Sunday, November 21, 2010

Dah ada BAPAK, Umno tubuh kepala BAPAK




































SHAH ALAM 21 NOV
: Walaupun sebelum ini mendakwa semua peneroka Felda dibela dengan adilnya, syarikat itu akhirnya akur bahawa permasalahan sememangnya wujud apabila mengumumkan penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan atau BAPAK.

Namun penubuhan BAPAK itu disifatkan lebih sebagai gimik politik dalam cubaan terdesak peneroka tidak membawa masalah mereka kepada pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak mereka.


Pengerusi Gabungan Anak Peneroka Felda dan Generasi Kedua Mazlan Aliman berkata penubuhan BAPAK itu tidak membawa erti kerana di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri yang menjadi punca kepada segala masalah peneroka Felda.


"Apa-apa jua Biro Aduan dengan niat sekadar menandingi NGO yang kita tubuhkan tapi biarlah mempunyai satu hasrat dan tujuan kita mahu fokus kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh masyarakat Felda,saya terkilan kerana Biro yang ditubuhkan ini terletak di bawah Perdana Menteri jadi seharusnya boleh menyelesaikan masalah itu," kata Mazlan.


Mazlan Aliman juga mendakwa nama BAPAK yang diumumkan timbalan menteri itu seolah-olah menciplak nama NGO yang telah ditubuhkannya sebelum ini untuk menangani permasalahan FELCRA.


"Kita ada tubuhkan NGO untuk Felcra yang dipanggil badan bertindak peserta felcra kebangsaan atau BAPAK, kita sudah sebut nama ini beberapa bulan yang lalu saya tak pasti samada nama yang diwujudkan mereka itu satu kebetulan atau nama yang kita dah umumkan beberapa bulan dahulu," tambahnya lagi.

Jelas Mazlan Aliman lagi BAPAK yang baru ditubuhkan itu hanya sekadar satu lagi gimik politik untuk menutup kelemahan di Felda setelah melihat kesungguhan ANAK mendedahkan segala penyelewengan dan isu melanda masyarakat Felda di negara ini.

"Saya percaya semua ini gimik untuk berlawan dengan apa yang kita usahakan sebab kita lebih fokus dan lebih serius untuk menangani sehingga kepada satu titik noktah bagaimana isu-isu yang berbangkit tanah rancangan Felda dapat diselesaikan," katanya lagi.


Hasil usaha gigih ANAK dan peguam Pakatan Rakyat, peneroka-peneroka Felda berjaya dalam dua saman terhadap syarikat itu sebelum ini bersabit bayaran berjumlah berjuta-juta ringgit yang gagal di lunaskan oleh Felda.

No comments: