Thursday, October 11, 2012

MAI TENGOK!!! Jumlah perbelanjaan Najib Rosmah ke luar negara

Lawatan Perdana Menteri Lawatan Rasmi Najib Razak ke London, New York, Washington DC Berjumlah RM2,908,563.82. Sempat Singgah Milan & Dubai!!

Heboh semalam di merata ceruk Malaysia perihal bagaimana akhirnya terbongkar juga kisah pertemuan rahsia yang berlaku antara Perdana Menteri, Najib dan spekulator matawang, George Soros pada 27 September 2010.

Namun sekiranya anda masih ingat lagi beberapa bulan lalu, atau lebih tepat, antara 13 Mei 2012 hingga 24 Mei tahun yang sama, Najib ada pergi ke beberapa bandar-bandar besar di dunia di atas beberapa sebab termasuk urusan kerajaan dan ada juga melibatkan urusan peribadi Najib Altantuya sekeluarga. 


Dan jumlah perbelanjaan sepanjang 11 hari Najib Altantuya berada di luar negara, rupanya telah menelan perbelanjaan kerajaan hampir RM3 juta.

Di bawah ini adalah jawapan bertulis bagi soalan lisan di Dewan Rakyat antara ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok) dan juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Nazri Aziz) berdasarkan hansard parlimen yang disediakan :

Lawatan rasmi Perdana Menteri : Soalan Dan Jawapan di Dewan Rakyat

SOALAN:
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan perbelanjaan lawatan Perdana Menteri ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sepanyol. Berapakah hari dalam lawatan ini adalah urusan peribadi dan berapa hari adalah urusan rasmi.
JAWAPAN:
DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI : 
Tuan Yang di-Pertua, Pecahan perbelanjaan bagi lawatan YAB Perdana Menteri dan Delegasi ke United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:
BIL / TEMPAT / TUJUAN / TARIKH / AMAUN (RM)
  1. London – Lawatan kerja untuk menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles 13-15 Mei 2012 849,175.33
  2. New York – Lawatan kerja untuk menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council 15-18 Mei 2012 1,606,402.75
  3. Washington – Pegawai mengiringi lawatan peribadi YAB Perdana Menteri 19-24 Mei 2012 452,985.75
JUMLAH: 2,908,563.82
Lawatan ke United Kingdom bermula pada 13 Mei hingga 15 Mei 2012. Manakala bagi lawatan ke Amerika Syarikat bermula pada 15 Mei 2012 hingga 24 Mei 2012. Untuk makluman, tiada lawatan dilakukan ke Sepanyol. 13 Mei hingga 18 Mei 2012 adalah merupakan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri. Manakala, 19 Mei hingga 24 Mei 2012 adalah merupakan lawatan peribadi YAB Perdana Menteri. Sepanjang tempoh lawatan peribadi, Kerajaan hanya membiayai perbelajaan pegawai Kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri.
Penerbangan Perdana Menteri Lawatan Rasmi Najib Razak ke London, New York, Washington DC Berjumlah RM2,908,563.82. Sempat Singgah Milan & Dubai!!
Antara beberapa persoalan yang ingin kami timbulkan di sini di sini berdasarkan jawapan Datuk Seri Nazri Aziz, adalah seperti berikut :
  1. Anda dipersilakan merujuk gambarajah di atas bagi destinasi no. 3 (lawatan peribadi), no 4 dan 5 (tiada dalam jadual perjalanan rasmi)
  2. Destinasi No.3 merupakan No 3 adalah (lawatan peribadi) tetapi kosnya masih lagi ditanggung oleh kerajaan?
  3. Jikalau disemak semula jawapan rasmi menteri di Parlimen, perbelanjaan bagi kos di destinasi no. 3 adalah sebanyak RM400,000++. Dan ia sepatutnya sampai 24 Mei 2012. Tetapi…ada tetapinya di sini di mana jikalau mengikut jadual penerbangan, ada pula penerbangan ke Milan sehari selepas tarikh sampai ke destinasi No. 3?
  4. Milan tiada dalam jadual perjalanan rasmi, tetapi kapal terbang berada di Milan selama 4 hari (bertembung dengan tarikh yang sepatutnya kapal terbang tersebut mesti berada di Washington DC pada ketika itu).
  5. Persoalannya sekarang ini, siapa kalangan yang menggunapakai hak kerajaan untuk pergi Milan? Siapakah? Sedangkan pada ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dikatakan berada di Washington DC.
  6. Ini kerana pesawat yang digunapakai ketika itu hanya boleh digunakan oleh Yang Dipertuan Agong (YDP) dan Perdana Menteri (PM) sahaja. Siapa pula yang lebih berkuasa daripada kedua-dua pemimpin ini sehingga boleh menggunapakai hak kerajaan ke sana ke mari sesuka hati?
  7. Washington DC – Milan adalah satu jarak yang cukup jauh merentasi lautan Atlantik, memakan jarak beribu-ribu kilometer. Itu baru jarak, bagaimana kos yang terpaksa ditanggung sepanjang perjalanan ke sana? Siapa yang menanggungnya?
  8. Milan cukup terkenal dengan jolokan syurga membeli-belah selain daripada New York, London, Paris dan tidak lupa juga Dubai. Ehem…
  9. Dalam pada masa yang sama untuk destinasi untuk No.3 sebenarnya, bukan urusan kerajaan berdasarkan jawapan menteri. Urusan peribadi. Tetapi kerajaan terpaksa tanggung perbelanjaan sebanyak RM452,985.75? Erm….
Pesawat Perdana Menteri Lawatan Rasmi Najib Razak ke London, New York, Washington DC Berjumlah RM2,908,563.82. Sempat Singgah Milan & Dubai!!Persoalannya di sini, jikalau penjawat awam bawahan dari Alor Setar menghadiri kursus di Kuala Lumpur. Seperti biasa, kos pengangkutan dan hotel akan ditanggung oleh kerajaan. Itu semua adalah prosedur biasa dan tidak menjadi masalah soal itu. Tetapi…tetapi andaikata di penjawat awam ini pergi singgah membeli belah di Pavilion atau KLCC dan kemudiannya bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, adakah penjawat awam ini berhak menuntut semua perbelanjaan seperti ini kepada kerajaan? Boleh kah? Ehem…

Walau bagaimanapun,semakan aeronautical melalui laluan penerbangan Perdana Menteri dalam laman web www.flightradar24.com menunjukkan bahawa pesawat kerajaan (9M-NAA) telah pergi dari Washington ke Milan, Italy pada 20 Mei 2012 – iaitu sehari selepas ketibaan di Washington. 

Rombongan dan pesawat kerajaan tersebut telah berada di Milan selama empat hari. Laluan penerbangan tersebut juga menunjukkan bahawa pesawat kerajaan tersebut berhenti di Dubai dan balik ke Kuala Lumpur selepas itu.
Jadual pesawat rasmi kerajaan


Jadual Najib Razak Lawatan Rasmi Najib Razak ke London, New York, Washington DC Berjumlah RM2,908,563.82. Sempat Singgah Milan & Dubai!!



Ok…sekarang ini :
  1. Kuala Lumpur – London : Lawatan yang diklasifikasikan sebagai urusan rasmi kerajaan (Menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles di London)
  2. New York – London = Lawatan rasmi Perdana Menteri (Menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council)
  3. Washington DC =  Lawatan peribadi Perdana Menteri. Tetapi…kenapa guna duit kerajaan? Habis sehingga RM450,000++??
  4. Milan = tiada dalam jadual rasmi. Buat apa di sana selama 4 hari?
  5. Dubai = tiada dalam jadual rasmi. Buat apa di sana?
Apa yang kami ingin menegur di sini, pemimpin kena ingat pergi buat lawatan rasmi sana sini dengan mengunapakai kapal terbang rasmi. Minyak, juruterbang menggunapakai dana kerajaan. Pulangan pelaburan ya….besar kemungkinan ada. Tetapi perbelanjaan bersifat peribadi daripada New York – Washington – Milan yang tiada kena mengena dengan urusan rakyat dan kerajaan, pemimpin tidak boleh sama sekali melibatkan sama dan mengunapakai dana kerajaan.

P/S : Ataupun Perdana Menteri ada sebab musabah mengapa pesawat yang digunapakai oleh Perdana Menteri telah “singgah sebentar di Milan”? Ada sebab dan alasannya?

JALAN PULANG

Read more ...

ANGKARA MAHATHIR!!! Kapal Perang Nuklear Amerika berlabuh di perairan negara


Kerajaan Umno BN pernah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk membenarkan kapal tentera negara itu menggunakan kemudahan ketenteraan di sini, dedah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Menurutnya, perjanjian oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menyebabkan kapal-kapal perang Amerika yang sarat dengan senjata nuklear dibenarkan berlabuh di perairan negara.

“Kita perlu faham, kapal Amerika yang penuh dengan senjata nuklear bukan bersifat pertahanan tetapi provokatif.
 
“Amerika telah menghantar kapal perang mereka jauh dari sempadan negara mereka ke negara-negara Asia dan ini merupakan tindakan yang sangat provokatif.
“Di negara lain termasuk NATO, mereka tidak membenarkan kapal perang yang bersenjata nuklear berlabuh ke negara mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.
Sebelum itu, Kamaruddin mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat di bawah Perkara 18 (1) bagi mendesak sidang mesyuarat membincangkan kekerapan kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika.
Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia bagaimanapun menolak usul tersebut dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan dan boleh dibahas pada sidang mesyuarat akan datang.
Kamaruddin berkata, banyak kapal perang Amerika berkuasa dan bersenjata nuklear berlabuh di perairan negara sejak Jun lalu.
Antara kapal tersebut termasuk kapal pengangkut pesawat USS George Washington yang diiringi kapal perang bersenjata nuklear berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor selama lima hari bermula 7 Oktober lalu.
Beliau berkata, kapal perang USS Paul Hamilton pernah berlabuh di Teluk Sepanggar, Sabah, pada 5 hingga 9 Oktober lalu.
Pada 30 September hingga 2 Oktober lalu, dua kapal perang John Stanish dan dua kapal pembawa pesawat telah berlabuh di perairan negara ini.
Menurut Kamaruddin lagi, kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika bercanggah dengan dasar luar negara yang mahu menjadikan Asia sebagai rantau bebas nuklear.
“Kita mendesak kerajaan mengambil kira dasar luar negara dan pandangan daripada rakan-rakan lain yang mahu menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman daripada nuklear,” katanya.
Dalam pada itu, Johari berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu Malaysia dijadikan sebagai pangkalan tentera asing di rantau ini.
“Kehadiran mereka seolah-olah kita sedang dipantau atau ada yang tidak kena dan jelas bertentangan dengan dasar negara,” katanya.

JALAN PULANG

Read more ...

SENJATA MAKAN TUAN!!! Kini undi Najib bermakna undi Soros


Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang, menggesa perdana menteri Najib  memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing, George Soros pada tahun 2010.
Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang tadi.
“Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros,” kata Chua.
“Saya berharap PM dapat berikan bukti atas dakwaan pertemuan sulit antaranya dengan Soros pada 2010. Saya mohon penjelasan.”
Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lalu semasa sesi perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim.
Chua juga menyelar sikap kerajaan yang bersandiwara dan memutar belit fakta dengan bertindak menyerang badan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya menerima dana asing dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan persekutuan.
Bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad, juga didakwa oleh Chua pernah bertemu dengan Soros bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang peperangan pada 2006.
Susulan pendedahan dalam debat tersebut, media hari ini melaporkan Najib pada telah bertemu Soros pada hari sama dia menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat pada 27 September 2010.

JALAN PULANG

Read more ...

TUNTUTAN PALSU!!! Mahkamah arah Ahli Parlimen UMNO ke penjara

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro kerana membuat lapan tuntutan palsu membabitkan RM80,000 bagi program-program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh, 1 Mac lalu.

Selain itu, Akhtar juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Akhtar dalam penghakimannya berkata Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar dan Rosli pula didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.

Menurutnya, hujahan peguam mewakili mereka yang mendakwa keterangan dua saksi penting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka 'accomplice'. Mereka lebih sebagai pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh Abdul Rahman dan Rosl serta keterangan mereka disokong oleh keterangan saksi bebas lain.

"Saya berpendapat hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Bedasarkan keterangan mereka jelas membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.

Akhtar berkata ini terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.

"Peguam tertuduh ada berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program itu telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.

"Justeru, saya puas hati dengan keputusan hakim Mahkamah Sesyen dan tiada  kesilapan  yang dibuat oleh hakim tersebut serta rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.

Abdul Rahman, 47, didapati bersalah menggunakan lapan dokumen peruntukan palsu iaitu surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan program motivasi pelajar di peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, program mesra rakyat dan hari keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nokhoda Omar (BNO), program perdana peringkat mukim BNO, program mesra rakyat dan sambutan Maulud Nabi serta program mesra rakyat hari keluarga guru kemas.

Setiap tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000.Semua perbuatan itu dilakukan Abdul Rahman ketika berkhidmat sebagai Adun Sungai Tawar di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008.

Sementara itu, Rosli, 44, juga didapati bersalah atas lapan tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahim.Mereka bersalah mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa manakala peguam Badrul Munir mewakili kedua-dua tertuduh.SH

Read more ...

ITULAH UMNO!!! Dah dapat air percuma buat demo tak dapat air

PENGHUNI flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya sebenarnya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas lagi.



Dakwaan sebuah NGO pro Umno di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah
dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha.

Rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).


“Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang
telah menerima air percuma" tambahnya lagi.

ReJaM© akan cuba dapatkan dokumen bukti daripada Adun tersebut untuk membongkar kerja gila tak masuk akal NGO yang patut dihantar ke hospital gila ini.




ReJaM© "
Kalau nak berdemo carilah orang yang belum dapat air percuma kah kah kah... "


Read more ...

UMNO / BN TERDESAK!!! Peralat wanita, warga emas dan kanak-kanak berdemontrasi di Selangor



Gambar-gambar ini dikirimkan oleh pembaca blog Addin. Menurut pengirim gambar ini di ambil semasa demostrasi di bangunan PKNS pada 10 Oktober 2012. Pengirim juga memaklumkan demostrasi tersebut disertai golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak.

Demostrasi ini di percayai di dalangi oleh kumpulan pembangkang di Selangor. Peserta demostrasi ini dibawa oleh 4 buah dan mengeksploitasi kumpulan wanita, warga emas dan kanak-kanak untuk agenda sempit mereka.

Menurut pengirim juga, siri-siri demostrasi di negeri Selangor di percayai untuk menekan dan membuat kacau pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Memorandum pada 10 Oktober 2012, telah diserahkan oleh Sarawanan A/L Munusamy daripada Persatuan Thiruvalluver Shah Alam, sebuah NGO yang didalangi oleh kumpulan pembangkang Selangor.Addin











Read more ...

CERAMAH UST. AZHAR IDRUS DIBATALKAN!!! Tangan ghaib yang arahkan pembatalan adalah Puak Songkok Tinggi

Ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan di adakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang,Pahang pada (10 October 2012) telah pun dibatalkan..

Ianya dipercayai ada penglibatan tangan-tangan ghaib yang terdiri dari spesis "syaitan yang dikenali",itu sebabnya tangan mereka boleh ghaib...
 
 
Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kumpulan Utusan Malaysia buat julung-julung kalinya bekerjasama menganjurkan Expoconvo 2012 sempena Majlis Konvokesyen UMP ketujuh yang akan diadakan di kampus universiti itu di Gambang dan Pekan dekat sini, bermula pada 6 Oktober ~ 14 Oktober ini.

Walaupun ceramah ilmu agama dibatalkan atas arahan "pihak atasan" namun majlis hiburan tetap diteruskan seperti yang dirancang...

Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin berkata pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Ainan Tasneem; Kumpulan Hijjaz, Khalifah; Nash; Rosma (AF1) dan Shuib Sepah.

Kita sedia maklum..
syaitan memang tak suka dengar ceramah agama ni...
dan yang ini pula digelar Tun M sebagai "Syaitan yang dikenali" ,memang kira adik beradik le tu..


Akhir zaman.. nak kata apa...
 TERKINI!! (Kemaskini 6:00ptg)
Program kuliah UAI yang di batalkan pada mulanya di ganti oleh Nash Lefhanded.. tapi bila dah kontroversi.. siap ada DEMO dari studen2 sebentar tadi,di ganti dengan bual bicara ..sekian...! BT tadi di tarik balik. harap maklum. - SUMBER

 
Demo LoNie

Read more ...

Wednesday, October 10, 2012

NASHARUDDIN MAT ISA TAK NAMPAK MUKA!!! Lim Kit Siang turut demo peruntukan Sekolah Agama Rakyat


Satu himpunan aman diadakan di hadapan Bangunan Parlimen sebentar tadi menuntut supaya dikembalikan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak tersenarai dalam Bajet 2013 yang dibentang perdana menteri Najib Altantuya pada 28 September lalu.

Paling mencuri tumpuan, selain pemimpin Pakatan Rakyat yang beragama Islam hadir sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan itu, kehadiran ahli parlimen Ipoh Timur yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga menambah seri himpunan yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi.


Malangnya, ahli parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa yang lantang mengritik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung kehadirannya di majlis MJ Akbar yang liberal Islam, tidak kelihatan.


Dalam Bajet 2013, kesemua sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah vernakular dan sekolah mubaligh menerima peruntukan sebanyak RM100 juta tiap-tiap seorang sedangkan sekolah agama rakyat yang melahirkan pelajar beragama langsung tidak dibantu.


Jurucakap Majlis Solidariti Pendidikan Islam Selangor, Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600 sebulan.

"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa, yang memilih menghantar anak mereka ke seolah agama. Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pendidikan bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.


Antara ahli parlimen lain yang hadir dalam demo tersebut adalah ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, ahli parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dan Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali serta Ronnie Liu.


Kesemua mereka menyerahkan memorandum tersebut kepada Anwar dalam satu sidang media di lobi Parlimen.


Dalam reaksi balas, Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zakarshi menafikan dakwaan tersebut sambil mendakwa daripada 382 buah sekolah agama, hanya 156 sahaja yang berdaftar dengan kementerian untuk mendapatkan bantuan.


Selebihnya tidak berdaftar dan katanya kerajaan Umno juga memberi bantuan dalam kuantiti terhad kerana syarat penerimaan bantuan, kesemua sekolah mestilah berdaftar dengan kementerian kononnya bagi memudahkan penyaluran bantuan dilaksanakan.


JALAN PULANG

Read more ...

AES!!! Perangkap duit rakyat bakal jadi petaka buat BN

KUALA LUMPUR: Majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dianggap sebagai menyusahkan pengguna lebuh raya.

 
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen DAP-Kota Melaka Sim Tong Him berkata beliau meragui sama ada pelaksanaan AES itu hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata
 
“Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya.

“Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap untuk mengaut keuntungan,” katanya dalam Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah suatu yang sia-sia jika punca utama kemalangan, iaitu sikap pemandu masih tidak berubah malah merisikokan pengguna lain apabila wujud papan tanda amaran yang mengelirukan.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pula berkata, beliau juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula AES supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu.

Gesaan itu turut disokong Ahli Parlimen BN-Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu pelaksanaannya ditangguhkan sementara satu kajian menyeluruh dibuat supaya tidak membebankan rakyat.

“Kita berharap perkara ini ditangguhkan…jangan menganiaya rakyat.

“Kalau boleh kita harap kerajaan juga dapat mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini,” katanya.

Papan tanda amaran

Sementara itu Ahli Parlimen BN-Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad pula mencadangkan agar lebih banyak papan tanda amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati.

AES adalah sistem kamera penguatkuasaan automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati dengan penggunaan kamera AES yang dipasang di beberapa lokasi tertentu.

Kong berkata, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES ditempatkan.

Fasa pertama pelaksanaan AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. ~fmt

Read more ...

NAJIB JUMPA SOROS!!! Pendedahan terkini mendedahkan rupa sebenar pemimpin UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh no 1 - di New York dua tahun lalu.
Pertemuan secara rahsia itu - yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan. 
Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.
Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.


Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.Demo Lo Nie

Read more ...

VIDEO HOT JANGAN TAK TENGOK !!! Movie Pakatan Rakyat's path to Putrajaya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2jSkfNwe6ue_AZXdatV2XCgyypNjy66bVSKOE3fGbQwBlhyclW8tkvVFO42jQk9o5JXnQ8UXGOohV1mVA_XI5iELaxmH8WVuwdWBoRnkfjIMj78UioMQz4LQLIZ4DeLCWh4dmCMQvZt4/s400/1072.jpgMovie title 'Pakatan Rakyat's path to Putrajaya' Pt.1

As GE-13 approaches PR faces even more trouble as UMNO and their team launches a full scale attack

Will PR be able to hold off these attacks while making considerable progress?

#Pokemon Malaysia


Tengok Part 2 pula.....

http://www.youtube.com/watch?v=1QrCwdPhm_c

Movie title 'Pakatan Rakyat's path to Putrajaya' Pt.2

As GE-13 approaches PR faces even more trouble as UMNO and their team launches a full scale attack

Najib sent out veteran Rais. Will our unsung heroes fight through?

Will PR be able to hold off these attacks while making considerable progress?

Stay tuned for Part 3 

Read more ...

SELEPAS 55 TAHUN!!! Rakyat terima 5 sen, pemimpin UMNO belasah berjuta-juta

Kita tertanya-tanya berapa banyak lagi penghinaan terhadap majoriti rakyat Malaysia yang boleh diterima lagi sebelum Rakyat sedar mendapati  mereka telah memberi masa yang banyak untuk Barisan Nasional.

Selepas 55 tahun Bn merampas kekayaan negara, 26 juta rakyat Malaysia dibebani dengan hutang sebanyak RM502.4 bilion atau 53.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

Ramai pakar ekonomi percaya bahawa kita telah pun melanggar siling hutang negara apabila Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Mukhriz Mahathir telah muncul "sengaja" bocor keluar beberapa maklumat yang membimbangkan semasa berucap kepada pelajar-pelajar baru di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Sept 6, 2012.

Dalam cubaan beliau untuk memberi gambaran ekonomi negara yang cerah, Mukhriz mendakwa bahawa negara berada pada landasan pertumbuhan yang betul kerana pengurusan kewangan "bijaksana", tanpa pergantungan ke atas pinjaman yang berat di luar negara.

"Kerajaan mempunyai kira-kira RM800 bilion dalam pinjaman.  Daripada angka ini, pinjaman asing adalah hanya 17%.  Sebahagian besar adalah dari institusi kewangan tempatan, " TheEdge melaporkan Mukhriz sebagai berkata.
Dan sekarang ini, hutang persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2013 yang sebenarnya pada RM502.4 bilion atau RM800 bilion?

Logik cacat
Hujah Mukhriz juga menjadi cacat apabila dia cuba untuk menjustifikasikan pengurusan kewangan yang baik dengan membezakan antara pinjaman domestik dan asing.

Hutang adalah hutang.  Ia adalah masih apa yang anda berhutang, tidak lebih, tidak kurang.
Keborosan Rosmah
Dan untuk pertama kalinya dalam 55 tahun, dan dalam tempoh setahun, kerajaan BN mengumumkan pelbagai pemberian wang tunai kepada individu yang berkelayakan, dalam samaran membantu golongan berpendapatan rendah rakyat Malaysia.

Pemberian itu jelas satu usaha untuk mendapat sokongan Rakyat yang sedang resah berjuang untuk memenuhi permintaan keperluan harian.

Membeli undi
Jelas sekali, kerajaan BN terpaksa untuk memberi pemberian wang tunai seperti yang pernah berlaku sebelum ini kerana mereka takut kehilangan mandat rakyat untuk kekal berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Secara umumnya, pimpinan Umno-BN tidak mampu untuk mengubah atau melakukan pembaharuan untuk memenangi semula sokongan rakyat Malaysia.  

Sebaliknya, ramai yang menjangkakan BN akan melaksanakan perkara yang lebih teruk lagi untuk Rakyat, jika mereka menang lagi.


UmnoBn seperti kata Mahathir 'Syaitan Yang Dikenali'
Bernilai hanya 5 sen setiap hari untuk selama 55 tahun yang lalu
Merujuk kepada dua pemberian BR1M tunai yang berjumlah RM1, 000 kepada setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan.  Anda membahagikan jumlah ini dengan 55 tahun yang BN telah memerintah Malaysia dan anda akan mendapat 5 sen sehari!

RM1,000 dibahagi 55 tahun = RM18.18 setahun
RM18.18 dibahagi 365 hari (1 tahun) = 5 sen sehari

Secara matematik, ini adalah betul, dan jadi ia masuk akal.  Kesimpulannya, "Rakyat telah ditipu, adakah akan terus ditipu?  Pilihan ditangan anda ... “

Rasuah & muflis
Rakyat dapat melihat melalui kelicikan pemimpin-pemimpin UmnoBn yang telah menyapu bersih sehingga beratus-ratus bilon ringgit dalam bentuk kontrak, dan mengosongkan peti simpanan negara dengan ratusan skandal kewangan.

Sekarang, adakah Rakyat boleh melihat mengapa kita sedang menuju ke arah Greece sebagai sebuah negara yang rasuah dan bankrap?  Adakah Rakyat mampu menunggu dan membiarkan selama 55 tahun lagi dengan pemerintahan Bn yang dipimpin Umno?

Bagi kami anak-anak muda, sudah tidak mampu menerima penghinaan UmnoBn bahawa undi Rakyat hanyalah berbaloi dengan nilai 5 sen dalam pilihan raya umum akan datang. -
Reformasi Anak Muda

Read more ...

DEBAT BUKAN BUDAYA KITA!!! Tiba-tiba pula Najib jadi hero di Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri



SINGGAH sekejap rumah sahabat, sampai-sampai je kebetulan diorang tengah layan Buletin Utama di TV3. Rejam pun terpaksalah layan. Elok jugalah boleh tengok propaganda apa yang disiarkan oleh TV3 hari ini.


TV3 sedang menyiarkan ucapan Najib Razak di dalam Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri. Agak melucukan bila Najib kata beliau sedia mendengar pandangan mahasiswa meskipun tidak selari dengan pendirian kerajaan.


Dalam masa yang sama video #TanyaNajib di YouTube yang dimuat naik melalui akaun beliau tidak dibenarkan untuk pengunjung memberikan ulasan (ditapis). Malah sistem rating pun sudah dibuang (rujuk artikel sebelum ini).


Ini namanya cakap tak serupa bikin, sistem rating YouTube pun Najib tak berani nak hadap, tak berani terima kenyataan apabila videonya sebelum ini menerima puluhan ribu dislikes, apa lagi nak terima pandangan berbeza dari anak muda?


Tambah melucukan, sebelum ini Najib kata debat bukan budaya kita, tapi hari ini beliau jadi hero berucap di Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri. Dia sendiri tak berani sahut cabaran debat yang sudah lebih 10 kali dilontarkan oleh Anwar Ibrahim.


Malunya rakyat dapat Perdana Menteri selemah ini.

Read more ...

KONON PEJUANG MELAYU!!! Tapi guna anak penjajah British untuk bela diri

KITA sedia maklum bahawa British telah menjajah negara ini selama berpuluh tahun. Namun jika kita tanya mereka, mereka tidak akan mengaku menjajah sebaliknya mereka mendakwa telah membawa pembangunan kepada Tanah Melayu.

Namun hakikatnya, hasil bumi Tanah Melayu
disonglap dan dibawa pulang untuk memakmur dan dinikmati oleh rakyat di negara mereka. Siapa sahaja yang menentang mereka akan dikenakan tindakan kejam, dihukum, dipancung dan sebagainya.

Kesimpulannya kalau nak tanya tentang sejarah, jangan tanya orang British kerana mereka akan
condong untuk mempertahankan tindakan nenek moyang mereka. Jangan lupa, sejarah ditulis oleh orang yang menang.

Namun apa yang mengejutkan,
Utusan Syaitan sanggup menggunakan anak penjajah British untuk mempertahankan mereka di mahkamah berhubung kes saman Mat Sabu ke atas akhbar yang kerap kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu.



Tanya anak penjajah British sudah tentulah mereka akan kata Mat Indera itu orang jahat sebab lawan askar British, lawan askar yang setia kepada nenek moyang mereka
kah kah kah...

ReJaM© "
Tak ada ke pakar sejarah tempatan yang boleh dijadikan saksi? "


Read more ...

BERITA DARI SABAH!!! Peluang BN makin pudar, Pakatan makin diterima rakyat Sabah


Berbaki kurang tujuh bulan sebelum mandat semasa Barisan Nasional (BN) berakhir pada 28 April 2013, BN dan Pakatan Rakyat kini giat mempertingkatkan kempen pilihanraya dan memancing undi terutamanya di Sabah kebelakangan ini.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi mendahului musuh ketatnya yang juga Perdana Menteri, Najib mengadakan lawatan selama dua hari bermula Jumaat ini, 12 Oktober 2012 hingga Sabtu ke parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan.


Manakala Najib  pula dijadual melawat Penampang, Kundasang dan Kudat yang akan bermula keesokkan harinya sehingga Ahad.


Ini merupakan kali kelima Najib melawat Sabah, petanda simpanan tetap BN tersebut kini sudah tidak selamat untuk terus menggantungkan harapan mempertahankan Putrajaya.


Anwar pula terus menggunakan mood menyerang seberapa banyak kawasan parlimen yang berpotensi untuk ditawan selepas mendapat suntikan semangat awal Julai dan September lalu berikutan penyertaan beberapa tokoh penting menyertai parti itu selain tindakan berpaling tadah ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin.


Di saat Najib  bertungkus-lumus mempertahankan Sabah bersama-sama dengan Ketua Menteri yang semakin tidak digemari, Musa Aman dan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal, Anwar pula memperkemas strategi menawan beberapa lagi kawasan parlimen yang dianggap berpotensi untuk dimenangi.


Antaranya Kota Belud, Putatan, Penampang, Keningau, Tenom, Pensiangan dan Beluran.


Empat tahun dahulu, kesemua kawasan parlimen tersebut berada pada kategori B, akan tetapi mengikut perkembangan semasa, kesemuanya kini tersenarai dalam kategori A.


Kategori B bermaksud peluang untuk menang adalah 35 hingga 45 peratus manakala kategori A pula ditafsirkan mempunyai peluang cerah antara 45 hingga 55 peratus.


Inilah yang membimbangkan Najib kerana menurut risikan tentera yang diperolehi bulan lalu, sokongan terhadap BN semakin menurun manakala Pakatan Rakyat pula meningkat walaupun grafnya agak perlahan.


Ini bertepatan dengan kajian terbaru yang dikeluarkan Merdeka Center yang mendakwa sokongan terhadap BN kian merosot manakala Musa Aman pula semakin tidak popular di kalangan masyarakat Bumiputera Bukan Islam terutamanya Kadazandusun dan Murut.


Perbalahan dalaman Umno juga menyumbang kepada ketidakstabilan BN negeri kerana Shafie berhasrat mahu menggantikan Musa yang dipalit dengan skandal pindahan wang berjumlah SGD16 juta tunai (RM35 juta) dari Hong Kong oleh kroni rapatnya, Michael Chia pada 2009.


Sementara Shafie pula dengan skandal membabitkan artis terkenal Zahida Rafik yang hidup mewah hasil pemberian berjuta-juta ringgit yang diragui dari mana sumbernya.


Daripada 26 kerusi yang akan direbut, BN hampir pasti tidak mampu mengekalkan kesemua 25 kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya umum lalu.


Anwar pula melihat keadaan ini peluang terbaik mengambil kesempatan cuba untuk melemahkan sokongan kaum tersebut kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diterajui timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan dan United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO) yang diketuai Bernard Dompok.


Sementara parti komponen BN lain termasuk Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) dianggap tidak menjadi ancaman besar tetapi kubu mereka akan tetap digempur.


BN kehilangan dua kerusi parlimen ekoran tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar daripada komponen tersebut pada 17 September 2008 iaitu Sepanggar dan Tawau menjadikannya tinggal 23 selain DAP menang di Kota Kinabalu dalam pilihanraya umum lalu.


Presidennya, Yong Teck Lee dalam satu kenyataan berkata partinya akan berusaha mempertahankan kedua-dua parlimen tersebut dan tidak akan bertanding sesama sendiri menentang calon Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN sebagai tanda sepakat menumbangkan BN.


Umno pula semakin tamak apabila mengumumkan akan bertanding mewakili BN di kedua-dua parlimen tersebut walaupun Sepanggar didominasi Bumiputera Bukan Islam dan Cina manakala Tawau pula, hampir separuh pengundi berdaftar merupakan kaum Cina.


Ini pasti menambah masalah buat BN negeri yang berusaha mempertahankan seberapa banyak kerusi daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.


Tetapi kebimbangan Anwar terhadap kemaraan Parti Reformasi Sabah (STAR) tidak boleh diambil ringan kerana parti pimpinan Jeffrey Kitingan juga berhasrat bertanding seberapa banyak kerusi sekaligus gagal mengelak pertembungan tiga atau lebih penjuru yang memberi kelebihan kepada BN.


Tiada perkembangan baru mengenai suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkenaan isu pendatang tanpa izin di negeri itu dan seharusnya Anwar memanfaat peluang ini menjanjikan satu penyelesaian konkrit yang tidak mampu diselesaikan Najib Altantuya selama menjawat jawatan perdana menteri.


Hakikatnya, Sabah masih terbuka untuk Pakatan Rakyat menambah sokongan sebelum parlimen bakal dibubar menjelang hujung tahun ini menurut ramalan Anwar.


Secara matematiknya, sekiranya dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa 14 kerusi parlimen bakal dimenangi Pakatan Rakyat, BN pasti melalui jalan berliku untuk kekal berkuasa sekurang-kurangnya sepenggal lagi di Putrajaya.


JALAN PULANG

Read more ...