Thursday, August 12, 2010

Mansuh saman ekor secara total


SHAH ALAM , 13 Ogos : Jawatankuasa bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menggesa kerajaan memansuhkan secara total saman ekor oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas tarikh penangguhan saman itu pada 28 Februari tahun hadapan.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya menerima baik penangguhan itu dan menganggap ia memberi manfaat kepada rakyat walaupun hanya bersifat sementara.


“Penangguhan ini boleh memberi kelegaan kepada rakyat khususnya pengguna jalan raya kerana mereka berpeluang untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga Februari depan,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, Kase tetap meneruskan perjuangan walaupun saman ekor ditangguh.

“Selepas Februari nanti, mereka kata akan cuba meneruskan kembali sistem saman ekor itu menunjukkan sifat kerajaan cuba melebihi perlembagaan dan Kase akan sedia memantau selepas tarikh berkenaan.

“Kita akan memastikan usaha ‘memerangi’ semula keputusan perlembagaan oleh pihak kerajaan selepas tarikh penangguhan itu tidak membuahkan hasil supaya kedudukan rakyat terbela dan kerajaan mematuhi undang-undang serta peraturan diputuskan oleh perlembagaan,” katanya.SH

1 comment:

Anonymous said...

Boleh mansuh saman ekor tapi kena tukar kerajaan dulu lah. Kita tunggu Pas perintah biar Pas pinda sumer undang-undang. Bila tak ada sama ekor dan pemeriksaan maka senanglah saya speeding atas lebuh raya dan pungut bangkai manusia bertaburan sana sini.

Apa Pas buat untuk bagi kefahaman orang ramai untuk cegah dan kurang kan kemalangan jalan raya. Apa pemimpin Pas buat untuk mendidik mat rempit. Bercakap saja tak guna tapi perbuatan itu penting. Kalau sekadar nak bercakap semua orang boleh bercakap.

Saman ekor ini penting untuk kaki speeding di lebuh raya, kalau tak ada saman ekor tu, lebuh raya jadi macam Sepang International Circuit. Semua pembandu nak jadi Hamilton atau Rossi. Ada sama ekor pun mereka masih tak takut. Apa lagi kalau dimansuhkan secara total.