Wednesday, April 14, 2010

Imej baru lebih menarik

DSCF7010.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 14 April : Unit Amal Parit Buntar tampil dengan imej yang lebih kemas, ceria dan mesra apabila memakai baju keselamatan terbaru.

Penyelaras Unit Amal Zainuddin Osman ketika ditemui memberitahu, seramai 30 anggota Unit Amal Parit Buntar kini mempunyai baju keselamatan yang ditempah khas sebagai langkah keselamatan kepada anggota Unit Amal yang bertugas.

“ Baju lutsinar ini menampilkan imej Unit Amal yang lebih menarik. Ramai yang memuji anggota Unit Amal kerana nampak lebih segak semasa bertugas.

“ Baju ini adalah hasil sumbangan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan beberapa orang penderma, disamping anggota Unit Amal sendiri’’ katanya

Zainuddin berkata, anggota Unit Amal Parit Buntar akan meneruskan khidmat sebagai sukarelawan terutama khidmat berbentuk kebajikan sesuai dengan objektif penubuhannya.

“Setakat ini kami banyak memberi khidmat sebagai petugas keselamatan dan parkir setiap kali program yang melibatkan jumlah kehadiran yang besar.

“ Terbaru, kami diminta bertugas memastikan kelancaran jalanraya dan parkir semasa ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Tanjung Piandang. Jumlah yang hadir lebih 5000 orang , jadi bayangkanlah kesesakan yang akan berlaku jika tiada petugas Unit Amal ” katanya.

Zainuddin seterusnya berkata, memandangkan tugas unit tersebut begitu mencabar serta memerlukan kepakaran, latihan dan kemahiran amat diperlukan oleh anggota Unit Amal.

“ Kami akan cuba mendapatkan latihan dan kemahiran dari Unit Amal Perak yang mempunyai jurulatih dan modul latihan Unit Amal mengikut tahap”katanya

“ Saya berharap Unit Amal dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat serta dapat menarik lebih ramai golongan muda bersama dengan Unit Amal” katanya

No comments: