Wednesday, July 7, 2010

Peliknya Polis Malaysia


SHAH ALAM, 7 Julai : Penyelaras Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim terus mempersendakan pihak berkuasa kerana sukar untuk bertemu Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam dan pengendali blog :Malaysia Today:, Raja Petra Kamarudin.

Sehingga hari ini, kedua-dua individu berkenaan gagal dijejak pasukan keselamatan selepas melarikan diri ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab mereka selama ini.

Bagaimanapun, Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, kelmarin, sekali lagi bebas bertemu penyiasat dan pengendali blog berkenaan di Holiday Villa Hotel London bagi menikmati minuman petang.

Menurutnya, beliau melakukan demikian selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tak mahu bertemu Bala dan Petra. “Oleh itu saya dan kawan-kawan akan belanja mereka minum ais kacang.

“Polis bukan memburu kedua-duanya sebaliknya tidak mahu bertemu dengan mereka kerana kedua-dua individu ini tidak sukar untuk ditemui oleh orang lain,” katanya.

Menurutnya, Bala kini ada di London. Minggu depan, Bala akan ke Paris untuk bertemu pihak penyiasatan Perancis.

“Tapi Polis Malaysia tak berminat bertemu kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa?” katanya.

Kelmarin, peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu turut berada di London bagi menerima ‘currier’ soalan daripada SPRM selepas agensi berkenaan membatalkan saat akhir hasrat mengambil kenyataan penyiasat itu di sana.

Balasubramaniam menghilangkan diri selepas menarik balik kenyataan bersumpah pertamanya dan mengeluarkan kenyataan terbaru.SH

No comments: