Monday, May 17, 2010

PASTI Parit Buntar raih kejayaan

DSC00007.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 17 Mei : PASTI Parit Buntar mengungguli pertandingan bolasepak dan bola jaring PASTI negeri Perak apabila menjadi johan dan naib johan untuk kedua-dua permainan di gelanggang futsal Manjung Point 3, Seri Manjung.

Pengerusi PASTI Parit Buntar Mohd Amirul Hasni berkata, pasukan bola sepak PASTI Parit Buntar naib juara negeri Perak apabila kalah tipis 0-1 kepada PASTI Taiping pada perlawanan akhir.

“ Bagaimanapun kesedihan bagi kekalahan tersebut terubat dengan kejayaan pasukan bola jaring PASTI Parit Buntar meraih kejuaraan mengalahkan PASTI Parit dengan jaringan bergaya 5 – 2” katanya

Mohd Amirul berkata, kejayaan ini merupakan peningkatan yang mengkagumkan berbanding pencapaian PASTI Parit Buntar bagi tahun-tahun sebelumnya.

“ Pada tahun lalu, pasukan bola jaring hanya merangkul naib johan manakala pasukan bola sepak mendapat tempat ketiga.

“ kejayaan ini membolehkan pasukan bola jaring PASTI Parit Buntar mewakili PASTI Perak ke pertandingan bola jaring peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Pulau Pinang” katanya

Beliau berkata, kesungguhan pemain kedua-dua pasukan bola jaring dan bola sepak sememangnya patut dipuji.

“ Mereka telah berlatih berminggu-minggu untuk menghadapi pertandingan ini. Kesunguhan mereka tidak sia-sia dengan kejayaan pasukan bola jaring , walaupun pasukan bolasepak kurang bernasib baik” katanya

Pasukan bolasepak PASTI Parit Buntar ( baju oren ) sebelum perlawanan

DSC00004.jpg picture by paspb

DSC00008.jpg picture by paspb

No comments: