Thursday, December 29, 2011

POLITIK BUSUK UMNO!!! Dulu zaman BN perintah , Masjid Alor Malai diroboh tak ada pun UMNO solat hajat. La nak solat hajat pula bantah roboh surau

Dulu masa BN perintah Masjid Alor Malai dirobohkan sama macam kes Madrasah Salihiah. Tapi tak ada sorang pun UMNO nak buat sembahyang hajat.

PAS pun pada masa tu serah dan hormati keputusan majlis fatwa Kedah .

Tapi bila mai zaman PAS perintah, UMNO naik minyak nak buat sembahyang hajat bantah roboh Madrasah Salihiah, konon nak pertahan surau.

Jelas, inilah perangai UMNO yang guna isu agama untuk kepentingan politik. Sembahyang hajat pun nak dipolitikkan.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/385807_188858324543694_100002585836533_347635_1689909118_n.jpg

Oleh: Saiburi Sudin

Di saat kejatuhannya, UMNO akan buat apa saja untuk cuba mengekalkan kuasa biar pun semua petunjuk meramalkan bahawa PARTI RASUAH NO 1 MALAYSIA itu akan berkubur dalam PRU13 nanti.

Ibarat orang lemas, apa saja yang terlintas akan dipautnya. Di Kedah pembangunan Kompleka Aman Central yang melibatkan menyusunan semula struktur susun atur bangunan, telah ditafsirkan sebagai cubaan kerajaan negeri meruntuhkan surau. Walhal apa ingin dilakukan ialah meroboh bangunan sebuah syarikat insuran yang dinamakan Madrasah Salihiah untuk digantikan dengan dua buah surau/madrasah lebih besar untuk beri manfaat yang lebih besar kepada umat Islam.

Bagi menampakkan tindakan mereka itu Islamik, mereka pun menganjurkan Solat Hajat politik kononnya untuk menyelamatkan surau itu dari diroboh. Astaghfirullahalaziiiiiim.. Solat Hajat pun dah jadi 'bahan dagangan politik' oleh UMNO demi kemarukkan kuasa. Dengan kuasa itu mereka boleh terus rompak khazanah kekayaan negara dan negeri, mereka boleh terus seleweng harta benda rakyat, boleh terus hidup mewah dengan cincin, beg tangan, pakaian mewah yang tiada batasnya.

Solat adalah ibadat mulia yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW.. Mulianya solat sampai Rasulullah SAW pergi ambil sendiri melalui peristiwa Isrok Mikraj.

Mai dekat UMNO Solat dibuat main seduit dua untuk kepentingan politik, untuk kuasa dan terus menipu rakyat. Sungguh jahat menatang UMNO nih!!!


Kedah La

Read more ...

Pakaian sekolah untuk pelajar miskin dan anak yatim

PARIT BUNTAR, 29 Dis.: Seramai 20 orang anak yatim dan miskin mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS Parit Buntar untuk membantu mereka menyediakan pakaian serta beg sekolah sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2012.

Timbalan Ketua Pemudanya, Hairul Nizam Ishak berkata, kanak-kanak ini telah dipilih dari seluruh kawasan Parlimen Parit Buntar.

" Dewan Pemuda berkerjasama dengan pihak korporat yang ingin bersama membantu pelajar miskin dan anak yatim.

" Peruntukan telah disumbangkan oleh wakil korporat sebagai tanda bersimpati bagi membantu kanak-kanak ini"katanya


Menurut Hairul Nizam, Program "Jom Pi Sekolah" ini merupakan salah satu program kebajikan yang diatur oleh Pemuda Kawasan bagi menyahut slogan Negara Berkebajikan.

" Kita sedaya upaya akan cuba membantu golongan yang memerlukan untuk meringankan beban serta kesulitan yang mereka hadapi.

" Kita membawa mereka yang terdiri dari tahun satu hingga tingkatan satu ke sebuah pasaraya yang menawarkan harga istimewa untuk anak-anak miskin dan yatim ini" katanya


Turut bersama-sama menyantuni dan meraikan anak yatim ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain dan isteri, Yang Dipertua PAS Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua, Abdul Baharin Mat Desa pimpinan PAS Kawasan serta Pemuda PAS Parit Buntar.


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain menyantuni seorang anak yatim memilih pakaian sekolah


Isteri Pesuruhjaya membantu anak-anak yatim mencuba pakaian sekolah

Read more ...

MELAYU BUKAN HAK UMNO!!!! UMNO makin kurang ajar atas nama Melayu

Oleh Fairuz Azhan

Semakin jelas bahawa para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka yang semakin dicabar oleh rakyat prihatin.

Ini termasuk menyeleweng wang negara, memfitnah anak bawah umur Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa mencabul seorang gadis dan menghina rakyat Malaysia yang menolak politik mereka dengan menggelar mereka dengan pelbagai nama termasuk “bangsat”.

Semasa Perhimpuan Agung UMNO baru-baru ini, seorang wakil Pemuda UMNO yang berketurunan India Muslim, atas nama Allah SWT dan Rasulullah SAW, telah menggelar warga Malaysia yang menyokong DAP sebagai “bangsat:.

Konco-konco UMNO di Pulau Pinang pula telah menghantar kek berbentuk najis kepada Guan Eng sempena hari lahir beliau. Begitu bangga sekali mereka yang kebanyakannya dari keturunan India Muslim dengan kelakuan tidak senonoh dan memalukan orang Melayu yang dahulunya terkenal dengan sifat sopan santun serta beradab mulia.

Malah, jika diingatkan semula, apabila segelintir warga Indonesia melemparkan najis ke bangunan kedutaan Malaysia di Jakarta tahun lalu, ramai rakyat Malaysia marah dengan perbuatan biadap itu. Apakah ia tidak menjadi peringatan buat kita semua?

Inilah politik samseng yang berasaskan ugutan, tekanan, membuat kacau bilau, fitnah terhadap orang yang tidak sealiran politik dengan mereka. Inilah ‘kehebatan’ kepimpinan UMNO dan konco-konco mereka. Apakah ini warisan perjuangan Melayu 1946?

Kedangkalan politik, kerendahan hati budi

Seolah-olah tiada daya intelektualisme untuk berhujah dan menggunakan akal untuk membuktikan bahawasanya mereka adalah pilihan yang lebih baik daripada alternatif yang ditawarkan pihak lawan.

Rakyat melihat dan menilai mana satu pihak yang memberikan alternatif yang lagi baik melalui wacana penyampaian ilmu yang baik, bukannya siapa paling samseng di Malaysia mahu pun siapa lagi banyak membuat fitnah dan dusta.

Anak-anak sekolah pun jijik dengan ‘kematangan’ wira-wira perkauman ini. Bagaimana mereka tangkis skandal yang benar-benar berlaku? Dengan memfitnah orang lain. Bagaimana mereka menjelaskan penyelewengan dan salah guna kuasa? Dengan menjadikannya isu perkauman.

Bagaimana mereka mahu membuktikan pentadbiran Pakatan Rakyat lemah dan tidak baik untuk rakyat? Dengan menghantar ‘Mat Rempit’ yang berusia ‘bapak budak’ untuk membuat demonstrasi sambil memakai t-shirt perkauman. Malah pengayuh beca juga dikatakan dibayar sedikit wang untuk berdemonstrasi menentang kerajaan Pakatan Pulau Pinang.

Semua itu dihebohkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia. Apabila yang berdemo itu meminta maaf dan mengakui mereka dibayar oleh pihak-pihak perkauman, semua media kawalan BN diam membisu.

Mereka melayan rakyat seperti hamba yang dangkal otak. Apabila rakyat mendesak hak dan peluang untuk berhujah, dikusi, debat dan sebagainya, ia dibalas dengan intimidasi, fitnah dan budaya samseng.

Mahasiswa pun menjadi mangsa fitnah

Awal bulan ini, sekumpulan mahasiswa telah ditahan kerana berpidato di UiTM walau pun Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah diisytiharkan oleh Mahkamah sebagai tidak sah kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang lebih dikesali ialah sekumpulan mahasiswa pro-BN telah membuat kacau dan berlagak samseng di majlis tersebut. Bapa borek anak rintik, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Ramai orang UMNO, khususnya ahli-ahli veteran sudah sedar bahawa demokrasi dalam UMNO sudah lama mati di mana titik nokhtahnya bermula semenjak penubuhan UMNO Baru pada 1988.

Tetapi bagi rakyat, itu soal UMNO. Jika tidak suka dengan demokrasi dalam parti sendiri, itu soal parti tersebut sahaja. Tapi janganlah mendidik rakyat dengan sedemikian juga.

Kita ada Perlembagaan Persekutuan. Walau ada beberapa pindaaan yang menghalang hak dan kebebasan, yang penting adalah amalan mengikut perlembagaan asal yang membentuk negara kita yang merdeka lebih 54 tahun lalu. Ia adalah amanah dan tanggungjawab kerajaan yang diberikan oleh rakyat.

Rakyat yang mahu demokrasi perlu membuat pilihan

Sesungguhnya rakyat dahagakan sebuah demokrasi yang matang dan baik. Ia memberikan peluang yang adil untuk segenap lapisan masyarakat terlibat dalam isu membangunkan negara yang tercinta ini.

Janganlah kita menganggap demokrasi itu sebagai ‘agama baru’ untuk menghancurkan negara semata-mata kerana takut berhadapan dengan rakyat yang sudah celik, bijaksana dan prihatin tentang hak dan tanggungjawab.

Budaya samseng dan kurang ajar bukan sahaja tiada tempat di Malaysia, ia juga ditolak oleh semua ajaran agama dan ideologi politik yang bebas dan demokratik. Mengugut dan berselindung di sebalik undang-undang yang zalim hanya menonjolkan kedangkalan untuk berhujah dengan baik dalam ruang demokrasi.

Rakyat yang bosan dan meluat dengan budaya UMNO-BN ini, termasuk dari kalangan ahli-ahli parti-parti komponen mereka sendiri, mempunyai alternatif untuk memperbaiki keadaan yang semakin parah ini. Sesungguhnya kuasa itu di tangan rakyat. – Roketkini.com

Read more ...

PELUH JE MEMBASAHI KETIAK!!! Hasrat gerombolan Panglima Ludah nak meludah tak kesampaian


Atas sebab-sebab keselamatan, rancangan Adam Adli untuk berpidato di Speaker Corner, Padang Kota Lama, Pulau Pinang terpaksa dibatalkan.

Pidato ini adalah lanjutan daripada siri gerakan menuntut kebebasan akademik, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) akan mengadakan jelajah ke utara semenanjung Malaysia.

Jelajah tersebut bertujuan menyampaikan mesej serta tuntutan akademik ke setiap negeri.

Jelajah bermula pada 29 Disember bagi menyerahkan memorandum kebebasan akademik kepada kerajaan negeri Kedah dan dijangka akan dijalankan di Wisma Aman pada jam 10 pagi.

Pertubuhan ini turut dijangka akan berada di Padang Kota Lama Pulau Pinang pada jam 1 petang untuk sesi pidato kebebasan akademik.

Antara yang dijangka hadir adalah Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abd Razab, Pengerusi Bebas, Muhammad Safwan Anang, termasuk Adam Adli yang masih panas dengan isu bendera Najib, serta beberapa wakil wakil daripada pertubuhan pelajar di bawah SMM sekitar Lembah Klang.

Rancangan ini terpaksa dibatalkan apabila agak ramai panglima-panglima ludah dilaporkan sedang menanti kehadiran beliau dan kumpulannya itu.. lagipun Adam Adli ini tidaklah sebodoh panglima-panglima ludah itu..

Seperti yang kita sedia maklum gerombolan panglima ludah ini, bukanlah satu kumpulan yang tahu menghormati undang-undang.

Oleh kerana kelibat Adam Adli tidak kelihatan pada masa dan hari seperti yang diwar-warkan, panglima-panglima ludah yang menanti keadirannya termangu-mangu menanti di bawa terik mentari di sekitar di Speakers Corner Padang Kota Lama.

Tak ke buat kerja bodoh namanya itu… menunggu di tengah panas semata-mata nak tunjuk sayang kat Najib..





Gambar-gambar ni aku ambil dari blog teman satu Parlimen, buakn teman seperjuangan ya.. kira musuh tradisi la ni.. Media Permatang Pauh. ASD

Read more ...

DAKWAT KEKAL!!! Kena tunggu 1 Februari

http://dppwp.files.wordpress.com/2011/08/dakwat-kekal.jpgKUALA LUMPUR 29 Dis. — Keputusan mengenai peraturan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diketahui pada 1 Feb depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, peraturan itu sedang digubal dan kandungan dakwat masih dikaji oleh Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.


"Selepas siap, ia dijangka boleh dipaparkan pada mesyuarat Parlimen dan dianggap untuk berkuat kuasa,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat ke enam PSC di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, dakwat baru itu adalah lebih baik berbanding dakwat kekal yang disyorkan pada PRU 2008, dan beliau yakin tiada masalah akan berbangkit.

"Dakwat bahan yang sama (seperti yang disyorkan pada 2008) namun masih dikaji ole Jabatan Kimia...warna dan pelbagai lagi, tetapi bahan dan kandungannya sama seperti yang pernah mereka uji sebelum ini. Dakwat ini dikatakan lebih baik berbanding yang satu lagi,” katanya.

Selain itu, dalam usaha membersihkan daftar pemilih, Ongkili berkata, SPR hari ini turut mengedarkan cakera padat mengandungi 42,051 nama pengundi yang meragukan kepada anggota PSC dan parti-parti politik di seluruh negara.

tanya.

Ongkili juga memaklumkan bahawa mesyuarat PSC pada hari ini turut memutuskan susun atur baru tempat mengundi bagi menjadikan proses pengundian lebih telus di mana ejen tempat mengundi (wakil calon) diberikan ruang penelitian lebih rapi.

Selain itu, katanya, beberapa penambahbaikan lain turut dilakukan termasuk menyediakan peti undi yang lebih sesuai.

Beliau juga memberitahu bahawa setakat ini, tujuh daripada 10 cadangan PSC di Parlimen telah menerima maklum balas positif daripada SPR.

"PSC akan berfungsi selama tiga bulan lagi sehingga minggu pertama April dan kami akan terus membantu SPR daripada segi pelaksanaan dan saranan bergantung kepada masa yanga da,” katanya. — BERNAMA

Read more ...

UMNO PENING!!! PR menang di Melaka, DAP sokong Adun PAS sebagai Ketua Menteri


Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, YB Lim Jak Wong berkata sekiranya PR menang di Melaka DAP akan menyokong Adun PAS untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

Lim berkata demikian pada program ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Taman Tun Rahah, Bukit Katil malam tadi.


"Saya berani menyatakan bahawa kalau PR menang di Melaka, DAP akan sokong Adun PAS jadi Ketua Menteri Melaka" ujar Lim dengan bersemangat.


Kenyataan berani Lim ini memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN yang sering memainkan isu bahawa jika PR menang di Melaka, Wakil Rakyat dari DAP akan menjadi Ketua Menteri.


Turut berceramah malam tadi ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin, Ketua Cabang Bukit Katil, Yusof Abdullah.

Read more ...

UCAP TAHNIAH!!!! Dr. Syed Azman temui Mursyidul Ikhwan Dr. Mohamad al-Badie'

PAS menyampaikan ucapan tahniah kepada Ikwanul Muslimin Mesir yang menang besar dalam pilihan raya umum negara itu baru-baru ini.


Syed Azman (kanan) berbual dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Mohamed al-Badie’ di pejabatnya dekat Kaherah. | foto
Ucapan itu disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agong PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kunjungan singkat ke Mesir baru-baru ini dan sempat bertemu serta bertukar maklumat dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Mohamed al-Badie’.

Pertemuan yang mewakili Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu adalah sempena kehadiran beliau sebagai anggota rombongan ahli pemerhati antarabangsa Pilihan raya Mesir di bawah seliaan PBB yang sedang berjalan sekarang.

Dalam pertemuan di pejabat baru Ikhwan yang tersergam indah itu, Dr Syed Azman telah menyampaikan ucapan tahniah seluruh kepimpinan PAS terutamanya Ustaz Hadi dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas kemenangan besar awal parti politik gabungan Ikhwan, ‘al-Hurriyat wal Adalah’ (Parti Kebebasan dan Keadilan) atau Freedom and Justice Party (FJP).

FJP meraih majoriti kerusi di seluruh Mesir. Ini merupakan penanda awal terhadap perjuangan rakyat Mesir bagi membebaskan negara mereka daripada pemerintahan kuku besi bekas Presiden Mubarak.

Begitu juga dengan sokongan penuh PAS kepada seluruh kepimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang sejak sekian lama telah diharamkan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti politik oleh pemerintah Mubarak.

Menurut Dr Badie’, seluruh petugas Ikhwan Muslimin sedang sibuk mengadakan kempen di seluruh Mesir di bawah gabungan parti FJP dan sedang mengatur persiapan bagi meghadapi pilihan raya Presiden yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun 2012.

Suasana baru ini juga sedang dimanfaat oleh Ikhwan bagi membangunkan semula negara Mesir bersesuaian dengan ciri-ciri yang lebih bersifat demokratik.

Read more ...

DUIT TAK ADA!!!Pesawat RM 120 Juta tersadai


Ini alasan yang cukup cantik. Aku bercadang nak minta tolong panglima ludah gunakan kepakaran dia dalam isu neh. Kalau sudi lah. Aku harap dia sudi. Sebab dia cakap dia perjuangkan nasib rakyat. So mestilah dia sudi. Kalau dia tak sudi mungkin dia yang kena ludah balik. Bahaya tue woitt... panglima ludah diludah. Memang rekod beb.

kah kah kah

Baca dulu bawah neh. Selow2. Dan fahamkan betul2.

PETALING JAYA (Dec 26, 2011): The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) has had to ground its two amphibious planes – barely two years after putting the aircraft into service – due to budget constraints.

Since their grounding, the two Bombardier Aerospace CL415MP have been sitting in a hangar in Subang. One has been parked there since late last year, while the other has been grounded for about half a year.


According to the agency's 2010 annual report, the planes had to be grounded as the agency has yet to sign the maintenance contract for the amphibious planes as MMEA has not been allocated enough funds for the purpose. Apart from firefighting, the amphibious planes can be used for search and rescue and maritime surveillance although only one aircraft, serial number M71-01, has been fitted with the specialised mission equipment including two side-looking airborne radars, a forward-looking infrared radar, an airborne maritime surveillance system and other avionics and communications equipment.


The government ordered the planes from Bombardier in June 2008 and the first aircraft was delivered in January 2009 while the second arrived in early 2010.


http://www.thesundaily.my/news/249344

Note penting ;

1. Pesawat yang tersadai ==> 2 unit.

2. Sebuah pesawat dah tersadai sejak setahun yang lepas, manakala lagi sebuah pula pada kira2 6 bulan yang lepas.

3. Alasan tersadai tiada mempunyai peruntukkan yang mencukupi untuk menyelenggara pesawat. Disebabkan itulah mereka tidak menandatangani apa2 perjanjian dengan mana2 syarikat yang berkelayakkan untuk menyelenggarakan pesawat2 neh. [Lain kali lue cari pakar, upah pakar dan selenggara sendiri bhai]

4. Tahu harga pesawat neh berapa? rm120 juta sebuah. Ia ada berapa buah? 2 buah je. So baru rm240 juta. Kira mahal lagi lembu shahrizat beb.

kah kah kah

5. Salah meh harga yang mahal neh? Momantai. Asal sesuai dengan kualiti dan boleh buat kerja. Okey. Tapi sekarang bukan isu harga, tapi isu kekurangan dana maka ia tersadai sehingga tidak boleh digunakan. Maka ini salah. Salah kerana gagal urus benda neh dengan cekap.

6. Apa salah ka kalau pesawat neh tersadai? Salah. Sebab pesawat neh dibeli untuk buat kerja bukan dibiarkan untuk di sadai kan. Antara fungsi pesawat neh ialah memadamkan kebakaran, melakukan kerja2 mencari dan menyelamatkan dan memantau kawasan pantai. Ia juga adalah sejenis pesawat canggih yang dilengkapi dengan alat2 yang sesuai dengan fungsinya.

Jadi, macam mana? Kerajaan kena atasi benda neh. Cari pakar yang boleh selenggara benda neh. Cari langkah yang paling less cost tapi sesuai dengan keadaan. Takde duit? Soh shahrizat bayar balik duit pinjaman juta2 tue. Ini apahal kerajaan sampai takde duit nak jalankan kerja sendiri tapi ada duit bagi shahrizat bina kekayaan untuk family laki bini? Boleh kah?

Selain itu pada tahun 2003, malaysia telah sign agreement untuk beli jet pejuang sukhoi [macam helipkopter tak silap aku] yang bernilai rm150 juta seunit. Berbaloi meh? Harga kontrak AS900 = RM3billion = rm150 each untuk 18 jet pejuang.
Peh.

Ini berbaloi kah? Ini berbaloi kah dengan kualiti yang ditawarkan? Aku tunggu jawapan bernas dari panglima ludah malaysia. Dia hebat.

Jangan lupa misi penting neh ==> baca + faham + sebar. Ingat, kena baca, lepas faham baru sebar. Jangan sebar tanpa kefahaman. Nanti orang tanya kelam kabut nak menjawab pula. Lihat point penting bawah neh juga.

APMM pertama di Asia guna pesawat amfibia

14/10/2008 6:06pm


PELABUHAN KLANG 14 Okt. - Pesawat pelbagai guna amfibia yang dibeli oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijadualkan tiba bulan depan, sekali gus akan menjadikan negara ini sebagai yang pertama di Asia menggunakan kapal terbang jenis itu.


http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2008&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan akan meneliti laporan bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikatakan diarah tidak menggunakan dua pesawat amfibianya berikutan masalah kewangan. Katanya, beliau masih menunggu laporan penuh agensi itu berkaitan dua Bombardier Aerospace CL415MP dengan sebuah tersadai sejak akhir tahun lalu manakala sebuah lagi hampir enam bulan. Akbar itu memetik, berdasarkan laporan tahunan APMM 2010, pesawat berkenaan tidak boleh diterbangkan kerana agensi itu belum menandatangani kontrak penyelenggaraan berikutan kekurangan dana.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takperlutafsiranbaru/Article/index_html


Pesawat Pertama (M71-01) telah diserahkan kepada APMM pada 23/1/2009 manakala pesawat kedua telah diserahkan pada bulan Oktober 2009. Pesawat Bombardier ini berupaya untuk membantu dalam memadamkan kebakaran. Pesawat ini berupaya melawan kebakaran dengan kelajuan 150 kt 278 km/j.


http://www.mmea.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1570%3Aaset-apmm&catid=66

Beliau berkata, pesawat Amfibi terbaru itu yang berharga RM120 juta dan dibeli dari Kanada, kini boleh melaksanakan misi penuh.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm


Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5 Ogos 2003.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukhoi_Su-30MKM

Sumber oleh : MTD Kota Lama.

Read more ...

Rakyat perlu tolak BN yang khianat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUh43PXO3EIj_SGSHR5NxAjZKQADhM-LWOoc5jcKq3tdAoh5gfPe9iU5ccxn4F8onmCpfZkb4eV3_QdLHDYJQXFnkpC8s4DUYV6OSzHwFUi3884A5Zh_UShKlm3rc7-4LdohllkBoaCXI/s320/nizar_mb_muka_web.jpgPARIT BUNTAR, 28 Dis. : Rakyat perlu menolak UMNO/BN kerana mandat telah diberi oleh rakyat selama 54 tahun memerintah negara ini tetapi malangnya UMNO/BN telah khianat kepada rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin , berkata rakyat perlu membuat keputusan tiga bulan daripada sekarang untuk menolak UMNO/BN dalam PRU13 akan datang.

“ Begitu banyak perkara yang telah dilakukan oleh UMNO/BN terhadap rakyat sehingga menyusahkan hidup rakyat terutamanya orang Melayu.

“ Rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya begitu berleluasa dan sebahagian besarnya telah diperakui sendiri di dalam Laporan Audit Negara” katanya semasa menyampaikan ceramah pelancaran Dana Unit Peti Undi (UPU) Kampung Kedah di sini.

Menurut beliau lagi, UMNO sendiri sejak akhir-akhir ini telah menyerlahkan wajah sebenar mereka sebagai sebuah parti rasis atau perkauman.

“ Ini terbukti untuk sekali lagi di dalam ucapan-ucapan pimpinan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

“ Ini adalah berlawanan dengan apa yang diperintah oleh Allah SWT , yang meminta umat Islam tidak membenci mana-mana kaum dan hendaklah berlaku adil kerana adil itu mendekatkan diri dengan ketaqwaan” katanya

Beliau mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa UPU Kampung Kedah yang menjalan usaha mencari dana sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum ke 13.

“ Selain dana, PAS perlu UPU yang bergerak aktif terutama mengadakan aktiviti penerangan kepada penduduk setempat bagi mendedahkan penyelewengan dan rasuah pemimpin UMNO.

“ Hanya dengan aktiviti penerangan , PAS dapat menjawab segala fitnah dan pembohongan UMNO yang disebarkan melalui media massa perdana” katanya

Read more ...

Wednesday, December 28, 2011

DERHAKA SULTAN DAN HINA FATWA!!! Tunggu 31 Disember ini, nak tengok polis setia kepada Raja atau UMNO@BBSMS?

Dewan Pemuda PAS Alor Setar yang diketuai Ketuanya Mohd Azam Awang telah membuat laporan polis terhadap puak-puak yang derhaka kat Sultan dan menghina majlis fatwa Negeri Kedah.



Berikut ini adalah salinan laporan tersebut:


LAPORAN POLIS TERHADAP BBSMS


Laporan polis ini dibuat kerana sebuah pertubuhan yang menamakan diri mereka sebagai Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan himpunan pada 31 Disember 2011 di Madrasah Salihiah, Kanchut mulai 12 tengahari hingga 5 petang. Antara pengisiannya ialah bantahan terhadap usaha merobohkan madrasah wakaf bagi dibina surau baru oleh pihak pemaju.


Saya sebagai rakyat negeri Kedah merasakan program tersebut mesti dihalang serta tidak diberikan kebenaran (permit) oleh pihak polis berdasarkan sebab-sebab berikut:


1) Tindakan mereka adalah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang membenarkan ISTIBDAL iaitu pindah wakaf bagi mendapat manfaat lebih besar. Kaedah tersebut yang diputuskan oleh Majlis Fatwa bagi mengizinkan madrasah tersebut dirobohkan dengan pampasan RM1.48 juta bagi mengadakan wakaf yang baharu, di samping pihak pemaju akan membina semula sebuah surau di lokasi yang sama dengan keluasan lebih besar. Sikap tidak menghormati keputusan majlis fatwa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam boleh mendorong kepada perpecahan ummah.


2) Majlis Fatwa Negeri Kedah adalah dinaungi oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini baginda adalah Yang DiPertuan Agong. Setiap keputusan majlis fatwa telah dipersembahkan kepada baginda untuk makluman atau perkenan. Dengan itu tindakan BBSMS menentang keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah bererti menderhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan yang kini merupakan Yang DiPertuan Agong.


3) Ahli-ahli majlis fatwa yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Sohibul Samahah Syeikh Badaruddin Haji Ahmad adalah terdiri dari mereka yang alim (berilmu) di bidang keIslaman. Mereka terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor, Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh, Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof, Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir, Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim. Mereka telah berbahas dengan terperinci akan hukum hakam sebelum membuat keputusan. Dengan itu tindakan BBSMS menganggah keputusan ulamak yang berautoriti serta berwibawa dalam bidang tersebut boleh menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat Islam.


4) Madrasah Salihiah bukannya premis persendirian, ia berada di bawah Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah. BBSMS mestilah mendapat kebenaran dari MAIK sebelum mengadakan himpunan haram seumpama itu di premis tersebut.


Dengan itu saya menggesa pihak yang bertanggungjawab:


1) Menghalang program yang dicadangkan pada 31 Disember 2011, di Madrasah Salihiah, kanchut dari diadakan.

2) Mengambil tindakan tegas terhadap BBSMS yang mengkucar-kacirkan serta mencelarukan pemikiran rakyat berhubung isu Madrasah Salihiah, Kanchut.


Laporan polis oleh:


MOHD AZAM BIN AWANG

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar.
Bertarikh: 28 Disember 2011

Read more ...

GEBANG UMNO, 200 ORANG BANTAH !!! Tapi seorang pun tak nampak sembahyang kat surau waktu Maghrib, Isya dan Subuh

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/12/pas-kedah.jpg
Ni yang berdemo , ada ka mai solat kat surau? Tak da pun sebab suma orang luar yang jadi pencacai demo umno


Fakta penting pakat-pakat pikiag tengok:


*Waktu Maghrib, Isyak dan Subuh sekog pun tak pi solat kat surau tu. Mana dia kononnya 200 ahli jamaah yang bantah surau tu diroboh (untuk buat baru)

*Zaman BN dulu depa roboh masjid Alog Malai untuk susun semula pembangunan kompleks Al-Bukhary yang di atasnya terletak Pasaraya Giant. Giant tu Ibrahim Ali (Melayu) punya ke?

*Mana lebih alim (berilmu).. Syeikh Mukhriz, Syeikh Bashah, Syeikh Sobri Sudin atau 10 ulamak Majlis Fatwa Negeri Kedah?


Latarbelakang:


PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu.

Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah.

Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.


Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad.

Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu.

Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!


2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar.

Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah).

Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.


3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat.

Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.


4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini).

Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat.

Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.


5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini.

Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.


6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir.

Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh di surau?

Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.


7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam.

Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk.

Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.


8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?


9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam.

Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam.

Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.


10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant).

Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah.

Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli.

Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak UMNO sebagai pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.Kedah La

Read more ...

HABIS LA BN!!!Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti

Berita panas tentang Ketua MCA Pulau Pinang ini diyakini tidak akan disiarkan oleh Utusan Malaysia mahupun TV3, jika disiarkan oleh mereka nescaya editornya akan diberikan surat tujuk sebab..


Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

Malaysiakini

Read more ...

PENGUNDI SIAM SOKONG PR!!! Kerusi Dun Pedu dan Sungai Tiang sudah tidak selamat untuk UMNO

Oleh: Saiburi Sudin

SS ikut serta rombongan Menteri Besar dalam program bersama masyarakat Siam di Titi Akar, Pendang baru-baru ini. Hampir semua tok-tok sami penting Siam di kedah turun dalam program tersebut. Mereka sangat teruja dengan kehadiran seorang MB PAS yang masa BN dulu jarang depa dapat jumpa MB.

SS sempat bersembang dengan beberapa tokoh penting masyarakat Siam itu, hampir semua depa sependapat, selagu dan seirama. "Orang Siam tadak susah punya, sapa jadi kerajaan kami sokong." SS buat-buat tak faham, pi tanya pulak dengan sorang MKK Siam yang ada kat situ. Dia pun cakap benda yang sama tapi lebih jelas lagi, "Pilihanraya umum ni kita (PR) jangan takutlah orang Siam mesti bagi undi dekat Ustaz Azizan (PR) di DUN tapi Pusat (Parlimen) depa bagi kat Najib (BN). Perangai Siam memang macam tu, sapa jadi kerajaan depa sokong," cakap MKK tu terus terang.


SS tak mau syok sendiri dengan kenyataan tu tapi dari penelitian yang dibuat kenyataan tu memang ada asasnya sebab dekat Kelantan orang Siam bagi undi kat parti Tok Guru untuk DUN. Sebelum PRU12 lalu SS masih ingat, PAS jangan harap nak masuk kampung Siam. Semuanya dikuasai BN, bila PAS menang jadi kerajaan... Mat Sabu pun boleh ceramah dalam wat Siam.


Jika benarlah itu sikap masyarakat Siam di Kedah, maka BN hampir pasti akan hilang dua kerusi DUN yang masyarakat Siamnya sangat ramai iaitu Pedu dan Sungai Tiang. Jadi logiklah kalau Tok Det Khalid pun dah berkira nak cabut lari dari Pedu, nak ambik Parlimen pulak. SS dok nampak dah ketua pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham nak kena 'sembelih' kat Pedu.


Di Sungai Tiang pulak YB Suraya dok pekemaih barang nak angkat bungkuih. Dok cadang nak bagi Datuk Azmi Din SADA bertanding di situ. Kena 'sembelih'lah hang Midin woi kat Sungai Tiang.

Kedah La

Read more ...

UMNO LEBIH ALIM?!!! Inilah Profil Ahli Majlis Fatwa Kedah yang dipertikaikan UMNO

UMNO menempelak keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang telah membenarkan Bangunan Madrasah Salihiah, Kanchut dirobohkan mengikut kaedah Istibdal (ganti wakaf yang lebih besar manfaatnya).

Kononnya Majlis fatwa telah dipaksa membuat keputusan mengikut kehendak Menteri Besar.

Kononnya anggota majlis fatwa jahil, buat keputusan tak betul, tak takut akhirat... Betulkah?


Mai kita pakat tengok profail Anggota Majlis Fatwa Negeri Kedah yang keputusan mereka dipertikaikan oleh UMNO dan rakan kongsi mereka Perkasa itu..



1. Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj. Ahmad (PENGERUSI)


Sarjana Muda di Nadwatul Ulama', Lucknow, India

Pada tahun 1980 beliau berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajian dalam bidang Ilmu Hadis


Berjaya memperolehi Ijazah Sarjana (M.A) peringkat mumtaz setelah menyampaikan tesis 1000 mukasurat yang menghuraikan dan mengkategorikan Sunan Baihaqi di bawah seliaan Prof. Dr. Muhammad Umar Hashim, Rector Al-Azhar.


Ahli Majlis Agama Islam Kedah, Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa PERKIM Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah


Dekan Kulliyyah Usulluddin selama dua penggal iaitu selama 6 tahun


Tokoh Pendakwah Negeri Kedah sempena sambutan Maulidur Rasul. Anugerah itu telah disampaikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah semasa Majlis Pelancaran Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah pada 1 Mei 2004 bersamaan 12 Rabiulawal 1425.



2. Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (AHLI)


UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR


UNIVERSITI AIN AS-SYAM, MESIR


YANG DIPERTUA MAJLIS HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


MUFTI NEGERI KEDAH


PENASIHAT LEMBAGA URUSAN DAN TABUNG HAJI

PENGURUSI LEMBAGA MA'HAD MAHMUD

AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH


PENGERUSI JAWATANKUASA SYARIAH KEDAH


3. Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR (IJAZAH SARJANA MUDA (BA) SYARIAH)

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (DIPLOMA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN DAN KEHAKIMAN)


PENGALAMAN KERJA


: GURU SANDARAN MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR


: PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM,


JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


: KADI DAERAH PENDANG


: KADI DAERAH BANDAR BHARU


: PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH ALOR SETAR


: TIMBALAN KADI BESAR, KEDAH UTARA


: KETUA BAHAGIAN DAKWAH,


JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


: YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


: KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KEDAH


: KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KEDAH (KONTRAK)


SUMBANGAN


1. PENASIHAT BADAN KEBAJIKAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH


2. TIMB. PENGERUSI LEMBAGA MAKTAB MAHMUD


3. TIMB. YANG DIPERTUA PBMITT (CAW. KEDAH / PERLIS)


4. PENGURUSI PUSAT PENGAJIAN DARUS SALIHIN


5. YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH MENENGAH TUNKU MALIK, ALOR SETAR


6. PENGURUSI MA'HAD ADDINI, ALOR SETAR


7. AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK)


8. AHLI JAWATANKUASA ZAKAT NEGERI KEDAH



4. Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (AHLI)

UNIVERSITI AIN SHAM, KAHERAH, MESIR (DIPLOMA PENDIDIKAN)

AHLI JAWATANKUASA MERANGKA PENUBUHAN AWAL MAAHAD TAHFIZ NEGERI KEDAH


AHLI JAWATANKUASA MERANGKA PENUBUHAN AWAL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AGAMA NEGERI KEDAH (INSANIAH


PENDAFTAR INSANIAH


SETIAUSAHA MAJLIS INSANIAH


PENGETUA MAAHAD AD-DINI



5. Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR (IJAZAH B.A SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG)

JAYYID (DIPLOMA PENDIDIKAN)



PENGALAMAN KERJA


1 : GURU PENOLONG KANAN DI KOLEJ ISLAM KELANG


2 : GURU PENOLONG DI SEK. MEN. KUALA PEGANG, BALING


3 : GURU PENOLONG DI SEK. MEN. SAINS, SG. PETANI


4 : PENASIHAT AGAMA DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


5 : PENOLONG KANAN DI SEK. MEN. KEB. AGAMA AL-MASHUR


6 : PENGETUA DI SEK. MEN. KEB. AGAMA KEDAH


7 : PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN GAYA KOTA KINABALU, SABAH


8 : GURU PENOLONG AL-MA'HAD MAHMUD, ALOR SETAR


HASIL KARYA:


BUKU HADIS DAN MUSTALAH HADIS UNTUK TINGKATAN 6 (KELUARAN DBP)



6. Dato' Syeikh Fadzil Bin Haji Awang (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR

1-(B.A) AL-AZHAR -TAFSIR & ULUM AL-QURAN


2-DIPLOMA PENDIDIKAN AL-AZHAR



PENGALAMAN KERJA


PUSAT PENYELIDIKAN ISLAM JABATAN PERDANA MENTERI KUALA LUMPUR


MA'HAD MAHMUD ALOR SETAR




7. Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (AHLI)

UNIVERSITI EIN SHAMS, MESIR (DIPLOMA PENDIDIKAN)

UNIVERSITI AL-MALIK SAUD, RIYADH (SIJIL KURSUS: TA'LIM AL ARABIAH LIGHAIRI


AN-NATIQIN BIHA)


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI (SARJANA PENDIDIKAN (M.Ed))



PENGALAMAN KERJA:


GURU KOLEJ ISLAM KLANG, SELANGOR


PENSYARAH SAMBILAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM


GURU SEKOLAH MENENGAH KEB. AGAMA, KEDAH


TENAGA PENGAJAR (Pengajian Islan & Bahasa Arab) INSTITUT PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI UTARA (IPTURA) SIMPANG KUALA, ALOR SETAR



SUMBANGAN:


PENULIS BUKU TEKS BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5


PENULIS SKRIP TOPIK MUAMALAT BERSIRI UNTUK SIARAN TV MALAYSIA


JAWATANKUASA PENGGUBAL SUKATAN MATAPELAJARAN SYARIAH 1 STPM


AJK PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH AGAMA DAN SIJIL TINGGI AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR


JAWATANKUASA PENGGUBAL SUKATAN BAHASA ARAB TINGGI SPM


PENCERAMAH KURSUS PENDEDAHAN PENGAJARAN BAHASA ARAB SPM KEPADA GURU-GURU BAHASA ARAB


KETUA KUMPULAN PEMERIKSA KERTAS SYARIAH 1 STPM


PENGGUBAL DAN PANEL SOALAN BAHASA ARAB SPM, LEMBAGA PEPERIKSAAN


PENYELARAS PEPERIKSAAN UJIAN LISAN SYAFAWI BAHASA ARAB STPM NEGERI SELANGOR, KEDAH DAN PULAU PINANG


JAWATANKUASA PENAPIS SOALAN PEPERIKSAAN SMRA DAN STA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


JAWATANKUASA PENAPIS SOALAN PEPERIKSAAN SYAHADAH NIHAIYYAH MAKTAB MAHMUD


PANEL PENGGUBAL SOALAN, PEMERIKSAAN DAN PENILAIAN UJIAN LISAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH



8. Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) Dalam Jurusan Syariah Sa Politik Islam / Ekonomi Islam,(Tajuk Tesis : Polisi Campur Tangan Kerajaan Islam Dalam Kegiatan Ekonomi)



PENGALAMAN KERJA


PENSYARAH, TIMBALAN DEKAN FAKULTI SYARIAH AKADEMI ISLAM DAN PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA


PENSYARAH DAN KETUA JABATAN SYARIAH, INSTITUT PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN UGAMA ISLAM BRUNEI


PENSYARAH, PENGARAH, PENGARAH AKADEMIK KOLEJ ISLAM DARUL ULUM, POKOK SENA, KEDAH


PENSYARAH KANAN,KULIYYAH SYARIAH KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH DEKAN KULIYYAH SYARIAH KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH


HASIL PENULISAN:


KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Nota Kuliah (200 halaman)

MATLAMAT ASASI PENUBUHAN SEBUAH NEGARA ISLAM Nota Kuliah, (180 halaman)
ZAKAT SEBAGAI YAYASAN JAMINAN SOSIAL Kertas Kerja Yang Dibentangkan di Seminar Zakat di Universiti Islam Negeri Acheh, 1986
KONSEP PERMODENAN MENURUT KACAMATA ISLAM Kertas Kerja Yang Dibincangkan di Seminar Pembangunan Islam Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur
KONSEP PEMILIKAN NEGARA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Seminar Fakulti Syariah, Universiti Malaya,1987
PENETAPAN HARGA BARANG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Kertas Kerja Yang Dibincangkan Di Seminar Antarabangsa Anjuran UUM di Kaherah, 2009


9. Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR - IJAZAH SARJANA MUDA (SYARIAH)
UNIVERSITI MALAYA - IJAZAH SARJANA (SYARIAH) FIQH DAN USUL FIQH

PENGALAMAN KERJA:


GURU - MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR

PEGAWAI DAKWAH - BHG PENERANGAN DAN DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH
KETUA UNIT KARIAH - BHG DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH
PEGAWAI AGAMA DAERAH PENDANG, KEDAH
PEGAWAI AGAMA DAERAH PADANG TERAP, KEDAH
TIMBALAN MUFTI NEGERI KEDAH

HASIL PENULISAN:


KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W - DIKELUARKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI KEDAH


RAMADHAN BULAN KEBERKATAN - DIKELUARKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


BEBERAPA SIRI KHUTBAH JUMAAT - DIKELUARKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH




10. Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (AHLI)


UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR - SARJANA MUDA (BA) SYARIAH


PENGALAMAN KERJA:


GURU SANDARAN - SEK. AGAMA TAUFIQIAH KHAIRIAH AL-HALIMAH, GUAR CHEMPEDAK


PENSYARAH - INSTITUT BAHASA ARAB (MINDA) SUNGAI PETANI


GURU MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR


GURU J-QAF - SEK. KEB. HAJI HASSAN ITAM,


PENOLONG PENSYARAH - KULIYYAH SYARIAH, KUIN (2010 HINGGA KINI)



HASIL PENULISAN


1 : HUSNUL IBANAH FI BAYAAN SYURUT MALABIS AL-MU'MINAH


2 : AL-KAULUL JALI FI DU'A AL-IMAM GHAZALI


3 : TASYWIK AL-MUSLIM ILA HUDHUR MAJALIS AL-ILMI


4 : PAKAIAN MUSLIMAH - TERBITAN JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH





11. Ustazah Faridah Bt. Hj Ahmad (SETIAUSAHA)

Kedah La

Read more ...

PRU 13!!! Ku Li ramal UMNO kalah

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

Read more ...