BANDA ACEH , 23 Julai : Nama Mohd Sabu mantan Naib Presiden PAS di sebut-sebut dalam sidang antara 10 perwakilan dari Kerajaan Negeri Kelantan dengan wakil-wakil DPR (Dewan perwakilan Rakyat) atau 'Yang Terhormat' Negeri Aceh, di Banda Aceh di sini.Wakil dari Kelantan terpaksa menjelaskan bahawa yang hadir ini wakil dari Negeri Kelantan, bukan dari PAS Pusat, yang melibatkan Saudara Mohd Sabu.
Sewaktu ditanya oleh Ibnu Hasyim di luar sidang, bagaimana beliau mengenal Mohd Sabu, katanya,
"Itu kawan saya semasa dipenjara Kemunting satu masa dulu." Beliau juga sempat kirim salam kepada Presiden PAS Datuk Sri Abdul Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz dan Ketua Perwakilan Kelantan hari itu Datuk Husam Musa, yang mengundur diri terpaksa berlepas ke Jakarta masa itu. (IH)
No comments:
Post a Comment