Monday, July 26, 2010

Mufti Perak jangan campuri hal politik


IPOH , 26 Julai: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria tidak mencampuri urusan politik jika mahu masyarakat lebih menghormatinya.

“Adalah lebih terhormat dan mulia jika beliau (Harussani) tidak langsung masuk campur dalam hal ehwal politik kerana sejarah membuktikan jelas yang beliau berpihak kepada UMNO.


“Beliau boleh mendengar segala bentuk perancangan mahupun pelaksanaan dari kedua-dua pihak (Pas/UMNO) tapi bukannya bertindak menjadi orang tengah dan perantaraan dalam soal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 berkata demikian ketika diminta mengulas lama sosial pihak tertentu yang menghina dan menggunakan kata kesat seperti ‘haramsani’ dan haram jadah’ terhadap Harussani yang disiarkan Sinar Harian, semalam.

Nizar berkata, Harussani diakui seorang mufti yang cukup terkenal dengan kelantangannya mengutarakan pandangan bukan sahaja di dalam negara bahkan seluruh dunia.

"Tetapi ia bukanlah tiket beliau sewenang-wenangnya mencampuri urusan politik, lebih baik bersikap berdiam diri ataupun sekadar ambil tahu saja.

“Dalam konteks politik baru hari ini, pandangan beliau lebih bersifat ketuanan Melayu saja, bagaimana dengan kaum lain,” katanya.SH

No comments: