Sunday, November 21, 2010

Rakyat tuan tanah sebenar bukan kontraktor

NONE




































GEORGETOWN, 21 Nov. : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengingatkan pemimpin MCA, terutama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bahawa rakyat adalah tuan sebenar, bukan kontraktor atau kementerian itu.


Justeru, setiausaha agung DAP itu berkata, Kong harus menjelaskan apa salahnya MMC-Gamuda JV Sdn Bhd (MMC-Gamuda JV) mengeluarkan surat jaminan bagi melindungi kepentingan awam berhubung kemungkinan berlakunya banjir di Pulau Pinang.

“Apa salahnya MMC-Gamuda keluarkan surat jaminan kerana Kementerian Pengangkutan juga pernah mengeluarkan surat jaminan untuk syarikat swasta membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.85 bilion.

“Jadi, kita dapat lihat betapa pemimpin MCA hanya teruja dalam projek-projek mega berbanding kepentingan rakyat dan ini merupakan budaya yang sangat tidak sihat, ” katanya dalam satu kenyataan.

Kong baru-baru ini dilaporkan mengkritik kerajaan Pulau Pinang dengan mendakwa tindakan mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada MMC-Gamuda melibatkan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (EDTP) bernilai RM13 bilion sebagai tidak berasas.

Kerajaan negeri Pulau Pinang bagaimanapun menarik balik perintah berhenti kerja bagi projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Padang Besar itu selepas (MMC-Gamuda JV) memberi surat jaminan mengenai langkah-langkah mencegah banjir.

NONEMengulas lanjut, Lim berkata, dengan tindakan Kong itu, banyak pihak kini tertanya-tanya apakah tindakan menteri pengangkutan itu membayangkan bahawa kerajaan ingin mengatakan syarikat swasta lebih penting dari warga awam.

Sehingga hari ini, katanya, kontraktor terbabit telah memberi kerjasama yang baik dan tidak membantah apabila arahan berhenti kerja itu dikeluarkan.

Ujar Lim lagi, Kong juga memutar-belit isu itu dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri sengaja menjadikan kehidupan lebih sukar dengan tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam projek-projek mega.

Menurut Lim, jika dakwaan ini benar, masakan kerajaan negeri akan meluluskan projek bernilai RM13 bilion itu.

No comments: