Sunday, November 21, 2010

Dakwaan Rais karut
























SHAH ALAM 21 NOV
. : Dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kurang komitmen dalam memulihara warisan negeri berbanding Melaka adalah tidak berasas.

Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan walaupun Pulau Pinang di 'anak tiri' kan oleh kerajaan pusat tetapi Pulau Pinang telah mengambil inisiatif sendiri dengan memperuntukkan dana kerajaan negeri sebanyak RM3 juta bagi membiayai projek pemuliharaan warisan negeri.

"Putrajaya tidak memberi peruntukkan untuk Pulau Pinang tetapi sebaliknya memberikan Khazanah Nasional Bhd sebanyak RM25 juta dan kerajaan Melaka sebanyak RM30 juta untuk membiayai projek pemuliharaan selepas George Town dan Melaka diisytiharkan sebagai bandar 'World Heritage'oleh Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Budaya Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) pada Julai 2008," jelas beliau.

Katanya lagi, kerajaan PR Pulau Pinang berjaya memperlihatkan kemajuan di lima tapak warisan utama walaupun dipinggirkan sebegitu rupa oleh kerajaan pusat.

"Rais patut sedar pemuliharaan warisan merupakan satu simbol martabat dan kebanggaan negara yang penting dan atas sebab yang samalah kerajaan PR Pulau Pinang memutuskan untuk tidak membuat apa-apa aduan terhadap diskriminasi kerajaan pusat kepada Unesco walaupun kita mempunyai sebab yang kukuh untuk berbuat demikian," tegas Lim lagi.

Beliau seterusnya menyatakan Rais perlu mempraktikkan nasihatnya sendiri untuk tidak mempolitikkan pemuliharaan warisan dan memberikan tumpuan kepada Pulau Pinang setara dengan Melaka dari segi peruntukkan.

Lim yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokrat (DAP) menambah beliau telah menubuhkan satu badan yang dikenali sebagai George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) untuk memulihara, mempertahankan dan mempromosikan warisan negeri Pulau Pinang.

"Pengurus Besar GTWHI, Maimunah Sharif amat dikenali kerana kecekapan beliau dan beliau juga pernah dilantik oleh kementerian yang diterajui oleh Rais bagi mewakili Malaysia dalam beberapa persidangan Unesco," kata beliau lagi.

Beliau memberitahu Pulau Pinang juga telah menjemput Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyertai program pemuliharaan negeri tersebut.

Katanya lagi, GTWHI juga telah diarahkan untuk menyertai apa-apa program anjuran kementerian tersebut dan memastikan Maimunah hadir sekiranya Rais melawat Pulau Pinang.

Lim juga memberitahu Pulau Pinang berjaya menganjur Festival Warisan yang pertama di negara ini pada Julai lalu dengan peruntukkan hanya RM1.1 juta.

"Panel Pantauan Teknikal Warisan yang telah beroperasi selama setahun, terdiri daripada ahli-ahli badan profesional bertujuan memastikan semua pelan pemuliharaan mematuhi garis panduan yang ditetapkan," kata beliau.

No comments: