Tengoklah buku yang dirujuk Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong.. Bagaimana beliau mahu faham Hudud jika merujuk bahan propaganda buruk sebegitu? Saturday, May 10, 2014
GAMBAR HARI INI!!! MCA tak bertanding di Bukit Gelugur kerana baca buku Hudud ciptaan UMNO?
Tengoklah buku yang dirujuk Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong.. Bagaimana beliau mahu faham Hudud jika merujuk bahan propaganda buruk sebegitu? MCA TIDAK BERTANDING !!! Peluang UMNO dan ISMA meletakkan calon menentang DAP
Beberapa jam selepas DAP mengumumkan Ramkarpal Singh sebagai calonnya
bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, MCA mengambil
keputusan untuk tidak bertanding kerusi itu.Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan dilaporkan dalam SMS Sin Chew Daily sebagai berkata MCA tidak akan bertanding dalam PRK tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada isu hudud.
Akhbar itu melaporkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden di Ipoh hari ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam nahas jalan raya bulan lalu.
Friday, May 9, 2014
UMNO MENGAKU PAS!!! Ramai menunggu Hafiz Nordin bertanding tapi yang keluar Mohamed Nabi Bux
Seorang
ahli PAS, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya
untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.
Penamaan calon ditetapkan Isnin ini.
Mohamed Nabi, 63, seorang ahli perniagaan yang telah bersara, merupakan orang kedua mengumumkan hari ini hasrat untuk bertanding di Bukit Gelugor selepas Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan melancarkan pusat operasinya di Air Itam hari ini.
Bagaimanapun, pemimpin PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahimterkejut dengan tindakan Mohamed Nabi itu, dengan berkata bahawa parti itu akan melancarkan jentera dan pusat operasi untuk menyokong DAP di Bukit Gelugor.
DAP akan menamakan calonnya esok, manakala MCA masih membisu sama ada akan bertanding di kerusi tersebut, di mana calonnya Teh Beng Yeam kalah kepada mendiang Karpal Singh dengan majoriti 41,778 undi dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.
Thursday, May 8, 2014
TAK JADI HAL , ADA 2 'DATUK' LAGI!!! Istana Kelantan lucut gelaran 'Datuk' Brahim Ali
Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran
‘Datuk’ yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Menurut kenyataan media yang difakskan ke Malaysiakini, Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Seri Setia Raja Mohd Aiseri Alias berkata lima pingat yang dianugerahkan kepada Wan Hashim ditarik balik.
Turut ditarik balik pingat mereka hari ini adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafiei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.
Menurut kenyataan itu, "adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua".
Tuesday, May 6, 2014
UMNO IKHLAS ATAU TIDAK!!! Bukan pada Ahli Parlimen UMNO tapi pada Presiden UMNO, Najib kena nyatakan pendirian
Seorang lagi pemimpin PAS memberi amaran agar parti itu tidak
terperangkap dengan isu hudud kononnya Umno akan menyokongnya sedangkan
sehingga kini tidak ada jaminan ke arah itu.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam wawancaranya dengan akhbar PAS, Harakah berkata, sehingga kini hanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom sahaja yang berkata akan menyokong.
“Bagi saya, belum ada jaminan Umno akan sokong sebab Jamil Khir sebagai menteri bertanggung jawab hal ehwal agama menyatakan akan sokong dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan ke arah itu.
“Jadi,
PAS jangan terperangkap pula dengan jaminan ini. Kita tahu Umno tidak
akan bergerak kecuali melalui apa yang Najib tentukan,” kata Mujahid
yang juga ahli Parlimen Parit Buntar dalam wawancara itu.
Sehubungan itu, beliau meminta perdana menteri menyatakan sikapnya terlebih dahulu sebelum PAS bergerak lebih jauh.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata kerajaan negeri akan membawa satu rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan dilaksanakan di negeri itu.
Ini susulan kenyataan Jamil Khir di Parlimen iaitu kerajaan pusat akan membantu mana-mana kerajaan negeri yang mahu melaksanakan undang-undang Islam itu.
Bagaimanapun, kini sesetengah pemimpin PAS mempertikaikan langkah membawa rang undang-undang persendirian itu kerana bagi mereka ia bukan cara yang sesuai.
Dalam wawancara itu, Mujahid berkata, apa yang menghalang undang-undang ini dilaksanakan adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang hanya memperuntukkan kuasanya kepada 356 sahaja iaitu tiga bulan penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.
“Tetapi entah bagaimana perkara ini ditukar kepada Private Bill. Perkara ini masih di bawah perbincangan, dan bagaimana hendak dibawa dan ia diputuskan,” kata Mujahid dalam wawancara itu.
Isu rang undang-undang persendirian menimbulkan pelbagai kontroversi dan rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP membantahnya.
TIBA-TIBA BERUBAH NADA!!! Bertahun-tahun menentang, hari ini Mahathir ke arah menyokong hudud
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata anggota
jawatankuasa teknikal hudud mesti terdiri daripada golongan agama yang
bebas daripada parti politik.
Katanya, perkara itu perlu bagi menyekat pengaruh kepartian sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang dalam membincangkan undang-undang jenayah Islam itu.
Menurut negarawan itu lagi, sekiranya ia tidak dilakukan maka dikhuatiri salah satu pihak boleh mendapat manfaat daripadanya.
Katanya, perkara itu perlu bagi menyekat pengaruh kepartian sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang dalam membincangkan undang-undang jenayah Islam itu.
Menurut negarawan itu lagi, sekiranya ia tidak dilakukan maka dikhuatiri salah satu pihak boleh mendapat manfaat daripadanya.
Monday, May 5, 2014
CALON PRK BUKIT GELUGOR!!! Adakah Yacoob penuhi syarat muslim berwibawa ISMA? Hafiz Nordin lebih layak.....
Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang pada
pilihan raya umum ke-13, Mohd Yacoob Mohd Noor hari ini menyatakan
kesediaan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang
dijadual 25 Mei ini.
Mohd Yacoob, 25, yang menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang berkata beliau memutuskan untuk bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya.
Mohd Yacoob, 25, yang menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang berkata beliau memutuskan untuk bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya.
ADA 1001 SEBAB!!! UMNO bersandiwara dalam isu Hudud
HUDUD -ANTARA JALAN LURUS DAN BERLIKUoleh : Mohamed Hanipa Maidin
Siapa yang menyatakan Umno tidak inginkan faedah politik dalam isu hudud adalah mereka yang naif dalam politik. Umno adalah parti yang boleh berlakon di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang menentang pula hudud.
Adakah Umno benar benar serius dalam isu hudud ini. Untuk kenal sikap Umno, kita bandingkan dulu sejarah Pas dan Umno dalam isu hudud ini. Dari sejarah ini kita boleh buat kesimpulan siapakah yang lebih serius dan ikhlas dalam isu hudud ini.
Kita pergi dulu kepada Pas. Terdapat dua Kerajaan Negeri yang dikuasai Pas dan pernah dikuasai Pas iaitu Kelantan dan Trengganu. Kedua dua negeri ini telah menjalankan tanggungjawabnya menggubal enakmen syariah yang merangkumi undang undang hudud.
Bagi Kelantan setiap tahun mereka menyambut hari Hudud bagi menerangkan tentang hukum hudud.
Berapa ramai pemimpin Pas di seluruh peringkat yang berceramah, berforum, berseminar tentang hudud, berdialog dengan mereka yang faham dan yang tidak faham tentang hudud, berwacana dengan penyokong dan penentang hudud sejak sekian lama.
Malahan penyokong Pas yang bukan Islam dari Dewan Perhimpunan Pas juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga mereka dalam isu hudud ini.
Saya masih ingat Kerajaan Trengganu di bawah Pas pernah mengadakan seminar dan dialog dengan pelbagai kumpulan politik dan bukan politik dengan meminta mereka memberi pandangan dan kritikan terhadap deraf enakmen syariah yang Pas ingin bentangkan dalam DUN Negeri Trengganu.Malahan Umno juga dijemput meskipun mereka tidak hadir.
Saya juga masih ingat saya bersama sama Datuk Wan Mutalib Embung dan Almarhum Dato Harun Taib pernah berdialog dengan golongan NGO Wanita termasuk Sisters in Islam di Century Paradise, Kuala Lumpur berkenaan isu hudud.
GST SUMBER PENDAPATAN NEGARA!!! Najib mahu semua rakyat kena bayar cukai
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjadi satu sumber pendapatan negara setelah bilangan pembayar cukai di negara ini masih rendah dan akan diteruskan, kata Datuk Seri Najib Razak, walaupun puluhan ribu berhimpun membantahnya 1 Mei lalu.
Perdana menteri berkata jumlah pembayar cukai di Malaysia hanya mencatatkan sekitar satu juta orang dan mereka membayar cukai dengan kadar yang lebih rendah berbanding daripada kadar yang sepatutnya.
"GST satu cukai yang progresif dan membantu kita meluaskan pendapatan
negara.
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak membayar cukai, cuma satu juta yang membayar.
"Kita mesti terangkan banyak yang tidak bayar cukai. Saya tahu sebagai menteri kewangan mereka bayar kurang daripada apa yang sepatutnya dibayar," katanya kepada penjawat awam di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Putrajaya akan melaksanakan GST bermula April 2015 dengan kadar 6% walaupun mendapat kritikan pembangkang sekarang bukan masa yang sesuai bagi Malaysia melaksanakan sistem cukai itu.
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak membayar cukai, cuma satu juta yang membayar.
"Kita mesti terangkan banyak yang tidak bayar cukai. Saya tahu sebagai menteri kewangan mereka bayar kurang daripada apa yang sepatutnya dibayar," katanya kepada penjawat awam di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Putrajaya akan melaksanakan GST bermula April 2015 dengan kadar 6% walaupun mendapat kritikan pembangkang sekarang bukan masa yang sesuai bagi Malaysia melaksanakan sistem cukai itu.
Sunday, May 4, 2014
PELACUR KELAS ATASAN!!! 'Ulama' Muda UMNO hina muslimat PAS, Dr Asri dah kecam , ulama PAS kena bertindak

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.
Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.
Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.
“Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.
“Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kenyataan ulama Umno yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan ditulis dalam entri laman Facebooknya atas nama ‘Abu Amru Radzi Othman’ pada Jumaat lalu.
Wednesday, April 30, 2014
SOSMA GANTI ISA !!! Polis tahan rakyat Malaysia dituduh pengganas
KUALA
LUMPUR 30 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoalkan
tindakan kerajaan Malaysia menahan rakyat Malaysia di bawah Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA.“Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia?
“Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek AS agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan AS,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard.
CheguBard turut mempersoalkan apakah penahanan kali ini bagi mendapat sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang berlaku Malaysia seperti dibangkitkan oleh Presiden AS Barrack Obama ketika lawatannya minggu lalu.
Tuesday, April 29, 2014
KHABAR TERKINI MH370!!! Terhempas di Laut China Selatan berhampiran pantai Thailand ?
MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas
SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.
Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai satelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.
Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.
PENDIRIAN UMNO TAK JELAS!!! Bukti UMNO guna isu hudud pecahkan perpaduan dalam Pakatan
Pihak dalaman PAS menyalahkan Umno yang tidak berhenti dan terus-menerus
memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud,
sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.
Bekas ahli Exco Kelantan dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata
beliau yakin Umno cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan.
Beliau juga tidak fikir rang undang-undang
persendirian itu boleh pergi jauh selagi Umno tidak membuat pendirian
jelas mengenai perkara itu.
"Bagi saya, isu paling besar di sini sebelum kita pergi lebih jauh,
adalah untuk mengetahui apakah pendirian Najib. Adakah BN akan menyokong
rang undang-undang persendirian ini? Jika benar, maka kita boleh
berbincang. Jika tidak, jelas mereka hanya mempermainkan PAS demi
kepentingan agenda mereka," katanya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
minggu lepas, bahawa Umno bersedia mendengar cadangan PAS mengenai
pelaksanaan hudud.
Sunday, April 27, 2014
DASAR PEMBOHONG!!! Gani Patail peguam peribadi Saiful? Obama pun Najib nak bohong
KUALA
LUMPUR 28 APR: Perdana Meneri, Datuk Seri Najib Razak berbohong tentang
kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kenyataan Najib bahawa Fitnah II adalah kes peribadi antara seorang individu dengan individu yang lain adalah sangat mengejutkan, tidak jujur dan terang-terangan palsu.
“Kes terhadap Anwar bukan tindakan peribadi oleh seorang individu. Ia adalah dakwaan jenayah yang dibawa Peguam Negara
“Peguam Negara adalah penasihat undang-undang dan bertindak bagi pihak kerajaan,” kata Surendran dalam kenyataannya hari ini.
Semalam, pada sidang media bersama Obama di Putrajaya, Najib berkata bahawa kes Fitnah II adalah kes yang difailkan seorang individu terhadap Anwar dan bukannya tindakan kerajaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




