Wednesday, April 14, 2010

Tajudin tuduh tanpa bukti


KUALA LUMPUR, 14 April : Pemimpin Pakatan Rakyat mencabar Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mengemukakan bukti terhadap tuduhannya yang mengaitkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Lim Guan Eng menjual pasir kepada Singapura.

Tajuddin juga turut dicabar membuat tuduhan yang sama di luar dewan agar tindakan boleh diambil terhadapnya, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Nizar Jamaluddin.

Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang turut mencabar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai dakwaannya itu kerana menurutnya, ia satu tuduhan yang serius.

”Saya juga dituduh bukan sahaja menjual tanah pasir kepada Singapura malah turut dituduh jual tanah kepada kaum Cina di Perak.

”Buktikan mana tanah yang saya jual kepada Singapura, mana dia tanah yang saya jual kepada tauke Cina. Sampai sekarang mereka tidak juga memberi bukti,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Nizar berkata, beliau seolah-olah dijadikan mangsa oleh Ahli Parlimen Pasir Salak apabila sewaktu beliau tiada di dewan baru-baru ini,

Tajuddin dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa Pakatan Rakyat (PR) diketuai Nizar sewaktu menerajui Kerajaan Negeri telah terlibat dalam operasi menjual tanah dan pasir kepada Singapura dan kepada tauke-tauke Cina di negeri itu.

Oleh kerana Nizar tiada dalam dewan ketika itu, wakil DAP dari Beruas, Ngeh Koo Ham dan wakil DAP dari Taiping, Nga Ror Ming bangun menafikan dakwaan itu.

Justeru, Nizar berkata, Ahli Parlimen PR ingin menuntut keadilan di atas tuduhan yang serius itu.SH

No comments: