Wednesday, April 7, 2010

PAS tak pernah minta RM 21, 000


ALOR SETAR, 7 April : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Yaakub Husin menafikan jentera pilihan raya PAS meminta wang untuk berkempen daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ketika Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

“Mengarut! Jentera pilihan raya PAS tidak pernah minta duit daripada Zulkifli seperti yang didakwanya menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas(SMS) kepada ADUN Kulim, Lim Soo Nee,” katanya.

Yaakub mengulas mengenai SMS daripada Zulkifli yang dihantar kepada Soo Nee pada Mac 2008 yang mengatakan jentera PAS meminta RM21,000 dan akan memboikot kempen PRU-12 jika permintaan tidak dipenuhi.

Katanya, Ahli Parlimen Bebas itu tidak menyumbang apa-apa untuk menjayakan kempen pilihan raya ketika itu

“Beliau pernah berjanji untuk mengadakan jamuan untuk menghargai jentera pilihan raya PAS selepas memenangi PRU-12, tetapi sampai sekarang tak ada pun,” katanya.

Yaakub berkata, Majlis Tindakan DUN (MTD) di kawasan itu dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu N35 (Kulim) dan N36 (Bandar Baharu) dan mempunyai dua pengarah MTD berbeza. Peruntukan yang disalurkan untuk berkempen sebahagiannya diurus oleh MTD.SH

No comments: