Wednesday, October 10, 2012

BERITA DARI SABAH!!! Peluang BN makin pudar, Pakatan makin diterima rakyat Sabah


Berbaki kurang tujuh bulan sebelum mandat semasa Barisan Nasional (BN) berakhir pada 28 April 2013, BN dan Pakatan Rakyat kini giat mempertingkatkan kempen pilihanraya dan memancing undi terutamanya di Sabah kebelakangan ini.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi mendahului musuh ketatnya yang juga Perdana Menteri, Najib mengadakan lawatan selama dua hari bermula Jumaat ini, 12 Oktober 2012 hingga Sabtu ke parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan.


Manakala Najib  pula dijadual melawat Penampang, Kundasang dan Kudat yang akan bermula keesokkan harinya sehingga Ahad.


Ini merupakan kali kelima Najib melawat Sabah, petanda simpanan tetap BN tersebut kini sudah tidak selamat untuk terus menggantungkan harapan mempertahankan Putrajaya.


Anwar pula terus menggunakan mood menyerang seberapa banyak kawasan parlimen yang berpotensi untuk ditawan selepas mendapat suntikan semangat awal Julai dan September lalu berikutan penyertaan beberapa tokoh penting menyertai parti itu selain tindakan berpaling tadah ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin.


Di saat Najib  bertungkus-lumus mempertahankan Sabah bersama-sama dengan Ketua Menteri yang semakin tidak digemari, Musa Aman dan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal, Anwar pula memperkemas strategi menawan beberapa lagi kawasan parlimen yang dianggap berpotensi untuk dimenangi.


Antaranya Kota Belud, Putatan, Penampang, Keningau, Tenom, Pensiangan dan Beluran.


Empat tahun dahulu, kesemua kawasan parlimen tersebut berada pada kategori B, akan tetapi mengikut perkembangan semasa, kesemuanya kini tersenarai dalam kategori A.


Kategori B bermaksud peluang untuk menang adalah 35 hingga 45 peratus manakala kategori A pula ditafsirkan mempunyai peluang cerah antara 45 hingga 55 peratus.


Inilah yang membimbangkan Najib kerana menurut risikan tentera yang diperolehi bulan lalu, sokongan terhadap BN semakin menurun manakala Pakatan Rakyat pula meningkat walaupun grafnya agak perlahan.


Ini bertepatan dengan kajian terbaru yang dikeluarkan Merdeka Center yang mendakwa sokongan terhadap BN kian merosot manakala Musa Aman pula semakin tidak popular di kalangan masyarakat Bumiputera Bukan Islam terutamanya Kadazandusun dan Murut.


Perbalahan dalaman Umno juga menyumbang kepada ketidakstabilan BN negeri kerana Shafie berhasrat mahu menggantikan Musa yang dipalit dengan skandal pindahan wang berjumlah SGD16 juta tunai (RM35 juta) dari Hong Kong oleh kroni rapatnya, Michael Chia pada 2009.


Sementara Shafie pula dengan skandal membabitkan artis terkenal Zahida Rafik yang hidup mewah hasil pemberian berjuta-juta ringgit yang diragui dari mana sumbernya.


Daripada 26 kerusi yang akan direbut, BN hampir pasti tidak mampu mengekalkan kesemua 25 kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya umum lalu.


Anwar pula melihat keadaan ini peluang terbaik mengambil kesempatan cuba untuk melemahkan sokongan kaum tersebut kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diterajui timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan dan United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO) yang diketuai Bernard Dompok.


Sementara parti komponen BN lain termasuk Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) dianggap tidak menjadi ancaman besar tetapi kubu mereka akan tetap digempur.


BN kehilangan dua kerusi parlimen ekoran tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar daripada komponen tersebut pada 17 September 2008 iaitu Sepanggar dan Tawau menjadikannya tinggal 23 selain DAP menang di Kota Kinabalu dalam pilihanraya umum lalu.


Presidennya, Yong Teck Lee dalam satu kenyataan berkata partinya akan berusaha mempertahankan kedua-dua parlimen tersebut dan tidak akan bertanding sesama sendiri menentang calon Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN sebagai tanda sepakat menumbangkan BN.


Umno pula semakin tamak apabila mengumumkan akan bertanding mewakili BN di kedua-dua parlimen tersebut walaupun Sepanggar didominasi Bumiputera Bukan Islam dan Cina manakala Tawau pula, hampir separuh pengundi berdaftar merupakan kaum Cina.


Ini pasti menambah masalah buat BN negeri yang berusaha mempertahankan seberapa banyak kerusi daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.


Tetapi kebimbangan Anwar terhadap kemaraan Parti Reformasi Sabah (STAR) tidak boleh diambil ringan kerana parti pimpinan Jeffrey Kitingan juga berhasrat bertanding seberapa banyak kerusi sekaligus gagal mengelak pertembungan tiga atau lebih penjuru yang memberi kelebihan kepada BN.


Tiada perkembangan baru mengenai suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkenaan isu pendatang tanpa izin di negeri itu dan seharusnya Anwar memanfaat peluang ini menjanjikan satu penyelesaian konkrit yang tidak mampu diselesaikan Najib Altantuya selama menjawat jawatan perdana menteri.


Hakikatnya, Sabah masih terbuka untuk Pakatan Rakyat menambah sokongan sebelum parlimen bakal dibubar menjelang hujung tahun ini menurut ramalan Anwar.


Secara matematiknya, sekiranya dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa 14 kerusi parlimen bakal dimenangi Pakatan Rakyat, BN pasti melalui jalan berliku untuk kekal berkuasa sekurang-kurangnya sepenggal lagi di Putrajaya.


JALAN PULANG

6 comments:

hardy aweng said...

Rakyat sabah akan menunjukkan JALAN PULANG ke ceruk tok kun kepada anwar.

muahahahaa

pok nik said...

Najib datang dengan pelbagai projek dan peruntukan untuk rakyat sabah selaku perdana menteri dan menteri kewangan manakala anwar datang bawa air liur dan DNA lelaki Y.

Agaknya siapa yang dapat sambutan rakyat sabah ??

khalidah gagap said...

nak pertahankan Selangor pun mencungap, ada hati nak tawan sabah !

ukur baju dibadan sendiri laa...

mustampar ali said...

Pairin Kitingan adalah panglima agung bagi masyarakat kadazan dusun disabah. Selagi Pairin bersama Umno/BN, pakatan haram jangan mimpi laa nak menang di negeri itu...setakat dua tiga kerat kerusi cina tu boleh laaa....itupun kena rebut dengan yong teck lee dan STAR.

Anonymous said...

Ko bagi nama mcm2 pun semua orang tau lembu umngok yg sama je tu…

raynyong841 said...

umno menang ke pakatan menang ke takpe, yang pentingnya orang asing di sabah tu suruh pulang!! jangan bagi kad pengenalan!!