Tuesday, June 29, 2010

Ceramah Presiden PAS di Bukit Gantang

BUKIT GANTANG , 30 Jun : Bertempat di Taman Damai, Simpang Taiping. Malam tadi telah diadakan ceramah perdana bersempena roadshow Gerakan Mansuh Judi Peringkat Negeri Perak Anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN) bersama PAS Kawasan Bukit Gantang.

Ceramah malam ini membariskan Ketua Pemuda PAS Perak, Ust. Zawawi, Ahli Parlimen Taiping YB Nga Kor Meng, Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin dan Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang. Majlis dipengerusikan oleh Ust. Akmal Kamaruddin, Ketua Penerangan DPPN Pk.

Dalam ucapan YB Dato' Seri Nizar, beliau menyentuh mengenai isu judi yang sebelum ini diluluskan oleh kerajaan umno/BN.

Ini merupakan kejayaan besar yang dicapai oleh PAS dan Pakatan Rakyat apabila baru-baru ini dalam mesyuarat MT umno, mereka telah membatalkan pemberian lesen kepada Berjaya Corp. untuk meneruskan judi bola.

Walaubagaimanapun pembatalan ini bukan lagi mutlak kerana ianya hanya diumum selepas mesyuarat MT umno dan bukan nya mesyuarat Jamaah Menteri. Maka ianya bukan dan belum menjadi keputusan kerajaan dan boleh di luluskan kembali bila-bila masa.

YB Nizar juga menyeru kepada ahli-ahli umno supaya meninggalkan umno. Ini adalah kerana umno membatalkan judi bukan kerana Allah mengharamkannya seperti termaktub didalam Al-Quran.

Tetapi adalah atas faktor suasana politik yang tidak membenarkan. Maka ahli umno wajib meninggalkan parti yang semakin tersasar dari kehendak Islam itu sendiri. Di dedahkan juga bahawa katak-katak yang melompat sehingga berlakunya rampasan kuasa di Perak adalah di mainkan peranan oleh vincen Tan.

Manakala dalam ucapan Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang memulakan dengan sepotong Ayat Al-Quran yang menceritakan kisah Isra' Mikraj dan seterusnya mengisahkan peristiwa Hijrahtul Nabi. Dalam penghijrahan Rasulullah SAW, baginda telah memilih seorang orang kafir sebagi penunjuk jalan ke Madinah ketika itu.

Peristiwa ini menggambarkan peristiwa Hijrah bukan sahaja melibatkan umat Islam, malah juga orang bukan Islam yang membenci kepada kezaliman.

Merujuk kepada suasana kini PAS telah membuka ruang kepada mereka yang bukan beragama Islam agar sama-sama Islam bagi menentang kezaliman. Oleh itu PAS telah bekerjasama dengan PKR dan DAP. Malah PAS pada muktamar lepas telah mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Peristiwa hijrah juga menggambarkan bahawa ketika di manidah pada awalnya umat Islam adalah minoriti berbanding bukan Islam. Tetapi atas dasar keadilan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, maka semua penduduk Madinah dapat memberi sokongan kepada kepimpinan Islam.

Itulah yang dibawa oleh PAS sebagai sebuah parti Islam yang mendaulatkan Al Quran dan Hadis sebagai petunjuk. Berbeza dengan umno yang menggunakan Islam rekaan sendiri. Menurut Tuan Guru Haji Hadi lagi, peristiwa keadilan Islam juga di lakarkan dalam pemerintahan Khalifah Othmaniah iaitu Sultan Muhammmad Al-Fatih.

Dimana beliau di kenakan hukuman qisas (hukum balas), apabila baginda telah melakukan sesuatu sehingga mencederakan seoarang rakyat yang bukan beragama Islam. Akhirnya baginda dimaafkan oleh rakyat tersebut apabila melihat keadilan Islam.

Tetapi umno tidak melaksanakan keadilan Islam, malah apabila sesuatu perundangan yang melibatkan kerajaan sudah pasti dimenangi oleh kerajaan. Inilah dia pengasingan kuasa yang laksanakan oleh Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS sekiranya dapat tampuk pemerintahan kelak.

No comments: