Wednesday, April 7, 2010

PAS rai ahli baru

DSCF6956.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR , 7 April : Lujnah Pengurusan dan organisasi PAS Parit Buntar telah mengadakan satu majlis bagi meraikan ahli-ahli baru PAS di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

Pengerusi Lujnah Adnan Abd Rahman berkata , majlis berkenaan diadakan bertujuan meraikan ahli-ahli baru PAS yang telah diterima menjadi ahli pada tahun 2009 dan awal tahun 2010.

“ Lujnah ini telah lama merancang untuk mengadakan majlis ini supaya ahli baru tidak rasa terpinggir selepas menjadi ahli PAS. Melalui majlis ini, ahli baru telah didedahkan dengan sejarah dan perlembagaan PAS “ katanya

Adnan berkata, Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Khairulzami Muhammad telah membacakan pengkisahan sejarah PAS Parit Buntar dengan bantuan tayangan slaid yang memaparkan gambar tokoh penting PAS Parit Buntar sejak PAS Parit Buntar ditubuhkan.

“ Pada majlis ini juga diadakan pertandingan menjawab soalan kuiz oleh ahli-ahli baru dan seramai 12 orang ahli baru telah dipilih sebagai pemenang.

“ Bekas Timbalan Presiden PAS Pusat Ust. Hasan Shukri telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz” katanya

Seorang ahli baru, Zainudin Osman yang ditemui memuji langkah PAS Parit Buntar mengadakan majlis untuk meraikan ahli baru.

“ Kami bukan sahaja dirai dengan makan malam, malah mendapat maklumat berkaitan sejarah dan perlembagaan PAS yang selama ini kami tidak tahu.

“ Saya harap majlis ini diteruskan setiap tahun kerana ramai ahli baru yang menyertai PAS di Parit Buntar” katanya

No comments: