KENAPA BLOGGER HANIEF DITANGKAP TERBONGKAR..
kahkahkah klik kasik besar kalau tak nampak.. hahaha

KUALA LUMPUR 24 MAC : Pengajaran paling penting yang didapati dari fenomena gelombang kebangkitan rakyat Arab ialah jaminan mengenai kestabilan politik yang selari dengan demokrasi dan kebebasan sesebuah negara.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyatakan betapa rakyat Malaysia khususnya anak muda menginginkan kestabilan politik namun kerap dicabuli oleh pemerintah Kerajaan Pusat Umno Barisan Nasioal.
Beliau turut menjawab amaran Perdana Menteeri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kepada gagasan Pakatan Rakyat agar tidak menghasut rakyat bangkit menentang pemerintah mereka.
"Hakikatnya paling penting adalah kestabilan politik. Ini yang harus ada jaminan. Pengajaran yang didapati dari Arab apa dia? Kestabilan politik demokrasi dan kebebasan perlu berlaku selari. Najib dan Muhyiddin beri amaran kepada semua pihak pembangkang jangan hasut rakyat bangkit seperti di Arab. Prasyarat nak jadi seperti Arab dan rakyat bangkit bukan kita. Prasyaratnya ialah rejim," tegas Badrul.
Beliau menyatakan demikian di Forum Kebangkitan Rakyat Arab anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di sini hari ini.
Lebih 300 hadirin memenuhi ruang Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bagi mendengar pandangan panel- panel yang terdiri dari Badrul, Pakar Perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Aktivis Masyarakat Hishammudin Rais dan Choo Chon Kai.
Fenomena kebangkitan rakyat Arab di Mesir, Libya, Algeria Bahrain dan pelbagai negara lagi mendapat tumpuan dunia apabila satu demi satu kerajaan konvensional yang diasaskan bekas penjajah kolonial masing- masing.
Hishammudin Rais mendakwa hal ini sebenarnya berpunca kontradiksi dan pergeseran antara rakyat yang mahu merampas kembali sumber kekayaan negara mereka yang hanya dinikmati golongan tertentu.
"Semua hal ini dilahirkan oleh British bila mereka menemui minyak di negara-negara berkenaan. Kontradiksi Utama di sini ialah warga Arab di Mesir, Libya, dan lain-lain bangkit nak kawal sendiri hasil ekonomi tapi tak dibenarkan," ujar Aziz.
Bagaimana? Dulu masa perjuangan Parti Komunis Malaya nak tubuhkan Republik Rakyat di Malaysia, British naikkan United Malays National Organization. Cara yang sama digunakan di negara ini naikkan 'keluarga pemerintah' untuk kuasai minyak dari Maghribi, ke Tunisia dan lain-lain. Perubahan ambil masa tapi hakikatnya sama;" terang Hisham.
Menurut Aziz Bari, rakyat tidak perlu takut dengan amaran dan retorik Kerajaan Pusat bahawa kebangkitan rakyat bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
Aziz dalam kesimpulannya dengan serius menyatakan Perlembagaan Persekutuan adalah hak rakyat dan tak perlu ditakuti kerana ia boleh diubah.
"Saya tak taksub dengan perlembagaan. Saya berpendapat kalau rakyat tak suka perlembagaan itu, dia boleh buang. Perlembagaan bukan suatu benda yang sakral, ia boleh ditukar kalau kita rasakan ia perlu dirakyatkan," kata Aziz Bari.

KUALA LUMPUR 24 MAC : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah video lucah yang direkayasa oleh tiga individu bergelar Datuk T.
Bercakap selepas menonton video itu, Badrul yang dikenali atas ketegasannya berhubung isu-isu prinsip, berkata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik juga berbohong mengenai video itu pada sidang akhbarnya semalam.
Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard dipelawa menonton video itu apabila dibawa berjumpa dengan Tan Sri Rahim dan Datuk Shazryl Eskay di sebuah hotel lima bintang pada Isnin lalu.
Beliau menonton video itu dua kali bersama Rahim dan Eskay serta seorang lagi yang tidak dikenali.
“Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar,” kata Badrul.
Badrul menegaskan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak harus tampil memberi penjelasan kerana nyata “ini permainan politik kotor kea rah menyelamatkan Umno menjelang pilihanraya yang semakin hampir.”
Badrul dilihat antara pemimpin muda yang berwibawa walaupun tidak sehaluan dalam beberapa isu dengan kepimpinan PKR.
Pada sidang akhbarnya petang tadi, Badrul turut mendedahkan bahawa Rahim memberikan kenyataan berbeza-beza dalam tempoh 24 jam lalu.
Pada sidang media semalam, Rahim menjual dirinya sebagai terlibat secara langsung dalam video itu. Namun , beliau memberitahu Badrul sehari sebelum itu beliau belum melihat rakaman berkenaan kerana baru pulang dari luar negara.
“Kami dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mac 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan (Eskay). Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menontonnya,” kata Badrul.
Beliau kemudian diminta untuk membawa salinan video berkenaan untuk ditunjukkan kepada isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail supaya Presiden PKR itu dan Anwar berundur dari politik.
“Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah,” kata Badrul,
“ Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah (Eskay) meminta untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah,” jelas beliau.
Badrul berkata dakwaan Rahim Thamby Chik kononnya Datuk T merujuk kepada beliau sendiri, Eskay dan Bendahari Perkara Shuaib Lazim mencurigakan.
Dalam pertemuan tersebut (di Hotel Shangri-La) Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim pun memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.
Badrul percaya selain ketiga-tiga individu yang menggelar diri Datuk T, video lucah yang direkayasa itu sebenarnya membabitkan lebih ramai orang dan “mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond.”
Beliau juga berkata nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput beliau dan rakannya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi. Badrul bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
Beliau turut mendedahkan Eskay, Rahim, Datuk Aliasak dan Datuk Yusuf Nor pernah digambarkan bersama melawat sebuah kilang di selatan Thailand pada tahun lalu.
“Adakah mereka yang terlibat dalam kes ini juga mempunyai kepentingan dalam pembekalan baja ke Risda dari selatan Thailand,” tanya Badrul. Rahim adalah Pengerusi Risda yang dilantik oleh Datuk Seri Najib Razak pada Jun tahun lalu.
“Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang langsung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup
Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.
Bagaimanapun ahli perniagaan itu menegaskan ‘beliau bukan seperti Saiful ” kerana telah mengerjakan umrah dan haji.
Saya telah menunaikan umrah dan haji. Saya rasa saya telah lama dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bukan macam Saiful, saya lurus saya bukan homoseks.
Eskay tidak mendedahkan sumber maklumatnya atau pun sama ada beliau mengenali Saiful secara peribadi. Beliau membuat kenyataan mengejut itu pada sidang akhbar semalam.
Ketika memberi keterangan di mahkamah bulan lalu, pakar kimia Seah Lay Hong mengesahkan kehadiran beberapa sampel DNA dari individu berlainan dalam dubur Saiful.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa fitnah video lucah diketengahkan ketika ini bagi memastikan UMNO mempunyai modal yang cukup untuk mengaibkan Anwar dalam menghadapi pilihanraya umum.
Ini kerana perbicaraan fitnah liwat terhadap Anwar mungkin akan selesai dalam sedikit masa dan UMNO akan ketandusan fitnah untuk menyerang moral ketua pembangkang itu.
"Pilihan Raya Sarawak makin dekat. Kes Mahkamah semakin hampir habis. Perlu ada isu berlarutan. Beberapa keputusan sudah tidak berpihak kepada kerajaan. Dan buku jingga pun dia orang (Kerajaan) dah tak larat nak berdebat. Jadi kena buat isu baru….kena cipta perkara lain,” kata Johari .


"Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.
RAHIM Tamby Chik mencadangkan agar suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat dan mengkaji video lucah yang beliau tayangkan kepada wartawan. Katanya suruhanjaya itu perlu untuk menentukan kesahihan kandungan video berkenaan dan juga mengesahkan apakah watak yang ada dalam video berkenaan orang yang disangka dan dituduhnya.Menteri Pengangkutan Perlu Jelaskan Kemana Perginya RM12.5 Bilion Dari PKFZ
KUALA LUMPUR 24 MAC: Kerajaan Umno-BN melalui Menteri Pengangkutan perlu jelaskan kehilangan dana kerajaan sebanyak RM12.5 bilion yang dibazirkan dalam projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam sidang media di Parlimen semalam berkata, walaupun kerajaan kini telah mendakwa beberapa orang kenamaan berkenaan terlibat dalam penyelewengan PKFZ, tetapi masih membisu apabila ditanyakan perkara-perkara kritikal lain berkenaan projek tersebut.
"Pertama, walaupun Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng telah menyarankan agar kesemua bekas ahli lembaga pengarah PKA didakwa atas kesalahan mengabaikan serta melanggar tugas rasmi tetapi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha didapati menyekat tindakan diambil terhadap mereka," jelas beliau.
Pua berkata, tindakan Kong Cho Ha seolah-olah dilakukan secara sengaja agar kesemua bekas ahli lembaga pengarah dapat melepaskan diri dari diambil tindakan undang-undang ke atas mereka mengikut peruntukan Akta Limitasi yang memberi imuniti kepada pegawai dari badan statutori daripada diambil tindakan undang-undang akibat kejatuhan ekonomi selepas enam tahun.
Menurut Pua, tempoh enam tahun akan tamat bagi Kong pada 31 Mac, 2011 iaitu hanya seminggu lagi.
"Kegagalan untuk mendakwa bekas ahli lembaga pengarah PKA hanya akan memberikan gambaran bahawa kerajaan Umno-BN sememangnya berniat tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atas kecuaian mereka," tegas beliau.
Jelas Pua , laporan akhbar The Sun baru-baru ini yang menyatakan ahli lembaga pengarah PKA akan disertai oleh beberapa pemain industri seperti wakil terminal pelabuhan, agensi logistik dan perkapalan amat membimbangkan kerana pihak berkepentingan boleh mempergunakan PKA untuk kepentingan mereka sendiri seperti menaikkan tarif pelabuhan.
Tambah Pua, bagi menangani kemelut PKFZ yang semakin meruncing, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan satu pasukan gerak kerja pada September 2009 yang terdiri daripada Setiausaha Agung Perbendaharaan Negara, Peguam Negara serta beberapa pegawai daripada Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Kewangan bagi menyiasat tiga perkara utama iaiu, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan, tata kekola yang baik dan keadaan kewangan projek PKFZ.
"Malangnya setelah 18 tahun, pasukan ini gagal memberikan maklumbalas yang meyakinkan. Tambahan pula, kerajaan sehingga hari ini tidak langsung memberikan apa-apa perancangan terperinci bagaimana kos RM12.5 Bilion untuk PKFZ dapat dijana semula? Sehingga hari ini, projek PKFZ amat lembap dan hanya dapat menjana RM20 juta setahun, berbanding pinjaman RM180 juta setahun yang perlu dibayar balik, tambahan pula dengan baki pinjaman sebanyak RM4.6 Bilion yang juga perlu dibayar," kata beliau lagi.
SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.



PETALING JAYA 23 MAC : Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggunakan seorang yang mirip iras Datuk Seri Anwar untuk menerbitkan video seks fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, menurut Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.
Turut terbabit dalam konspirasi terbaru menjatuhkan Anwar adalah bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shuaib Lazim.
Manakala Perdana Menteri member persetujuan kepada Rahim untuk “membeli” ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dengan menggunakan video fitnah itu untuk menyakinkan mereka.
Johari mendedahkan Rahim dan Shazryl menemui beliau di Hotel Flamingo Kuala Lumpur pada isnin lalu untuk menunjukkan video 21 minit itu sebelum memujuk beliau untuk lompat keluar dari PKR menyertai itu dengan imbuhan lumayan.
Selepas menyaksikan video itu, Datuk Johari yakin “pelakon” itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
Datuk Johari berkata setelah menonton video itu, beliau menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim. .
“Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 3.30 petang 22 Mac 2011,” kata beliau.
“ Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka, tambah beliau.
“ Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” tambah beliau.
Johari berkata Tan Sri Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda menjadi dalang kepada video fitnah itu.
Beliau orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu yang menyaksikan polis menangkap Anwar, memukulnya dlam lokap sebelum mensabitkan beliau di atas tuduhan liwat dan rasuah yang direkacipta.
Johari berkata Rahim diberi mandat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya.
Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara bagi menayangkan video lucah untuk wartawan terpilih dibuat oleh RISDA, “ tambah Johari.
“ Saya juga percaya Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah,.
Selain Rahim dan Eskay, Johari turut menamakan bapa mertua kepada Naib Presiden Umno Dato’ Shafie Afdal.
Ujarnya, beliau mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat,” kata Johari.