mengundi. Tapi bagi sesiapa yang sudah berkahwin, jika pun belum mencukupi umur 17 tahun layak mengundi. Pendaftaran mengundi adalah secara automatik.

Read more ...