Wednesday, April 7, 2010

Pindaan perlembagaan PAS perlu difahami

DSCF6961.jpg picture by paspb


PARIT BUNTAR , 7 April : Pimpinan PAS semua peringkat perlu memahami setiap pindaan dalam perlembagaan PAS supaya dapat menerangkan kepada ahli PAS. Demikian penegasan bekas Timbalan Presiden PAS Pusat Ust. Hasan Shukri semasa menyampaikan taklimat pindaan perlembagaan PAS di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husien, Titi Serong.


“ Pemimpin PAS perlu hadzam setiap isi perlembagaan PAS kerana mereka menjadi tempat rujukan ahli-ahli PAS .


“ Manakala ahli PAS pula perlu memahami perlembagaan PAS kerana syarat menjadi ahli PAS ialah mengaku menerima serta taat kepada perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan parti” katanya


Hasan yang menjadi pakar rujuk perlembagaan PAS memuji langkah PAS Parit Buntar mengadakan taklimat pindaan perlembagaan PAS kepada Jawatankuasa PAS Kawasan , Dewan Pemuda , Dewan Muslimat dan PAS Cawangan.


“ Saya ucap tahniah kepada PAS Parit Buntar kerana menjemput saya memberikan taklimat ini. Saya ada nostalgia di Parit Buntar kerana saya pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tadbir PAS Parit Buntar selama dua tahun pada tahun 1989” katanya


Menurutnya, PAS Parit Buntar mempunyai sejarah yang unik dan mencabar. Ramai yang tidak memahami sejarah perkembangan politik PAS Parit Buntar .


“ Saya ada pengalaman di sini dan memahami suasana politik di sini. PAS telah memenangi kerusi di sini sejak pilihanraya 1955.


“ Dalam keadaan kawasan lain, belum mencapai kemenangan PAS Parit Buntar sudah memenangi kerusi semasa pilihanraya tahun 1955, 1978 , 1999 dan 2008” katanya


Sementara itu , Pengerusi Lujnah Pengurusan Organisasi PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata PAS Parit Buntar bertuah kerana menerima buku perlembagaan PAS (pindaan 2009) yang baru dicetak .


“ Kami di Parit Buntar sudah lama menunggu buku ini siap dan bersyukurlah Ust. Hasan membawanya hari ini “ katanya

No comments: