
Monday, December 12, 2011
THE STAR PUNYA PASAL!!!! Ramai orang tahu Ro$mah pakai beg tangan mewah harga ratusan ribu RM

ABU!!! Masa tiba untuk bangkit tumbangkan UMNO/BN
Kami (ABU) menyeru dan merayu kepada semua Warganegara Malaysia dari semua Etnik Bangsa dan Agama. Semua golongan pekerja tidak kira dalam apa sahaja bidang, semua Persatuan dan Pertubuhan baik Badan Kerajaan mahupun Bukan Kerajaan (NGO), Parti Politik Komponen Barisan Nasional, Parti Pembangkang atau Parti Politik Bebas, Golongan Profesional, Akademik, Cendiakawan, Mahasiswa/wi, Karyawan, Para Artis dan Pekerja Seni, malah semua Kelompok Rakyat Tersisih dan Tertindas (marginalised) seperti Kumpulan, Gelandangan (homeless), Penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau apa sahaja bentuk "Protes") rasa tidak yakin masing-masing terhadap UMNO/BN yang sudah "tidak sedar diri", korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini semakin nyata "BODOH & SOMBONG".Selama hampir 54 tahun yang lalu kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang kepada kerosakan Tanahair Tercinta kita (Malaysia) akibat sikap kita yang sering "membiarkan", "tidak kisah" serta "ignorant" terhadap setiap tindakan UMNO/BN dalam menyemai kuasa kuku- besi mereka menjadi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.
ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya bangun dan berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang diamalkan oleh UMNO/BN.
Akibat dari pemerintahan dan pentadbiran "tidak bertanggung-jawab" UMNO/BN selama hampir 54 tahun menerajui Kerajaan Malaysia, kini rakyat semakin dibebani dengan kos kenaikan harga barang yang melampau. Ekonomi Negara kini semakin hari semakin terjejas. 80% rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang makin tinggi.
Kewujudan undang-undang kejam seperti ISA, OSA dan berbagai lagi Akta-Akta yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan nasihat rakyat tidak dipedulikan, bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dengan menggunakan undang-undang tersebut dan kini timbul pula Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal.
Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik "pecah" dan "perintah" dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN. S elama hampir 54 tahun rakyat Malaysia diugut dan didodoikan dengan slogan perkauman sempit supaya mereka tetap mengundi UMNO/BN.Keselamatan Rakyat dan Tanahair Tercinta Malaysia semakin terancam dengan wujudnya Kilang Lynas (sedang dalam pembinaan di Pusat Perindustrian Gebeng) dimana apabila ianya mula beroperasi kelak, kesan radioaktif akan membahayakan mereka dan Negara Malaysia akan lumpuh 100% sekiranya berlaku "kecelakaan" pada Kilang tersebut sebagaimana yang berlaku di Jepun beberapa bulan lalu.
Alasan sumber galian Petroleum semakin kering sering digunakan sebagai alasan (untuk meneruskan pembinaan Kilang LYNAS), kononnya Negara perlu mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara lesap entah ke mana. Pembinaan Kilang Lynas dikatakan akan memberi keuntungan baru kepada Negara walaupun ianya membahayakan rakyat.
Di Peringkat Negeri Kelantan pula, kita dapat saksikan betapa hampir 24 tahun Rakyat dan Negeri Kelantan dinafikan haknya dari segi pembangunan di mana semenjak pemerintahan bertukar tangan dari UMNO/BN kepada PAS, 118 projek Pembangunan bermula dari RMK-5 sehingga RMK-10 telah disekat oleh UMNO/BN yang menerajui Pentadbiran Kerajaan Pusat.
Selama hampir 24 tahun juga Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dari segi pembangunan infrastruktur apabila jalanraya-jalanraya utama yang penyeliaannya berada di bawah kawalan Kerajaan Pusat tidak diselenggara dengan baik malah Permohonan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan Peruntukan bagi pemulihan dan pembinaan lebuhraya yang lebih baik untuk kemudahan Rakyat Kelantan juga diabaikan oleh UMNO/BN yang menerajui Kerajaan Pusat.
Begitu juga dalam isu Air Kelantan yang pada akhir-akhir ini dimainkan oleh UMNO/BN dan Semua Rakyat Negeri Kelantan juga perlu ingat bagaimana Hasil Bumi Negeri Kelantan iaitu Petroleum dan Gas dirompak dan dinafikan hak Royaltinya dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal berbeza dengan tiga Negeri lain dibawah kekuasaan UMNO/BN (Sabah, Sarawak dan Terengganu) yang menikmati pembayaran Royalti dari Hasil Bumi Petrolium dan Gas Negeri masing-masing.
Pada masa ini operator-operator kami (ABU) di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat agar lebih celik terhadap pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.
Ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur dan kritikal malah hampir sahaja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan untuk kita mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?
Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat "dayus" dan "bacul" kita dengan terus kekal takut untuk bangkit bersama rakyat berjuang menyatakan pendirian.Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.30 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar. Forum ini akan disertai dan dihadiri oleh Pemimpin-Pemimpin rakyat dari seluruh Negara ini juga akan membuat satu pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara yang kami cintai ini.
*Kenyataan media oleh Sekretariat ABU (Asalkan Bukan UMNO/BN) Negeri Kelantan. Gambar di atas diambil di sidang media ABU yang diadakan di Kuala Lumpur.
POLITIK MATANG PAS!!! Lenturkan ketegangan penyakit Sawan Babi UMNO
Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan.
Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara.
Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS,PKR.
Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu.
Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan.
Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi.
Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.
Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu.
Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah.
Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka.
'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT.
Dan seperti biasa...selepas kumpulan tadi tiba dihadapan pintu pagar tempat ceramah dan melaungkan pelbagai kata cacian dan hinaan terhadap Mat Sabu, barulah FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum.
Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais.
Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu.
Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri.
Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara.
Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka.
Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku.
Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka.
Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata.
Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu.
Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya.
Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi.
Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar.
Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya.
Akhirnya selepas dua wakil kumpulan yang hendak mengusir Mat Sabu ini selesai berucap dan menyerahkan sendiri memorendum kepada Mat Sabu.
Kumpulan yang berkumpul di luar pintu pagar masuk tadi bersurai dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.
Namun begitu ada di antara mereka yang tidak pulang, tetapi menyorok ditempat-tempat yang gelap untuk mendengar ceramah Mat Sabu.
Mat Sabu, Chua Jui Meng menerima 300 borang kemasukan PKR dan PAS daripada Sdr Zainudin,selaku tuan rumah dan juga antara bekas pemimpin UMNO yang kuat di Simpang Pt No.3 sebelum ini
http://syed-othman.blogspot.com/2011/12/umno-gagal-halang-mat-sabu-tawan.html
HINA HUKUM ALLAH !!! Bertaubatlah pelakon video Sembang Rakyat
UMNO Haprak yang semakin gelabah....menggunakan pelakon-pelakon poyo...pelakon-pelakon babun untuk menghentam Islam...
Puteri tak nampak...apa rasional menghentam PAS dalam slot " Sembang Rakyat" tu...tapi yang lebihnya kepada menghina ulama dan mempertikaikan hukum Allah.
Hei! pelakon-pelakon ni..tak takut kat Allah ke...apa dengan upahan yang tak seberapa tu boleh melenyapkan rasa gentar pada siksaan Allah. Tak fikir nak mati ke...tak fikir mati esok jumpa siapa..tak fikir ke semua tu...
Watak Pak Aji warak..( JKK kut )..macamlah orang alim...pertikai hukum Islam..pertikai ulama...sedaq dirilah..pakai kopiah pun pasai berlakon....yang syoknya..3 watak perempuan di situ...dah la tak tutup aurat..dogiang...lancang mulut pertikai hukum Allah...
Tak cukup dengan tu...pelakon bukan Islam pun n ak tunjuk terror dalam hukum hudud..Apa ni wahai UMNO Haprak...hampa heret pelakon murahan ni untuk nak sampaikan mesej hampa....sedaqlah...hampa dah list nama depa kat pintu neraka...padan dengan pelakon yang tak sedaq diri tu.!!
Jangan lupa nooo..... PENULIS SKRIP, KREW PENERBITAN, PELAKON, PENAJA DAN SAPA-SAPA YANG TERLIBAT....SELAGI HAMPA TAK BERTAUBAT...HAMPA TANGGUNG DOSA HINA HUKUM ALLAH DAN PERSENDA ULAMA....awat ingat semua tu main-main ka...
Puteri : tulah akibatkan membiarkan Islam ditadbir oleh orang yang bukan ahli....
Sunday, December 11, 2011
LAGI SHAHRIZAT SINSING LENGAN!!! Lagi ramai pemimpin UMNO menyampah, desak letak jawatan
Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).Ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.
“Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.
Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di Tawau.
Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab".
Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.
"Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara,” tambah Ghapur.
- Bernama
VIDEO HOT!!! Serangan penyakit gila babi menyerang penceramah UMNO
Mereka sengaja mengganggu ceramah PAS supaya orang kampung tidak mendengar ceramah kerana diganggu dengan suara penceramah mereka yang menjerit-jerit dan melolong-lolong. Kalau anda ingin mendengar ceramah sebegini datanglah ke Melaka. ~mutaligat
JANGAN TERKEJUT!!!.. dari Kamal Ataturk ke Kamal Saidin...

Ustaz Saiful Bahri
Saturday, December 10, 2011
KANTOI PAPA GOMO !!! Zahid Hamidi sahkan PAPA GOMO bohong
Antara yang ditulis oleh si Papagomo dalam artikelnya bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak" mengenai kapal selam yang dinaiki oleh Guan Eng ialah..
Gomo selama 5 jam didalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada Kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia. Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara.
Ternyata apa yang dikarang olehnya itu adala satu pemboongan semata-mata kerana Menteri Pertahanan sendiri telah mengesahkan bahawa beliau tidak berada didalam kapal selam tersebut dan apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini hanya Blogger BigDogDotCom yang turut serta menaiki kapal selam itu..
Pada awalnya, blogger Papagomo dilaporkan akan turut dibawa bersama, tetapi dibanta oeh Guan Eng.
Ini kerana Guan Eng tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang tela membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya yang berusia 15 tahun kononnya tela mencabuli rakan sekelasnya.
ZAHID Nafi PAPAGOMO Turut Serta Dalam Lawatan SCORPENE
Blogger kontroversi pro-Umno Papagomo turut berada di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak tempoh hari, bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang Timbalan - Mansor Othman dan P Ramasamy.
Dalam posting blognya bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak", Papagomo berkata Ketua menteri mengeluarkan kenyataan negatif tentang kapal selam tersebut, apabila dia menaiki di atas jemputan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi.
Beliau menyatakan rasa berbesar hati kononnyal mendakwa dia adalah blogger pertama yang dibenarkan menaiki kapal selam tersebut. Di dalam blognya juga turut memasukkan gambar-gambar persekitaran kapal selam tersebut.
Beliau memberi contoh laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Lim sebagai berkata tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam"
Apa jenis kenyataan yang Guan Eng ini keluarkan? Sudah mengakui keupayaan KD Tun Razak namun cuba SPIN mengenai kos Kapal Selam Scorpene.
Papagomo, si pendedah fitnah pita seks Anwar
Papagomo dikenali sebagai blogger yang mengeluarkan posting yang kebanyakannya menghentam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Dia terkenal kerana mendedahkan gambar-gambar mangsa yang kononnya dikatakan menerima gangguan seksual daripada anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun, tetapi akhirnya terbukti ia tidak benar dan menerima kecaman secara terbuka di atas fitnah itu.
Papagomo juga telah menyiarkan klip video seks fitnah terhadap Anwar - penasihat PKR - yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur pada awal tahun ini, tetapi kemudian menukar dakwaan-dakwaan tersebut.
Baru-baru ini, seorang lagi penulis blog Amin Iskandar, membuat laporan polis terhadap Papagomo kerana postingnya yang mendakwa Amin telah diliwat oleh Anwar.
Papgomo berkata semasa pelayaran selama lima jam di dalam kapal selam semalam, beliau telah bertanyakan kepada anak-anak kapal tentang segala-galanya yang berkaitan dengan kraf, butiran-butiran yang disimpan oleh Tentera Laut dan dianggap sebagai "rahsia kerajaan".
"Ada beberapa perkara yang Gomo boleh maklumkan dan ada perkara-perkara yang Gomo tidak boleh nyatakan di atas kepentingan tentera laut di negara ini," katanya.
"Apa yang pasti Harga Kapal Selam yang dibeli Kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi Skop Skop kepentingan STRATGIK buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan malah TLDM juga menyimpan segala maklumat SULIT berkaitan Kapal Selam Scorpene ini.," katanya.
Papagomo juga turut mempersoalkan bagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang telah merasai layanan istimewa Tentera Laut sedangkan ada pemimpin kerajaan yang tidak menikmati pengalaman menaiki kapal selam tersebut seperti mereka rasai.
Beliau turut mengkritik DAP kerana agenda mereka yang "jelas" untuk menjejaskan keselamatan negara, dan bertindak sebagai proksi bagi negara asing terhadap Malaysia.
Papagomo turut mendedikasi dua posting khas pengembaraan Lim Guan Eng di dalam kapal selam Scorpene semalam, termasuklah posting semalam yang mendakwa Ketua Menteri itu 'mabuk laut'.
Beberapa wartawan di atas kapal tersebut mengesahkan kehadiran blogger tersebut, tetapi Lim memaklumkan beliau tidak perasan kehadiran Papagomo.
Walau bagaimanapun, Papagomo bukanlah satu-satunya blogger yang ada tempoh hari.
Seorang lagi blogger pro-Umno, Zakir Mohammed, yang juga dikenalisebagai "Big Dog" turut dilihat bersama dengan Lim ketika beliau turun dari helikopter yang sama ketika pulang dari kapal selam tersebut ke lapangan terbang Lankawi sekitar 7:00 malam.
Menurut saksi-saksi, Zakir turut berada di atas bot yang menuju ke kapal selam dari kapal frigat yang berlabuh jauh di luar pantai Langkawi, bagaimanapun beliau tidak menaiki Scorpene.
Zakir juga menghadiri sidang akhbar di Lapangan Terbang Langkawi di mana Lim dan Zahid memberi taklimat kepada wartawan tentang perjalanan kapal selam.
Tetapi semasa persidangan itu, apabila Zahid ditanyakan soalan sama ada terdapat mana-mana penulis blog yang turut bersama lawatan kapal selam tersebut, beliau menafikannya.
"Jika kita membenarkan mana-mana blogger untuk pergi, orang lain akan minta juga," beliau berkata.
Sumber - Pulakdah
GAMBAR TAK KONTROVERSI PUN!!! Kalau pemimpin PR sahih jadi kontroversi ciptaan pencacai UMNO
Friday, December 9, 2011
PEGUAMCARA SAIFOL LETAK JAWATAN!!! Lantiklah Zol Nordin jadi pengantinya
Difahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya.Yusof (kanan) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.
Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala.
"Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan," tambah sumber tersebut.
"Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau," kata sumberitu kepada Malaysiakini.
Difahamkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.
Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut.
PANAS!!! Umi Hafilda bakal calon UMNO 'Taik'
KERANA TAIK UMNO!!! Rakyat bersatu menentang UMNO
"Pengotog!!!"Jerkah Bang Mat Mada di sebuah kedai catok dekat market Kg Berjaya pagi tadi.
"Tak kena tang mana pulak dah Bang Mat?" aku yang lalu berhampiran sengaja menduga.
"Ni ha UMNO Pulau Pinang hantag taik pulak dekat kerajaan negeri," jerkah Pak Mat kuat-kuat sambil angkat handphone, menghala skrin ke arah aku.
Tercengang habih satu kedai. Tak hormat sungguh orang tua ni orang dok tengah jamu selera.
Pak Mat yang aku kenai ahli biasa UMNO tapi bila tiba2 dia hentam UMNO teringin jugak aku nak tau pasai apa.
"Kalau hang marah sangat pun kat kerajaan negeri toksahlah dok buat kurang ajaq macam ni. Ada ka pasai pi hantaq taik dekat pejabat kerajaan..akai takdak ka???" makin menjadi kemarahan Pak Mat.
Tanpa sempat aku lontarkan komen orang kiri kanan Pak Mat berpusu-pusu tolong tambah tail.. Semua hentam tindakan UMNO yang kurang ajaq, biadap dan takdak akai tu.
Balik rumah aku buka FB tengok perkembangan terkini. Rupanya penuh FB aku dengan posting, share dan link mengenai isu HADIAH TAIK UMNO PULAU PINANG terhadap kerajaan negeri. Dah jadi isu besar untuk hari ini. Ni kali pertama aku tengok rakyat bersatu mengutuk UMNO atas tindakan bodoh, bangang, biadap, kurang ajag, mereng, pengotong, tak dak akai tu...
Makin dekat UMNO nak tungging PRU13 ni kelaku depa dah jadi tak ketahawan hala. Orang tua2 kata 'dah buang be at (tabiat)', sifat yang selalu pada pada manusia di penghujung ajalnya.
Kalau ada yang dok berkenan dengan UMNO lagi maka samalah dengan orang tu suka dekat TAIK...eeiii geli geleman aku.
Kedah La
Thursday, December 8, 2011
PENGOTOR SUNGGUH UMNO!!! Makan sendiri 'Taik' yang jadi hadiah
![]() |
| Jom...kita sendirilah makan taik ni..... |
DEBAT NFC!!! Khairy jangan lari, Rafizi sedia di PWTC
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mencadangkan debat skandal NFC diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno.Cadangan itu katanya, bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang bersetuju berdebat mengenai isu itu.
“Jika setelah semua kelonggaran ini Khairy masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini,” kata Rafizi.
Jika sehingga 12 Disember ini tetap tiada respon dari Khairy, maka KEADILAN kata Rafizi, akan tetap terus membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011.
“Sebagai pemimpin Umno paling lantang mempertahan skandal NFC, wajarlah Khairy meluang masa menerang kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan NFC yang menimbul kemarahan rakyat, termasuklah penjelasannya bahawa pembelian dua kondominium mewah adalah pelaburan bijak NFC.
“Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat,” katanya lagi.
NFC ialah syarikat milik penuh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendapat pinjaman mudah RM250juta dari kerajaan pada 2007.
Selain kegagalan syarikat itu seperti yang didedah pertama kali dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 Oktober lalu, syarikat itu turut didedah menyelewengkan wang itu untuk kepentingan Shahrizat dan keluarganya.
Penyelewengan itu termasuklah membeli dua kondominium mewah seperti diakui suami Shahrizat sendiri berharga RM13.8 juta.
Terbaru, wang NFC turut diseleweng untuk membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.
SKANDAL NFC:
KEADILAN BERSEDIA DEBAT DI PWTC BILA-BILA MASA
Saya menerima sepucuk surat dari Pergerakan Pemuda UMNO bertarikh 6 Disember 2011 yang memaklumkan Saudara Khairy Jamaluddin tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember 2011 kerana bertembung dengan program beliau yang lain.
Sedang saya berterima kasih kerana beliau akhirnya menjawab jemputan debat yang dibuat pada 18 November 2011, saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau.
Oleh yang demikian, saya telah mengutus jawapan balas bertarikh 8 Disember 2011 memaklumkan perkara-perkara berikut:
1. Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.
2. Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat UMNO sendiri.
3. Sekiranya setelah kesemua kelonggaran ini beliau masih berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini.
4. Jika ini berlaku, KEADILAN akan meneruskan juga sebuah debat membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011. Sekiranya Saudara Khairy tiba-tiba berubah fikiran menjelang tarikh tersebut, penyertaan beliau di dalam debat tersebut dialu-alukan.
Sebagai pemimpin UMNO yang paling lantang mempertahankan NFC, wajarlah Saudara Khairy meluangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan yang dibuat NFC yang menimbulkan kemarahan rakyat, termasuklah penjelasan beliau sebelum itu bahawa pembelian 2 kondominium mewah adalah pelaburan bijak yang dibuat NFC.
Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
SEPTEMBER 16!!! Terbongkar perancangan jahat Najib , mahu rampas negeri PR 'apa cara sekalipun'
Lima negeri dan 1 Wilayah Persekutuan tumbang di tangan Pakatan Rakyat.
Akibat kekalahan yang memalukan, Abdullah Badawi meletak jawatan dan diambilalih oleh Najib Razak.
Najib segera merangka strategi jahat untuk mengembalikan keyakinan penyokong BN yang terjejas teruk akibat kekalahan yang memalukan mereka. Dalam mesyuarat sulit Najib bersama unit pakar strategi dan think tank beliau pada April 2008, Najib membuat perancangan jahat dengan ‘apa cara sekalipun’ merampas semula negeri-negeri yang telah tumbang. Dan mereka menumpukan strategi mereka untuk Perak dan Selangor.
Tetapi sudah pasti Anwar Ibrahim dapat mengetahui perancangan mereka melalui maklumat risikan oleh SB Polis dan MIO Tentera. Bagaimana SB dan MIO boleh beri maklumat kepada Anwar Ibrahim…? Sebenarnya, itulah hakikat yang berlaku sekarang.
Malah mesyuarat Kabinet, mesyuarat MKT Umno, maklumat risikan lain juga dengan senang Anwar boleh perolehi…. Sebab apa…? Sebab lebih separuh ahli UMNO, menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai risikan adalah orang Anwar Ibrahim!
Najib merancang… Anwar juga mengatur strategi berdasarkan maklumat yang diberi. Pada 23 April 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa sudah cukup Ahli-Ahli Parlimen dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, dan tarikhnya adalah 16 September 2008, iaitu Hari Penubuhan Persekutuan Malaysia.
Dalam aturan tindakannya itu, Anwar Ibrahim menggunakan segala peruntukan perlembagaan dan tidak satupun tindakan beliau yang melanggar perlembagaan dalam usaha strategi beliau untuk membentuk kerajaan baru.
Termasuklah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Badawi di Parlimen, dan juga memohon untuk mendapatkan persetujuan dari YDP Agong.
SEBAB UTAMA ANWAR IBRAHIM RANCANG 16 SEPTEMBER
Tujuan dan matlamat utama perancangan ‘16 September’ adalah untuk mengalih perhatian Najib dan rejimnya daripada merampas Selangor yang merupakan aset yang tidak ternilai di Negara ini.
(“Anda mesti mencari cara yang bijak untuk mengalihkan perhatian musuh anda semasa anda membuat langkah strategik” - Buku The Art Of War – Sun Tzu)
Dengan pengumuman ‘16 September’, maka kelam kabut lah pimpinan Najib, sehinggakan pada 8 September 2008 beliau terpaksa melarikan 49 ahli Parlimen ke Taiwan bagi tujuan kononnya “lawatan sambil belajar”. Padahal ketakutan yang amat sangat, apabila ramai ahli parlimen BN yang berbisik kepada Anwar, “ Please.. count..me..in “.
Tetapi itu BUKAN matlamat utama Anwar iaitu menarik ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat. Matlamat utama Anwar Ibrahim adalah untuk menyelamatkan Selangor dari dirampas oleh Najib.
Dalam tempoh Najib dan konco-konconya kelam kabut menyelamatkan ahli-ahli parlimen mereka, masa pun berlalu… selama hampir setahun.
Anwar Ibrahim berjaya merancang strategi untuk mengurustadbir kerajaan Selangor dengan lebih stabil dan menyediakan benteng yang kukuh dari serangan Najib dan konco-konconya.
Bayangkan jika Anwar Ibrahim tidak mengumumkan ‘16 September’. Najib dan rejimnya akan mempunyai banyak masa untuk memikirkan strategi untuk merampas Selangor.
Selepas isu ‘16 September’ berakhir, pada Februari 2009 Najib dan rejimnya berjaya merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan rakusnya mengheret Speaker DUN dan mengunci beliau semasa ucapan perasmian sidang DUN oleh Raja Muda Perak.
Tetapi, Selangor tidak semudah itu untuk dirampas, kerana bilangan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Selangor adalah jauh lebih banyak dari Perak.
Akibat ketidakpuasan hati Najib dan rejimnya, mereka masih mencuba untuk hancurkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dengan memperkudakan SPRM sehingga kita menyaksikan kematian Teoh Beng Hock atas sebab dakwaan pembelian bendera Malaysia yang bernilai RM2 ribu sahaja.
Jika Teoh Beng Hock mengaku “kesalahan” tersebut, adakah akan ada tangkapan secara besar-besaran ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, dan menumbangkan Kerajaan Selangor ???
konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu, kerana isu azan. Dan kemudian, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim didakwa penyelenggaraan kereta sendiri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor.
Isu kecil sebegini pun mereka gunakan sehingga menyebabkan kematian, tangkapan ISA dan dakwaan terhadap Menteri Besar.
Apa-apa pun Najib gagal ke atas Selangor…, dan sebab utama adalah Anwar Ibrahim berjaya memperkukuhkan kerajaan Selangor dengan senjata ’16 September’.
Sebab itulah sehingga sekarang ini Najib dan BN masih berterusan membangkitkan isu ’16 September’ yang kononnya “gagal”, sedangkan yang sebenarnya Najib dan BN telah kalah di dalam perancangan mereka dan tidak puashati akibat diperangkap oleh Anwar Ibrahim di negeri Selangor...





