Monday, July 26, 2010

Himpunan Hari Pekerja bermula 30 Julai



















KEPALA BATAS, 26 Julai: Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pulau Pinang serta Kelab Amanah Rakan Industri Bersatu (Karib) akan menganjurkan 'Perhimpunan Hari Pekerja 2010 dan Wacana Pekerja Pulau Pinang' tiga hari berturut-turut bermula 30 Julai sehingga 1 Ogos akan datang.

Pengerusi promosi sempena program kali ke-5, Mohd Hafiz Kasim berkata, ia akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan MPSP, Kepala Batas yang mana membariskan ramai pemidato hebat pada sebelah malamnya manakala pada sebelah siang dipenuhi dengan pelbagai acara sukaneka untuk remaja dan kanak-kanak.

Katanya, pada hari Jumaat 30 Julai nanti, tiga penceramah dijemput khas iaitu Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.

Pada 31 Julai pula, ceramah melibatkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Pada 1 Ogos maka bermulalah 'Wacana Pekerja Pulau Pinang kali ke 5'. Program bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari di mana tiga panel jemputan yang berkemahiran dalam bidang pekerja akan melemparkan idea bernas untuk meningkatkan kualiti kerja di samping memberikan pesanan terkini kepada para pekerja,” ujarnya.

Katanya, mereka ialah Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof P. Ramasamy, Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka PAS Pusat, Haji Anuar Tahir dan Adun Lubuk Merbau, Perak, Haji Zainudin Mohd Noor.

Manakala pada sebelah malam 1 Ogos, empat tokoh dijemput khas berpidato di tempat yang sama iaitu Adun Komtar, Ng Wei Aik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husein, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kepada sesiapa yang ingin membuka ruang perniagaan boleh menghubungi Ridwan Osman di talian 013-4362559.

"Selain dari mendengar berbagai info terkini samada dari Kerajaan Pakatan Rakyat atau soal kebajikan, peranan pekerja dan kepentingan menyerai kesatuan sekerja di sektor industri rakyat juga boleh bersukan dan menambah pendapatan sekiranya membuka gerai minuman atau makanan," tambahnya.hrkh

No comments: