Monday, April 12, 2010

Cegah jenayah bersama



PARIT BUNTAR, 12 April : Orang ramai diminta terus mengamalkan sikap prihatin dan berkerjasama membenteras perbuatan jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Demikian kenyataan Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid mengulas pengurangan kadar jenayah di Kerian bermula Januari hingga Mac 2010.

“ Sikap prihatin dan kerjasama masyarakat yang semakin tinggi akan membantu pihak polis mencapai sasaran matlamat Kerian sifar jenayah menjelang 2015” katanya

Fakhrurrazi berkata, walaupun kadar jenayah berkurangan namun masyarakat perlu terus melaksanakan tanggungjawab mereka menyalurkan maklumat kepada polis.

“Memang tidak dapat dinafikan, banyak kes yang dapat diselesaikan adalah atas bantuan orang ramai. Sebenarnya, mencegah jenayah ini merupakan tanggungjawab bersama.

“Selain itu, masyarakat juga seharusnya mempunyai kesedaran untuk bersama-sama memberi perhatian supaya tidak menjadi mangsa penjenayah dengan mengambil segala langkah berjaga-jaga,” katanya

Beliau berharap orang ramai dapat menumpukan kepada keselamatan rumah, pencegahan jenayah untuk wanita , remaja dan kanak-kanak sekolah termasuk mereka yang kurang upaya.

“ Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan bebas daripada penjajahan tetapi negara ini masih belum bebas daripada jenayah dan ketakutan tentang jenayah.

“ Orang ramai harus sedar tanggungjawab bersama ini kerana jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja” katanya

No comments: