Monday, April 12, 2010

Kit Siang kemuka usul siasat isu penyusupan Israel



KUALA LUMPUR 12 April : Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang memberi notis mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (2) bagi mengusulkan dewan menangguhkan mesyuarat esok bagi membincangkan isu penyusupan ejen perisikan Israel ke Bukit Aman.

Beliau dalam sidang media di lobi parlimen hari ini berkata, kemasukan dua ejen perisik Israel di Bukit Aman adalah perkara yang berkepentingan umum dan perlu disegerakan.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien mengumumkan empat langkah akan diambil untuk menyiasat dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kehadiran dua agen risikan Israel yang berada di tingkat tiga dan empat Bukit Aman.

Kit Siang berkata, pendedahan yang dibuat oleh Anwar adalah perkara serius dan perlu disiasat tetapi bukan melalui empat badan yang pernah dipertikai integritinya sebelum ini.

Beliau mencadangkan supaya Suruhanjaya Diraja Bebas ditubuhkan menggantikan empat badan yang diarahkan oleh Hishamuddin bagi membuktikan ketelusan kerajaan memandangkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada beberapa institusi kerajaan.

Hishammudian sebelum ini mengarahkan Polis di-Raja Malaysia, PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Majlis Keselamatan Negara, MKN dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk menyiasat dakwan Anwar.

Anwar pada perbahasan Dewan Rakyat membongkarkan penyusupan perisik Israel di Bukit Aman yang mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.TVS

No comments: